Jul 16, 2014

Pekerja Bertudung Dipecat Dan Dihina Majikan Singapura!

Seorang wanita bertudung di Singapura dilaporkan diberhentikan kerja semata-mata kerana tudung yang dipakainya.

Zafirah Edwards

Tak cukup dengan itu, wanita berkenaan turut dihina apabila diarah meninggalkan premis di pusat beli belah terkenal itu menggunakan pintu servis manakala begnya digeledah pengawal keselamatan.

Kejadian ini tersebar selepas ia dikongsikan kakak mangsa, Zafirah Edwards di Facebook, Rabu lalu.

Menurut Zafirah dalam posting Facebook, adiknya sedang bekerja di bahagian pakaian sukan popular di pusat beli belah tersebut apabila melihat dua pengurus bercakap dalam bahasa Mandarin dengan seorang pekerja lain sambil membuat isyarat tangan tentang tudung dipakai adiknya.

Tidak lama kemudian seorang kaki tangan memberitahu adiknya bahawa dia tidak boleh bekerja di situ kerana memakai tudung.

Tambah menyakitkan hati, adiknya diminta keluar menerusi pintu servis dan begnya digeledah pengawal keselamatan seolah-olah telah melakukan kesalahan besar.

Susulan kejadian ini, emel daripada Ahli Parlimen Zainal Sapari yang meminta Kementerian Tenaga Kerja Singapura melakukan penyiasatan telah tersebar.

Zafirah Edwards [2]

Difahamkan, permohonan maaf berhubung isu ini telah dibuat namun Zafirah berasakan ia tidak memadai bagi membetulkan keadaan yang telah menimpa adiknya dan kini dia masih berutus emel dengan pusat beli belah tersebut untuk mencari penyelesaian terbaik.-Mynewshub.my

Zafirah Edwards [3]

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon