Thursday, May 09, 2019

Negara Dengan Waktu Berpuasa Paling Panjang Di Dunia Melebihi 18 Jam

Negara Dengan Waktu Berpuasa Paling Panjang Di Dunia Melebihi 18 Jam

Tempoh berpuasa paling lama di dunia adalah di Greenland yang menunjukkan waktu puasa terpanjang adalah 21 jam 42 minit di wilayah autonomi Denmark itu yang terletak antara Atlantik Utara dan Lautan Artik.

Waktu puasa terpanjang

Penduduk Islam di negara pulau itu hanya mempunyai tempoh 2 jam 18 minit untuk berbuka dan kembali berpuasa.

Hari pertama berpuasa di negara itu adalah selama 19 jam 35 minit dan hari terakhir adalah selama 21 jam 42 minit.

Selain itu, negara yang mempunyai tempoh berpuasa paling lama adalah Iceland iaitu selama 19 jam 33 minit pada hari pertama dan 21 jam 39 minit pada hari terakhir.

Ia kemudiannya disusuli dengan Finland yang mempunyai tempoh berpuasa selama 18 jam 54 minit pada hari pertama dan 20 jam 21 minit pada hari terakhir Ramadan.

Waktu berpuasa di Estonia adalah antara 18 dan 20 jam manakala tempoh berpuasa di Sweden adalah antara 18 dan 19 jam 52 minit.

Selain itu, tempoh berpuasa di Latvia adalah antara 18 dan 19 jam 41 minit.

Tempoh berpuasa paling pendek di dunia pula adalah di New Zealand iaitu selama 11 jam 10 minit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Sunday, April 21, 2019

Kapal Angkasa Israel Terhempas Di Bulan Selepas Cubaan Mendarat Gagal

Kapal Angkasa Israel Terhempas Di Bulan Selepas Cubaan Mendarat Gagal

Percubaan pasukan dari Israel, SpaceIL untuk mendarat di permukaan bulan gagal apabila kapal angkasa itu terhempas dan disahkan pada Khamis (11/4/2019) bahawa misi itu telah gagal menerusi acara penstriman langsung syarikat itu.

Kapal Angkasa Israel Meletup

"Kapal angkasa kami mengalami kegagalan.

"Kami gagal mendarat dengan selamat," ujar Opher Doron, ketua pengarah program Industri Aeroangkasa Israel.

Jika pendaratan itu berjaya, ia akan tercatat sebagai satu rekod baharu yang mana ia sebelum ini pernah dicapai oleh negara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Kegagalan untuk mendaratkan pesawat itu di permukaan bulan berpunca daripada masalah enjin utama.

Misi itu merupakan usaha sama antara SpaceIL dengan Industri Aeroangkasa Israel, bermula Februari 2019 lalu apabila ia dilancarkan dengan roket SpaceX Falcon 9.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Wednesday, April 17, 2019

The Rain Vortex, Air Terjun 'Tertutup' Paling Tinggi Di Dunia

The Rain Vortex, Air Terjun 'Tertutup' Paling Tinggi Di Dunia

Air terjun tertinggi di dunia, Angel, Venezuela terletak dilokasi yang perlu berjalan kaki merentas hutan dan batu-batu, begitu juga kebanyakan air terjun terkenal yang lain di seluruh dunia namun, bagaimana kalau kini anda boleh melawat air terjun paling tinggi di dunia yang hanya terletak ditengah-tengah kotaraya pada bila-bila masa?

Air terjun tertutup paling tinggi dunia
The Rain Vortex.

Sebenarnya, air terjun dalam bangunan paling tinggi di dunia, dikenali sebagai ‘The Rain Vortex’ setinggi lebih 40 meter kini dibuka kepada umum di Jewel, Lapangan Terbang Changi, Singapura.

Jewel yang turut digelar sebagai ‘hab gaya hidup’ itu juga terus mengumpan pengembara dan pelancong dari seluruh dunia dengan pembukaan hutan buatan serta taman setinggi empat tingkat.

Selain taman permainan dan pusat beli-belah baharu, penambahan kedai dilihat sebagai langkah paling popular pengurusan lapangan terbang untuk memaksimumkan perniagaan mereka.

Di Singapura, 280 kedai dan restoran baru berkongsi kemudahan pelbagai guna di premis 10 tingkat, lima di atas dan lima di bawah tanah.

Tarikan terbaharu itu, air terjun tertutup paling tinggi di dunia, kini dibuka kepada umum, manakala kedai dan restoran di lapangan terbang Changi, memulakan perniagaan pada 17 April 2919.

Beberapa tarikan, termasuk Jambatan Kanopi, tidak akan dibuka sehingga musim panas.

Penampilan terbaharu lapangan terbang itu mendapat inspirasi dari ‘City in a Garden’ Singapura dan direka oleh arkitek, Moshe Safdie.

Perluasan Terminal 1 lapangan terbang Changi itu juga membawa kepada keputusan untuk mengembangkan lagi pilihan perniagaan dan kedai makan serta kemudahan rekreasi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Tuesday, April 02, 2019

TikTok Di Denda AS$5.7 Juta Atas Kesalahan Kumpul Maklumat Peribadi Kanak-kanak

TikTok Di Denda AS$5.7 Juta Atas Kesalahan Kumpul Maklumat Peribadi Kanak-kanak

Rangkaian perkongsian video milik China, TikTok, bersetuju membayar AS$5.7 juta (RM23.2 juta) kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) sebagai denda atas kesalahan mengumpul maklumat peribadi kanak-kanak secara haram.

Tik Tok di denda USD5 juta
Gambar hiasan.

Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) AS memberitahu jumlah penalti yang dikenakan terhadap rangkaian sosial yang turut dikenali sebagai Musical.ly itu merupakan yang terbesar bagi siasatan privasi.

Pengerusi FTC, Joe Simons berkata, pengguna yang kebanyakannya dalam kalangan golongan muda menggunakan aplikasi tersebut tanpa kebenaran ibu bapa. Tindakan itu melanggar Akta Perlindungan Privasi Kanak-Kanak Dalam Talian (COPPA).

Pengendali Musical.ly menyedari ramai kanak-kanak menggunakan aplikasi tersebut namun mereka masih gagal mendapatkan kebenaran ibu bapa sebelum mengumpul maklumat seperti, alamat emel dan beberapa maklumat peribadi lain daripada pengguna berumur bawah 13 tahun.

Tindakan ini diharapkan dapat menjadi teladan buat semua perkhidmatan dalam talian dan laman web.

Pelaksanaan COPPA dengan serius tidak akan bertoleransi dengan mana-mana syarikat yang melanggar undang-undang tersebut.

Kontroversi TikTok

Tik Tok Sexy
Gadis Tik Tok.

Tik Tok adalah aplikasi video/foto paling popular di Hong Kong, Jepun dan di kebanyakan negara rantau Asia Tenggara.

Di Malaysia, Taiwan, Thailand dan Vietnam pula, Tik Tok adalah aplikasi paling kerap dimuat naik oleh pengguna iOS.

Namun di Indonesia, remaja di negara itu pernah dikejutkan dengan keputusan kerajaan untuk mengharamkan penggunaan Tik Tok.

Alasannya adalah, Tik Tok yang dimuat naik oleh remaja Indonesia mengandungi video mirip bahan pornografi.

Sesetengah daripadanya pula seakan memperlekehkan agama Islam, walaupun niat user sekadar ingin melawak dan menjadikannya bahan komedi.

Namun, pengharaman ini hanya berbentuk sementara JIKA Tik Tok yang berasal dari China itu boleh memperkenalkan cara menyaring kandungan video atau content
filter.

Sekiranya ia didapati terlalu seksual, video tersebut akan ditapis sebagai tontonan usia 18 ke atas atau tidak dibenarkan untuk dimuat naik.

Lebih 2,000 bentuk aduan diterima oleh Kementerian di Indonesia berhubung isu kandungan Tik Tok yang jelas menunjukkan masyarakat di sana tidak boleh menerima kandungan video yang melampaui batas.

Ini bukanlah kali pertama sejenis aplikasi diharamkan di Indonesia. Sebelum ini, WhatsApp turut menerima tempias disebabkan fungsi GIF oleh Giphy yang bersifat rasis serta seksual.

Selepas kandungan itu ditapis, WhatsApp boleh digunakan semula di Indonesia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Tuesday, January 22, 2019

'Pendaki Bikini' Mati Kesejukan!

'Pendaki Bikini' Mati Kesejukan!

Seorang pendaki wanita, Gigi Wu, atau juga dikenali sebagai Wu Chi-yun, yang diberi jolokan 'Pendaki Bikini' selepas dikenali suka berpakaian renang untuk mendaki, ditemui mati kesejukan ketika melakukan pendakian solo pada 11 Januari 2019 lalu di Taman Negara Yushan di Taiwan, sebelum ditemui oleh badan mencari dan menyelamat.

Pendaki Bikini

Pendaki berusia 36 tahun itu membuat panggilan kecemasan kepada seorang rakan menggunakan telefon satelit miliknya pada 19 Januari dan memberitahu dia terjatuh dan tersadung ke dalam gaung sedalam 20 meter.

Menurutnya, dia terperangkap di bawah dan tidak dapat bergerak akibat kecederaan yang dialaminya selepas terjatuh.

Perbadanan Perkhidmatan Pengangkutan Udara kepulauan itu memberitahu, mereka cuba menggunakan helikopter ke lokasi kejadian, tetapi operasi terpaksa ditangguhkan kerana cuaca buruk.

Mereka kemudian menghantar dua pasukan untuk mencari dan menyelamat dan mayat Wu ditemui di lokasi kejadian 28 jam kemudian.

Malangnya.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Bendera Malaysia Berkibar Di Kota Gaza

Bendera Malaysia Berkibar Di Kota Gaza

Selepas Malaysia tidak membenarkan atlet Israel memasuki negara ini, bendera Malaysia dilihat berkibar di Gaza sebagai tanda penghargaan oleh rakyat Palestin. Peminat bola sepak Palestin meraikan pendirian Malaysia dalam solidariti dengan mengibarkan bendera Malaysia di Stadium Yarmouk, salah satu stadium tertua di Kota Gaza, semasa perlawanan bola sepak pada Sabtu (19/1/2019).

Bendera Malaysia

Di sebelah bendera itu terdapat sepanduk dengan slogan menyokong Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri lain kerana pendirian mereka terhadap Israel.

“Terima kasih Malaysia kerana berpendirian menentang normalisasi (hubungan) dengan apa yang dipanggil ‘Israel’,” tulis sepanduk itu.

Pada Ahad, peminat bola sepak terus meraikannya dengan memasang bendera Malaysia dan sepanduk yang sama di Stadium Palestin, tuan rumah pasukan bola sepak kebangsaan Palestin, yang dibom Israel pada 2006.

“Pemasangan (bendera dan sepanduk) di padang bola sepak merupakan tanda sokongan untuk Malaysia, untuk memperlihatkan bagaimana rakyat Palestin berbangga.

“Pendirian Malaysia diterima dengan baik oleh Palestin, terutama di Gaza,” kata Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Muslim Imran.

Beliau berkata rakyat Palestin cepat bertindak balas di media sosial di bawah hashtag #supportMalaysia dan solidariti dengan Malaysia tersebar luas di Facebook, Twitter dan Instagram.

Putrajaya sebelum ini mengumumkan ia akan melarang atlet Israel daripada bertanding dalam Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak, dari 29 Julai hingga 4 Ogos.

Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah kemudoan dilaporkan berkata Malaysia sangat meluat dengan kenyataan jurucakap Kementerian Luar Negeri Israel yang menuduh Malaysia tidak mempunyai semangat Olimpik dan melabel Dr Mahathir Mohamad anti-Yahudi.

Bercakap kepada Oxford Union Society di Britain pada Sabtu, Dr Mathathir mengulangi pendirian kerasnya terhadap Israel.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri Israel, Emmanuel Nahshon mengecam larangan itu dan berkata keputusan itu diinspirasikan oleh sikap anti-Yahudi melampau Dr Mahathir.

Di Muar, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Israel adalah hipokrit terbesar dalam kutukan terhadap Malaysia.

“Kenyataan Israel memaparkan sendiri sikap hipokrit mereka apabila menyatakan Malaysia mempolitikkan sukan, sedangkan mereka sendiri melakukan perbuatan sama apabila menyekat pasukan bola sepak Gaza untuk memasuki tebing barat ketika perlawanan akhir piala dunia Palestin, bukankan itu politik terhadap sukan?” katanya menerusi Instagram.

“Adakah Israel lupa bagaimana mereka sendiri meletakkan tekanan terhadap Persatuan Bola Jaring Amerika Syarikat NBA dengan memaksa untuk mengecualikan Palestin dari senarai perlawanan ketika 2018?” soalnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: fmt