Wednesday, March 15, 2017

Resort Dan Vila Atas Air Grand Lexis Hibiscus Miliki Kolam Renang Terbanyak Di Dunia!

Loading...

Grand Lexis Hibiscus telah disenaraikan dalam Guinness World Records sebagai ‘Resort dengan kolam renang terbanyak 643’ dan ‘Resort dengan vila di atas air terbanyak 522’.

Grand Lexis Hibiscus

Wakil Guinness World Records, Swapnil Dangarikar menyampaikan dua plak pengiktirafan itu kepada pemilik hartanah berkenaan Pengarah Urusan Kuala Lumpur Metro, Datuk Low Tak Fatt dan Presiden Kumpulan Hotel Lexis, Mandy Chew Siok Cheng, dengan disaksikan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Terdahulu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata lebih ramai rakyat Malaysia, sama ada individu atau syarikat korporat, wajar mencontohi Lexis Hibiscus Port Dickson meletakkan Malaysia pada kedudukan positif dan setanding dengan pihak lain di dunia.

“Lexis Hibiscus Port Dickson mencipta rekod baharu di negara ini dengan menjadi resort pertama yang melengkapi setiap biliknya dengan kolam renang dan bilik mandi wap untuk bersantai serta melakukan aktiviti bagi tujuan beristirehat.

“Sentuhan inovatif inilah yang memungkinkan resort ini mencapai dan merangkul bukan sahaja satu malah dua kedudukan yang amat dipandang tinggi dalam Guinness World Records iaitu ‘Resort dengan kolam renang terbanyak 643’ dan ‘Resort dengan vila di atas air terbanyak 522’.

Pencapaian ini sememangnya amat istimewa apabila resort ini dan Malaysia mendapat pengiktirafan dan pujian daripada sebuah institusi berprestij, yang terkenal kerana usahanya mendokumentasikan pencapaian yang memecah rekod untuk perkara yang baik.

Lexis Hibiscus Port Dickson menyediakan 639 vila dilengkapi kolam renang yang terdiri daripada 117 bilik menara dan 522 bilik vila di atas air.

BACA INI JUGA: 10 'Syurga' Malaysia Yang Wajib Dikunjungi

sumber: mynewshub

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon