Tuesday, August 19, 2014

Keganasan Israel Terhadap Kanak-kanak Palestin


“Dia terpelanting setinggi bangunan dua tingkat sebuah apartmen”.

Ne’ma
Nema tercampak setinggi bangunan apartmen dua tingkat

Fadi Abu Al-Foul mengingati kembali saat serangan udara dilancarkan Israel menyebabkan anaknya, Ne’ma berusia dua tahun berterbangan umpama patung.

Insiden berkenaan menyebabkan kanak-kanak malang tersebut cedera parah, retak pada bahagian hidung, dahi dan mata yang bengkak sehingga kehitaman. Anak kecil itu dikejarkan ke Hospital Al-Shifa di bandar Gaza.

Mujur atas kuasa Allah, Abu Al-Foul, 32, dan isteri, Dunia, 21, menerima khabar gembira daripada pihak hospital bahawa keadaan anak mereka bakal kembali normal.

Ramai lagi kanak-kanak yang menjadi mangsa kerakusan serangan tentera Zionis di kawasan penempatan Palestin.

Namun malang menimpa Ne’ma kerana dia cedera ketika berlindung di kediamannya ketika Israel melancarkan serangan udara di Palestin.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qedra berkata, jumlah kanak-kanak yang terbunuh meningkat pada 8 Julai lalu sehingga mencecah 154 kanak-kanak.

Beliau berkata, peningkatan kematian dalam kalangan kanak-kanak disebabkan oleh serangan bom udara Israel menyasarkan keseluruhan kawasan penempatan Palestin.

“Mereka memusnahkan rumah yang mempunyai keluarga seorang bapa, ibu dan anak. Siapa sahaja dalam kediaman itu pasti terkorban. Ia amat dikesali,” kata al-Qedra ketika ditemui di Hospital Al-Shifa.

Menurut laporan, dalam pertempuran antara pejuang Hamas dan tentera Israel itu, seramai 1,250 kanak-kanak tercedera.

Kira-kira 700 rakyat Palestin terbunuh dan jumlah kanak-kanak yang terkorban dalam serangan Israel itu hampir sama pada Disember 2008. Dalam tempoh tiga minggu itu 354 kanak-kanak dipercayai terbunuh daripada 1,400 rakyat Palestin yang syahid.

Jenayah perang Israel

Kekejaman Yahudi
Peperangan turut menyebabkan bayi tercedera.

Kumpulan Hak Asasi Manusia dan tindakan Gaza memberitahu tentera Israel sengaja menyasarkan penempatan awam Palestin manakala liga Arab pula menyifatkan serangan itu sebagai jenayah perang secara terbuka.

Para pemerhati berpendapat jumlah kematian kanak-kanak dan mereka yang cedera melebihi pertarungan selama lapan hari pada tahun 2012 yang menyebabkan 34 kanak-kanak terbunuh daripada 180 yang syahid.[Sumber]

Kekejaman Yahudi [2]
Kekejaman Yahudi [3]
Kekejaman Yahudi [4]

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon