Monday, June 15, 2020

Bil Hosptial Pesakit Covid-19 AS$1.1 Juta!

Bil Hosptial Pesakit Covid-19 AS$1.1 Juta!

Seorang warga emas Amerika Syarikat (AS) berusia 70 tahun yang hampir mati akibat COVID-19, terkejut apabila menerima bil perbelanjaan hospital berjumlah AS$1.1 juta (RM4.7 juta), lapor Seattle Times.

Michael Flor Covid-19
Michael Flor.

Michael Flor dimasukkan ke sebuah hospital di bandar sebelah barat laut AS pada 4 Mac 2020 lalu, tinggal selama 62 hari, dan pada satu ketika hampir mati sehingga jururawat terpaksa menghubungi isteri dan anaknya untuk mengucapkan selamat tinggal.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan pulih dan disahkan bebas daripada jangkitan COVID-19 pada 5 Mei lalu sehingga mengejutkan petugas hospital itu, dan kemudian menerima bil sebanyak 181 halaman berjumlah AS$1,122,501.04.

Jumlah perbelanjaan itu termasuk AS$9,736 sehari untuk bilik rawatan intensif, hampir AS$409,000 bayaran transformasi menjadi bilik steril selama 42 hari, AS$82,000 untuk penggunaan ventilator selama 29 hari, dan hampir AS$100,000 untuk dua hari ketika prognosisnya mengancam nyawa.

Flor dilindungi oleh Medicare, program insurans kerajaan untuk warga emas, sekali gus dia tidak memerlukan keluar wang sendiri, menurut Times.

Bagaimanapun, di negara di mana rawatan kesihatan adalah yang paling mahal di dunia dan idea untuk bersosialisasi masih sangat kontroversi, lelaki itu mengatakan dia rasa 'bersalah' apabila mengetahui bahawa pembayar cukai akan menanggung banyak kos.

"Jutaan dolar menyelamatkan nyawa saya, dan tentu saja saya mengatakan bahawa wang itu dibelanjakan dengan baik, tetapi saya juga tahu mungkin saya satu-satunya yang mengatakannya," katanya yang dipetik Times.

Rancangan besar oleh Kongres untuk memastikan ekonomi AS terus bertahan apabila sekatan perintah berkurung bagi mencegah COVID-19, termasuk bajet AS$100 juta untuk memberi ganti rugi kepada hospital dan syarikat insurans swasta yang merawat pesakit COVID-19.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Sunday, May 24, 2020

15 Penduduk Kampung Di Indonesia Dijangkiti COVID-19 Selepas Buka Keranda Mayat!

15 Penduduk Kampung Di Indonesia Dijangkiti COVID-19 Selepas Buka Keranda Mayat!

Seramai 15 orang penduduk di Kampung Jati Mukim Waru, Sidoarjo di Indonesia disahkan dijangkiti pandemik koronavirus selepas membuka keranda mayat pesakit COVID-19 untuk dimandikan tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Sidoarjo Covid-19

Menurut laporan Detik News, Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa melahirkan rasa kecewa terhadap kejadian yang berlaku itu.

"Kejadian ini mengakibatkan beberapa penduduk di sebuah mukim di Waru mati akibat COVID-19.

"Ini kerana keluarganya membuka keranda, bahkan memandikan mayat sehingga ada yang dijangkiti," kata Khofifah.

Khofifah berharap kejadian bodoh seperti itu tidak berulang kerana proses pengebumian mayat pesakit positif COVID-19 sangat ketat.

"Mudah-mudahan tidak akan ada upacara seperti itu lagi," katanya.

Sementara itu Pemangku Bupati Sidoarjo, Nur Ahmad Syaifuddin mengatakan dia agak lewat menerima maklumat tersebut dan mengakui sememangnya berlaku kecuaian.

"Orang yang sepatutnya mengebumikan pesakit positif COVID-19 adalah pekerja kesihatan yang memakai pakaian khas.

"Keranda tidak boleh dibuka dan pengebumian tidak boleh lebih dari empat jam," jelasnya.

Ujarnya, selepas kejadian itu, pasukan petugas perubatan telah melakukan ujian pantas dan ujian swab kepada penduduk di sini.

"Akibatnya,15 orang disahkan positif COVID-19 dan mukim ini menjalani kuarantin yang sangat ketat," katanya.

Sehingga setakat ini, jumlah kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 21,745 kes dengan jumlah kematian seramai 1,351 orang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Sunday, May 17, 2020

Paru-paru Bocor Selepas Joging Guna Topeng Muka!

Paru-paru Bocor Selepas Joging Guna Topeng Muka!

Sejak bermulanya wabak berbahaya COVID-19, manusia di seluruh dunia telah disajikan dengan terma ‘kebiasaan baharu’. Jarak dijaga, cara bernafas dikawal, dan bersentuhan dengan orang lain adalah ‘haram’ buat seketika.

Bahaya joging dengan face mask
Gambar hiasan.

Setiap orang harus mematuhi peraturan ini walaupun ketika bersenam di luar rumah, namun memakai topeng bukanlah perkara yang baik untuk dilakukan ketika bersenam.

Seorang lelaki di China terpaksa menjalani pembedahan setelah paru-parunya bocor ketika dia melakukan aktiviti jogging dengan jarak 4KM dan memakai topeng mulut dan hidung.

Menurut Mirror, Zhang Ping, lelaki tempatan berusia 26 tahun dimasukkan ke Hospital Wuhan dengan kadar segera setelah dia mengalami sakit dada dan sesak nafas.

Doktor telah melakukan pemeriksaan dan mendapati bahawa paru-paru kirinya telah dikompres sebanyak 90% dan jantungnya telah bergerak ke bahagian kanan tubuh.

Zhang berhenti dari berlari setelah dia mengalami kesukaran untuk bernafas. Selepas itu dia pulang ke rumah dan disebabkan kondisinya yang semakin teruk, keluarganya membuat keputusan untuk terus menghantarnya ke hospital.

Namun, dia kembali dari pembedahan dalam keadaan stabil dan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Weibo oleh Hospital Wuhan, pakar mengatakan bahawa keadaan yang hampir meragut nyawa ini adalah disebabkan oleh pelari memakai topeng mulut dan hidung ketika berlari.

Dalam dunia perubatan, paru-paru yang bocor dikenali sebagai pneumothorax dan sekiranya ini berlaku, anda masih boleh bernafas, tetapi paru-paru tidak dapat mengembang secara normal, jadi oksigen yang dipam masuk ke paru-paru akan berkurang.

Zhang mula berlari 14 hari sebelum itu, dengan harapan dapat meningkatkan kembali kecergasannya setelah tempat tinggalnya berada dalam perintah penguncian selama lebih dari dua bulan, lapor International Business Times.

Dia juga dilaporkan memakai topeng ketika berlari sebagai langkah pencegahan untuk melindungi dirinya dari COVID-19.

Zhang pada mulanya berlari sejauh tiga kilometer sehari tetapi mula meningkatkan jarak larian menjadi enam kilometer setelah seminggu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Tuesday, December 10, 2019

George J Laurer: Pencipta Kod Bar Meninggal Dunia

George J Laurer: Pencipta Kod Bar Meninggal Dunia

Jurutera komputer, George J Laurer, bekas pekerja syarikat komputer IBM yang juga pencipta bersama kod bar yang membantu merevolusi dunia peruncitan dunia pada 1970an, meninggal dunia pada usia 94 tahun dan telah dikebumikan di kampung halamannya di Wendell, North Carolina.

George J Laurer Pencipta Kod Bar
George J Laurer.

George adalah pencipta bersama Kod Produk Universal (UPC) atau dikenali sebagai kod bar yang boleh mengenalpasti jutaan produk, perkhidmatan dan barangan lain.

Bar berwarna hitam dengan pelbagai ketebalan itu dan 12 digit nombor boleh diimbas dan dengan pantas pengenalan produk serta harga dipaparkan.

George dan seorang lagi pekerja IBM, Norman Woodland mencipta kod bar itu pada 1973.

Norman Woodland yang meninggal dunia pada 2012 mendapat idea mencipta kod bar itu berdasarkan kod Morse.

Dia mempatenkan konsep itu pada 1952 tetapi tidak dapat dimajukan kerana teknologi laser dan komputer masih mundur.

20 tahun kemudian, George mencipta pengimbas yang boleh membaca kod bar secara digital.

IBM melancarkan produk itu pada 1973 dan transaksi kod bar pertama berlaku pada 26 Jun tahun 1974 di sebuah pasar raya di Troy, Ohio.

Produk pertama yang diimbas adalah sepaket gula-gula getah Wrigley’s Juicy Fruit yang kini dipamerkan di Muzium Kebangsaan Smithsonian Sejarah Amerika di Washington.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Saturday, June 15, 2019

Berjaya Rompak Bank Hanya Bersenjatakan Buah Avocado

Berjaya Rompak Bank Hanya Bersenjatakan Buah Avocado

Seorang lelaki berusia 47 tahun, berjaya melarikan diri dengan hasil rompakan berjumlah kira-kira AS$8,000 (RM33,226) dari dua bank dengan hanya 'bersenjatakan' buah avocado di sebuah bank di bandar Beersheba, Israel pada pertengahan Mei lalu.

Bom tangan Avocado

Lelaki itu melakukan rompakan dengan menggertak seorang pekerja bank di bahagian kaunter untuk menyerahkan wang.

Apabila pekerja tersebut enggan menurut arahan, dia mengeluarkan sebutir 'bom tangan' dan mengugut untuk meletupkan bank terbabit.

Mangsa yang ketakutan menyerahkan wang tunai berjumlah AS$4,450 (RM18,481) kepada perompak tersebut yang kemudian melarikan diri.

Lima hari kemudian, perompak tersebut menyerbu masuk sebuah lagi cawangan bank yang sama juga di bandar Beersheba dan melakukan rompakan untuk kali kedua dan berjaya melarikan AS$3,300 (RM13,705).

Hasil siasatan pihak polis membawa kepada penangkapan perompak terbabit yang pernah memilik rekod jenayah sebelum ini.

Namun apa yang lebih menarik, pihak polis mendapati 'bom tangan' yang digunakan ketika merompak hanyalah buah avocado yang dicat hitam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Thursday, May 09, 2019

Tapak Kaki Manusia Tertua Di Benua Amerika Berjaya Ditemui

Tapak Kaki Manusia Tertua Di Benua Amerika Berjaya Ditemui

Sekumpulan saintis percaya bahawa mereka telah berjaya menemui satu fosil kesan tapak kaki manusia dipercayai paling tua di benua Amerika yang telah ditemui di Chile.

Tapak kaki tertua Amerika

Kesan tapak kaki itu dianggarkan berusia kira-kira 15,600 tahun, ditemui pada tahun 2010 di tapak ekskavasi Pilauco di bandar Osorno.

Pada awalnya, saintis berpendapat ia kesan tapak kaki sejenis haiwan, namun kajian mendalam mendapati ia milik seorang lelaki.

Mereka membuat penelitian pada ukuran lengkungan dan cetakan saiz tapak kaki serta kelembapan tanah di sekitar tapak arkeologi tersebut.

Pengkaji daripada Universiti Austral di Buenos Aires, Argentina, Dr. Karen Moreno berkata, mereka turut menemui tulang haiwan berhampiran tapak arkeologi itu termasuk rangka gajah primitif.

“Sedikit demi sedikit, kita berjaya menemui tapak dengan bukti kewujudan manusia di Amerika Selatan. Ini adalah yang paling tua di benua Amerika,” katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com