Monday, November 18, 2013

Giler! Video Wanita Berkahwin Dengan ‘Roda Ferris’

Giler! Video Wanita Berkahwin Dengan ‘Roda Ferris’

Perkahwinan Linda Ducharme bukanlah sebuah rollercoaster, ada naik dan turun kerana wanita yang berasal dari Florida ini berkahwin dengan sebuah roda Ferris gergasi yang diberi nama Bruce.

Linda Ducharme marries giant Ferris wheel

Bagi Linda, perkahwinannya itu cinta pandang pertama.

“Jantung saya berdegup kencang apabila ke pelantar dan menikmati pusingan roda ini. Saya tidak dapat menceritakan perasaan pelik yang dirasai tapi menikmati setiap detik di atas roda itu.

“Bruce kini dunia saya dan dia sentiasa saya kenang. Saya rasa sempurna bila bersama Bruce,” katanya.

Linda dan Bruce baru-baru ini memperbaharui ikatan perkahwinan mereka dan ia dirakamkan stesen televisyen Logo TV.

Linda memakai topi Roman dan pada hujung upacara itu, paderi mengikat tangannya ke palang utama roda Ferris itu.

Linda bagaimanapun bukan wanita pertama tergoda dengan struktur besi seperti itu.

Pada 2007, Erika LaBrie dilapor menyatakan hasrat untuk mengahwini Menara Eiffel. Wanita itu kini dikenali sebagai Erika Eiffel.

Erika adalah pengasas OS Internationale, pertubuhan untuk mereka yang ingin memiliki hubungan bermakna dengan objek.

Erika turut pernah dilapor tertarik dengan Tembok Berlin. -Agensi



Saturday, November 16, 2013

Lukisan Pelik Paling Mahal Di Dunia Berharga RM457.3 Juta!

Lukisan Pelik Paling Mahal Di Dunia Berharga RM457.3 Juta!

Sebuah lukisan yang dihasilkan pada tahun 1969 oleh pelukis Britain, Francis Bacon mencatat rekod dunia sebagai karya seni termahal pernah dijual dalam satu lelongan yang diadakan di New York rabu lalu.

Three Studies of Lucian Freud

Lukisan berjudul Three Studies of Lucian Freud itu dibeli pada harga AS$142.4 juta (RM457.3 juta) dalam lelongan seni anjuran firma lelongan Christie's.

Karya seni itu menampilkan rakan Bacon yang juga seorang pelukis.

Lukisan itu dilelong selepas berlaku tawar-menawar selama enam minit di bilik lelongan dan melalui telefon di Galeri Acquavella di Manhattan.

Sebelum ini, lukisan berjudul The Scream yang dihasilkan Edvard Munch merupakan yang paling mahal apabila ia mencatat rekod dunia pada tahun 2012 apabila dibeli pada harga AS$120 juta (RM385.4 juta).

Firma lelongan tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan nama pembeli lukisan itu.

BACA INI JUGA: Nu Couche, Lukisan Berusia 60 Tahun Wanita 'Tanpa Pakaian' Berharga RM745 Juta!

-Sentiasapanas.com

Video Lelaki Berkahwin Dengan Pokok Di Argentina

Video Lelaki Berkahwin Dengan Pokok Di Argentina

Aktor dan aktivis alam sekitar Richard Torres melakukan perbuatan pelik apabila dia berkahwin dengan sebatang pokok di Buenos Aires, Argentina Ahad lalu.

Richard-Torres-marriage-tree

Torres (yang kelihatan seperti Johnny Depp dalam rakaman video pada acara itu) menggelar upacara terbabit sebagai “perkahwinan hijau” apabila berkahwin dengan pokok bernama Aliehuen Nehuen, sebagaimana disiarkan agensi akhbar Peru Netjoven.

Dalam acara itu, Torres memakai sut putih, manakala Aliehuen Nehuen mengenakan tali leher. Selepas sesi membaca ikrar dan meletakkan simbol perkahwinan di depan ‘isterinya’, Torres mencium pokok itu sebagai pengesahan acara perkahwinan, menurut FOX59 WXIN-TV.

Perkahwinan itu disahkan artis Argentina José María Muscari.

Richard-Torres-marriage-tree

Acara berkenaan ialah sebahagian percubaan besar Torres untuk memupuk kesedaran memelihara alam sekitar di seluruh negara Amerika Latin itu.

Di negara asalnya, Peru, Torres sudah pun mendapat perhatian kerana ketaksubannya terhadap flora dan fauna.

Dia ditahan tahun lalu kerana melancarkan bantahan secara berbogel sebagai membantah pemindahan pokok di sebuah taman di Peru.

Sementara acara perkahwinan Torres menarik perhatian antarabangsa, ia bukan pertama kali aktivis berkenaan berkahwin dengan pokok.

Pada Jun lalu, Torres mengahwini pokok pertamanya. Ketika itu, dia mengisytiharkan, “Perkahwinan saya adalah selama-lamanya dan saya akan berasmara dengan semua pokok. Dengan memeluk pokok, saya dapat merasakan tenaga tumbuhan itu.”

Bagaimanapun, Torres bukan aktivis pertama yang berkahwin dengan pokok.

Pada 2009, pasangan seni konsep, The Art Guys berkahwin dengan anak pokok Oak dalam satu acara di muzium Texas. -Agensi

BACA INI JUGA: Berkahwin Dengan Buah Nanas Sebagai Pasangan Hidup!


Thursday, November 14, 2013

Kain Serban Di Kepala Sepanjang 300 Meter!

Kain Serban Di Kepala Sepanjang 300 Meter!

Boleh dibayangkan bagaimana seseorang memakai kain sepanjang 300 meter di tubuhnya? Inikan pula hanya di bahagian kepala!

Nihang_Maghi Mela

Salah seorang anggota tentera Sikh di India berjaya melakukannya. Dia mengenakan turban sepanjang 300 meter di kepala.

Lelaki dengan janggut lebat ini adalah anggota Nihang, sayap tentera Sikh dengan makna simbolik. Nihang merupakan seorang pahlawan yang mempunyai tugas seperti tentera yang dibekalkan dengan pelbagai senjata.

Turban raksasa yang dipakai olehnya adalah dalam rangka memperingati Festival Maghi Mela di Amritsar, India.

Nihang mengenakan turban berwarna biru yang juga dikenali dengan nama Dumaala.

Setiap tahun di festival tersebut, anggota Nihang berlumba-lumba untuk membuat Dumaala paling besar.

Malah, Guinnes World Records pernah merekodkan pada 2010 lalu seorang Mayor Singh pernah memakai turban sepanjang 400 meter dengan berat mencapai 35 kg.

Festival Maghi Mela pada dasarnya merupakan upacara yang ditujukan untuk menghormati jiwa para pejuang di Pertempuran Khidrana.

Pada festival itu, mereka mempertontonkan gaya seorang Nihang beserta kemahiran senjatanya.

Dalam Bahasa Parsi, Nihang bermaksud "buaya" yang mencerminkan kekuatan anggotanya seperti seekor buaya.

[Sumber]

Monday, November 04, 2013

Giler! Tonton Isteri Ditikam Secara LIVE!

Giler! Tonton Isteri Ditikam Secara LIVE!

Bagai dalam filem aksi cemas, seorang suami hanya mampu melihat isterinya ditikam depan mata tanpa mampu berbuat apa-apa apabila kejadian berlaku semasa mereka sedang berhubung menerusi ‘video chat’.

Justin Pele Poole and Rachel Poole

Justin Pele Poole, tentera Amerika yang bertugas di Barat Daya Asia sedang berbual dengan isterinya, Rachel Poole, 31, apabila seorang lelaki tiba-tiba memecah masuk kediaman mereka di El Paso, Texas lalu menikam isterinya yang sedang sarat mengandung berkali-kali sebelum melarikan diri, malam Rabu lalu.

Rachel yang mengenali penyerangnya menjerit nama lelaki tersebut agar didengar Justin sebelum menelefon 911 untuk meminta bantuan dalam keadaan lemah.

Doktor berjaya menyelamatkan Rachel yang mengalami kecederaan di badan dan wajah, begitu juga bayi dalam kandungan yang dijangka akan dilahirkan dalam masa seminggu lagi.

Tapi malangnya, Rachel kehilangan sebelah mata akibat insiden tersebut.

Justin Pele Poole and Rachel Poole

Dalam pada itu, tindakan Rachel menjerit nama penyerangnya memudahkan Justin melaporkan kejadian kepada rakan dan pihak berkuasa agar dapat menahan suspek dengan segera.

Penyerang Rachel dikenali sebagai Corey Moss, 19, yang mempunyai hutang dengan Justin.

Justin sepatutnya bertugas selama sembilan bulan di Barat Daya Asia namun ekoran kejadian ngeri ini, dia dibenarkan pulang serta merta untuk berada di sisi Rachel yang mengalami trauma.

Selamat Lahirkan Anak


Semalam, menerusi laporan Daily Mail, dia telah selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Isabella melalui pembedahan ‘Caesarean’ di Pusat Perubatan Universiti El Paso, Texas.

Gambar bayi tersebut bersama suaminya, Justin Pele Poole sudah mula disiarkan, begitu juga Rachel yang kini sedang dalam proses pemulihan.

Isteri Parah Ditikam Selamat Lahirkan Anak

Menurut Justin, isterinya masih dalam keadaan kritikal dan telah kehilangan sebelah penglihatan akibat serangan Corey Moss, 19.


Melalui laman Facebooknya, dia berkata:

“Saya gagal (mempertahankannya), tapi kali ini tidak lagi. Dia tetap isteri saya sehingga saya menghembuskan nafas terakhir. Itu tidak akan berubah. Perkara ini tidak akan berlaku lagi.

Kesan daripada serangan itu, kemungkinan Justin tidak akan dihantar bertugas ke luar negara buat masa ini bagi memberi ruang kepadanya untuk bersama Rachel.

Sumber: Mynewshub

Sunday, October 27, 2013

Giler! Penjara Paling Sesak Di Dunia!

Giler! Penjara Paling Sesak Di Dunia!

Benar-benar sadis! Bayangkan, banduan di San Salvador harus bersesak-sesak dalam sel kurungan sempit yang sebenarnya layak dikatakan sebagai kandang haiwan.

Penjara

Penjara ini terletak di San Salvador, ibukota El Salvador, Amerika Tengah.

Sel kurungan ini sangat sempit dan dihuni oleh banduan, sehinggakan untuk sekadar duduk pun amatlah sukar. Keadaannya juga sangatlah kotor.

Sel ini sebenarnya diperuntukan untuk menahan tahanan selama 72 jam sahaja, namun realitinya mereka dikurung selama berbulan-bulan malah bertahun-tahun kerana kadar jenayah yang di negara ini.

Kebanyakan tahanan yang menghuni sel 'kandang' ini adalah anggota gangster Barrio 18 dan Mara Salvatrucha atau lebih dikenali dengan nama MS-13.

Kedua-dua kumpulan ini merupakan gangster yang saling bertelagah antara satu sama lain dan amat ditakuti di San Salvador.

Jumlah anggota kedua-dua kumpulan gangster yang menghuni penjara seperti ini jumlahnya melebihi 10 ribu orang!

Penjara
Penjara
Penjara

Sumber: Dailymail.co.uk

Thursday, October 24, 2013

Giler! Wanita Di Hadiahkan Rokok Bernilai RM2.6 Juta!

Giler! Wanita Di Hadiahkan Rokok Bernilai RM2.6 Juta!

Seorang taikun minyak membelanjakan £500,000 atau lebih RM2.6 juta semata-mata untuk membantu teman wanitanya berhenti merokok.

Rokok elektronik

Duit sebanyak itu dilaburkan pada sebatang rokok menyerupai e-rokok atau ‘rokok elektronik’ yang dihiasi permata, taburan 46 kristal Swarovski kuning, 24 karat emas dan disalut berlian bernilai lebih £46,000 (RM235 ribu) di pangkalnya.

Anthony Mixides, wakil daripada Shisha Sticks iaitu syarikat yang menerima tempahan rokok istimewa itu berkata, syarikatnya mengambil masa empat bulan untuk menyiapkannya.

Sebaik sahaja diberitahu wang bukan perkara utama oleh taikun minyak berkenaan, mereka terus mengambil inisiatif mencari permata, berlian, kristal, gelas dan emas terbaik sebagai material.

Hmm, untung teman wanita saudagar minyak tersebut kan. Cuma harap-harap, jangan sampai satu waktu dia boleh lupa rokok itu bernilai jutaan ringgit lalu dibuang begitu sahaja lepas habis dihisap.

Sumber: METRO UK

Wednesday, October 16, 2013

Giler! Kakitangan Awam Dipecat Gara-gara Kasut Mahal

Giler! Kakitangan Awam Dipecat Gara-gara Kasut Mahal

Seorang pegawai kerajaan di China dipecat selepas dia dilihat didukung seorang penduduk ketika mengharungi banjir di bandar yang dilanda taufan kerana bimbang kasutnya rosak.

Wang_Yuyao
Foto menunjukkan Wang didukung seorang penduduk ketika 
meredah banjir dalam lawatannya ke Yuyao minggu lalu.

Gambar pegawai dikenali sebagai Wang itu mencetuskan kemarahan apabila ia dimuat turun di laman media sosial China, Sina Weibo.

Gambar itu diambil ketika Wang mengunjungi bandar Yuyao, di Zhejiang sewaktu kawasan terbabit dinaiki air bah selepas dilanda taufan hingga meragut 10 nyawa.

Menurut agensi berita kerajaan Xinhua, keterangan gambar di bawah foto mendakwa Wang didukung kerana dia memakai sepasang kasut mahal yang dibuat daripada kain.

Bagaimanapun, majlis perbandaran Sanqishi yang juga majikan tempat Wang bekerja, mendakwa dia sudah dimaklumkan agar menanggalkan kasutnya untuk berjalan kaki ayam meredah air ketika ke kediaman mangsa banjir.

Namun, menurut laporan MSN, walaupun Wang bertegas mahu berjalan, penduduk tempatan tetap mendukungnya ketika mengharungi air banjir.

Wang didukung kali kedua oleh lelaki sama ketika kumpulan petugas perbandaran meninggalkan kediaman itu.

Sama ada Wang ingin berjalan kaki seperti mana dinyatakan dalam laporan itu atau sebaliknya, berita yang tersebar di Internet beserta fotonya yang dimuat turun menyaksikan dia kemudian dipecat sebagai pengarah pejabat pembinaan majlis perbandaran.

Ratusan ribu penduduk dipindahkan dari kediaman mereka selepas Taufan Fitow membadai tenggara China minggu lalu.

Taufan itu menyebabkan bekalan elektrik terputus di kebanyakan tempat dan khidmat kereta api laju turut digantung apabila angin kencang bertiup selaju 201 kilometer sejam.

Menurut laporan, sebahagian besar kawasan terjejas termasuk Yuyao menyaksikan hingga 25 sentimeter taburan hujan dalam tempoh 17 jam, selain turut ditenggelami air.

Kira-kira tujuh juta penduduk di wilayah Zhejiang terjejas. secara keseluruhannya.

Sementara itu, menurut akhbar South Morning China Post, pergaduhan tercetus di Yuyao minggu lalu selepas penduduk berang dengan laporan berita kerajaan yang menyatakan banjir sudah surut di bandar itu dan penduduk telah kembali menjalani kehidupan seperti biasa. -Agensi

Sunday, September 29, 2013

Giler! Empat Pegawai Genneva Gold Dihadapkan Dengan 900 Pertuduhan!

Giler! Empat Pegawai Genneva Gold Dihadapkan Dengan 900 Pertuduhan!

Empat pegawai atasan syarikat perniagaan perdagangan emas Genneva Gold hari ini dihadapkan ke mahkamah dengan 900 pertuduhan dibacakan kepada mereka, dipercayai memecahkan rekod pertuduhan terbanyak di negara ini.

Genneva Gold

Mereka dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 dan Akta Perihal Dagangan 2011.

Dua bekas Pengarah syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd itu ialah Datuk Philip Lim Jit Meng dan Datuk Tan Liang Keat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan membuat kenyataan palsu dalam iklan syarikat berkenaan dengan mengatakan bahawa pelaburan emas dengan syarikat berkenaan mengikut undang-undang Syariah.

Mahkamah memerintahkan kes itu disebut semula pada 28 Oktober depan dengan kedua-dua mereka RM20,000 setiap seorang. Mereka kemudiannya dibawa pula ke Mahkamah Sesyen lain untuk menghadapi pertuduhan lain pula.

Di Mahkamah Sesyen yang lain, Lim, Tan dan Datuk Lim Hah Heng dan Datuk Ng Poh Weng didakwa dengan enam pertuduhan menerima deposit tanpa lesen sah melalui satu skim perlaburan emas di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.

Keempat-empat mereka menghadapi dua pertuduhan setiap seorang di bawah akta itu.

Mereka juga dijangkakan akan menghadapi 915 tuduhan pengubahan wang haram.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan antara 10 Januari 2011 higga 1 Oktober 2012.

Pada 1 dan 5 Oktober 2011, Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu beberapa syarikat pelabur emas bersama anggota polis, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan terhadap syarikat Genneva Malaysia, Pageantry Gold, Ceasar Gold dan Worldwide Far East Berhad.

Selain itu pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-100 yang bersidang pada 4-6 Julai 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh syarak. Sesuatu transaksi jualbeli adalah dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli. Muzakarah turut menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman.
  2. Berdasarkan laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd., Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas sepertimana yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 pada 13 hingga 15 Oktober 2011.
  3. Oleh itu, umat Islam dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh mana-mana pihak sama ada syarikat atau individu di dalam atau luar negara yang bertentangan dengan prinsip-prinsip jual-beli emas seperti yang digariskan oleh syarak atau undang-undang negara.

Pada 1 Ogos 2012 pula, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang ke atas syarikat Genneva Malaysia oleh tiga wakil persatuan Pegawai Kerja Mohd Mustaffa Hamzah dan juga Pengarah Latihan PPIM Dr Izham Nayan.

Mohd Mustaffa atau lebih dikenali dengan Abang Muss berkata PPIM kesal dengan tindakan syarikat Genneva yang mengaku menjalankan urusniaga mengikut hukum syari’ah seperti dinyatakan di laman web mereka.

Menurut beliau, laporan polis dibuat untuk menggesa pihak berkuasa bertindak terhadap syarikat Genneva Malaysia yang sewenang-wenangnya melakukan perbuatan berkenaan.

Syarikat berkenaan turut didakwa mengambil deposit sebanyak RM5 juta tanpa kebenaran dari Bank Negara Malaysia. Lebih perit lagi, pelabur yang terlibat dalam urus niaga Genneva ini didakwa terdiri daripada orang kenamaan, syarikat dan yayasan serta tidak diketahui punca pendapatan mereka.

Butiran terperinci mengenai kesemua 900 pertuduhan berkenaan masih belum diperolehi, laporan lanjut bakal menyusul tidak lama lagi.

Sumber: Mynewshub

Sunday, September 15, 2013

Video Aksi Kecut Perut, Anda Berani!?

Video Aksi Kecut Perut, Anda Berani!?

Gila! Itulah yang boleh diucapkan bila melihat video di bawah ini.


Dalam video berkenaan, seorang lelaki yang dikenali sebagai Mustang Wanted begitu yakin mengimbangi badannya sewaktu meniti pelantar kren yang berada di kedudukan 150 meter tinggi.

Tidak cukup dengan itu, dia turut meniti dan bergayut di besi-besi halus dengan hanya berbekalkan kasut yang bagus, skil imbangan dan kekuatan tangan. Kita yang menonton pula terasa berpeluh tapak tangan dan takut macam nak terjatuh bila-bila masa sahaja.

Pendek kata jika tersilap langkah, dengan mudah lelaki ini akan terjunam ke bawah dan hancur!

Bagaimanapun, Mustang Wanted yang tinggal di Ukraine ini memang dikenali sebagai penggila aksi-aksi begini dan sering memfilemkannya di laman web dan Facebook.

Cuma, tidak semua penonton mampu menerima ‘sukan’ ekstrem cara ini. Antara yang membantah, menjelaskan mengapa mereka tidak bersetuju di ruangan komen.

Antaranya, mereka bimbang jika aksi ini ditiru oleh kanak-kanak atau orang yang tidak profesional.

Tidak kurang juga, yang risau jika satu hari nanti Mustang Wanted akan tersilap langkah dan nyawanya menjadi galang ganti. -Mynewshub


-Sentiasapanas.com

Sunday, September 08, 2013

Giler! Kereta Mewah Mencair Terkena Sinaran Matahari

Giler! Kereta Mewah Mencair Terkena Sinaran Matahari

Sebuah bangunan pencakar langit di London didakwa telah menyebabkan sebuah kereta Jaguar yang diparkir di luar premis terbabit mencair.

Martin Lindsay

Pemiliknya, Martin Lindsay memberitahu cermin sisi dan beberapa panel kereta mewahnya itu mencair selepas sejam ia ditinggalkan berhampiran menara Walkie Talkie yang masih lagi dalam pembinaan.

Dalam satu kenyataan, pemaju bangunan setinggi 37 tingkat itu memaklumkan mereka kini sedang berusaha untuk menangani masalah tersebut kerana ia dipercayai berpunca daripada kedudukan matahari yang berubah pada waktu tertentu.

“Perkara ini mungkin akan berterusan selama dua hingga tiga minggu lagi,” jelas jurucakap Land Securities and Canary Wharf menerusi Reuters.

Susulan daripada insiden terbabit, tiga kawasan parkir kenderaan telah ditutup majlis perbandaran.

Difahamkan, pemaju terbabit juga telah memohon maaf kepada Lindsay dan bersetuju untuk membayar ganti rugi berjumlah 946 pound (RM5,000) kepada beliau. [Sumber]

Wednesday, August 28, 2013

Dua Lelaki Setuju Bermadu Beristerikan Seorang Wanita!

Dua Lelaki Setuju Bermadu Beristerikan Seorang Wanita!

Dua lelaki bermusuhan menandatangani satu perjanjian bertulis baru-baru ini untuk berkongsi seorang wanita yang sama-sama mereka cinta.

Sylvester Mwendwa dan Elijah Kirmani sedang berbincang.

Perjanjian itu dibuat selepas wanita berkenaan enggan memilih seorang daripada mereka.

Kedua-dua lelaki itu baru-baru ini menyedari wanita terbabit menjalinkan hubungan sulit dengan kedua-dua mereka selama empat tahun. Bagaimanapun, masing-masing-masing enggan memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan kerana tidak sanggup untuk berpisah dengannya.

Seorang daripada lelaki itu, Sylvester Mwendwa, ketika ditemui wartawan mengaku bersetuju berkongsi wanita itu dengan lelaki bernama Elijah Kirmani.

Menurutnya, mereka sama-sama mencintai wanita itu dan perjanjian berkenaan bertujuan untuk menjadi garis sempadan selain memastikan mereka tidak bergaduh.

“Wanita itu seperti pengadil. Dia akan menentukan sama ada dia akan tidur dengan saya atau Kirmani,” kata Mwendwa.

Kedua-dua lelaki itu akan membiayai kehidupan wanita itu dan anak yang akan dilahirkan pada masa depan.

“Kami akan membesarkan anak dilahirkannya seperti anak kami, tidak kiralah siapa bapanya sebenar,” katanya.

Di Kenya, poligami dibenarkan. Begitu juga dengan poliandri (wanita dua suami). Tetapi ia jarang berlaku. –Agensi

Sunday, August 25, 2013

Nombor Plat Pendaftaran Kereta Yang Bernilai RM30 Juta!

Nombor Plat Pendaftaran Kereta Yang Bernilai RM30 Juta!

Seorang ahli perniagaan menolak tawaran lebih £6 juta (RM30.9 juta) untuk nombor plat pendaftaran F1 yang mungkin membolehkannya membeli 600 kereta Ford Fiestas.

F1
Kereta Bugatti Veyron milik Khan dengan nombor pendaftaran F1.

Afzal Khan membelanjakan ratusan ribu pound untuk memiliki satu daripada koleksi plat pendaftaran peribadi paling hebat di Britain.

Dan nombor pendaftaran paling diburu ramai ialah F1 yang kini tertera pada kereta Bugatti Veyron miliknya.

Usahawan itu mencetuskan kontroversi pada 2008 apabila dia membayar £440,000 (RM2.2 juta) untuk nombor pendaftaran itu, harga paling tinggi untuk nombor plat kenderaan pernah dicatatkan di Britain.

Tetapi ia terbukti menjadi pelaburan menguntungkan dengan nilai plat pendaftaran itu kian meningkat lebih 10 kali ganda selepas seorang hartawan menawarkan untuk mebelinya dengan harga RM30.9 juta.

F1
Khan bersama keretanya dengan nombor pendaftaran F1.

Sekiranya dia menerima tawaran itu, akan membolehkannya membeli enam lagi Bugatti Veyron, 75 Range Rover atau 600 Ford Fiestas.

Bagaimanapun, Khan yang mempunyai syarikat Rekaan Khan di Brad- ford, menolak tawaran itu kerana percaya nilainya lebih tinggi daripada tawaran diterima.

Malah, dia tidak terdesak untuk memiliki kereta baru kerana turut mempunyai plat pendaftaran Mercedes SLR McLarennya yang berharga antara £200,000 (RM1.03 juta) dan sebuah lagi plet kereta terpakainya yang berharga £300,000 (RM1.5 juta).

Keengganan Khan untuk menjual plat pendaftaran itu bermakna dia masih memegang rekod sebagai individu paling banyak membelanjakan wang untuk memperoleh plat pendaftaran kereta di Britain.

Sementara itu, jutawan Russia Roman Abramovich, yang juga pemilik kelab bola sepak Chelsea hanya bersedia membelanjakan sebanyak £285,000 (RM1.4 juta) daripada hartanya yang bernilai £11 bilion (RM56.7 bilion) untuk membeli nombor plat ‘VIP 1’. -Agensi

BACA INI JUGA: PATRIOT 1 Nombor Plat Paling Mahal Di Malaysia, RM1.3 Juta!

Sumber: Blogbahni

Tuesday, July 09, 2013

Trend Lelaki Barat Sengaja Mahu Dijangkiti HIV!

Trend Lelaki Barat Sengaja Mahu Dijangkiti HIV!

Sejenis ‘kegilaan’ baru dilaporkan semakin berkembang di Barat apabila sesetengah lelaki sengaja menjalani hidup songsang dengan harapan dapat dijangkiti virus HIV.


Aktiviti itu - digelar sebagai memburu pepijat (bug chasing) - tercetus di AS pada 1999 dalam usaha mereka mendapat kepuasan seksual.

Seorang daripada mereka yang aktif dalam aktiviti itu berkata, ada beratus-ratus lelaki di Britain mendedahkan diri masing-masing di forum dalam talian, Facebook dan Twitter.

Kebanyakan mereka kemudian bertemu dan cuba menyebarkan virus berbahaya itu yang mampu membawa maut kerana menyerang sistem imunisasi badan.

Sesetengah pemburu pepijat itu mendakwa virus HIV menyebabkan kualiti hidup mereka meningkat kerana pengambilan ubat-ubatan yang terpaksa diambil. Kata lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Nick, 30, dia berasa semakin bertenaga dan sihat akibat pengambilan ubat berkenaan.

“Saya menjalani ujian hati setiap tiga bulan, paras kolesterol pula dipantau dari semasa ke semasa dan ada banyak pemeriksaan kesihatan yang disediakan.

“Jika ada sebarang masalah, saya dapat mengesannya dengan cepat.

“Malah, semua perkhidmatan itu diberikan percuma oleh hospital kerajaan,” katanya ketika ditemui. Tahun lalu, 73,659 orang dirawat kerana HIV di Britain dan 43 peratus daripada mereka adalah pengamal homoseksual.

Jumlah itu menunjukkan pertambahan 58 peratus berbanding 10 tahun lalu.

Pada 2012 juga, perkhidmatan kesihatan Britain membelanjakan wang berjumlah £840 juta (RM3,99 bilion) sebagai kos rawatan HIV. Sementara itu, sukarelawan Yayasan Aids Elton John, Simon Prytherch berkata, amalan mengejar pepijat itu amat menakutkan dan sangat tidak bertanggungjawab.

“Apa yang kita tahu, semakin banyak rawatan gagal dan berlaku kemerosotan tahap kesihatan yang ketara,” katanya dalam satu kenyataan.

-Agensi

Thursday, July 04, 2013

Giler! Zakar Hampir Putus Digigit Jiran

Giler! Zakar Hampir Putus Digigit Jiran

Mahkamah semalam diberitahu, seorang lelaki menggigit zakar jirannya sehingga berdarah selepas mereka terbabit dalam pergaduhan berpunca daripada gangguan bunyi.

Gambar hiasan

Jason Martin, 41, dituduh membongkok dan menggigit Richard Henderson, 39, melalui pijama mangsa seelaps menerima mesej teks meminta dia memperlahankan muzik dipasangnya.

Menurut Henderson, Martin menggigit kemaluannya “seperti satu set sandwic” dan menyebabkan dia mengalami kesakitan melampau.

Diminta menggambarkan serangan itu, Henderson memberitahu juri, kemaluannya “tidak lagi bersambung dengan seluruh anggota badannya.” “Saya tak pernah mengalami kesakitan sebegitu dan tidak mahu mengalaminya sekali lagi,” katanya.

Sementara itu, polis yang dipanggil ke tempat kejadian mengakui melihat mulut Martin dipenuhi darah. Bagaimanapun, tertuduh menafikan dia menggigit Henderson.

“Bagaimana saya boleh menggigit dia ketika saya tak ada gigi?” katanya.

Sejumlah gambar turut ditunjukkan kepada juri di Mahkamah Canterbury selepas mereka diberi amaran oleh pendakwa bahawa imej itu “tidak menyenangkan” untuk dilihat. Martin menafikan dia berniat untuk menyebabkan kecederaan serius kepada Henderson dalam kejadian Jun tahun lalu itu. Pendakwa, Mary Jacobson berkata, pergaduhan berlaku apabila Henderson dan pasangannya, Michelle Hilton berasa terganggu kerana muzik dimainkan dari rumah Martin pada lewat malam itu.

Sebaik keluar dari rumah masing-masing, kata Mary, Martin dan Henderson bergelut.

“Defendan menolak Henderson ke dinding, membongkok dan menggigit zakar mangsa.

“Henderson meraung kesakitan dan Michelle pula mula menjerit meminta tolong,” katanya. Martin berjaya dipisahkan daripada Henderson apabila jiran mula keluar dan cuba meleraikan pergaduhan berkenaan.
-Agensi

Giler! Nyaris Nahas Pintu Kapal Terbang Disangka Tandas

Giler! Nyaris Nahas Pintu Kapal Terbang Disangka Tandas

Seorang pemain kriket Sri Lanka mencetuskan suasana panik dalam penerbangan British Airways dari St Lucia, Amerika Utara ke Lapangan Terbang Gatwick, London semalam apabila cuba membuka pintu pesawat ketika dia dan penumpang lain berada di ketinggian 35,000 kaki di udara!


Pemain kriket berasal dari Sri Lanka itu dengan yakin cuba menolak dan menarik pintu pesawat lebih 2 minit, sambil disaksikan penumpang yang tergamam dengan tindakannya itu.

Salah seorang saksi Charlene Francis, 26, berkata dia terkejut dan ketakutan melihat lelaki berkenaan tiba-tiba datang dan terus cuba membuka pintu kabin beberapa kali sekuat tenaganya.

“Rakan-rakannya menjerit minta dia menghentikannya. Ada sumber beritahu, mereka mabuk kerana mengambil minuman keras selama 4 jam sebelum menaiki pesawat,” katanya.

Pemain kriket itu hanya berhenti apabila petugas penerbangan datang menenangkannya. Dia kemudiannya memberitahu mereka dia mahu ke tandas lalu dibawakan ke pintu sebenar.

Jurucakap penerbangan berkenaan mengesahkan insiden ini dan menyatakan lelaki berkenaan sudah memohon maaf.

Nama pemain kriket Sri Lanka berkenaan bagaimanapun dirahsiakan.

[Sumber]

Tuesday, July 02, 2013

Giler! Video Pemuda Ramas Payudara 1,000 Orang Wanita

Giler! Video Pemuda Ramas Payudara 1,000 Orang Wanita

Bayangkan, seorang pemuda mendapat penghargaan apabila berjaya mencipta rekod mengarut dengan meramas payudara 1,000 orang wanita.


Lelaki dari Rusia ini telah berusaha menggapai impiannya untuk 'meramas' payudara 1,000 orang wanita dan apa yang dia impikan akhirnya tercapai dan membuktikannya didalam sebuah video.

Wanita-wanita yang terlibat disentuh payudara mereka didalam aksi ini menyambutnya dengan pelbagai reaksi, ada yang menampar, mengelak dan mendorong.

Dan ada juga yang membalas dengan pelukan serta ciuman.

Saksikan videonya;

BACA INI JUGA: Giler! Gadis Kolej Maut Selepas Orgasma Berterusan Selama 12 Minit



-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, June 23, 2013

Giler! Koleksi Kereta Mainan Bernilai RM496,525!

Giler! Koleksi Kereta Mainan Bernilai RM496,525!

Seorang lelaki Britain mempunyai koleksi kereta mainan Dinky yang menyamai sebuah kereta Ferrari berharga £100,000 (RM496,525), lapor akhbar dalam talian MailOnline.


Dia telah mengumpul kereta mainan itu sejak 60 tahun lalu.

Semua koleksi kereta mainan Dinky yang dikumpulkan itu masih berada dalam keadaan baik di dalam kotak asalnya.

Keseluruhan koleksi kereta mainan itu akan dilelong pada harga bermula dari £100,000 (RM496,525).

Koleksi-koleksi tersebut yang terdiri daripada kereta, trak dan treler mainan Dinky itu di simpan di dalam 80 buah kotak.

Pemilik koleksi tersebut yang mahu identitinya dirahsiakan mula mengumpul kereta permainan itu sejak dari zaman kanak-kanak lagi.

Koleksi itu akan dijual oleh firma lelongan Vectis Auctions, pada 11 Julai depan.

Seorang kakitangan firma Vectis, Nick Letherbarrow berkata, koleksi seperti itu amat jarang didapati.

"Ia merupakan satu koleksi antara yang terbaik dan mengambil masa yang lama untuk dikumpulkan," katanya. -Agensi

Saturday, June 22, 2013

Giler! Batu Berusia 1,442 Tahun Berharga RM12 Juta!

Giler! Batu Berusia 1,442 Tahun Berharga RM12 Juta!

Seorang lelaki arab yang menemui sebiji batu dikatakan batu sijil atau di panggil ‘batu neraka‘ telah di tawarkan USD$4 juta (RM12 juta). Tetapi beliau menolak tawaran tersebut. Batu yang mempunyai lukisan burung dan gajah ini dikatakan batu yang di dijatuhkan burung Ababil terhadap tentera Abrahah yang mahu meruntuhkan Kaabah.


Ketika dalam perjalanan melalui sebuah gunung berhampiran sempadan Yaman, seorang lelaki Arab dikenali sebagai Saleh Musfer Al Gamdi telah menemui sebiji batu yang amat pelik.

Menurut beliau, batu tersebut mungkin seperti yang telah disebut dalam satu ayat Al-Quran, di mana Allah telah menghantar burung Ababil untuk membuang batu-batu Sejil (batu neraka) untuk memusnahkan tentera yang diketuai oleh ketua perang Abrahah dari Yaman yang mahu meruntuhkan Kaabah di Tanah Suci Makkah.

Setahun selepas beliau menemui batu tersebut, beliau telah ditawarkan USD$4 juta (RM12 juta) untuk batu tersebut oleh pembida.


Batu itu mempunyai keunikan dimana terdapat lukisan burung dan gajah dan berat 131 gram, betul-betul sama dengan perkataan yang disebut dalam ayat al-Quran mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil.

Pakar menganggarkan bahawa batu itu berusia hampir 1,442 tahun. Di samping itu, beliau memberitahu bahawa beliau telah menjumpai batu tersebut setelah bermimpi ayah dan datuknya, satu lagi sebab untuk beliau tidak menjualnya.

-Tengoktvonline

Monday, June 17, 2013

Giler! Sanggup Jual Buah Zakar Atas Nama Seni

Giler! Sanggup Jual Buah Zakar Atas Nama Seni

Seorang penyair telah menjual buah zakarnya dengan harga RM62,000 bagi membolehkan dia membiayai perjalanannya ke Eropah.


Rafael Medina Brochero, 52, berbuat demikian bagi membolehkan dia mengambil bahagian dalam persembahan `sajak untuk keamanan di Columbia’.

Brochero bagaimanapun tidak menyatakan sama ada kos pembedahan bagi membuang buah zakar itu termasuk dalam bayaran yang diterima itu.

Jelasnya, buah zakar berkenaan boleh digunakan untuk pemindahan organ dan ia juga dijadikan sup.

Meskipun ia dilihat sebagai cara paling terdesak untuk mendapatkan wang, namun Brochero melihatnya sebagai satu nilai tambah baginya.

Brochero melakukan perkara itu kerana tidak mahu kejadian sama berulang ketika dia melawat Bolivia tahun lalu.

Akibat kehabisan wang, dia terpaksa menjual cincin perkahwinannya.

Dalam pada itu, penulis buku `”The Red Market: On the Trail of the World’s Organ Brokers, Bone Thieves, Blood Farmers, and Child Traffickers” (Harper Collins), Scott Carney berkata, apa yang dilakukan oleh Brochero itu perlu dilihat sebagai projek seni.

-Mynewshub