Wednesday, March 15, 2017

Resort Dan Vila Atas Air Grand Lexis Hibiscus Miliki Kolam Renang Terbanyak Di Dunia!

Resort Dan Vila Atas Air Grand Lexis Hibiscus Miliki Kolam Renang Terbanyak Di Dunia!

Grand Lexis Hibiscus telah disenaraikan dalam Guinness World Records sebagai ‘Resort dengan kolam renang terbanyak 643’ dan ‘Resort dengan vila di atas air terbanyak 522’.

Grand Lexis Hibiscus

Wakil Guinness World Records, Swapnil Dangarikar menyampaikan dua plak pengiktirafan itu kepada pemilik hartanah berkenaan Pengarah Urusan Kuala Lumpur Metro, Datuk Low Tak Fatt dan Presiden Kumpulan Hotel Lexis, Mandy Chew Siok Cheng, dengan disaksikan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Terdahulu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata lebih ramai rakyat Malaysia, sama ada individu atau syarikat korporat, wajar mencontohi Lexis Hibiscus Port Dickson meletakkan Malaysia pada kedudukan positif dan setanding dengan pihak lain di dunia.

“Lexis Hibiscus Port Dickson mencipta rekod baharu di negara ini dengan menjadi resort pertama yang melengkapi setiap biliknya dengan kolam renang dan bilik mandi wap untuk bersantai serta melakukan aktiviti bagi tujuan beristirehat.

“Sentuhan inovatif inilah yang memungkinkan resort ini mencapai dan merangkul bukan sahaja satu malah dua kedudukan yang amat dipandang tinggi dalam Guinness World Records iaitu ‘Resort dengan kolam renang terbanyak 643’ dan ‘Resort dengan vila di atas air terbanyak 522’.

Pencapaian ini sememangnya amat istimewa apabila resort ini dan Malaysia mendapat pengiktirafan dan pujian daripada sebuah institusi berprestij, yang terkenal kerana usahanya mendokumentasikan pencapaian yang memecah rekod untuk perkara yang baik.

Lexis Hibiscus Port Dickson menyediakan 639 vila dilengkapi kolam renang yang terdiri daripada 117 bilik menara dan 522 bilik vila di atas air.

BACA INI JUGA: 10 'Syurga' Malaysia Yang Wajib Dikunjungi

sumber: mynewshub

Tuesday, December 27, 2016

Sri Lanka Cipta Rekod Baharu Pokok Krismas Tertinggi Dunia

Sri Lanka Cipta Rekod Baharu Pokok Krismas Tertinggi Dunia

Sri Lanka akhirnya berjaya memecahkan rekod dunia menerusi pokok Krismas yang tertinggi, meskipun ukurannya terpaksa direndahkan sedikit ekoran kelewatan pembinaannya.

Pokok Krismas

Pada asalnya ia dirancang untuk berketinggian mencecah 100 meter, namun akhirnya perlu ‘dipangkas’ lebih rendah sedikit, kata seorang pegawai kerajaan negara pulau Asia Selatan itu, kepada agensi berita antarabangsa AFP.

Atlet kriket terkenal Sri Lanka, Arjuna Ranatunga, menjadi individu di sebalik usaha pembuatan pohon Hari Natal saiz raksasa tersebut dengan mencatatkan ketinggian 73 meter, iaitu 18 meter lebih tinggi daripada rekod lama.

Walaupun demikian, pembuatan pokok buatan manusia itu dikritik teruk oleh pihak gereja Katolik Sri Lanka yang menyatakan wang dibazirkan untuk projek mega tersebut adalah lebih baik disumbangkan kepada golongan miskin.

“Akibat adanya penolakan keras itu, rancangan pembuatan pohon ini tertunda selama 10 hari,” kata koordinatornya, Mangala Gunasekera. Kos pembinaannya dianggarkan menelan sebanyak 12 juta rupee (kira-kira RM360,000).

Pokok Krismas

Susulan bantahan tersebut menyebabkan pihak penganjur kemudian memutuskan untuk memangkas tinggi pohon Krismas berkenaan agar menjadi lebih 50 meter semata-mata untuk mengatasi rekod dunia dan bukan 100 meter.

Pada pagi 24 Disember, pokok tersebut akhirnya berjaya didirikan di pinggir pantai di ibu kota Sri Lanka, Colombo sekali gus menceriakan sambutan perayaan terbesar penganut Kristian di negara itu menjelang hari keesokannya.

Menurut Mangala, pohon dihiasi 600,000 lampu warna-warni itu adalah lebih tinggi berbanding pokok Natal buatan yang pernah didirikan di bandar raya Guangzhou, China, pada akhir tahun 2015 dengan hanya 55 meter.

Rekod terbaharu itu disahkan pihak Guinness World Records yang berpusat di Amerika Syarikat. Terdapat patung ikonik Santa Claus dengan kereta luncurnya serta sebutir bintang di puncak pokok tersebut setinggi enam meter.

Pokok Krismas

Dalam pada itu, Arjuna yang pernah memimpin skuad kriket Sri Lanka meraih juara dunia 1996, menjelaskan bahawa projek tersebut sebagai simbol kesatuan antara kepelbagaian agama yang lama wujud di negara berkenaan.

Namun Gereja Katolik Sri Lanka menyifatkan projek itu sebagai boros sebelum ‘menerimanya’ susulan Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe berbincang langsung dengan Uskup Agung Colombo, Malcolm Ranjith.

Sri Lanka adalah sebuah negara yang majoriti besar penduduknya menganut ajaran Buddha, tetapi daripada 21 juta warganya itu dianggarkan ada sekitar 1.2 juta orang yang beragama Katolik.

BACA INI JUGA: Hyperion, Pokok Paling Tinggi Di Dunia

Sumber: Mynewshub

Wednesday, September 14, 2016

Beipanjiang Jambatan Paling Tinggi Di Dunia

Beipanjiang Jambatan Paling Tinggi Di Dunia

Pasukan jurutera China telah menyelesaikan pembinaan struktur yang bakal menjadi jambatan tertinggi di dunia, menurut pihak berkuasa tempatan.

Beipanjiang

Menurut jabatan pengangkutan wilayah Guizhou dalam satu kenyataan berkata, jambatan Beipanjiang terletak di kawasan pergunungan di barat daya China, pada ketinggian 564 meter di atas sebuah sungai.

Tambah kenyataan tersebut, ia akan merampas gelaran Jambatan Sungai Si Du di tengah wilayah Hubei sebagai jambatan tertinggi di dunia.

Beipanjiang [2]

Menurut kenyataan itu lagi, kedua-dua bahagian jambatan berkenaan telah dihubungkan pada Sabtu.

Jambatan itu dijangka dibuka pada akhir tahun 2016, sekaligus memendekkan perjalanan dari Liupanshui di Guizhou ke Xuanwei dekat wilayah Yunnan, dari kira-kira lima jam kepada kurang dua jam. -AFP

Jambatan Kaca Ditutup, Hadkan Pengunjung 8,000 Sehari

Zhangjiajie

Sementara itu, hanya selepas dua minggu dibuka, jambatan kaca terpanjang di dunia terpaksa ditutup sementara untuk kerja menaiktaraf sistem dalaman.

Sejak dibuka, jambatan yang tergantung pada ketinggian 300 meter itu mencatatkan lebih 10,000 pengunjung sehari , sekaligus mencatatkan nama dalam Guinness World Records.

Agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan beberapa pegawai bagaimanapun tidak dapat mendedahkan butiran lanjut bila jambatan sepanjang 430 meter akan dibuka semula.

Berikutan jumlah pengunjung yang terlalu ramai untuk menyaksikan jambatan itu, pihak pengurusan kawasan berkenaan berhasrat untuk mengehadkan jumlah pengunjung tidak lebih 8,000 sehari.

Pengumuman melalui laman media sosial menyebut, syarikat itu memohon maaf atas kesulitan kepada kebanyakan pelancong yang telah membuat tempahan untuk melawat kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, orang ramai masih tidak dapat menerima permohonan maaf secara terbuka syarikat kerana mereka sudah bersiap sedia dan ada yang dalam perjalanan untuk merasai pengalaman berjalan atas jambatan kaca itu.

“Anda telah menipu pelanggan. Saya kini berada dalam kereta api untuk ke sana. Saya tidak boleh me­nukar rancangan ini atau mendapat bayaran semula.

“Anda membuatkan dunia hilang harapan. Saya melihat anda sebagai penipu nombor satu dunia,” demikian luah seorang pengguna yang tidak berpuas hati dengan penutupan itu.

BACA INI JUGA:

Sumber: mStar

Tuesday, June 21, 2016

Masjid The Nurd Kamal Paling Sejuk Di Dunia, Suhu Bawah -50°C

Masjid The Nurd Kamal Paling Sejuk Di Dunia, Suhu Bawah -50°C

Setiap masjid terkenal di dunia mempunyai ciri khas yang tersendiri. Tetapi tahukah anda, terdapat masjid yang dikenali sebagai masjid paling sejuk di dunia?

The Nurd Kamal.jpg

Mencatat suhu sejuk di bawah negatif 50 darjah celcius, masjid The Nurd Kamal yang terletak di bandar Norlisk Rusia ini dikenali bukan kerana kaligrafi atau senibina bangunannya tetapi cuaca sejuk yang luar biasa.

Keadaan di masjid ini akan jadi lebih sejuk apabila tiba musim salji kerana salji menutupi keseluruhan bumbungnya.

Masjid paling sejuk berkenaan merupakan bangunan terindah di bandar itu kerana dindingnya berwarna hijau, dengan kubah bersalut warna emas.

Menariknya, masjid ini juga tercatat di dalam Guinness Book Of Records sebagai masjid paling utara di dunia selain masjid paling sejuk.

Masjid dibuka tahun 1998 itu dibina oleh Mukhtad Bekmeyev, seorang etnik Tatar dan warga Norlisk yang tinggal di bandar Laut Hitam Sochi yang jaraknya 4,000 km dari masjid tersebut.

Walau bagaimanapun, masjid ini bukanlah nama yang popular dalam kalangan penggembara atau pelancong kerana ianya terletak di kawasan paling utara Rusia.

The Nurd Kamal  [2].jpg

Norlisk dianggarkan mempunyai 50,000 biji rumah penganut beragama Islam dan jumlah itu hanyalah satu perempat daripada keseluruhan penduduk di wilayah Rusia iaitu sekitar 210,000.

Menurut pengurus masjid ini, terdapat lebih kurang 50,000 penduduk beragama Islam di daerah itu daripada jumlah keseluruhan 210,000 orang.

Kebanyakan mereka adalah imigran dari Azerbaijan dan Dagestan namun, hanya sekitar 1,000 orang yang sering mengunjungi masjid itu untuk menunaikan ibadah.

Kini, disebabkan cuaca buruk, populasi penduduk di sini semakin menurun. Bukan hanya umat Islam sahaja, malah termasuk kaum lain.

Di bulan Ramadhan, orang Islam di sini terpaksa berpuasa lebih lama dibandingkan umat Islam di negara atau benua lain iaitu sekitar 18-20 jam sehari.

BACA INI JUGA: Oymyakon, Perkampungan Paling Sejuk Di Dunia!

sumber: mynewshub

Thursday, May 19, 2016

3 Biji Telur Mentah Sehari, Rahsia Umur Panjang 116 Tahun!

3 Biji Telur Mentah Sehari, Rahsia Umur Panjang 116 Tahun!

Memiliki umur yang panjang dan tubuh badan yang sihat merupakan impian setiap orang, namun tidak semua orang mampu mencapai umur sehingga ratusan tahun dan hanya segelintir sahaja yang mampu mengatasi kenormalan itu.

Emma Morano

Inilah rahsia wanita tertua di dunia iaitu Emma Morano yang tidak diketahui ramai.

Menurut sebuah portal antarabangsa, Emma Morano, 116 tahun; telah dinobatkan sebagai wanita tertua di dunia oleh Rekod Dunia Guinness pada 16 Mei lalu selepas kematian penyandangnya iaitu Susannah Mushatt Jones.

Jones meninggal dunia pada Khamis lalu juga pada usia 116 tahun di New York, Amerika Syarikat.

Morano yang berasal dari Verbania, Itali telah berkongsi rahsia di sebalik umurnya yang panjang itu.

Menurut Morano, rahsianya ialah dengan mengamalkan makan tiga biji telur mentah setiap hari dan menjauhkan diri daripada lelaki.

Tambah portal itu lagi, Morano pernah mendirikan rumah tangga namun bercerai pada tahun 1938 selepas kematian anaknya.

“Saya tidak mahu didominasi oleh sesiapa,” kata Morano.

Susannah Mushatt Jones
Susannah Mushatt Jones.

Tambah Morano lagi, petua mengamalkan telur mentah sebagai diet harian itu disaran oleh doktornya setelah didignosis menghidap penyakit anemia.

Selain petua itu, dia turut mengamalkan memakan daging cincang dan meminum susu pada sebelah malam.

Semasa Morano dimaklumkan tentang pengiktirafan yang diberikan kepadanya oleh Rekod Guinness, dia memberitahu laman Telegraph menerusi penjaganya, “Saya seusia dengan gunung ganang.”

Kata penjaga Morano iaitu Rosi Santoni, walaupun dia telah lanjut usia, namun kesihatan Morano berada pada tahap yang memberangsangkan.

BACA INI JUGA: Rahsia Puak Hunza Hidup 140 Tahun

Sumber: Mynewshub

Monday, May 16, 2016

Scooter, Kucing Paling Tua Di Dunia Berusia 137 Tahun!

Scooter, Kucing Paling Tua Di Dunia Berusia 137 Tahun!

Seekor kucing dari Amerika Syarikat (AS) merangkul takhta sebagai kucing paling tua di dunia serta memecah rekod Guinness selepas menyambut ulang tahunnya yang ke-30 (137 tahun kiraan umur manusia) pada 26 Mac lalu.

Scooter

Kucing yang diberi nama Scooter itu adalah dari baka Siam berasal dari Mansfield, Texas, AS. Gelaran yang disandang oleh Scooter sebelum ini dimiliki oleh Corduroy, 26 tahun; jenis Maine Coon dari Oregon.

Menurut pemiliknya, Gail Floyd kepada pihak Guinness World Records, rahsia Scooter memiliki umur yang panjang ialah kerana sifatnya yang lincah dan aktif.

Scooter - Gail Floyd

Tambah Floyd lagi, Scooter gemar melancong dan telah mengunjungi 45 daripada 50 negeri yang terdapat di Amerika Syarikat.

“Scooter suka melihat tempat baru dan berkenalan dengan orang baru,” kata Floyd.

Selain hidup yang aktif, Floyd turut menjaga kebersihan dan pemakanannya. Scooter tidak seperti kucing lain yang takutkan air, ia gemar apabila bulunya dikeringkan selepas mandi dan ayam adalah makanan kegemarannya.

Corduroy
Corduroy.

Selain Scooter dan Corduroy, terdapat beberapa lagi kucing pernah mendapat gelaran kucing paling tua di dunia antaranya Creampuff juga berasal dari Texas, namun mati pada tahun 2005 pada usia 38 tahun 3 hari.

Kalkulator Pengiraan Umur Kucing




BACA INI JUGA: Dindim, Penguin Yang 'Melawat' Penyelamatnya Setiap Tahun!

Sumber: Mynewshub.cc

Friday, September 11, 2015

Rekod Dunia Pasangan Suami Isteri Paling Tinggi

Rekod Dunia Pasangan Suami Isteri Paling Tinggi

Sepasang suami isteri dari China ini telah mencatat rekod baharu dan telah dinobatkan sebagai pasangan suami isteri paling tinggi di dunia.

Sun Ming and Xu Yan

Mereka berdua telah diiktiraf oleh Guinness World Record selepas ketinggian kedua-dua mereka digabungkan menjadi 423.47cm.

Sun Ming, 33 tahun, memiliki ketinggian mencecah 236.17cm manakala isterinya pula, Xu Yan, 29, berketinggian 187.3cm dan kedua-duanya merupakan atlet sukan negara.

Menurut laporan media tempatan, Sun Ming merupakan atlet bola keranjang manakala Xu Yan pula adalah atlet bola tampar.

Mereka berdua dikatakan bertemu dalam Sukan Kebangsaan di China pada tahun 2009 dan telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013.

Walaupun ketinggian mereka sebenarnya menyukarkan aktiviti harian, suami isteri itu menyatakan mereka berdua sudah biasa dengan perkara sedemikian.

Pasangan ini berjaya menewaskan rekod terdahulu dengan hanya melebihi 4.37cm sahaja.

BACA INI JUGA: Makanan Yang Membantu Tingkatkan Nafsu Seksual Wanita



Sumber: Mynewshub.cc