Tuesday, August 19, 2014

Keganasan Israel Terhadap Kanak-kanak Palestin

Keganasan Israel Terhadap Kanak-kanak Palestin

“Dia terpelanting setinggi bangunan dua tingkat sebuah apartmen”.

Ne’ma
Nema tercampak setinggi bangunan apartmen dua tingkat

Fadi Abu Al-Foul mengingati kembali saat serangan udara dilancarkan Israel menyebabkan anaknya, Ne’ma berusia dua tahun berterbangan umpama patung.

Insiden berkenaan menyebabkan kanak-kanak malang tersebut cedera parah, retak pada bahagian hidung, dahi dan mata yang bengkak sehingga kehitaman. Anak kecil itu dikejarkan ke Hospital Al-Shifa di bandar Gaza.

Mujur atas kuasa Allah, Abu Al-Foul, 32, dan isteri, Dunia, 21, menerima khabar gembira daripada pihak hospital bahawa keadaan anak mereka bakal kembali normal.

Ramai lagi kanak-kanak yang menjadi mangsa kerakusan serangan tentera Zionis di kawasan penempatan Palestin.

Namun malang menimpa Ne’ma kerana dia cedera ketika berlindung di kediamannya ketika Israel melancarkan serangan udara di Palestin.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qedra berkata, jumlah kanak-kanak yang terbunuh meningkat pada 8 Julai lalu sehingga mencecah 154 kanak-kanak.

Beliau berkata, peningkatan kematian dalam kalangan kanak-kanak disebabkan oleh serangan bom udara Israel menyasarkan keseluruhan kawasan penempatan Palestin.

“Mereka memusnahkan rumah yang mempunyai keluarga seorang bapa, ibu dan anak. Siapa sahaja dalam kediaman itu pasti terkorban. Ia amat dikesali,” kata al-Qedra ketika ditemui di Hospital Al-Shifa.

Menurut laporan, dalam pertempuran antara pejuang Hamas dan tentera Israel itu, seramai 1,250 kanak-kanak tercedera.

Kira-kira 700 rakyat Palestin terbunuh dan jumlah kanak-kanak yang terkorban dalam serangan Israel itu hampir sama pada Disember 2008. Dalam tempoh tiga minggu itu 354 kanak-kanak dipercayai terbunuh daripada 1,400 rakyat Palestin yang syahid.

Jenayah perang Israel

Kekejaman Yahudi
Peperangan turut menyebabkan bayi tercedera.

Kumpulan Hak Asasi Manusia dan tindakan Gaza memberitahu tentera Israel sengaja menyasarkan penempatan awam Palestin manakala liga Arab pula menyifatkan serangan itu sebagai jenayah perang secara terbuka.

Para pemerhati berpendapat jumlah kematian kanak-kanak dan mereka yang cedera melebihi pertarungan selama lapan hari pada tahun 2012 yang menyebabkan 34 kanak-kanak terbunuh daripada 180 yang syahid.[Sumber]

Kekejaman Yahudi [2]
Kekejaman Yahudi [3]
Kekejaman Yahudi [4]

Monday, August 18, 2014

Zionis Mula Merasai Bahang Kezaliman

Zionis Mula Merasai Bahang Kezaliman

Peperangan di antara tentera Islam Palestin dan tentera Zionis Israel kali ini berbeza sedikit, dengan kekuatan tentera briged al-Qassam tampak luar biasa. Semangat serta kelengkapan ketenteraan mereka kali ini lebih kuat berbanding sebelumnya.

Zionis vs Al-Qassam

Melalui laporan berita, jumlah tentera Zionis yang terkorban pada pertempuran kali ini lebih 10 kali ganda ramai daripada tentera al-Qassam yang syahid.

Strategi tentera Hamas kali ini juga luar biasa dengan melancarkan serangan dari laut, menggali lubang dan bermacam-macam lagi sehingga memeningkan tentera Zionis yang dilihat sukar menangkis serangan hebat dari Hamas.

Perkembangan ini akhirnya memaksa kerajaan haram Israel bersetuju melakukan gencatan senjata dan mengundurkan tentera mereka dari Gaza.

Selain kehebatan tentera al-Qassam yang berjuang mempertahankan bumi Palestin daripada serangan tentera Zionis, Israel juga kali ini berdepan kemarahan masyarakat antarabangsa terhadap tindakan kejam Zionis yang mensasarkan orang awam, terutama kanak-kanak dan wanita, dalam serangan mereka.

Tidak dinafikan, sebelum ini setiap kali Israel menentang, masyarakat dunia yang prihatin akan mengecam tindakan mereka. Namun, Zionis hanya memejamkan mata serta menutup telinga mereka dan terus menyerang Palestin tanpa belas ihsan.

Namun kali ini, mereka terpaksa menghadapi tekanan daripada protes besar-besaran yang diadakan di seluruh dunia. Ini termasuk beberapa negara seperti Argentina dan negara lain yang menghentikan sementara hubungan perdagangan mereka dengan Israel.

Tidak terkecuali negara kita Malaysia yang mendapat ‘perhatian’ luar biasa Israel kerana menjadi penyokong kuat kepada Palestin dan menentang pencerobohan Israel terhadap negara Islam itu.

Tidak seperti majoriti negara Arab lain yang hanya berdiam diri dan tidak habis-habis bermesyuarat tanpa sebarang hasil, Malaysia menyuarakan protes dalam pelbagai cara.

Antaranya melalui Facebook dengan ‘menyerang’ laman ‘Israel Defence Forces (IDF)’ milik tentera Israel dengan mengemukakan komen yang menyebabkan mereka menjadi umpama ‘cacing kepanasan’.

Kemuncaknya, pada 4 Ogos lalu, rakyat Malaysia dihalang daripada mengakses laman sosial Yahudi itu.

Selain serangan hebat di media sosial, terutama Facebook, Malaysia menjelmakan ketakutan kepada bangsa Yahudi Zionis dengan berkempen untuk memboikot syarikat yang mempunyai kepentingan dengan negara haram itu.

Kepentingan yang dimaksudkan di sini termasuk menyalurkan bantuan kewangan atau sokongan berbentuk kewangan kepada tabung Yahudi itu untuk membangunkan negara haram atau menyokong peperangan Zionis dengan umat Islam di Gaza.

Kempen boikot yang diadakan di kebanyakan dunia pada hari ini sememangnya memberi kesan besar terhadap mereka dengan menyaksikan saham syarikat besar pro-Israel menghadapi kejatuhan yang sangat membimbangkan mereka.

Ini secara tidak langsung memaksa mereka berfikir panjang sebelum meneruskan agenda jahat mereka terhadap umat Islam di Palestin.

Namun dalam keghairahan kita menjayakan kempen boikot ini, kita sebagai umat Islam diingatkan supaya tidak berlebih-lebihan dan memahami konsep ‘boikot’ supaya tidak menjatuhkan air muka sendiri kelak.

Kempen boikot yang kita jalankan bertujuan melemahkan ekonomi syarikat ini dengan cara tidak membeli produk keluaran mereka.

Namun, kurang baik jika kita melakukan tindakan berlebih-lebihan seperti makan makanan yang dibungkus di tempat mereka, menggunakan kemudahan di dalam premis mereka seperti tandas, apatah lagi tindakan yang boleh mendatangkan kerosakan terhadap premis mereka kerana mereka juga membayar kos operasi seperti sewa premis dan bil.

Semoga Allah memandang usaha dan niat murni kita sebagai amal yang baik dan soleh.

[Sumber]

Sunday, August 17, 2014

Kos Ketenteraan Israel Di Palestin USD1 Bilion!

Kos Ketenteraan Israel Di Palestin USD1 Bilion!

Sekurang-kurangnya 2.5 juta butir peluru dan puluhan ribu roket digunakan oleh tentera zionis Israel semasa menyuerang Semenanjung Gaza sejak 7 Julai lalu.

Kos Keganasan Israel Di Palestin Bernilai USD1 Bilion!

Perkara itu didedahkan seorang pegawai tentera Israel Yedioth Ahronoth pada Khamis lalu.

Beliau berkata, Israel telah membekalkan lebih 4.8 juta peluru , 43,000 peluru meriam dan 39,000 peluru roket, dan sekurang-kurangnya 60 peratus daripadanya telah digunakan dalam serangan tentera di Gaza.

Sementara itu kenderaan perisai Israel, termasuk kereta kebal, meriam dan jentolak telah menggunakan sekitar 11 juta liter bahan api, manakala jet pejuang menggunakan kira-kira 50 juta liter.

Jumlah ini adalah dua kali ganda jumlah yang digunakan dalam serangan ke atas Gaza pada 2012, dan kos untuk semua itu dianggar USD1 bilion.-HARAKAHDAILY

Facebook Sekat Akaun Sokong Perjuangan Al-Qassam

We Are All Al Qassam (WAAAQ)

Sementara itu, satu perkhabaran yang mungkin agak mengecewakan bagi orang ramai yang menyokong perjuangan Palestin menentang kekejaman tentera Zionis Israel.

Akaun facebook rasmi ‘We Are All Al Qassam (WAAAQ)’ telah disekat oleh pihak sekuriti Facebook tanpa sebarang amaran atau notis.

Perkara itu telah dimaklumkan menerusi akaun Aman Palestin yang turut menyebut, akaun milik admin yang mengendalikan WAAAQ juga turut dipadamkan.

Sebelum ini, akaun tersebut telah mendapat 100 ribu ‘likes’ daripada rakyat Malaysia sebagai tanda sokongan kepada unit pertahanan ketenteraan Palestin Briged Izzuddin Al-Qassam.

Bagi kami, ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan kerana satu akaun disekat, berpuluh-puluh lagi akaun seumpamanya yang akan diwujudkan!-Mynewshub.my

Jom LIKE Page "We Are All Al Qassam".

-Sentiasapanas.com

Wednesday, August 13, 2014

Pemuda Palestin Yang 'Takut' Mati Kerana Berhutang RM1.30!

Pemuda Palestin Yang 'Takut' Mati Kerana Berhutang RM1.30!

Kerana sedar nyawa mereka bagai di hujung tanduk dan bila-bila masa sahaja boleh terpisah dari jasad, membuatkan rakyat Palestin sentiasa mengingati kematian dan takutkan Allah.

GazaBombingbyTerrorist

Kisahnya, seorang pemuda Palestin yang terbunuh dalam serangan baru-baru ini didapati membawa sekeping kertas berisi nota dalam poket seluarnya.

Nota itu ditujukan kepada warisnya untuk memberitahu bahawa sekiranya dia terkorban, dia mempunyai hutang dengan dua orang yang masih belum dilunaskan.

Pemuda Palestin Yang 'Takut' Mati Kerana Berhutang RM1.30!

Dinyatakan di situ, hutangnya kepada setiap orang tersebut berjumlah $3 (RM1.30)!

Masya Allah, hingga begitu sekali keimanan pemuda ini. Tidak hairanlah mengapa Israel begitu gerun kepada rakyat Palestin.

Mungkin walaupun cuma $3 namun pemuda ini sedar, membayar hutang adalah wajib dalam Islam jadi dia bimbang jika ia boleh menjadi penghalang untuknya memasuki syurga Allah.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang." (Hadis riwayat Muslim).

Malangnya di Malaysia, sebilangan penduduknya kalau sebolehnya mahukan segalanya percuma.

Maaf, bukanlah menyindir bukan menghina apatah lagi mempoltikkan, tapi sekadar bersyukur diatas nikmat keamanan yang dikurniakan Allah.

BACA INI JUGA: 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Saturday, August 09, 2014

The Jews Are Worse Than Nazi's?

The Jews Are Worse Than Nazi's?

1. Orang yahudi mengaku kononnya mereka “manusia terpilih Tuhan”. Walaupun mereka dituduh menyalib Nabi Isa, walaupun dipaksa tinggal di penempatan haram di Eropah, walaupun terpaksa melalui pembunuhan beramai-ramai oleh orang Eropah, namun orang yahudi tidak pernah berhenti percaya bahawa mereka lebih hebat, bangsa yang dipilih Tuhan.

The Jews - Dr. Mahathir

2. Yahudi adalah golongan Semitik. Begitu juga orang Arab. Tetapi hari ini, yahudi berkelakuan seolah-olah hanya mereka golongan Semitik. Mereka melabelkan semua orang yang mengkritik yahudi sebagai “anti-Semitik”. Bagi apa jua jenayah dan kesalahan yang mereka lakukan, mereka tidak mengaku salah, malah akan melabelkan orang lain sebagai anti-Semitik.

3. Dalam dunia terbuka hari ini, kita boleh menyalahkan sesiapa sahaja dan ianya akan disenangi kerana ia adalah sebahagian daripada kebebasan bersuara. Tetapi, bagi yahudi, sesiapa yang mengkritik mereka tidak akan terlepas daripada label “anti-Semitik”. Dan bagi kebanyakan masyarakat Eropah, mereka menyokong dasar yahudi dan sanggup memenjarakan sesiapa sahaja yang dituduh anti-Semitik.

4. Jelaslah bahawa yahudi memikirkan hanya mereka sahaja yang ada keistimewaan, dan berada di satu kedudukan yang mulia dan tidak boleh dikutuk atau dikritik sedikit pun.

5. Perlakuan mereka melambangkan sikap angkuh dan sombong mereka. Mereka masih meneruskan kejahatan jenayah tanpa perikemanusiaan walaupun satu dunia tidak menyukainya. Sekarang ini, mereka terlibat dalam pembunuhan ratusan nyawa di Gaza, dan juga memusnahkan bandar-bandar, hospital, sekolah dan bangunan persendirian turut diranapkan dengan roket.

6. Seluruh dunia boleh mengutuk tindakan kebinatangan mereka, tetapi yahudi tidak peduli. Malahan mereka mengumumkan untuk membunuh lebih ramai rakyat Palestin serta mengacau bilaukan Semenanjung Gaza.

7. Semasa Eropah mengambil sedikit tanah Palestin untuk membentuk Israel, mereka dengan jelas menyatakan hak-hak orang Arab di Israel perlulah dihormati.

8. Yahudi pula mengabaikan peraturan tersebut dan bertindak merampas tanah dan harta milik Arab termasuk rumah dan ladang ternakan. Melalui serangan ganas mereka, contohnya di Deir Yassin, mereka memaksa rakyat Palestin untuk lari dari tanah mereka. Kemudian, yahudi merampas tanah orang Arab tersebut.

9. Selama lebih 60 tahun, orang Palestin menjadi pelarian dan terpaksa tinggal di kawasan perlindungan pelarian. Tiada pampasan yang diberikan kepada mereka. Mereka juga tidak dibenarkan kembali ke tanah asal milik mereka. Inilah contoh tindakan perkauman yang paling teruk sekali.

10. Tidak puas dengan tanah yang dihadiahkan oleh UN kepada mereka, yahudi menjarah pula tanah Palestin di luar Israel untuk dirampas lagi. Kemudian, mereka bina penempatan haram ekslusif bagi diri mereka

11. Mereka bina jalan di atas bumi Palestin, tetapi tiada rakyat Palestin yang dibenarkan menggunakannya. Mereka bina tembok di sepanjang perkampungan Palestin, memisahkannya dan orang Palestin tidak lagi dapat berhubung dengan sanak-saudara di perkampungan lain. Mereka juga tidak benarkan Palestin diisytihar sebagai negara, yang ada cumalah Pihak Berkuasa Palestin. Dan Eropah menyokong tindakan yahudi yang sombong dan angkuh itu.

12. Mereka lancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza supaya bekalan makanan dan ubatan serta bahan binaan tidak dapat dihantar ke Gaza selepas pengeboman dan serangan roket oleh tentera Israel. Kapal yang menghantar bekalan ke Gaza juga diserang dan dirampas di Perairan Antarabangsa. Malah, kapal agensi kemanusiaan dipaksa berlabuh di perlabuhan Israel, dan barang kargo tersebut dirampas pula. Acapkali berlaku di mana kapal yang diserang tentera laut Israel di luar perairan Israel dan pekerja kemanusiaan ditembak dan dibunuh sewenang-wenangnya.

13. Israel mempunyai lebih daripada puluhan ribu rakyat Palestin di dalam tahanan kerana tuduhan “anti-Israel”. Tiada penghakiman dilakukan. Tempoh penahanan tidak ditetapkan (mungkin selama-lamanya?)

14. Secara berkala, apabila ada askar Israel ditawan oleh Palestin, Yahudi akan menawarkan pertukaran tebusan dengan beberapa ratus rakyat Palestin bagi digantikan dengan askar yang ditawan. Tetapi, dengan begitu cepat, akan ada tangkapan baru dibuat dari kalangan rakyat Palestin demi menggantikan tahanan yang dibebaskan.

15. Jika sekiranya rakyat Palestin menghantar pengebom berani mati atau melancarkan serangan roket, maka Israel akan menyerang balas dengan sangat keterlaluan. Mereka akan hantarkan kumpulan tentera untuk memusnahkan perkampungan Palestin dan membunuh nyawa lelaki, wanita, kanak-kanak, orang tua, dan juga orang uzur.

16. Terkini, selepas pembunuhan tiga penuntut Israel oleh individu tidak dikenali, Israel mengebom Gaza dengan serangan udara. Hospital, sekolah, dan rumah semuanya dimusnahkan. Malah lebih 500 orang terkorban dan ribuan yang lain cedera. Hospital yang merawat pesakit juga dibom supaya orang sakit tidak dapat lari.

17. Inilah mesej yang ingin ditonjolkan oleh Israel, bahawasanya yahudi adalah suci dan mulia, dan sesiapa yang menganggu mereka terpaksa membayar harga berlipat kali ganda daripada kesakitan yang dihadapi mereka.

18. Segala apa jua yang Israel lakukan adalah bercanggah dengan undang-undang antarabangsa, berlawanan dengan moral, dan menyalahi hak asasi manusia. Yahudi adalah penjenayah dalam semua rang undang-undang manusia bertamadun.

19. Tetapi, yahudi Israel melakukan jenayah ini tanpa risau dihukum. Mereka ada negara seperti Amerika dan Eropah di belakang mereka. Merekalah manusia pilihan Tuhan dan mereka lebih berkuasa daripada mana-mana undang-undang, apa jua kod etika moral, dan juga bebas dari nilai kemanusiaan.

20. Semasa yahudi dilayan dengan teruk oleh Nazi Jerman, mereka menagih simpati dan sokongan dunia. Tetapi penderitaan mereka tidak mengajar mereka apa-apa, tidak membantu mereka memahami erti kesengsaraan. Malah, kini mereka berkelakuan lebih teruk daripada Nazi, dan tidak kisah langsung segala kejahatan yang mereka lakukan.

21. Eropah dan Amerika bertanggungjawab mencipta raksasa ini, tetapi mereka seakan tidak peduli kemusnahan yang dilakukan yahudi. Mereke terus menerus menyokong dasar penghapusan etnik Arab oleh yahudi. Mungkin mereka tidak puas hati dengan layanan Eropah terhadap mereka pada masa lampau.

Sepatutnya mereka perlu menyalurkan kemarahan mereka terhadap Nazi Jerman dan Eropah. Mungkin mereka terlampau pintar, dan mungkin juga bagi mereka “Membunuh Arab lebih mudah dan menyeronokkan”

BACA INI JUGA: 10 Penipuan Terbesar Yahudi

Sumber:
Terjemahan artikel Dr M bertajuk 'The Jews'
Bekas Perdana Menteri Ke-4 Malaysia
http://chedet.cc/?p=1425

Friday, August 08, 2014

Ronaldo Peneraju Boikot Israel

Ronaldo Peneraju Boikot Israel

Di saat penduduk Palestin di Gaza terpaksa melalui penderitaan akibat kekejaman rejim Zionis, bintang terkenal ini giat menyalurkan bantuan.

Ronaldo and Pepsi

Siapa sangka, walaupun dirinya bukanlah penganut agama Islam, namun keprihatinan ikon Real Madrid, Cristiano Ronaldo, wajar diberi pujian.

Terbaharu, Ronaldo bertindak menolak tawaran iklan televisyen komersial Pepsi, yang bernilai jutaan dolar.

Bukan sahaja dari segi wang ringgit, malah Ronaldo yang terkenal dengan panggilan, CR7, ini menolak untuk bekerjasama dengan Israel sejak dahulu lagi.

Tindakan itu dibuat kerana memikirkan Pepsi menyumbangkan wang untuk membiayai tentera Israel.

“Pendirian saya tetap teguh untuk tidak memberi kerjasama kepada mereka.

“Saya tahu, Pepsi adalah salah satu produk yang menyumbang kepada tentera mereka (Israel). Dari dahulu sehingga kini, saya tetap mengatakan tidak pada mereka!,” tegasnya.

Tahun lalu, Pepsi mendapat kritikan hebat daripada peminat bola sepak seluruh dunia apabila iklan produk berkenaan dilihat menghina bintang berkenaan.

Menerusi iklan berkenaan, anak patung yang menggambarkan watak Ronaldo dicucuk dengan puluhan jarum seperti upacara hitam, voodoo.

Selain itu, ada juga iklan di mana patung diikat pada landasan keretapi dengan kata-kata berbunyi, ‘Kami melepaskan Portugal’.

Namun, ekoran kecaman dan kritikan, Pepsi tampil memohon maaf kepada Ronaldo Fanpage Facebook Pepsi Co.

Selain daripada tawaran Pepsi, Ronaldo juga pernah menolak menukar jersinya dengan pemain bola sepak berbangsa yahudi.

Tindakan Ronaldo itu jelas memberi tamparan hebat buat puak Yahudi, sehingga mengecamnya.

Namun, Ronaldo yang terkenal dengan sikap tegasnya memberitahu bahawa dia tidak akan baju dengan pembunuh.

“Saya tidak akan tukar baju saya dengan ‘pembunuh’. Saya berada di bumi Palestin,” kepada media antarabangsa ketika perlawanan Dunia 2014 lalu.

Walaupun sebelum ini, ramai yang memberi tanggapan buruk kepada bekas pemain Manchester United ini dan tidak kurang juga yang menyifatkannya sebagai sombong dan angkuh.

Namun, melihat kepada penglibatan Ronaldo dalam usaha membantu rakyat Palestin, ternyata tuduhan itu tidak berasas.

Malah, dia dipandang sebagai golongan selebriti yang baik hati, berperikemanusiaan dan prihatin terhadap masyarakat yang ditindas.

Menurut Ronaldo, dia mempunyai sebab-sebab tertentu mengenai sokongannya terhadap Palestin.

“Sebab utamanya ialah saya percaya kepada pembebasan Palestin.

“Selain itu, saya benci melihat anak-anak yang terpaksa menempuh kesulitan untuk meneruskan kehidupan.

“Saya mahu anak-anak kecil itu bebas daripada cengkaman keganasan dan melalui kehidupan yang lebih baik,” katanya lagi.

Jelas Ronaldo, walaupun usia kecilnya tidak seperti kanak-kanak di Palestin yang hanya menunggu masa serangan, namun hatinya tetap tersentuh melihat mereka.

“Walaupun saya dan keluarga tidak pernah berdepan dengan peperangan seperti itu, namun saya dapat merasai sedikit kesengsaraan mereka.

“Ini kerana, kehidupan saya ketika kanak-kanak sangat daif dan kami sekeluarga pernah merempat.

“Bila mengingati saat itu, hati saya tersentuh dan sangat memahami keadaan kanak-kanak di sana,” katanya.

Lelong kasut kumpul dana

Sebenarnya, penglibatan Ronaldo dalam usaha membantu penduduk Palestin bukanlah setahun dua.

Malah, Ronaldo dikatakan pernah mengunjungi negara itu pada 2005 dan 2007.

Pada 2011, pemain bola sepak terkenal ini pernah memberikan kasut emas yang diraih pada tahun berkenaan kepada kelab lembaga amalnya.

Malah, ketika itu, Ronaldo memberitahu nilai penjualan kasut emasnya itu sepenuhnya disalurkan demi membantu anak-anak Palestin.

Menerusi laman sosial antarabangsa, lembaga amal Real Madrid berjaya melelong kasut emas milik Ronaldo sehingga RM6 juta.

Wang hasil lelongan itu disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang telah musnah ketika serangan terdahulu.

Pada 20 November tahun yang sama, Ronaldo menjual kasutnya dalam satu jualan lelong Real Madrid Foundation dengan mendermakan dana ke sekolah-sekolah di Gaza.

Lelongan kasut-kasut sukannya itu dapat membantu Palestin membina lapan sekolah di wilayah Palestin.

Sehingga kini, Real Madrid Foundation telah membantu membina 167 sekolah dalam 66 negara.

Terima kecaman hebat

Sokongan Pemain Terbaik Dunia 2008 ini tidak terhenti di situ apabila dia secara terang-terangan menzahirkan sokongan terhadap Palestin dengan mengenakan skarf Palestin dalam sebuah majlis.

Tindakannya itu mendapat kritikan dan kecaman hebat daripada media barat yang bersekutu dengan Yahudi.

Akibatnya, Ronaldo terpaksa berdepan dengan pelbagai bentuk tuduhan malah pihak berkenaan seakan memusuhinya dengan menceritakan segala keburukan bintang ini di laman-laman sosial.

Dalam kalangan yang mengecam, ada juga media yang menyokong dan menyifatkan tindakan bintang itu sebagai bentuk kemanusiaan. –Sinar Harian Online

BACA INI JUGA: 729, Barkod Produk Israel

Tuesday, August 05, 2014

Video Puluhan Tentera Pengganas Yahudi Mati Di Serang!

Video Puluhan Tentera Pengganas Yahudi Mati Di Serang!

Satu batalion dalam sesebuah organisasi ketenteraan biasanya mengandungi 300 hingga 1,200 orang anggota yang dipecahkan pula kepada dua atau tujuh kompeni yang lebih kecil bilangan anggotanya.

Askar Israel Terbunuh

Di laman Facebook tersebar satu video menunjukkan kira-kira satu batalion tentera rejim Zionis Israel bergelimpangan mati selepas diserang pejuang Hamas melalui briged Al-Qassam.

Difahamkan pihak tentera Israel dan kerajaan Zionis sedang cuba menyembunyikan video berkenaan untuk mengelak daripada terpalit malu apabila pasukan tenteranya diserang sehingga mengakibatkan kematian yang besar.

Dalam video selama 1 minit 11 saat itu, dilihat para anggota tentera Israel yang lain sibuk memberikan rawatan kecemasan kepada rakan tentera mereka yang cedera.

Melalui penerangan video ini, tidak diketahui bila serangan itu berlaku dan berapa ramai sebenarnya askar rejim Zionis yang mati terbunuh.

Dengan penyebaran video ini, berkemungkinan kesediaan Israel menerima gencatan senjata selama 72 jam yang baru sahaja dipersetujui.

Menurut laporan agensi berita, Amerika Syarikat (AS) dalam reaksinya mengalu-alukan perkembangan terbaru itu namun memberi amaran kepada pihak Hamas untuk memastikan kali ini ia berjaya dikekalkan.

Keputusan gencatan senjata itu berjaya dicapai selepas satu perbincangan diadakan di Mesir semalam, hanya beberapa hari selepas gencatan senjata pada Jumaat dicabuli Israel.

“Ini adalah peluang sebenar, kami amat menyokong inisiatif ini,” kata Timbalan Penasihat Keselamatan AS; Tony Blinken kepada agensi berita CNN.

BACA INI JUGA: Yahudi Perancang Perang Dunia Pertama!

Kenapa Israel Takut Dengan Media Sosial Malaysia?

Kenapa Israel Takut Dengan Media Sosial Malaysia?

Tidak dinafikan, hebatnya penangan media sosial di Malaysia dalam semua aspek, telah memberi impak yang sangat besar sehingga merubah struktur kehidupan harian rakyatnya.

The-Jews

Tahukah anda, bahawa rakyat Malaysia secara puratanya memiliki 233 orang rakan dalam satu akaun media sosialnya?

Mungkin bilangan ini kelihatan kecil, namun bilangan purata tersebut adalah tertinggi di dunia untuk seseorang yang memiliki akaun media sosial (sumber: wearesocial.sg).

Sedang kajian tersebut dibuat pada Disember 2011, penulis merasakan bilangan tersebut telah berganda pada masakini.

Dengan jumlah penduduk seramai 29 juta lebih, 15.6 juta daripadanya adalah pengguna aktif laman sosial “Facebook” pada Jan 2014 (sumber: US Census Bureu, InternetWorldStats, ITU, Facebook).

Malah, mengikut satu kajian yang penulis baca di internet (terlupa sumber), sewaktu musim Piala Dunia, rakyat Malaysia adalah yang tertinggi dilanda “demam piala dunia” dengan kecoh media sosial membicarakan tentang kejohanan itu berbanding negara seperti Argentina dan Portugal!

Walhal, kita hanyalah penonton berbanding Argentina dan Portugal yang layak ke kejohanan bolasepak terunggul di dunia itu!

Apa relevannya fakta diatas dengan ketakutan Israel kepada pengguna media sosial di Malaysia?

Minggu lalu, kita dikejutkan dengan tindakan Facebook yang didakwa sengaja menghalang akses ke blog milik Tun Mahathir ekoran artikel ‘The Jews’ yang ditulis oleh Tun sendiri.

Beberapa akaun Facebook milik rakyat Malaysia yang pro kepada Palestin pula dikhabar menerima “amaran” dari Facebook yang akaun mereka boleh ditamatkan.

Begitu juga yang berlaku ke atas seorang penulis buku Amerika Syarikat (AS) yang menentang kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin, Naomi Wolf, mendedahkan dia diberi amaran yang sama oleh Facebook.

Menurutnya, Facebook turut menjelaskan mereka telah menapis imej-imej yang Naomi muat naik daripada sumbernya di Gaza.

Apa yang sebenarnya sedang berlaku?

“Non-violent resistance”, adalah teknik yang diperkenalkan secara meluas oleh Gene Sharp melalui bukunya, “From Dictatorship to Democracy”.

Gene adalah rakyat Amerika, yang mana dikaitkan dengan National Endownment for Democracy (NED) tajaan George Soros.

“Non-violent resistance” adalah teknik yang digunapakai oleh pejuang Palestin sejak dahulu. Bukan sesuatu yang baharu kepada kita, apabila melihat rakyat Palestin, tanpa sebarang senjata dan hanya berbekalkan batu mempertahankan tanahair mereka.

Dengan keadaan daif seperti itu, pihak musuh masih belum mampu untuk mematikan semangat juang Palestina.

Apa rahsianya? Melalui kajian, Gene mendapati bahawa gambar-gambar serta video-video di media massa tentang pembunuhan, kematian dan tangisan ini dalam menuntut kebebasan Palestin tanpa ada keupayaan untuk bertindakbalas melalui ketenteraan telah menjadi nadi dan berkobarlah semangat perjuangan yang tidak pernah luntur.

Itu adalah intipati semangat Palestin, melalui penderitaan. Dan rasanya kita semua setuju, semangat kita sangat memuncak ketika ini, sedang saudara-saudara Palestin kita dibedil setiap saat oleh rejim laknatullah.

Runtuhnya Soviet Union adalah melalui sumbangan buku tersebut. Terhasillah beberapa negara seperti Ukraine, Kazakhstan dan lain-lain lagi. Huru hara di negara-negara Arab sebelum ini juga dikaitkan dengan strategi yang serupa.

Itu hebatnya hasil kebersamaan “non-violent resistance” dan media. Rata-rata pengguna media sosial di Malaysia hari ini melebarkan protes akan kezaliman Israel dengan memuatnaik kisah penderitaan Palestin dalam bentuk foto, video malah ilustrasi grafik.

Ini bermakna kisah tersebut, dengan kekuatan jumlah pengguna Facebook seperti yang penulis terangkan di perenggan ketiga, telah menjadi “viral” dan “virality” ini tiada sempadan garis pemisah. “Tag” sahaja rakan kenalan di US atau UK, maka sampailah mesej tersebut ke sana.

Ini yang amat dikhuatiri oleh Israel, yang lantas mengarahkan ejen-ejen mereka yang bertebaran seantaro dunia untuk menyekat kemaraan media sosial dari Malaysia yang menceritakan kebenaran.

Yang melucukan, kini Israel pula menggunakan teknik yang sama melalui media sosial dalam pembinaan persepsi, yang menggambarkan kononnya mereka tidak bersalah dan diserang, dan berlakunya pembunuhan ke atas rakyatnya.

Tidak cukup dengan itu, penulis terbaca tentang teknik mereka untuk menyolek tubuh badan dengan warna merah (darah) bagi menggambarkan kecederaan serius kononnya akibat serangan balas Briged Izzuddin Al Qassam sebelum dimuatnaik ke laman sosial.

The-Jews [2]

Setuju atau tidak, Israel terpaksa menelan hakikat bahawa mereka ketinggalan dalam perang media sosial, akibat dari sekian lama selesa berada di bawah lindungan kuasa-kuasa besar dunia.

Mereka terlupa bahawa semangat perjuangan Palestin subur mekar di seluruh dunia hanya berbekalkan foto dan video. Kezaliman dan pembohongan Israel tidak dapat dibendung lagi.

Facebook dikatakan telah menghalang akses rakyat Malaysia ke laman “Facebook Page” Israel Defence Forces (IDF). Mengikut sumber Kelab Che Det, IP dari Malaysia telah disekat oleh mereka.

Tidak mustahil, rakyat Malaysia juga mungkin akan kalah dalam perang media sosial untuk Palestin di Facebook, apabila mereka mengharamkan terus rakyat Malaysia dari menggunakan laman sosial tersebut kelak.

“We support all efforts to fight for the freedom of the state of Palestin”

[Sumber]

Monday, August 04, 2014

Palestin Di Zalimi, Kenapa Anwar Berdiam Diri?

Palestin Di Zalimi, Kenapa Anwar Berdiam Diri?

Hentaman yang dibuat oleh para pemimpin pembangkang yang menuduh kerajaan dan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak menyokong Israel perlu dikembalikan kepada pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersabit isu kekejaman Israel ke atas Palestin.

Anwar Ibrahim Sokong Yahudi

Ini kerana, dunia mengetahui, Anwar pernah mengeluarkan kenyataan menyokong penuh Israel yang melakukan serangan terhadap negara Islam, Palestin dan membunuh umat Islam negara itu sebagai usaha mempertahankan keselamatan negara Zionis.

Dari sehari ke sehari, angka kematian umat Islam Palestin semakin meningkat dan keadaan ini benar-benar memberikan kesedihan dan kekecewaan yang mendalam kepada umat Islam di negara lain termasuk Malaysia.

Ramai pemimpin negara lain meluahkan rasa kesal di atas tindakan Israel yang tidak berperikemanusiaan.

Malah, pemimpin-pemimpin Malaysia juga mengutuk tindakan Israel yang nyatanya memberikan sokongan supaya sifat kejam mereka dihentikan.

Dalam isu ini, para pemimpin pembangkang sibuk mahukan pemimpin Islam di negara ini terutamanya dari barisan kerajaan agar lantang bersuara kepada dunia tidak memberikan sokongan kepada Israel.

Persoalannya, dimanakah kedudukan pemimpin mereka, Anwar yang merupakan pemimpin Islam dalam isu Palestin ditindas oleh Israel?

Sejak berita dan laporan mengenai Palestin dibedil setiap hari, sehingga kini, Anwar masih lagi berdiam diri dan tidak memberikan sebarang kenyataan sokongan kepada negara Palestin.

Justeru itu, mengapakah pemimpin pembangkang tidak langsung menegur dan menggesa Anwar untuk berbuat demikian?

Anwar selama ini cukup terkenal sebagai individu yang bijak berbicara mengenai Islam apatah lagi bercerita mengenai kegemilangan zaman Islam.

Tetapi, apabila isu Palestin, beliau hanya mendiamkan diri dan tidak menyokong mana-mana pemimpin Islam yang sebaris mengutuk Israel. Tidakkah ia menimbulkan rasa pelik mengenai isu ini.

Kerajaan sentiasa berfikiran telus untuk membantu negara Palestin dan sentiasa positif mewujudkan tabung bantuan untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.

Ia termasuklah dari segi bantuan kewangan, makanan juga bantuan perubatan. Dilaporkan juga Biro Kebajikan UMNO akan bergerak ke Gaza pada esok hari dalam misi kemanusiaan membantu Palestin.

Untuk itu, dimanakah sumbangan para pemimpin pembangkang untuk membantu Palestin selain dari hanya pandai bercakap tetapi tidak ada sebarang tindakan dilakukan?

Nampaknya, Anwar perlu ‘dibasuh’ oleh pemimpin-pemimpin dari parti pembangkan sendiri agar sedar mengenai isu Palestin.

Yang pasti, sebagai rakyat Malaysia yang masih lagi waras dan beriman kepada Tuhan yang satu, sama-samalah kita berdoa agar perjuangan umat Islam di Palestin akan terbela satu hari nanti.

Sama ada ekonomi Israel tumbang ataupun tidak dengan boikot kita, itu bukanlah kayu ukurannya yang paling besar.

Tetapi yakinlah bahawa usaha kita walaupun sedikit sudah pasti ada kebaikannya.

[Sumber]

Thursday, July 31, 2014

Israel Tuduh Malaysia Latih Pejuang Hamas!

Israel Tuduh Malaysia Latih Pejuang Hamas!

Pergerakan Hamas menafikan tuduhan Agensi Keselamatan Israel, Shin Bet bahawa Malaysia melatih anggotanya untuk melancarkan serangan rentas sempadan.

Hamas

Pemimpin Kanan Hamas, Dr Khaled Qadoumi menegaskan rejim Zionis Israel mengolah propaganda untuk menutup kelemahan dan kekejaman di Gaza.

“Israel sedang mengalami kekalahan moral yang teruk dalam operasi ketenteraannya kali ini di Gaza dan mereka cuba menjejaskan sokongan sebuah negara Islam yang proaktif dan kuat terhadap warga Palestin,” kata Khaled ketika dihubungi Astro AWANI.

Hamas juga menyifatkan Malaysia menjadi sasaran penipuan Tel Aviv kerana peranan luar biasa Kuala Lumpur dan masyarakat sivilnya dalam memperjuangkan Palestin di pentas global.

“Israel adalah penipu besar. Kenapa tuduh Malaysia? Kerana Malaysia sebuah negara Islam yang bebas serta berani sentiasa berada di sisi rakyat Palestin di Gaza yang terus sengsara,” tegas Dr Khaled.

Justeru, Hamas menyeru semua pihak di Malaysia tidak terpengaruh dengan penipuan dan permainan propaganda Israel.

Dr Khaled mengulas laporan Jerusalem Post yang mendakwa anggota Briged Al-Qassam menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan.

Shin Bet menuduh unit komando Hamas itu menerima latihan seperti payung terjun dan ‘paragliding’ untuk memasuki kawasan selatan wilayah Israel.

Agensi Keselamatan Israel itu juga mendakwa ada anggota Hamas dijadual untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini.

Dalam pada itu, Dr Khaled turut memaklumkan Hamas akan terus bertahan dalam mendepani serangan berterusan dan menyeluruh rejim Tel Aviv di Gaza.

“Kami tiada jalan lain selain mempertahankan diri. Hamas akan terus berjuang mempertahankan Gaza dan menyerang sasaran strategik ketenteraan Israel,” ujar beliau.

Selain perjuangan melalui gerakan gerila, Hamas meneruskan usaha melalui jalan politik dan diplomasi antarabangsa dalam mendepani kekejaman rejim Israel.-Astroawani.com

Tuesday, July 22, 2014

Sokongan Selena Gomez Kepada Gaza Dikecam Peminat!

Sokongan Selena Gomez Kepada Gaza Dikecam Peminat!

Peperangan di Gaza antara Palestin dan Israel sememangnya menarik perhatian orang ramai termasuklah selebriti antarabangsa.

Selena Gomez ‘Pray For Gaza’ [3]

Kalau sebelum ini penyanyi Rihanna telah melahirkan sokongannya dengan menggunakan hashtag #FreePalestine sehingga mendapat kecaman jutaan peminatnya, kali ini tiba giliran Selena Gomez mengalami nasib yang serupa.

#FreePalestine by Rihanna

Menggunakan akaun Instagramnya, Selena menunjukkan tanda simpatinya terhadap apa yang menimpa rakyat Palestin di Gaza.

Tulis Selena Gomez: Please pray for those families and babies today. Please always remember what’s important in life. It’s not any of this. We are here to help, inspire and love. Be that change. #wearethenextgeneration

Susulan perkongsian itu, Selena Gomez telah dikecam hebat oleh jutaan peminatnya yang menyokong Israel. Membaca komen-komen yang diterima olehnya pasti membuatkan Selena terasa cuak. Mana tidaknya, ada yang siap ugut bunuh lagi.

Namun di dalam gambar seterusnya, Selena menerangkan yang dia tidak menyokong mana-mana pihak cuma mahukan keamanan dan keperimanusiaan sahaja.

And of course to be clear, I am not picking any sides. I am praying for peace and humanity for all!

Selena Gomez ‘Pray For Gaza’ [2]

Apa pun, salute dengan Selena Gomez yang sedar mengenai isu semasa yang sedang berlaku di Gaza.

Semoga akan lebih ramai artis antarabangsa tampil dan membuat perkara yang serupa seperti yang telah dilakukan oleh Selena.

Sekurang-kurangnya dapat membuka mata peminat mereka mengenai apa yang sedang terjadi di Gaza.

BACA INI JUGA: Bintang Terkenal Kanak-kanak Disney Yang Kini Menjadi Simbol Seks Dewasa!

[Sumber]

Monday, July 21, 2014

Video Askar Israel Mati Ditembak Sniper Al-Qassam

Video Askar Israel Mati Ditembak Sniper Al-Qassam

Dari laporan yang diterima dari sumber dari Gaza, askar Israel yang terbunuh sudah pun mencecah puluhan orang tetapi mereka hanya berani melaporkan beberapa anggota mereka sahaja yang terbunuh.

Zionis-is-terrorist

Ini bagi memastikan moral tentera dan rakyat Israel tidak tergugat dalam kempem serangan ke atas Gaza kini.

Bagaimanapun laporan ini sebenarnya propaganda Israel yang enggan mengakui sebenarnya banyak lagi askar mereka sudah terbunuh, khususnya menjadi mangsa penembak tepat Briged al-Qassam.

Menurut sumber kanan tentera Zionis, penguasaan terowong rahsia di Gaza tidak memberi peluang kepada mereka untuk menguasai keseluruhan terowong yang sebenarnya begitu besar dan jauh.

Pada awal sebelum serangan darat Israel, pemimpin Hamas sudah pun memberikan amaran bahawa Israel akan menyesal jika meneruskan serangan darat dalam operasi kononnya membalas serangan roket yang ditembak oleh Hamas.

Dalam nada ketakutan, Israel berkata kononnya mereka sudah pun berjaya memusnahkan kira-kira 13 terowong rentas sempadan sejak Khamis lepas.

Menurut Jerusalem Post lagi, Hamas meningkatkan serangan ke atas askarnya yang menjalankan operasi mencari pintu masuk ke terowong rahsia di rumah-rumah warga Palestin berhampiran sempadan negara Zionis itu.

Hamas turut menggunakan terowong berkenaan sebagai laluan untuk masuk ke dalam Israel dan melancarkan serangan ke atas askar Israel.

Dalam satu kenyataan, Briged al-Qassam berkata enam askar dibunuh ketika pejuang-pejuang mereka merentasi sempadan Israel di bahagian selatan di Eshkol mengikut terowong bawah tanah.

Dua lagi operasi sama turut berjaya membunuh tujuh lagi askar Israel.

Di bandar Dimona yang terletak di gurun Negev, seorang lagi askar Zionis berjaya dibunuh.

Hakikatnya, ketika ini Israel sudah semakin gentar dalam melancarkan serangan darat ke atas Gaza dan mahu ia digerakkan dengan lebih hebat agar ancaman ke atas anggota tenteranya yang semakin hebat oleh pejuang Hamas.

Saksikan satu video yang dimuatnaik di laman YouTube pada 18 Julai menunjukkan seorang askar Israel ditembak mati oleh penembak tepat al-Qassam.



Video Tentera Israel Menyorok Ketakutan!

Video Tentera Israel Menyorok Ketakutan!

Bukti demi bukti bahawa tentera rejim Israel sedang dalam ketakutan semakin terserlah apabila ada video yang menunjukkan ketakutan mereka tersebar di internet.

Video Tentera Israel Menyorok Takut Mati

Satu video yang disiarkan dilaman Facebook, sekumpulan penduduk kawasan perumahan di Palestin bertindak menyerbu sebuah rumah dan menemui kira-kira 10 orang askar rejim Zionis bersembunyi ketakutan di dalam sebuah bilik.

Para penduduk kemudian bertindak menghalau kesemua askar rejim laknat berkenaan supaya keluar dari rumah itu.

Askar-askar berkenaan pastinya kecut akibat serangan dan tekanan oleh pejuang Hamas melalui briged al-Qassam yang memerangi mereka habis-habisan.

Sehingga kini dilaporkan sebanyak 18 orang tentera Israel sudah pun terbunuh dengan berpuluh-puluh lagi cedera.

(Baca: Inilah Sejarah Holocaust Yang Sebenarnya)

Masakan tidak kumpulan tentera ini dalam ketakutan, kerana sebelum ini mereka boleh menembak dengan sesuka hati tanpa ada penduduk Palestin yang melawan, tetapi kali ini mereka kembali ditentang habis-habisan.

Tambahan pula apabila mendengar rakan-rakan mereka ada yang sudah mati ditembak, pasti ketakutan semakin menyelubungi para anggota tentera Israel ini sehingga melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah bilik di dalam rumah berkenaan.

Jika begini semangat askar rejim Zionis yang konon-konon kuat, pastinya Hamas boleh memberi tekanan hebat kepada Israel dan seterusnya memenangi pertempuran menuntut bela di atas kekejaman Zionis ke atas penduduk Palestin selama ini.-Mynewshub.my


Wednesday, July 16, 2014

Iron Dome Gagal Pintas Roket J80 Al-Qassam!

Iron Dome Gagal Pintas Roket J80 Al-Qassam!

Wartawan TV10 Zionis dilaporkan telah memohon maaf kepada penonton-penontonnya kerana Iron Dome mereka tidak mampu menghentikan roket-roket J80 Al Qassam.

Jaabari 80 (J80)

Isnin lalu pada jam 9 malam (waktu Gaza) 2 pagi (waktu Malaysia), Al-Qassam melancarkan roket terbaru mereka iaitu Jaabari 80 (J80) ke arah Israel.

Al-Qassam memberi amaran awal agar Tel Aviv bersedia dan mencabar Iron Dome milik Israel untuk mematahkan serangan mereka.

Roket-roket mula dilancarkan. Siren dibunyikan. Masjid-masjid bertakbir seperti takbir hari raya. Bunyi letupan berlaku di banyak tempat.

Israel panik dan huru-hara apabila Iron Dome mereka tidak dapat menghalang roket ciptaan terbaru milik Al-Qassam. 4 letupan kedengaran.

Iron Dome
Misil dilancarkan 'Iron Dome', sistem pertahanan misil jarak dekat.

Ada roket Iron Dome yang jatuh terkena mereka sendiri sehingga ada rumah yang hancur. Bunkers dipenuhi manusia sehingga sesak. Hospital menerima pesakit yang sangat ramai.

Malah ada pelancong Amerika yang begitu terkejut dengan bunyi siren lalu mati di tempat kejadian.

Zionis begitu terkejut dengan kekuatan roket terbaru milik Al-Qassam.

Tambah mereka, Al Qassam telah melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara Arab sebelum ini.

Roket ‪Jaabari 80 bergerak secara berayun dan tidak tetap membuatkan Iron Dome tidak dapat menangkis.

Penganalisis tentera Israel untuk saluran Ibrani berkata roket Jaabari 80 Al Qassam dihasilkan dengan teknologi untuk mengelak dari Iron Dome.

Selain itu, wartawan TV2 Zionis melaporkan terdapat kemungkinan Hamas akan meneruskan serangan ini untuk tempoh 4 minggu.

J80 Al-Qassam
Roket yang dilancarkan dari sempadan Gaza menuju Israel.

Video serangan roket Jaabari 80 ke atas Tel Aviv




Tuesday, July 15, 2014

Pasukan Siber Malaysia Godam Ratusan Laman Web Israel!

Pasukan Siber Malaysia Godam Ratusan Laman Web Israel!

Perang di Gaza kini bukan sekadar bertumpu kepada serangan bersenjata di kawasan itu oleh tentera Yahudi tetapi dikembangkan juga sehingga ke dunia siber.

Malaysia Security Tester (MST)

Ratusan laman web milik Israel sudah berjaya digodam pasukan siber dari seluruh dunia (anonGhost) termasuk dari negara ini yang di ketuai oleh Malaysia Security Tester (MST).

Serangan dimulakan sejak 1 Julai lalu dan setakat ini lebih 2,000 laman web termasuk yang dimiliki oleh kerajaan haram Israel berjaya digodam.

Laman yang digodam akan diletakan hastag #OpSaveGaza dan lagu perjuangan Palestin.

Sumber MST memberitahu, serangan mereka hanya bertumpu kepada laman web dengan nama domain berakhir co.il.

anonghost

Antara laman kerajaan Israel yang diserang ialah http://jobs.galil.gov.il/temp/ dan http://galilee.gov.il/temp/index.asp.

Tinjauan juga mendapati sebahagian laman web rasmi kerajaan Israel yang berjaya digodam telah ditutup sementara dipercayai oleh webmaster laman-laman berkenaan.

Sementara itu, jurucakap AnonGhost, Donnazmi pula berkata, serangan siber pihak mereka adalah bagi mendedahkan kepada dunia sikap dan keganasan Israel ke atas masyarakat Palestin.

“Tindakan melancarkan roket dari sektor Gaza ke Israel adalah sesuatu yang normal dan boleh diterima terhadap babi-babi berkenaan (Israel), ia dipanggil penentangan dan bukannya keganasan,” katanya.

Malaysia Security Tester (MST) [2]

Tambah kenyataan itu, Israel tidak pernah wujud dan yang ada hanyalah Palestin.

“Tunjukan kepada dunia berapa banyak darah yang ada di tangan Yahudi,” katanya.

Serangan siber ke atas Israel dipercayai akan diteruskan sehingga objektif untuk mendedahkan kezaliman negara haram Yahudi itu berjaya dicapai. –Mynewshub.my

Umat Islam Tidak Berguna, Tidak Bererti dan Tidak Menakutkan Musuh!?

Umat Islam Tidak Berguna, Tidak Bererti dan Tidak Menakutkan Musuh!?

Bumi Gaza terus dibedil dan jumlah kematian di pihak Palestin terus meningkat. Begitu juga dengan mangsa yang cedera. Hospital sesak.

Gaza

Ubat-ubatan tidak mencukupi. Banyak rumah ranap. Masjid turut runtuh terkena bom. Penduduk di Genting Gaza dilanyak oleh rejim Zionis. Apakah kesudahannya?

Yahudi terus mengganas tanpa mempedulikan rayuan masyarakat antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Rejim Yahudi akan terus mencari kepuasan dengan alasan mahu menggempur pejuang Hamas tetapi yang menjadi mangsa adalah orang awam termasuk kanak-kanak.

Begitulah apabila sifat kebinatangan menguasai manusia. Siapa pun yang memimpin Israel, keadaannya sama.

Di tangan mereka `berlumuran darah' rakyat Palestin. Sebutlah siapa pemimpin itu. Benjamin Netanyahu, Ehud Olmert, Ehud Barak atau Ariel Sharon. Tiada bezanya.

Bukanlah sesuatu yang pelik apabila rakyat Palestin diserang, 'polis dunia' hanya mampu merayu dan melihat pembunuhan mereka yang tidak berdosa.

Mereka ini hanya bertindak pantas dan cuba campur tangan apabila sesama umat 'bergaduh' di negara yang dinaungi pemimpin Islam.

Lihat apa yang berlaku di Iraq, Afghanistan, Mesir, Syria, Iran dan beberapa negara lain. Adakah mereka peduli nasib umat Islam yang nyawa mereka seolah-olah tidak berharga. Jika dilihat jumlah pelarian, sudah tentu paling ramai adalah dalam kalangan masyarakat Islam.

Kisah pembunuhan dan penindasan anggota keluarga kita yang beragama Islam ada di seluruh pelosok dunia. Selain Palestin, kita tahu nasib rakan-rakan umat Islam di Bosnia, Chechnya, Pattani, Myanmar, Tunisia, Kashmir, Lubnan, Uzbekistan dan China. Kenapa terjadi begitu?

Adakah jumlah umat Islam teramat sedikit sehingga tidak mampu lagi untuk membantu rakan-rakan seagama yang ditindas?

Kembali ke Palestin, sudah terlalu banyak cerita duka. Kematian menjadi rutin harian. Palestin tidak boleh lari daripada kekejaman yang dilakukan oleh puak Zionis. Saban hari akan ada kekejaman yang dilakukan tanpa ada rasa belas kasihan.

Apa yang melanda di Palestin bukanlah isu kemanusiaan semata-mata sebaliknya berkait dengan keimanan kepada Allah. Ini kerana perkara itu membabitkan maruah agama Allah SWT yang perlu dipertahankan semua pihak di seluruh dunia.

Mungkin bagi sesetengah orang yang tidak tahan dengan penindasan dan kekejaman yang dilakukan oleh puak Zionis akan lari meninggalkan negara itu. Adalah lebih baik untuk mereka mencari negara lain yang menjanjikan suasana yang lebih baik.

Keadaan sebaliknya berlaku bagi penduduk Palestin. Bagi mereka, memang benar peribahasa, Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik negara sendiri.

Bagi rakyat Palestin, bumi negara itu perlu dipertahankan walaupun sebahagian daripadanya sudah hilang.

Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin dan Pemimpin Tertinggi Hamas pernah berkata kepada pemimpin Malaysia bahawa, "Kami di sini lebih beruntung kerana diberi peluang oleh Allah untuk menikmati syahid mempertahankan bumi Baitulmaqdis bagi pihak kalian''.

Palestin

Bumi Palestin adalah tanah yang diwakafkan dan umat Islam seluruhnya mempunyai hak terhadap tanah itu yang melahirkan ramai nabi dan imam Shafie. Di bumi Palestin juga terletaknya kiblat pertama umat Islam.

Penduduk Palestin sering menyatakan rasa syukur kerana berpeluang tinggal di situ dan mempertahankan tanah milik umat Islam itu. Begitulah semangat yang ada pada rakyat Palestin.

Malangnya ketika ini, Israel sedang melakukan pengusiran secara halus apabila mengarahkan penduduk meninggalkan kediaman mereka untuk memberi ruang tentera melancarkan serangan.

Diselak kembali lembaran sejarah, kekejaman pemimpin Israel tidak pernah terhenti. Mungkin masih ramai yang ingat bagaimana kezaliman yang dilakukan oleh Ariel Sharon pada 16 September 1982.

Di kem Sabra dan Shatila yang menjadi khemah pelarian rakyat Palestin di Lubnan digempur oleh rejim Zionis. Ketika itu Sharon bertindak sebagai Menteri Pertahanan. Akibat tindakan ganas itu yang hanya berpunca mahu menghapuskan pejuang PLO, kira-kira 3,000 maut.

Sharon bebas malah 'kegemilangan' itu meletakkan beliau sebagai Perdana Menteri. Apakah tindakan ke atas Sharon?

Sharon hanya 'dihukum' menderita strok sehingga hilang jawatan Perdana Menteri. Bayangkan jika pembunuhan seumpama itu dilakukan oleh pemimpin di negara Islam. Mereka akan dicari sehingga ke lubang cacing.

Sharon dengan angkuh pernah berkata: ''Saya berharap akan dapat menghalau keluar semua orang Palestin dari Gaza dan Tebing Barat ke Jordan'' (New York Times 17 Mei 1982).

Itu impian Sharon yang diteruskan oleh Ehud Olmerd dan kini Benjamin Netanyahu. Bilakah akan berakhir penderitaan rakyat Palestin ini? Apakah masih ada harapan bagi mereka hidup merdeka di negara sendiri?

Masyarakat Islam dunia hanya mampu berdoa dan menunaikan solat hajat supaya penduduk Palestin diberikan kekuatan dan dilindungi.

Mereka bersama masyarakat pelbagai anutan agama yang lain juga hanya mampu mengutuk dan menganjurkan demonstrasi bantahan.

Mereka hanya mampu menangis mengenangkan bencana ciptaan manusia yang melanda kehidupan masyarakat Palestin.

Disebabkan tidak ada harapan lagi, ada yang mengharapkan agar peristiwa kemusnahan tentera bergajah yang mahu menghancurkan Kaabah berulang.

Ketika itu Allah mengirimkan sekumpulan burung yang menjatuhkan batu-batuan dari tanah yang terbakar ke atas tentera bergajah pimpinan Abrahah.

Maknanya dalam keadaan seperti di Gaza sekarang, hanya kuasa Tuhan yang dapat menghapuskan kekejaman dan keangkuhan Zionis itu.

Alangkah baiknya jika Ababil datang membantu. Malangnya tidak. Kenapa? Jika Ababil tidak dapat membantu, adakah umat Islam hanya sekadar melihat dan mendengar rintihan rakyat Palestin?

Bilakah agaknya pemimpin umat Islam yang ramai ini benar-benar bersatu menunjukkan kekuatan bagi menghadapi rejim Zionis ini?

OIC

Apa yang berlaku di Palestin adalah satu ujian amat besar kepada umat Islam khususnya pemimpin-pemimpin serta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Tidak ada gunanya jumlah kita yang ramai tetapi lemah.

Ingatlah sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud, "Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Seorang sahabat pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda SAW, "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

Adakah kita (umat Islam) hari ini sudah tergolong dalam kumpulan itu?

BACA INI JUGA: Kekejaman ISIS Dan Kezaliman Zionis

sumber: utusan