Tuesday, June 21, 2016

Masjid The Nurd Kamal Paling Sejuk Di Dunia, Suhu Bawah -50°C


Setiap masjid terkenal di dunia mempunyai ciri khas yang tersendiri. Tetapi tahukah anda, terdapat masjid yang dikenali sebagai masjid paling sejuk di dunia?

The Nurd Kamal.jpg

Mencatat suhu sejuk di bawah negatif 50 darjah celcius, masjid The Nurd Kamal yang terletak di bandar Norlisk Rusia ini dikenali bukan kerana kaligrafi atau senibina bangunannya tetapi cuaca sejuk yang luar biasa.

Keadaan di masjid ini akan jadi lebih sejuk apabila tiba musim salji kerana salji menutupi keseluruhan bumbungnya.

Masjid paling sejuk berkenaan merupakan bangunan terindah di bandar itu kerana dindingnya berwarna hijau, dengan kubah bersalut warna emas.

Menariknya, masjid ini juga tercatat di dalam Guinness Book Of Records sebagai masjid paling utara di dunia selain masjid paling sejuk.

Masjid dibuka tahun 1998 itu dibina oleh Mukhtad Bekmeyev, seorang etnik Tatar dan warga Norlisk yang tinggal di bandar Laut Hitam Sochi yang jaraknya 4,000 km dari masjid tersebut.

Walau bagaimanapun, masjid ini bukanlah nama yang popular dalam kalangan penggembara atau pelancong kerana ianya terletak di kawasan paling utara Rusia.

The Nurd Kamal  [2].jpg

Norlisk dianggarkan mempunyai 50,000 biji rumah penganut beragama Islam dan jumlah itu hanyalah satu perempat daripada keseluruhan penduduk di wilayah Rusia iaitu sekitar 210,000.

Menurut pengurus masjid ini, terdapat lebih kurang 50,000 penduduk beragama Islam di daerah itu daripada jumlah keseluruhan 210,000 orang.

Kebanyakan mereka adalah imigran dari Azerbaijan dan Dagestan namun, hanya sekitar 1,000 orang yang sering mengunjungi masjid itu untuk menunaikan ibadah.

Kini, disebabkan cuaca buruk, populasi penduduk di sini semakin menurun. Bukan hanya umat Islam sahaja, malah termasuk kaum lain.

Di bulan Ramadhan, orang Islam di sini terpaksa berpuasa lebih lama dibandingkan umat Islam di negara atau benua lain iaitu sekitar 18-20 jam sehari.

BACA INI JUGA: Oymyakon, Perkampungan Paling Sejuk Di Dunia!

sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon