Jul 14, 2014

Stephen Hawking Sertai Boikot Terhadap Israel

Sebagai tanda bantahan terhadap keganasan tentera Zionis di Palestin, Prof. Stephen Hawking telah menyertai mogok akademik terhadap negara itu dengan menarik diri daripada menyertai sebuah persidangan yang dianjurkan oleh Presidennya Shimon Peres di Jerusalem.

Stephen Hawking

Hawking, 71,yang merupakan seorang pakar fizik teorikal dan Profesor Matematik di Universiti Cambridge terkenal, telah menerima jemputan untuk menjadi sebahagian daripada panel kehormat pada konferens tahunan itu.

Acara yang dilangsungkan buat kali kelima itu bakal dihadiri oleh barisan selebriti ternama antarabangsa, dijangka akan menarik ribuan peserta dan ber dengan sambutan hari jadi Peres yang ke-90.

Tahap kesihatan Hawking tidak berada dalam keadaan baik buat masa ini, namun itu bukanlah sebab utama beliau menarik diri daripada menyertai forum itu. Beliau telah menulis kepada Presiden Israel itu bagi menyatakan bahawa beliau telah berubah fikiran.

Walaupun keputusan Hawking masih belum diumumkan kepada orang ramai, namun sebuah kenyataan yang disahkan sendiri oleh Hawking telah diterbitkan oleh Jawatankuasa British bagi Universiti-Universiti Palestin dengan deskripsi: “Keputusan menghormati boikot ini adalah daripada kerelaan hatinya, berdasarkan pengetahuan beliau mengenai bumi Palestin,serta nasihat daripada kenalan akademik beliau di sana.”

Penyertaan Hawking mencetuskan satu lagi kemenangan dalam kempen memboikot, menafikan hak serta melakukan sekatan yang disasarkan terhadap institusi pendidikan Israel.

Pada April lalu, Persatuan Guru Ireland telah menjadi pertubuhan pendidik pertama di Eropah yang melakukan mogok terhadap Israel, dan Persatuan Pengajian Amerika-Asia di Amerika Syarikat juga menyuarakan sokongan terhadap kempen itu.

Keputusan Hawking bagaimanapun telah mendapat kritikan hebat di laman Facebook, dengan ramai pengguna memfokuskan pandangan negatif mereka terhadap keadaan fizikal profesor itu dan tak kurang juga yang melabel beliau sebagai anti-semitik.

Hawking bukanlah selebriti British pertama yang menolak jemputan lawatan ke Israel, malah beberapa barisan penyanyi berpengaruh seperti Elvis Costello, Roger Waters, Brian Eno, Annie Lennox dan Mike Leigh turut memberikan respon yang sama.

Ahli fizik yang popular dengan teori ‘Big Bang’ itu bagaimanapun telah beberapa kali menjejakkan kaki ke Israel dan yang terbaru adalah pada tahun 2008,dimana beliau dijemput sebagai tetamu kedutaan British di Tel Aviv untuk menyampaikan syarahan umum di beberapa buah universiti di Israel dan wilayah Palestin.

Sejak daripada itu, persepsi beliau terhadap Israel telah berubah secara serta-merta apabila beliau mengutuk tindakan mereka melancarkan serangan selama tiga minggu di Gaza dengan menyamakan Zionis dengan apartheid di Afrika Selatan pada tahun 1990. -Mynewshub.my

Penduduk Dunia Kecam Serangan Rejim Zionis

Penduduk Dunia Kecam Serangan Rejim Zionis

Penduduk dari segenap pelosok dunia melakukan bantahan terhadap serangan dahsyat Israel ke atas Gaza yang mengorbankan lebih 170 nyawa termasuk wanita dan kanak-kanak sejak serangan dilancarkan bermula Selasa lalu.

Protes yang diadakan di bandar-bandar metropolitan dunia seperti Milan, New York, London, Seoul dan Paris disertai oleh ribuan penunjuk perasaan yang berang atas tindakan terkutuk rejim Zionis itu.

Di Tel Aviv dan Haifa,seramai 500 penduduk Palestin yang tinggal di dalam wilayah taklukan Israel berganding bahu bersama penganut Yahudi Ortodoks untuk membantah serangan ganas terhadap Gaza dan menggesa supaya penindasan dihentikan, Sabtu lalu. Aktivis solidariti dan belia Palestin di daerah Yaffa turut serta melaungkan protes terhadap kezaliman tentera Zionis.

Selain itu, di Amerika Syarikat, sebuah persatuan keamanan Yahudi iaitu Jewsih Voice for Peace yang merupakan penaja bersama majoriti kempen anti-keganasan turut menyuarakan rasa marah terhadap kenyataan Israel bahawa serangan yang dlakukan adalah untuk ‘kebaikan semua bangsa Yahudi’.

Jumaat lalu, ribuan pembantah mengadakan demonstrasi di Jordan, Turki, Mesir, Lebanon, Yemen, Tunisia, Indonesia, Amerika Syarikat, Perancis dan United Kingdom.

Di Ankara, para penunjuk perasaan bertindak berkumpul di hadapan kedutaan Israel dan melaungkan kecaman terhadap opresi Zionis terhadap Palestin.

Sebuah demonstrasi besar-besaran juga dilakukan di Jakarta di mana peserta menyuarakan kemarahan pada rejim Zionis Israel dengan mengotori gambar Perdana Menterinya Benjamin Netanyahu.

Mesir juga mengecam pengeboman Gaza dalam protes di Kaherah.

Di Oslo, sekitar 3.000 aktivis pro-Palestin berkumpul di luar kompleks Parlimen untuk mendukung perdamaian di Gaza.

Perwakilan dari persatuan penduduk Palestin dan juga penyokong bantahan di Norway memberikan ucapan pada acara tersebut, mengutuk serangan Israel di Gaza yang telah menelan lebih daripada 170 nyawa yang telah memasuki hari ketujuh,hari ini.

“Ada penjajah dan satu lagi, yang dijajah. Dan apabila ada mangsa sudah tentu wujudnya pemangsa,” kata wakil parti berhaluan kiri Heikki Eidsvoll Holmas dalam ucapan beliau.

Di Kanada, penunjuk perasaan berkumpul di West Bloor Street berhampiran Muzium DiRaja Ontario untuk memprotes agresi Israel terhadap Gaza.

“Kita perlu menghentikan agresi terhadap mereka yang tidak bersalah,” kata Wael Ghuneim, presiden Persatuan Palestin di Hamilton di dalam satu kempen protes yang dihadiri ratusan pembangkang.

Keadaan di Gaza semakin meruncing sejak kejatuhan Presiden Mohammad Morsi, kerana laluan masuk di pintu Rafah untuk membolehkan bantuan kebajikan disampaikan tersekat apabila Mesir menutup laluan tersebut.

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon