Tuesday, July 15, 2014

Gaza Bermandi Darah, Arab Sibuk Bina Mall Terbesar Di Dunia!

Gaza Bermandi Darah, Arab Sibuk Bina Mall Terbesar Di Dunia!

Mungkin ada yang akan tertanya-tanya, apa kaitannya serangan Israel di Palestin dan hasrat kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) hendak membina pusat membeli-belah terbesar di dunia?

Dubai ‘Mall Of The World’

Jawapannya mudah, bayangkan segala peruntukan berbilion dolar untuk membina Dubai ‘Mall Of The World’ itu disalurkan untuk kemudahan perubatan, pembangunan warga dan bumi Palestin atau kelengkapan untuk rakyatnya mempertahankan diri, sudah tentu Palestin tidak melarat dan diganyang sedemikian rupa oleh rejim zionis Laknatullah!

Berbalik kepada projek super-mega kerajaan UAE ini, ia dijangka merangkumi keluasan sebanyak 8 juta kaki persegi yang akan menyambungkan 100 buah hotel dan 20,000 buah bilik.

Gaza, Palestine

Suhunya akan sentiasa nyaman kerana dikawal bagi memenuhi keselesaaan para pelanggan dan peniaga di sepanjang tujuh kilometer kompleks perniagaan itu.

Taman tema terbesar di dunia khas untuk hiburan mereka yang berkeluarga juga akan dibina di tempat yang sama.

Di dalam Mall of The World juga akan dibina kawasan menyerupai Oxford Street London untuk membeli belah, kawasan hiburan menyerupai Broadway New York dan kawasan taman santai seperti di Barcelona.-Mynewshub.my

Dubai ‘Mall Of The World’ [2]
Dubai ‘Mall Of The World’ [3]
Dubai ‘Mall Of The World’ [4]

Boikot Barangan Amerika Syarikat Dan Israel

Boikot Barangan Amerika Syarikat Dan Israel

Marilah kita teruskan usaha kita memboikot produk-produk Israel, kerana Allah suka hambanya yang beristiqamah dalam membuat kerja atas keredhaan-NYA.

Boikot Barangan Amerika Syarikat Dan Israel

Boikot Israel. Kerana setiap kita yang membeli produk-produk penyumbang Zionis itu, kita memberikan sekian ringgit dan dolar untuk Zionis yang kemudian dibelikan peluru untuk ditembak ke tubuh pejuang, wanita dan kanak-kanak Palestin.

(Baca: 729, Barkod Produk Israel)

Mari ambil sedikit masa berkenalan dengan produk 'berprestij' yang menjadi kebiasaan kita selama ini, dan inilah saatnya kita semua mengerti apa dan siapa yang berada disebalik semua ini.

ASTRO (Malaysia)

Boikot Astro dan Yahudi [2]

Astro telah melantik Amdocs, yang merupakan syarikat milik YAHUDI LAKNAT, untuk menyediakan perisian serta perkhidmatan bagi pengurusan perhubungan pelanggan dan sistem bil. (Baca disini..)


Mc Donald's

Mc Donald's

Menurut Chicago Jewish Community Online (laman web milik Dana Syarikat Yahudi Chicago), Markas Besar Mc Donald's Corporation yang berpangkalan di luar Chicago, adalah cabang perniagaan Syarikat Dana Yahudi (Jewish United Fund-JUF) dan Federasi Yahudi (Jewish Federation).

Salah satu tujuan JUF adalah menjaga dokongan ketenteraan, ekonomi, dan diplomatik Amerika Syarikat, mengawasi, bahkan mengawal pemberitaan media ke atas Israel. Salah seorang CEO Mc Donald's, Jack M. Greesberg, adalah anggota kehormat Badan Dagangan dan Industri Amerika-Israel (Israel-America Chamber of Commerce).

Coca-Cola

Coca-Cola

Tahun 1997, delegasi misi ekonomi Israel memberikan penghargaan Israel Trade Award kepada Coca-Cola atas kesetiaan mereka memberi bantuan kepada negara itu selama 30 tahun. Coca-Cola juga menolak seruan Liga Arab untuk memboikot Israel.

Pada Februari 2002, Coca-Cola bekerja sama dengan friend of Israel menjadi sponsor ceramah tokoh Zionis, Linda Gradstein, di Universiti Minnesota.

Tahun 2002, Coca-Cola membangunkan kilang di atas tanah milik Palestin yang dirampas Israel. Ini hadiah Israel atas sumbangan jutaan dolar Coca-Cola kepada mereka.

Produk yang masih berafiliasi dengan Coca-Cola adalah Dr Pepper, Fanta, Fruitopia, Kia Ora, Lilt, Sprite, Sunkist, dan Schweppes.

Nestlé

Nestlé

Satu perusahaan dengan Johnson & Johnson. Beberapa jenama produk Nestlé yang dipasarkan di Malaysia antaranya ialah Nescafé, Nestlé Milo, Kit Kat, Aiskrim Nestle, Maggie, dan pelbagai lagi.

Johnson & Johnson

Johnson & Johnson

Tahun 1998, wakil perusahaan Johnson & Johnson, Roger S. Fineon, mendapat penghargaan Jubilee Award dari Perdana Menteri (PM) Israel, Benyamin Netanyahu.

Penghargaan tertinggi ini diberikan atas dasar kesetiaan Johnson & Johnson memperkuat ekonomi Israel.

Sejumlah produk Johnson & Johnson beredar di Malaysia adalah barangan bayi dan kanak-kanak, antara lain: Johnson Baby Powder, Johnson Baby Lotion, Johnson Baby Shampoo, Johnson Baby Oil, dan Johnsons Baby Cologne.

L'Oreal

L'Oreal

Dianggap sahabat rapat Israel dan telah menanam modal besar-besaran di Negara Yahudi itu. Kongres Yahudi Amerika telah menyatakan 'keputusannya' dengan perusahaan ini yang disebut-sebut sebagai 'teman hangat'.

L'Oreal telah menetapkan Israel sebagai pusat perdagangan di Timur Tengah dan telah meningkatkan pelaburan dan pembuatan produk di negeri itu. Masih satu kumpulan dengan mereka adalah Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Halena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La rocheposay, Carson.

Danone

Danone

Tahun 1998, Franck Riboud, yang berasal dari Israel, atas nama perusahaan Danone, menerima penghargaan Jubilee Award yang diberikan Perdana Menteri (PM) Israel, Benyamin Netanyahu. Danone Institute, sudah didirikan di Israel sejak Julai 1998.

Danone dikenal memiliki banyak jenama air mineral di seluruh dunia. Di Asia mereka tampil dengan jenama Yilli, di Indonesia Aqua, di China Wahaha. Dan di Malaysia, antara produk mereka yang terkenal adalah Oreo, Aqua, Ritz, dan keju Kraft.

Revlon

Revlon

Menurut majalah Forbes, pemodal syarikat ini, Ronald Perelman, adalah seorang Zionis. Dia dikenal sebagai pendukung utama Zionis dan juga anggota The Simon Wiesenthal Center, kelompok ternama di dunia dan kerap mempromosikan Israel.

Starbucks Cofee

Starbucks Cofee

Direktor Starbucks, Howard Shult, dikenali sebagai aktivist Zionis yang kuat. Tahun 1998 dia diberi penghargaan Isarel 50th Anniversary Friend of Zion Tribute Award oleh Jerussalem Fund of Aish HaTorah.

Sejak meletus perang keatas Lebanon, pemimpin Syarikat Starbuck menyumbang setengah keuntungannya untuk Israel .

"Mendukung Yahudi dengan secangkir kopi", ungkapan tersebut sering terdengar ditujukan kepada penggemar Starbuck Cafe.

Di saat banyak perusahaan lain bermati-matian menarik diri dari Israel, Starbucks sebaliknya memutuskan untuk menolong ekonomi Israel yang sedang dilanda krisis dan menanam modal untuk membuka counter Starbucks di Israel (Shalom Coffee Co).

IBM

IBM

International Business Machines Corporation (IBM) diketahui memiliki hubungan rapat dengan Israel. Senior Vice President IBM, Ricciardi lawrence, dalam sebuah wawancara dengan Akhbar Israel, The Jerusalem Post, mencatat bahawa syarikat ini telah mengupah 1700 orang Yahudi. IBM merupakan tiga dari perusahaan yang dipuji dalam acara malam penghargaan demokrasi The American – Israel Friendship League (AIFL), 25 Jun 2001, oleh Ariel Sharon, bekas PM Israel.

Nokia

NokiaNokia

Pengurus Am Nokia, Lars Wolf, mengatakan dalam sebuah wawancara dengan The Jerusalem Post, 4 May 2001, “Kami benar-benar fokus pada israel dari semua sudut kerana kami memiliki projek dalaman bernama Project Israel.”

Time Warner Inc

Time Warner Inc

Time Warner Inc dikenal sebagai raksasa media. Wakil Direktor Time Warner, Kenneth Novack, pernah secara terang-terangan mengaku bahawa sangat menguntungkan bekerjasama dengan Israel.

Satu kumpulan dengan Time Warner adalah TIME Magazine, Life Magazine, Time-Life Books, CNN (TV Network), Warner Bros, dan ICQ (Internet chat program).

Marks & Spencer

Marks & Spencer

Sir Marcus Sieff, chairman M&S, menulis dalam sebuah buku bahawa tujuan perusahaan ini adalah untuk membantu perkembangan ekonomi Israel (Management: The Marks & Spencer Way, Weidenfield & Nicolson, 1990). M&S mendukung Israel dalam bentuk dagangan sekitar $233 juta setahun (Jerusalem Report, 5 Juni 2000).

Philip Morris

Philip Morris

Phillip Morris telah mendermakan 12% keuntungannya untuk Israel. Dengan rata-rata margin keuntungan sehari sebanyak 10%, atau $80 juta sehari, maka $9.6 juta wang umat Islam diberikan kepada Israel.

Produk-produk di bawah payung Philip Morris adalah Marlboro, Merit, L&M, Sampoerna Tbk, Lark, Winston, Gold Cost, Côted'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince, Benson & Hedges dan West.

Delta Galil Industries Ltd

Delta Galil Industries Ltd

Delta Galil, salah satu syarikat tekstil terbesar di Israel. Pengasas dan pemegang saham utama perusahaan ini, Dov Lautman, merupakan sekutu rapat Presiden Israel, Ehud Barak.

Jenis produk perusahaan ini adalah produk-produk Nike, Reebok, Caterpillar, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Redup, Old navy Dockers, Celio, J.Crewa, JC Penney, Lou Riders, Pryca, Hema, Auchan, Lindex, Tchibo Tati, Colombia. Syarikat ini juga turut memiliki rangkaian pasaraya runcit Carrefour.

News Corporation

News Corporation

News Corporation adalah raksasa media milik Rupert Murdoch yang melabur besar di Israel. News Corp adalah satu dari 3 perusahaan yang mendapat pujian atas sokongannya kepada Israel dalam America-Israel League Partners for Democracy Award Dinner 25 Jun 2001. Murdoch sendiri menjadi wakil penyelenggara acara tersebut.

Group News Corp adalah Fox TV Network, NBC, 20th Century Fox Film, Fox Kids, Sky TV Network, dan Star TV Network, national Geographic (journal & TV), new of the World, the Sun, Independet Newspaper Ltd, Newsphotos, Sunday Herald, Sunday Mail, Amerika: The New York Post, Harper Collins Book Publisher, Ragan Books, Zondervan, Nursey World, Raskus, NDS, Mushroom Records, ChinaByte.com, Festival Records.

Estée Lauder

 Philip Morris

Pengarah Estée Lauder, Ronald Lauder, adalah salah seorang ketua Persidangan Presiden Organisasi Yahudi-Amerika. Sekarang, beliau merupakan presiden Dana Nasional Yahudi (Jewish national Fund).

Selain dikenali sebagai seorang Zionis, Ronald Lauder juga aktif di dalam beberapa organisasi Yahudi, diantaranya The Conference of President of Major American Jewish Organitations, The Jewish national Fund, The World Jewish Congres.

Kelab Bola Sepak Arsenal

Boikot Arsenal

Mac 2006, Innovative Minds dan lembaga HAM Islam (The Islamic Human Right Commision) melakukan kempen memboikot kelab bola sepak Arsenal (Arsenal Football Club) atas keterlibatannya dalam mempromosikan Israel sebagai tempat tujuan utama pelancongan.

Senarai Barangan Lain Yang Perlu Di Boikot


Senarai ini memang tidak memberi tahu kepada pengguna bahawa sebenarnya mereka adalah orang yahudi. Namun, kita sudah menjadi pengguna setia yang secara tidak langsung menyokong ekonomi orang yahudi selama ini.

Walaupun ramai yang menganggap usaha memboikot produk-produk ini sebagai sia-sia dan tidak membawa kemana-mana, anggaplah ia sebagai salah satu jihad kecil kita untuk agama. Mungkin pada pandangan manusia nampak kecil, tetapi pada pandangan Allah, besar nilainya.

Setiap kali Gaza diserang, setiap kali itulah kita akan dengar seruan memboikot barangan yahudi. Diperhatikan sikap umat Islam terhadap kempen sebegini ada 3 golongan:
  1. Ada yang memboikot barangan Yahudi yang dia tahu, dan terus memboikot barang yahudi sehingga selagi nyawa di kandung badan.
  2. Ada yang memboikot barangan Yahudi sekejap, lepas tu tak tahanlah... balik asal.
  3. Ada yang terus tak ambil kisah..

Antara alasan golongan kedua dan ketiga ialah, nak buat apa susah payah boikot barang yahudi. Dah berpuluh tahun kita boikot, tapi tak jadi apa pun. Kita ni pengguna yang kecil jumlahnya, buat apa susahkan diri.

Tentang perkara ini, ada satu kisah Israiliyyat yang agak menarik yang boleh dijadikan iktibar.

Kononnya semasa raja namrud menyalakan api untuk membakar Nabi Ibrahim 'alaihisalam, ada seekor burung kecil yang bersungguh-sungguh mengambil air dari paruhnya untuk memadamkan api yang dinyalakan itu.

Burung kecil ni digelakkan oleh burung-burung lain yang lebih besar, sebab tak mungkin api yang begitu besar boleh dipadamkan dengan curahan air yang begitu sedikit.

Kemudian, burung kecil tu berkata, "Allah tidak akan bertanya api padam atau tidak dengan usaha aku ini, tapi Allah akan bertanya apa yang aku dah buat untuk menolong Nabi Ibrahim 'alaihissallam."

Begitulah kawan-kawan, kita boikot barang yahudi bukan kerana kesannya, tapi kerana tanggungjawab terhadap saudara Islam.

Sekurang-kurangnya, boleh dijadikan alasan dihadapan Allah kelak.

Mungkin dengan cara ini sahaja untuk kita menolong saudara seagama kita di bumi Palestin, memandangkan rata-rata dari kita terlalu mencintai dunia dan takut mati.

Lagipun, jika ada diantara kita yang turut serta berjihad di sana, akan dilabel sebagai militan dan pengganas pula kan.

Doa Qunut Nazilah

Doa Qunut Nazilah
Klik gambar untuk paparan besar.

Jika itu dirasakan sukar untuk dilakukan, maka berdoalah dengan Doa Qunut Nazilah supaya membolehkan mereka yang teraniya di Palestin serta Gaza dikurniakan bantuan oleh Allah S.W.T.

Bacaan Qunut Nazilah ini boleh dilakukan pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal.

Adakah anda bersama saya? Hanya tindakan anda sahaja yang membuktikannya.

Layari inminds.co.uk untuk senarai terkini dan penjelasan bagaimana setiap produk Israel ini membantu Israel dalam menyerang Palestin.

Semoga kita meneruskan dan menyokong jihd memboikot barangan US dan Israel.

#SaveGaza

-Sentiasapanas.com

Monday, July 14, 2014

Video Penyampai Berita Amerika Kutuk Kekejaman Zionis Yahudi

Video Penyampai Berita Amerika Kutuk Kekejaman Zionis Yahudi

Jutaan penduduk dunia ketika ini membantah dan menentang kekejaman tentera rejim israel yang sudah berterusan membedil warganegara Palestin sejak minggu lepas sehingga korban mencecah angka 172 orang.

Malam Lailatul Qadar

Sudah pastinya, sebaik artikel ini ditulis angka kematian rakyat tidak berdosa di bumi Gaza terus bertambah.

Pengendali laman Facebook; Muslim Care Malaysia Society hari ini berkongsi sebuah video menunjukkan penyampai berita laman web www.rt.com di Amerika,

Abby Martin yang jelas menyuarakan kemarahannya kepada israel.

Abby dilihat berang dengan kenyataan yang dikeluarkan jurucakap White House di Washington DC, yang mahu pejuang Hamas menghentikan serangan roket berterusan ke Gaza.

Selain itu, beliau juga menyelar White House yang mahukan perdana menteri israel, Benjamin Netanyahu bertindak menghadapi serangan Hamas itu dengan bertanggungjawab.

Beliau turut menjelaskan kenyataan sebenar yang dialami penduduk Gaza apabila ratusan penduduk Gaza terbunuh ekoran serangan Zionis yang didakwa dilaksanakan untuk membendung serangan roket dari Gaza.

“Bertindak secara bertanggungjawab? Saya mesti berada di alam dongeng sekarang kerana bagi saya ia adalah hukuman terkumpul yang kepada seluruh penduduk Gaza, bertentangan dengan “bertindak secara bertanggungjawab,” kata Abby.

Abby berkata laporan yang dikeluarkan oleh media Amerika Syarikat tidak boleh diharapkan melaporkan kebenaran kerana mereka sebenarnya ‘bertugas’ sebagai jurutaip kerajaan pimpinan Presiden Barrack Obama.

Menurut beliau, pada peringkat awal serangan zionis laknat sudah pun membedil 200 sasaran di Gaza dengan lapan kanak-kanak terbunuh, apa yang boleh termampu dibalas oleh Hamas hanyalah menembak roket ke Israel bagi mempertahankan tanah air mereka.-Mynewshub.my


Stephen Hawking Sertai Boikot Terhadap Israel

Stephen Hawking Sertai Boikot Terhadap Israel

Sebagai tanda bantahan terhadap keganasan tentera Zionis di Palestin, Prof. Stephen Hawking telah menyertai mogok akademik terhadap negara itu dengan menarik diri daripada menyertai sebuah persidangan yang dianjurkan oleh Presidennya Shimon Peres di Jerusalem.

Stephen Hawking

Hawking, 71,yang merupakan seorang pakar fizik teorikal dan Profesor Matematik di Universiti Cambridge terkenal, telah menerima jemputan untuk menjadi sebahagian daripada panel kehormat pada konferens tahunan itu.

Acara yang dilangsungkan buat kali kelima itu bakal dihadiri oleh barisan selebriti ternama antarabangsa, dijangka akan menarik ribuan peserta dan ber dengan sambutan hari jadi Peres yang ke-90.

Tahap kesihatan Hawking tidak berada dalam keadaan baik buat masa ini, namun itu bukanlah sebab utama beliau menarik diri daripada menyertai forum itu. Beliau telah menulis kepada Presiden Israel itu bagi menyatakan bahawa beliau telah berubah fikiran.

Walaupun keputusan Hawking masih belum diumumkan kepada orang ramai, namun sebuah kenyataan yang disahkan sendiri oleh Hawking telah diterbitkan oleh Jawatankuasa British bagi Universiti-Universiti Palestin dengan deskripsi: “Keputusan menghormati boikot ini adalah daripada kerelaan hatinya, berdasarkan pengetahuan beliau mengenai bumi Palestin,serta nasihat daripada kenalan akademik beliau di sana.”

Penyertaan Hawking mencetuskan satu lagi kemenangan dalam kempen memboikot, menafikan hak serta melakukan sekatan yang disasarkan terhadap institusi pendidikan Israel.

Pada April lalu, Persatuan Guru Ireland telah menjadi pertubuhan pendidik pertama di Eropah yang melakukan mogok terhadap Israel, dan Persatuan Pengajian Amerika-Asia di Amerika Syarikat juga menyuarakan sokongan terhadap kempen itu.

Keputusan Hawking bagaimanapun telah mendapat kritikan hebat di laman Facebook, dengan ramai pengguna memfokuskan pandangan negatif mereka terhadap keadaan fizikal profesor itu dan tak kurang juga yang melabel beliau sebagai anti-semitik.

Hawking bukanlah selebriti British pertama yang menolak jemputan lawatan ke Israel, malah beberapa barisan penyanyi berpengaruh seperti Elvis Costello, Roger Waters, Brian Eno, Annie Lennox dan Mike Leigh turut memberikan respon yang sama.

Ahli fizik yang popular dengan teori ‘Big Bang’ itu bagaimanapun telah beberapa kali menjejakkan kaki ke Israel dan yang terbaru adalah pada tahun 2008,dimana beliau dijemput sebagai tetamu kedutaan British di Tel Aviv untuk menyampaikan syarahan umum di beberapa buah universiti di Israel dan wilayah Palestin.

Sejak daripada itu, persepsi beliau terhadap Israel telah berubah secara serta-merta apabila beliau mengutuk tindakan mereka melancarkan serangan selama tiga minggu di Gaza dengan menyamakan Zionis dengan apartheid di Afrika Selatan pada tahun 1990. -Mynewshub.my

Penduduk Dunia Kecam Serangan Rejim Zionis

Zionis

Penduduk dari segenap pelosok dunia melakukan bantahan terhadap serangan dahsyat Israel ke atas Gaza yang mengorbankan lebih 170 nyawa termasuk wanita dan kanak-kanak sejak serangan dilancarkan bermula Selasa lalu.

Protes yang diadakan di bandar-bandar metropolitan dunia seperti Milan, New York, London, Seoul dan Paris disertai oleh ribuan penunjuk perasaan yang berang atas tindakan terkutuk rejim Zionis itu.

Di Tel Aviv dan Haifa,seramai 500 penduduk Palestin yang tinggal di dalam wilayah taklukan Israel berganding bahu bersama penganut Yahudi Ortodoks untuk membantah serangan ganas terhadap Gaza dan menggesa supaya penindasan dihentikan, Sabtu lalu. Aktivis solidariti dan belia Palestin di daerah Yaffa turut serta melaungkan protes terhadap kezaliman tentera Zionis.

Selain itu, di Amerika Syarikat, sebuah persatuan keamanan Yahudi iaitu Jewsih Voice for Peace yang merupakan penaja bersama majoriti kempen anti-keganasan turut menyuarakan rasa marah terhadap kenyataan Israel bahawa serangan yang dlakukan adalah untuk ‘kebaikan semua bangsa Yahudi’.

Jumaat lalu, ribuan pembantah mengadakan demonstrasi di Jordan, Turki, Mesir, Lebanon, Yemen, Tunisia, Indonesia, Amerika Syarikat, Perancis dan United Kingdom.

Di Ankara, para penunjuk perasaan bertindak berkumpul di hadapan kedutaan Israel dan melaungkan kecaman terhadap opresi Zionis terhadap Palestin.

Sebuah demonstrasi besar-besaran juga dilakukan di Jakarta di mana peserta menyuarakan kemarahan pada rejim Zionis Israel dengan mengotori gambar Perdana Menterinya Benjamin Netanyahu.

Mesir juga mengecam pengeboman Gaza dalam protes di Kaherah.

Di Oslo, sekitar 3.000 aktivis pro-Palestin berkumpul di luar kompleks Parlimen untuk mendukung perdamaian di Gaza.

Perwakilan dari persatuan penduduk Palestin dan juga penyokong bantahan di Norway memberikan ucapan pada acara tersebut, mengutuk serangan Israel di Gaza yang telah menelan lebih daripada 170 nyawa yang telah memasuki hari ketujuh,hari ini.

“Ada penjajah dan satu lagi, yang dijajah. Dan apabila ada mangsa sudah tentu wujudnya pemangsa,” kata wakil parti berhaluan kiri Heikki Eidsvoll Holmas dalam ucapan beliau.

Di Kanada, penunjuk perasaan berkumpul di West Bloor Street berhampiran Muzium DiRaja Ontario untuk memprotes agresi Israel terhadap Gaza.

“Kita perlu menghentikan agresi terhadap mereka yang tidak bersalah,” kata Wael Ghuneim, presiden Persatuan Palestin di Hamilton di dalam satu kempen protes yang dihadiri ratusan pembangkang.

Keadaan di Gaza semakin meruncing sejak kejatuhan Presiden Mohammad Morsi, kerana laluan masuk di pintu Rafah untuk membolehkan bantuan kebajikan disampaikan tersekat apabila Mesir menutup laluan tersebut.

BACA INI JUGA: 729, Barkod Produk Israel

Saturday, July 12, 2014

Kekejaman 'Holocaust Moden' Pengganas Yahudi Direstui Dunia!

Kekejaman 'Holocaust Moden' Pengganas Yahudi Direstui Dunia!

Awal bulan ini dunia dikejutkan dengan tindakan pelampau Yahudi Israel membunuh dan membakar dengan kejam seorang kanak-kanak Palestin, Mohamed Abu Khudair.

Mohamed Abu Khudair burn in Palestin

Kekejaman Zionis ini mungkin kurang disedari oleh umat Islam, tidak terkecuali di negara ini yang kini terlalu sibuk memperkatakan tentang ketangkasan pemain dan pasukan bola sepak pujaan mereka beraksi dalam Piala Dunia FIFA 2014.

Bagi Zionis atau lebih tepat lagi rejim haram Israel, perbuatan lebih dahsyat daripada perlakuan binatang itu langsung tidak menyalahi norma kehidupan.

Malah bagi mereka, perbuatan seperti membelah perut ibu sarat mengandung, menyembelih hidup-hidup bayi dan kanak-kanak serta menyeksa sehingga mati warga emas uzur, langsung tidak menjadi dosa bagi mereka, sebaliknya dinobatkan sebagai kejayaan.

Sebagai bangsa yang ‘kononnya’ menjadi pilihan dan disayangi tuhan, adalah halal bagi mereka untuk membunuh manusia lain yang tidak sebangsa, lebih-lebih lagi dalam kalangan umat Islam.

Perbuatan kejam yang mendapat restu negara kuasa besar itu, hanya secebis daripada jutaan kezaliman Israel sejak ‘nakbah’ 66 tahun lalu yang bermaksud malapetaka atau bencana besar apabila Zionis pada 15 Mei 1948 secara rasminya mengisytiharkan penubuhan negara haram Israel.

Mengimbas kembali tragedi hitam yang berlaku di perkampungan Deir Yassin kira-kira sebulan sebelum permulaan nakbah itu, iaitu pada 9 April 1948, penduduknya dibunuh beramai-ramai secara kejam oleh kumpulan pengganas Zionis.

Rumah penduduk dibakar. Mereka yang cuba menyelamatkan diri daripada api marak ditembak bertalu-talu. Wanita hamil hidup-hidup dirodok perut dengan senjata tajam.

Kanak-kanak diseksa sebelum dipenggal leher di hadapan ibu bapa sendiri. Penduduk dibunuh dengan anggota badan ditakik-takik, dipotong-potong.

Saki-baki wanita dan remaja pe­rempuan yang masih hidup ditelanjangkan serta diarak ke kawasan penempatan haram pengganas sebelum dihadiahkan dengan muntahan peluru.

Kira-kira 34 tahun selepas itu, menggunakan alasan kononnya terdapat saki-baki ‘pengganas’ di Kem Pelarian Palestin di Sabra dan Shatila, rejim haram Tel Aviv itu selama dua hari, 16 dan 18 September 1982 mengepung kedua-dua kem ini dengan ketat dari luar.

Kekejaman Yahudi di Sabra dan Shatila

Tujuannya bagi membolehkan geng militan Parti Phalangist, Lebanon, kononnya untuk mencari saki-baki itu yang dikatakan beberapa hari sebelumnya terlibat dalam serangan membunuh ketua parti yang juga Presiden Lebanon, Bashir Gemayel, sekutu kuat rejim Zionis Israel.

Mereka dibenarkan masuk untuk membunuh, menyembelih tanpa belas kasihan orang awam terutamanya wanita dan kanak-kanak. Lebih dahsyat lagi mangsa-mangsa terlebih dahulu dirogol sebelum dibunuh dengan kejam.

Sumber Israel mendakwa hanya 700 orang awam terbunuh. Sumber Lebanon pula mengatakan kira-kira 1,900 orang manakala sumber Palestin menyebut antara 3,000 dan 3,500 pelarian menjadi korban. Seramai 1,000 hingga 1,500 orang lagi hilang dan hanya 1,000 berjaya melarikan diri.

Kenapakah rejim Israel akhir-akhir ini semakin mengganas?

Memetik kenyataan Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Dr. Mousa Abu Marzook, ia berpunca daripada rasa terancam dengan persefahaman dan pembentukan kerajaan perpaduan Palestin yang menyatukan Hamas dan Fatah, bekas sekutu lama Israel hingga menyebabkan negara haram itu kehilangan ‘teman rapat’.

Maka diuar-uarkan mengenai kehilangan dan penculikan tiga remaja Yahudi yang ditemukan mati dibunuh di sebuah ladang di Hebron dan seperti biasa Palestin dituding jari.

Seolah-olah dirancang, dalam operasi mencari dan menyelamat ini, maka ramai rakyat Palestin menjadi mangsa kekejaman dan kezaliman Israel sama ada ditangkap, dibelasah atau dibunuh tanpa petanda jelas penglibatan mereka dengan ‘penculikan’ tiga remaja berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad, Awang Suffian Awang Piut berkata, kematian penuh tragis Mohamed telah membangkitkan kemarahan bukan sahaja penduduk Palestin tetapi seluruh dunia termasuk bukan Islam.

Jelasnya, kebangkitan rakyat Palestin yang dikenali sebagai Intifada (Kebangkitan) Ketiga ini berlaku di seluruh pelosok Tebing Barat, Kota Al-Quds, kawasan Palestin 1948 dan kem-kem pelarian di Lebanon.

"Rentetan peristiwa itu, rejim Israel mengisytiharkan tindakan ketenteraan terhadap gerakan rakyat Palestin dengan misi ‘menghancurlumatkan Gaza’, iaitu sebuah penjara terbuka terbesar di dunia yang mempunyai kira-kira 1.7 juta penghuni dalam kawasan seluas kira-kira 313 kilometer persegi yang dikepung dari segenap penjuru daratan, udara dan lautan," katanya.

Beliau ditemui selepas melancarkan Tabung Kecemasan Gaza di Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Sehingga rencana ini ditulis, rejim haram itu telah melakukan ratusan serangan udara dan darat terhadap penduduk Palestin.

Seperti biasa, secara dayusnya kebanyakan serangan itu ditujukan kepada kawasan awam, rumah-rumah kediaman dan ladang pertanian hingga mengorbankan wanita, warga tua dan kanak-kanak.

Tambah Awang Suffian, keadaan penduduk Palestin pada masa ini amat sukar. Segala-galanya dikekang oleh Israel, sempadan udara, darat dan laut ditutup, jika ada pun bantuan yang diberikan hanya daripada rejim itu sahaja.

Namun, tegas beliau, semuanya berbayar dengan kadar berlipat kali ganda tetapi kualitinya langsung tidak terjamin.

Bekalan petroleum, elektrik, air bersih, makanan dan segalanya dihadkan sepertiga daripada keperluan sebenar para penduduk.

"Tujuannya hanya satu iaitu untuk melemahkan mental dan fizikal penduduk Palestin tetapi pada masa sama mengambil kesempatan meraih keuntungan melampau daripada para penduduk.

Hamas dan Fatah bergabung

"Sebelum ini, sejak kemenangan Hamas pada 2006 di Gaza, para penduduknya menggunakan lebih 1,000 terowong yang menyambungkan sempadan Rafah, Mesir, untuk mendapatkan pelbagai keperluan, namun sejak bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi digulingkan pada 2013, semua terowong berkenaan dimusnahkan oleh pihak berkuasa," katanya.

Justeru Tabung Kecemasan Gaza yang dilancarkan baru-baru ini menyasarkan untuk mengutip sejumlah RM5 juta untuk digunakan bagi menyalurkan bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada rakyat Palestin yang semakin menderita akibat kezaliman tentera rejim Zionis itu.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan masing-masing melalui mana-mana akaun Aman Palestin yang boleh didapati di laman web www.amanpalestine.net atau laman Facebook rasmi, www.facebook.com/AmanPalestinOfficial.

Fakta mengenai penderitaan rakyat Pales­tin dan ditindas dan dizalimi rejim Zionis sudah dimaklumi oleh semua orang di serata dunia.

Namun tidak salah jika kisah malang mereka kembali dihangatkan untuk membuka mata semua khususnya badan antarabangsa dan kuasa besar dunia memandangkan sehingga kini tidak ada usaha bersungguh-sungguh daripada masyarakat dunia untuk menyelamatkan mereka.

[Sumber]

Wednesday, May 08, 2013

Israel Bersedia Lancar Serangan Ke Atas Gaza!

Israel Bersedia Lancar Serangan Ke Atas Gaza!

Laman sesawang Walla mendedahkan tentera Israel sedang bersedia melancarkan Operasi Tunjang Pertahanan II ke atas Gaza kononnya sebagai langkah untuk menghentikan serangan roket dari Palestin.

Serangan Israel telah menyebabkan kemusnahan infrastruktur 
di Khan Younis, selatan Genting Gaza, 19 November lalu.

Menurut Walla, Israel juga mahu memusnahkan infrastruktur milik pejuang Hamas yang dilihat sebagai satu tindakan untuk mencabuli perjanjian gencatan senjata bersama Palestin.

Selain itu, laman tersebut turut membongkar niat jahat rejim Zionis yang mahu menyerang Gaza sekali lagi kononnya selepas negara terbabit tetap mempertahankan pendirian anti-Israel mereka.

Tentera rejim Zionis juga dikatakan berhasrat untuk menambah lebih ramai anggota mereka pada masa hadapan bagi menangkis serangan Hamas.

November lalu, Israel bertindak kejam melancarkan Operasi Tunjang Pertahanan I yang turut mengorbankan lebih 160 penduduk termasuk kanak-kanak manakala kira-kira 1,200 cedera.

Jurucakap Hamas memberitahu, perang selama lapan hari ke atas Genting Gaza itu menyebabkan kemusnahan bernilai lebih AS$1.2 bilion (RM3.6 bilion) diperik dari laporan Press TV.

-Sinarharian

Friday, April 26, 2013

WTF! Mayat Kanak-kanak Palestin Di Makan Anjing Tentera Yahudi

WTF! Mayat Kanak-kanak Palestin Di Makan Anjing Tentera Yahudi

Kekejaman yang dilakukan tentera-tentera Zionis Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sudah di luar batas perikemanusiaan. Tentera-tentera Zionis itu bukan hanya menyerang warga Gaza dengan bom-bom dan kereta kebal, tapi juga menggunakan anjing-anjing buas untuk menyeksa warga Gaza.


Kayed Abu Aukal, seorang doktor di Gaza tidak tahu kata-kata apa lagi yang boleh digunakan untuk menggambarkan kekejaman tentera-tentera Zionis itu.

"Oh, Tuhan! Saya tidak pernah melihat pemandangan yang mengerikan seperti ini", cuma itu kata-kata yang terlontar dari mulut Doktor Aukal melihat keadaan jenazah Shahd, seorang anak kecil Palestin yang berusia 4 tahun.

Shahd sedang bermain di belakang rumahnya di kem pelarian Jabalita, utara Gaza ketika sebutir bom Yahudi jatuh di belakang rumah mereka. Shahd yang masih anak kecil itu pun gugur syahid. Orang tua Shahd cuba menyelamatkan puterinya yang sudah berlumuran darah itu, tapi ketika mereka cuba mengambil jasad Shahd, tentera-tentera Zionis menembak mereka dari jauh.

Selama lima hari jasad Shahd terbaring di tanah, sehingga akhirnya tentera-tentera Zionis melepaskan beberapa ekor anjing yang mengoyak jasad Shahd yang sudah tak bernyawa.

"Anjing-anjing itu meninggalkan satu bahagian tubuh bayi yang malang itu dalam keadaan utuh," kata Doktor Aukal sambil menitiskan air mata.

"Kami sudah melihat pemandangan yang sangat memilukan selama ini. Kami mengambil tubuh anak-anak yang terbakar atau terpisah-pisah, tapi kami belum pernah melihat yang seperti ini", sambungnya.

Melihat jenazah adik perempuannya yang masih anak kecil menjadi santapan anjing-anjing tentera Israel, abang Shahd, Matar dan sepupunya Muhammad, nekad mendekati jenazah Shahd, tapi kedua-duanya ditembak tentera-tentera Zionis hingga gugur syahid.

Jiran keluarga Shahd, Omran Zayda mendedahkan, tentera-tentera Zionis Israel itu sengaja melakukan kekejaman itu. "Mereka (pasukan Zionis) mencegah keluarga Shahd yang ingin mengambil jenazahnya dan mereka tahu anjing-anjing itu akan memakan jenazah Shahd," ujar Zayda.

"Tentera-tentera Israel itu bukan hanya membunuh anak-anak kami, mereka juga dengan sengaja melakukan cara-cara yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Kamu tidak akan pernah boleh bayangkan apa yang dilakukan anjing-anjing itu terhadap tubuh Shahd," kata Zayda sambil menahan air matanya.

Warga Palestin juga mendedahkan, ramai warga mereka yang mengalami perkara yang sama dengan Shahd. Di Jabaliya, tentera-tentera Israel menembak keluarga Abd Rabu yang sedang mengebumikan ahli keluarga yang menjadi mangsa serangan Israel. Tembakan menyebabkan orang-orang yang sedang mengebumikan mangsa pembunuhan Yahudi lari mencari perlindungan.

Bukan hanya menembak, tentera-tentera Zionis yang biadab itu kemudian melepaskan beberapa ekor anjing ke arah jenazah-jenazah yang belum sempat dikebumikan.

"Apa yang terjadi kemudian sangat mengerikan dan tidak boleh dibayangkan," kata Saad Abd Rabu.

"Anak-anak lelaki kami meninggal di depan mata kami dan kami dihalang untuk menguburkan jenazahnya. Selepas itu, tentera Israel tersebut melepaskan beberapa ekor anjing mendekati jenazah, seakan-akan kekejaman yang telah mereka lakukan pada kami belum cukup," tutur Abd Rabutak sambil menahan tangisannya.

Tentera-tentera keji... semoga kematian-kematian yang menyeksakan segera kamu rasakan, diteruskan dengan seksa kubur yang lebih menyakitkan sehingga akhirnya menjadi penghuni neraka Jahannam yang paling menyedihkan.. Amiin..

[Sumber]

Monday, April 08, 2013

Anonymous Ancam Hapuskan Israel Dari Internet

Anonymous Ancam Hapuskan Israel Dari Internet

Kumpulan aktivis penggodam terkenal Anonymous bersiap sedia melancarkan serangan siber besar-besaran untuk menghapuskan Israel daripada Internet mulai hari ini.


Ia bertepatan dengan sambutan hari peringatan Holocaust di negara haram Yahudi itu.

Usaha itu akan berterusan hingga esok.

Beberapa kumpulan penggodam turut menyertai rancangan itu yang matlamatnya untuk melancarkan serangan bersama.

Rabu lalu, kira-kira 15,000 akaun Facebook penduduk Israel digodam. Menurut laporan, virus yang dilepaskan menerusi satu alamat IP membolehkan ia menyerang komputer di Israel.

Ini bukan kali pertama kumpulan pro-Palestin itu menyasarkan rejim Zionis. November lalu, Anonymous melancarkan serangan besar-besaram terhadap laman web kerajaan, bank dan syarikat perniagaan kad kredit Israel.

Anonymous merancang misi yang dikenali Op-Israel itu bulan lalu.

Kanak-kanak mangsa pembunuhan tentera Zionis.

“Kamu tidak pernah merancang menghentikan pencabulan terhadap hak asasi manusia. Kamu tidak pernah mahu menghormati undang-undang antarabangsa.

(Baca: Holocaust! Kid Smile After Killed in Palestin)

“Kerana itu anggota kami di seluruh dunia akan bersatu dengan rakyat Palestin untuk menghapuskan kamu daripada Internet,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

-Agensi

Tuesday, February 19, 2013

Gambar Kanak-kanak Jadi Sasaran Sniper Israel Dikecam

Gambar Kanak-kanak Jadi Sasaran Sniper Israel Dikecam

Seorang tentera Israel telah membangkitkan kemarahan orang ramai apabila dia memuat naik gambar kepala seorang kanak-kanak Palestin yang dijadikan sasaran penembak tepat.


Mor Ostrovski seorang sniper israel memuat naik gambar di atas di instagram miliknya namun dia mengatakan gambar tersebut ditemui di internet.

Dia kemudian menutup akaun miliknya setelah gambar tersebut mendapat kecaman sebagai tidak berperikemanusiaan.

[Sumber]

Wednesday, December 26, 2012

Yahudi Sengaja Bina Landasan Bawah Tanah Melintasi Al-Aqsa

Yahudi Sengaja Bina Landasan Bawah Tanah Melintasi Al-Aqsa

Hatem Abdul Qadir, pegawai pengawal Jerusalem dari puak Fatah pada hari Rabu lalu telah mendedahkan adanya tujuan Israel untuk membina kereta api bawah tanah yang menghubungkan antara dua bahagian bandar Jerusalem, bahagian timur dan barat. Terowong kereta tersebut dirancang digali di bawah tapak-tapak suci umat Islam, semakin mengancam kehancuran tapak suci Islam.


Menurut Abdul Qadir, syarikat AS, Marshall Engineering, akan menjadi pelaksana projek tersebut dan telah mencapai tahap maju dalam pembangunan rancangan penggalian terowong dan rancangan kereta api.

Menurut rencana yang diperoleh pejabat Abdul Qadir, terowong tersebut akan digali sepanjang beberapa kilometer, bermula dari Jerusalem Barat, mengelilingi tembok barat dan selatan Jerusalem, kemudian mengarah ke Buraq Square, dekat tembok barat Masjid Al-Aqsa.

Abdul Qadir menambah, tujuan projek tersebut adalah untuk memindahkan sebahagian besar penduduk Israel yang tinggal di Jerusalem ke dekat Masjid Al-Aqsa.

Ia menambah, rencana tersebut ada hubungannya dengan usaha mewujudkan laluan kereta api di bawah Masjid Al-Aqsa. Abdul Qadir memberi amaran mengenai bahaya projek tersebut dan ancamannya terhadap identiti Arab di kota Jerusalem.

Timbalan Majlis Perundangan Palestin, Ahmad Bahar, berkata, “Israel melakukan apa saja yang boleh melemahkan identiti Arab dan Islam di kota suci (Jerusalem).” Ia juga memberi amaran mengenai skim Israel menggali terowong di bawah Masjid Al-Aqsa.

Sementara itu, Hatem Abdul Qadir mengatakan kepada pejabat berita Maan bahawa para penduduk Palestin akan berkumpul di Silwan pada hari Minggu akan datang. Hal itu kerana polis Israel mengeluarkan keputusan untuk membenarkan demonstrasi yang awalnya dijadualkan pada bulan Mac.

Membalas apa yang disebut Abdul Qadir sebagai provokasi, ia mendesak penduduk Palestin dan aktivis perpaduan untuk berkumpul di Al-Bustan, Silwan pada hari Jumaat dan menuntut diakhirinya pengusiran warga Palestin dari rumah-rumah di Jerusalem Timur.

Menurut pegawai Fatah tersebut, arak-arakan itu diagendakan menyusul provokasi yang berterusan dari para penduduk Yahudi haram yang menambil alih jengkal demi jengkal perumahan Palestin.

Pertembungan terakhir berlaku pada hari Rabu malam, ketika para penduduk Yahudi memprovokasi sekumpulan pemuda Palestin yang memberi respons dengan membaling batu dan botol kosong ke arah kereta-kereta penduduk. Pertengkaran berakhir setelah pasukan Israel datang ke Silwan dan membubarkan kumpulan Palestin tersebut.

Mac lalu, Israel membuka semula sebuah sinagog di Baitulmuqaddis Timur (Al-Quds). Langkah Israel tersebut mendapatkan sokongan AS, meskipun protes dan kemarahan warga Palestin di bandar suci tersebut dan juga di kawasan Tebing Barat.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu turut ambil bahagian dalam pembukaan semula sinagog Hurva, yang terletak hanya 700 meter dari Masjid Al-Aqsa di kota tua Jerusalem, dengan alasan sebagai sebahagian daripada “warisan” Israel.

“Kami membenarkan orang-orang dari berbagai keyakinan untuk memelihara laman peribadatan mereka. Kami dengan bangga melindungi” warisan “kami, dan pada masa yang sama membenarkan orang-orang lain untuk menjalankan ajaran agama mereka dengan bebas,” kata Netanyahu dalam sebuah mesej video.

Ketua institut antarabangsa Al-Quds, Dr. Ahmed Abu Halabiya, memberi amaran bahawa pembukaan semula sinagog Hurva di Al-Quds merupakan sebahagian dari rencana jahat Israel untuk membina sebuah kuil Yahudi di Masjid Al-Aqsa.

-Halimislam.com

Thursday, December 06, 2012

Mesut Ozil Sedih Kanak-kanak Di Bunuh Israel Pakai Jersi Namanya

Mesut Ozil Sedih Kanak-kanak Di Bunuh Israel Pakai Jersi Namanya

Walaupun berita ini telah berlaku bulan lalu, namun sangat meruntun hati dan perasaan kepada sesiapa pun yang melihatnya.


Serangan tentera Israel yang membabi buta menyebabkan ramai rakyat Gaza tidak bersalah terbunuh.

Serangan peluru berpandu Zionis ditujukan terus keatas kanak-kanak dan kaum perempuan bukan cerita rekaan. Sebagai bukti, ramai yang terkorban terdiri dari kalangan kanak-kanak,wanita dan warga tua.

Keadaan itu menyebabkan kesedihan dari banyak pihak, tidak terkecuali Mesut Ozil.

Pemain Real Madrid itu sangat sedih dengan kematian kanak-kanak yang sedang bermain bola sepak di jalanan.

Entah mengapa, ketika asyik bermain jet pejuang tentera Yahudi jatuh dan mengorbankan kanak-kanak itu.

Yang membuat Mesut Ozil sedih adalah mangsa itu sedang mengenakan jersi Ozil bernombor 23. Meskipun nombor rasmi Ozil di Madrid adalah 10, namun gambar itu mampu menggetarkan hatinya. Ozil memuat turun gambar itu melalui akaun instagram miliknya, officialmesutozil10.


Dalam gambar itu kelihatan jenazah kanak-kanak itu ditangisi rakannya.

Dengan mengenakan serban, dia tidak sempat menutup kedua-dua matanya dan mulutnya yang masih menganga.

Kelihatan darah dan sebahagian jersi Madrid yang dikenakan mangsa terbakar.

-Detikislam.blogspot.com

Saturday, December 01, 2012

Askar Yahudi Kutuk Barack Obama Di Facebook

Askar Yahudi Kutuk Barack Obama Di Facebook

Seorang pegawai atasan tentera Israel didakwa, mencetuskan isu perkauman selepas memuat naik gambar wajahnya yang dilumuri lumpur dan menggelarnya sebagai 'gaya Obama' ke laman sosial Facebook Tindakan Leftenan Sacha Dratwa, 29, itu dianggap menghina Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan menimbulkan kemarahan rakan Fecebook terutama dari AS.

Foto dimuat naik ke dalam akaun Facebook Dratwa.

Laman berkenaan menjadi bualan rakyat AS sekali gus memaksa Dratwa memohon maaf atas sikap keterlaluannya itu.

"Bermuka hitam adalah sangat perkauman dan mungkin ada yang terguris dengan gaya anda," komen seorang daripada rakan Facebooknya.

Sementara itu, sebahagian pengguna rangkaian sosial lain melabelkan tindakan Dratwa sebagai kesilapan kecil dan lebih bodoh daripada sifat perkauman.

Dratwa yang bertanggungjawab sebagai jurucakap dan pengemas kini akaun Twitter rejim, bertindak menyekat masuk akaun Facebook peribadinya dan memberi jawapan bahawa dia bukan individu bersifat perkauman.

"Tolong berhenti menyebarkan fitnah terhadap saya," kata warga Belgium itu.-Mail Online

Friday, November 30, 2012

Akhirnya Palestin Di Iktiraf Sebagai Sebuah Negara

Akhirnya Palestin Di Iktiraf Sebagai Sebuah Negara

Beribu-ribu orang meraikan kejayaan apabila Palestin memperoleh pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara selepas penantian selama 65 tahun.

Akhirnya Palestin Di Iktiraf Sebagai Sebuah Negara

Generasi muda Palestin pastinya akan mengingati tarikh penting berkenaan iaitu 29 November 2012.

Kejayaan itu menjadi kenyataan biarpun sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat meningkatkan kempen agresif untuk menggagalkan undian Perhimpunan Agung.

Sebelum ini, Palestin menolak cadangan supaya sebuah negara Yahudi dan Arab ditubuhkan selepas penjajahan British ke atas Palestin berakhir.–AP

Tuesday, November 20, 2012

Pengganas Yahudi Sengaja Membunuh Kanak-kanak dan Wanita

Pengganas Yahudi Sengaja Membunuh Kanak-kanak dan Wanita

Satu lagi pembunuhan beramai-ramai membabitkan nyawa kanak-kanak Palestin di Gaza gagal mengubah pandangan dunia ketika Israel dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat lain meneruskan serangan ganas pada hari kelima berturut-turut, semalam.


Serangan melalui udara dan laut itu membunuh 23 penduduk Palestin, termasuk 14 wanita dan kanak-kanak.

Kementerian Kesihatan Hamas berkata, insiden itu mencatat kematian paling tinggi sejak kempen ketenteraan Israel ke atas Gaza dilancarkan.

Sembilan kanak-kanak lima daripadanya bayi dan budak serta lima wanita adalah mangsa terbaru keganasan rejim Zionis, menjadikan jumlah korban menjadi 69 orang hanya dalam tempoh kira-kira 100 jam serangan udara Israel. Serangan udara Zionis itu meranapkan sebuah bangunan dua tingkat milik sebuah keluarga.

Pegawai kesihatan berkata, empat wanita dan lima kanak-kanak - termasuk seorang bayi dari satu keluarga terkorban akibat serangan itu.

Penyelamat bergegas menarik keluar mangsa dari bawah runtuhan ketika orang ramai menjerit ketakutan. Sementara itu, dunia terus menyaksikan - malah menyokong - keganasan itu ketika rejim Zionis mengulangi jenayah perang mereka.

Presiden AS, Barack Obama, serta Setiausaha Luar Britain, William Hague, sekali lagi bertegas mendakwa Israel “berhak mempertahankan diri” walaupun berkata, mereka “lebih suka” jika negara pengganas itu mengelak daripada melancarkan serangan darat ke atas Gaza.

Obama berkata, Israel mempunyai hak untuk mengharapkan tiada sebarang misil disasarkan ke wilayah mereka.

Sementara itu, delegasi Liga Arab diketuai Nabeel al-Arabi, akan melawat Gaza hari ini bagi menunjukkan sokongan kepada wilayah berkenaan. Presiden Mesir, Mohammad Mursi, berkata ada “beberapa petunjuk” gencatan senjata akan berlaku tidak lama lagi.-Hmetro

Thursday, November 15, 2012

Holocaust! Pengganas Yahudi Lancar Pembunuhan Besar-Besaran Di Gaza

Holocaust! Pengganas Yahudi Lancar Pembunuhan Besar-Besaran Di Gaza

Malaysia hari ini mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) khususnya Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil tindakan tegas berhubung apa yang disifatkan sebagai tindakan ketenteraan tidak bertanggungjawab oleh Israel yang menyasarkan orang awam di Gaza.


Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan oleh aktiviti ketenteraan dan serangan udara Israel di Gaza, yang telah membunuh seorang pemimpin Palestin dan meragut tujuh nyawa termasuk dua kanak-kanak.


“Malaysia menggesa semua pihak yang terlibat untuk menghentikan sebarang tindakan provokatif, bertenang dan mengekang sebarang tindakan yang boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar dan kehilangan nyawa, terutama di kalangan penduduk awam di Semenanjung Gaza,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, ketua sayap tentera kumpulan Islamis Hamas Palestin, Ahmed Said Khalil al-Jabari terbunuh dalam satu serangan udara Israel di Gaza


Beliau dan seorang pegawai kanan Hamas turut terbunuh apabila kereta yang mereka naiki dibedil melalui serangan udara.

Satu siri serangan udara kini sedang dilancarkan di seluruh Gaza.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata mereka kini sedang melancarkan operasi serangan terahdap Hamas, pejuang Jihad Islam dan lain-lain kumpulan militan yang lain.

Kebelakangan ini, pegawai-pegawai Israel tekad untuk membunuh dan menyerang pemimpin-pemimpin kanan Hamas.

Pasukan Keselamatn Israel, Shit Bet mengesahkan yang mereka bertanggungjawab ke atas segala aktiviti keganasan.

“Ahmed Said selama ini juga antara orang yang bertanggungjawab membiayai dan memberi arahan operasi tentera mereka bagi menyerang Israel. Jadi dengan pembunuhan beliau, kami mahu memberi amaran kepada pegawai Hamas yang lain jika mereka melakukan keganasan kepada Israel, mereka juga akan turut diserang,” katanya.


Jurucakap Hamas, Taher Anunu memberitahu pemberita, keganasan yang dilakukan oleh Israel ini merupakan jenayah yang cukup kejam dan bakal memberi kesan jangka panjang.

“Kerajaan Palestin akan memanggil mereka yang bertanggungjawab melakukan jenayah kejam ini dan rakyat Palestin sendiri mempunyai hak untuk bertindak balas,” katanya.

Timbul juga kebimbangan yang serangan itu akan menimbulkan lagi perang ke kawasan sekitar.

Sumber: Mynewshub.my