Monday, November 04, 2013

Giler! Tonton Isteri Ditikam Secara LIVE!


Bagai dalam filem aksi cemas, seorang suami hanya mampu melihat isterinya ditikam depan mata tanpa mampu berbuat apa-apa apabila kejadian berlaku semasa mereka sedang berhubung menerusi ‘video chat’.

Justin Pele Poole and Rachel Poole

Justin Pele Poole, tentera Amerika yang bertugas di Barat Daya Asia sedang berbual dengan isterinya, Rachel Poole, 31, apabila seorang lelaki tiba-tiba memecah masuk kediaman mereka di El Paso, Texas lalu menikam isterinya yang sedang sarat mengandung berkali-kali sebelum melarikan diri, malam Rabu lalu.

Rachel yang mengenali penyerangnya menjerit nama lelaki tersebut agar didengar Justin sebelum menelefon 911 untuk meminta bantuan dalam keadaan lemah.

Doktor berjaya menyelamatkan Rachel yang mengalami kecederaan di badan dan wajah, begitu juga bayi dalam kandungan yang dijangka akan dilahirkan dalam masa seminggu lagi.

Tapi malangnya, Rachel kehilangan sebelah mata akibat insiden tersebut.

Justin Pele Poole and Rachel Poole

Dalam pada itu, tindakan Rachel menjerit nama penyerangnya memudahkan Justin melaporkan kejadian kepada rakan dan pihak berkuasa agar dapat menahan suspek dengan segera.

Penyerang Rachel dikenali sebagai Corey Moss, 19, yang mempunyai hutang dengan Justin.

Justin sepatutnya bertugas selama sembilan bulan di Barat Daya Asia namun ekoran kejadian ngeri ini, dia dibenarkan pulang serta merta untuk berada di sisi Rachel yang mengalami trauma.

Selamat Lahirkan Anak


Semalam, menerusi laporan Daily Mail, dia telah selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Isabella melalui pembedahan ‘Caesarean’ di Pusat Perubatan Universiti El Paso, Texas.

Gambar bayi tersebut bersama suaminya, Justin Pele Poole sudah mula disiarkan, begitu juga Rachel yang kini sedang dalam proses pemulihan.

Isteri Parah Ditikam Selamat Lahirkan Anak

Menurut Justin, isterinya masih dalam keadaan kritikal dan telah kehilangan sebelah penglihatan akibat serangan Corey Moss, 19.


Melalui laman Facebooknya, dia berkata:

“Saya gagal (mempertahankannya), tapi kali ini tidak lagi. Dia tetap isteri saya sehingga saya menghembuskan nafas terakhir. Itu tidak akan berubah. Perkara ini tidak akan berlaku lagi.

Kesan daripada serangan itu, kemungkinan Justin tidak akan dihantar bertugas ke luar negara buat masa ini bagi memberi ruang kepadanya untuk bersama Rachel.

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon