Thursday, July 04, 2013

Giler! Nyaris Nahas Pintu Kapal Terbang Disangka Tandas


Seorang pemain kriket Sri Lanka mencetuskan suasana panik dalam penerbangan British Airways dari St Lucia, Amerika Utara ke Lapangan Terbang Gatwick, London semalam apabila cuba membuka pintu pesawat ketika dia dan penumpang lain berada di ketinggian 35,000 kaki di udara!


Pemain kriket berasal dari Sri Lanka itu dengan yakin cuba menolak dan menarik pintu pesawat lebih 2 minit, sambil disaksikan penumpang yang tergamam dengan tindakannya itu.

Salah seorang saksi Charlene Francis, 26, berkata dia terkejut dan ketakutan melihat lelaki berkenaan tiba-tiba datang dan terus cuba membuka pintu kabin beberapa kali sekuat tenaganya.

“Rakan-rakannya menjerit minta dia menghentikannya. Ada sumber beritahu, mereka mabuk kerana mengambil minuman keras selama 4 jam sebelum menaiki pesawat,” katanya.

Pemain kriket itu hanya berhenti apabila petugas penerbangan datang menenangkannya. Dia kemudiannya memberitahu mereka dia mahu ke tandas lalu dibawakan ke pintu sebenar.

Jurucakap penerbangan berkenaan mengesahkan insiden ini dan menyatakan lelaki berkenaan sudah memohon maaf.

Nama pemain kriket Sri Lanka berkenaan bagaimanapun dirahsiakan.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon