Thursday, May 09, 2019

Pixel 3a, Smartphone Mampu Milik Terbaharu Google

Pixel 3a, Smartphone Mampu Milik Terbaharu Google

Google, bersempena dengan acara Google I/O 2019 telah mengumumkan telefon pintar terbaharu mereka, mengeluarkan model kelas pertengahan serta ditawarkan dengan harga mampu milik buat para pengguna. Model yang diumumkan adalah Google Pixel 3a dan Pixel 3a XL.

Google Pixel 3a
Google Pixel 3a.

Dari segi spesifikasi, Google Pixel 3a hadir dengan skrin 5.6-inci OLED FHD+ manakala Google Pixel 3a XL dilengkapkan dengan skrin 6.0-inci OLED FHD+.

Kedua-dua model ini berkongsi spesifikasi yang sama dengan menggunakan processor Snapdragon 670, RAM 4GB beserta 64GB ruang storan. Kedua-dua model ini turut disertakan dengan headphone jack.

Mengekalkan identiti Google Pixel, model ini turut hadir dengan hanya satu kamera pada bahagian belakang.

Kamera 12-Megapixel f/1.8 digunakan pada bahagian belakang manakala kamera 8-megapixel digunakan pada bahagian hadapan.

Berdasarkan percubaan The Verge, model ini nampaknya berjaya menawarkan kualiti imej seakan Google Pixel 3 yang pastinya menjadi sebab utama orang ramai memilih untuk mendapatkan model ini.

Menariknya, Google turut menjanjikan penawaran kemaskini Android versi terbaru selama tiga tahun.

Dalam erti kata lain, pengguna pastinya tidak akan menyesal dalam menantikan kemaskini terbaru dan ianya ditawarkan dengan pantas bersama model Pixel 3 dan Pixel 3 XL.

Disebalik penawaran spesifikasi yang menarik, kualiti kamera yang baik serta kemaskini yang pantas Google berjaya menawarkannya dengan harga mampu milik dimana Google Pixel 3a mula dijual dengan harga $399 (~RM 1655) manakala Google Pixel 3a XL ditawarkan dengan harga $479 (~RM 1988).

Model ini hadir dengan tiga pilihan warna terdiri daripada Just Black, Clearly White dan Purple-ish.

Buat pengguna Malaysia yang berminat untuk mendapatkannya, pastinya mereka perlu mendapatkan melalui pihak ketiga yang membawanya ke Malaysia memandangkan tiada pengedar rasmi buat Google di Malaysia.

Walau bagaimanapun, berdasarkan apa yang ditawarkan model ini nampaknya berbaloi untuk dimiliki.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Friday, April 26, 2019

Pengecas Infinity Gauntlet Milik Thanos Ini Boleh Anda Dimiliki

Pengecas Infinity Gauntlet Milik Thanos Ini Boleh Anda Dimiliki

Apa yang anda sanggup lakukan untuk membuktikan diri sebagai peminat tegar filem-filem Avengers kerana kini, pengecas smartphone iPhone berbentuk Infinity Gauntlet telah dicipta dan akhirnya boleh dimiliki.

Infinity Gauntlet charger

Seperti biasa, produk aksesori mewah ini dihasilkan oleh firma Caviar dari Rusia dan peranti anda boleh dicas di telapak tangan sarung tangan ini yang diperbuat daripada emas.

Terdapat enam batu berharga dalam sarung tangan emas ini iaitu topaz, chrysolite, amethyst, garnet, citrine dan ambar.

Berapakah harga yang perlu dibayar untuk memiliki pengecas wireless Infinity Gauntlet ini? Jawapannya ialah, hanya USD$7660 sebuah dan jauh lebih murah dari mengorbankan nyawa orang tersayang di Planet Vormir!

Pengecas Dengan Infinity Stone

Infinity Gauntlet charger

Pemilik Gautlet akan menyatukan kuasa batu, melihat kekuasaan sebenar di tangannya!

Aksesori dengan rekaan hebat, menyembunyikan pengecas wayarles iPhone ditapak tangan yang akan menggunakan seluruh kuasa batu infiniti untuk mengecas telefon pintar anda dengan pantas.

Jadi, apa tunggu lagi.

BACA INI JUGA:

sumber: amanz

Wednesday, April 24, 2019

Lenovo Z6 Pro Kamera '100MP' 6GB RAM, Hadir Dengan Teknologi 5G

Lenovo Z6 Pro Kamera '100MP' 6GB RAM, Hadir Dengan Teknologi 5G

Smartphone terbaharu Lenovo Z6 Pro bakal dilengkapi processor Snapdragon 855, turut tampil dengan kelainan apabila disertakan bersama sistem penyejukan cecair yang biasanya cuma ditawarkan dalam sistem komputer.

Spesifikasi Lenovo Z6 Pro

Kemungkinan tiga model akan ditawarkan buat Lenovo Z6 Pro dengan penyertaan RAM 6GB, 8GB, 12GB dengan ruang storan 64GB, 128GB dan 256GB.

Malah, teknologi internet terkini, 5G antara yang dijangkakan pada model Lenovo Z6 Pro ini.

Spesifikasi Lenovo Z6 Pro

Lenovo Z6 Pro hadir dengan dimensi 157.5 x 74.6 x 8.7 mm dengan berat 185 g. Skrin berukuran 6.39 inci menggunakan panel Super AMOLED dengan aspek ratio 19.5:9.

Resolusi skrin Z6 Pro adalah 1080x2340 dengan kepadatan ~403 ppi.

Selain itu, bahagian skrin turut menyokong DCI-P3 dan HDR10 yang akan menghasilkan kualiti paparan skrin yang jernih.

Kamera 100MP

Tidak hanya memfokuskan kepada spesifikasi semata-mata, Lenovo Z6 Pro turut memberi penekanan kepada kamera bahagian belakang dengan penyertaan kamera lensa merangkumi lensa 48MP, 20MP dan dua lensa 16MP.

Gabungan empat lensa Lenovo Z6 Pro ini secara tidak langsung membolehkan pengguna mendapatkan imej dengan kualiti kamera 100-megapixel.

Sama-sama kita nantikan apa lagi kejutan yang bakal diperkenalkan bagi model Lenovo Z6 Pro terbaharu ini.

Mampukah Lenovo Z6 Pro menjadi pencabar kepada telefon pintar flagship yang lain atau sebaliknya?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Friday, April 12, 2019

Vivo Y93, 3GB RAM, Storan 32GB Berharga RM599

Vivo Y93, 3GB RAM, Storan 32GB Berharga RM599

Vivo Y93 yang dilancarkan pada November tahun 2018 lalu di China, akhirnya dijual di Malaysia bermula 13 April 2019, adalah peranti kelas permulaan bagi mereka yang hanya mahu menggunakan smartphone untuk melakukan panggilan telefon dan aplikasi pemesejan.

Harga Vivo Y93
Vivo Y93.

Vivo Y93 hadir dengan skrin 6.2-inci LCD, dilengkapi cip Snapdragon 439, memori 3GB RAM dan storan 32GB.

Ia turut menggunakan dwi-kamera belakang 13MP + 2MP, selain kamera swafoto 8-megapixel.

Melengkapkan Vivo Y93 juga adalah bateri berkapasiti 4030mAh yang dicas menggunakan mikro-USB.

Spesifikasi Vivo Y93

Terdapat juga pengimbas cap jari pada panel belakang, masih menggunakan Android 8.1 dengan pelancar ColorOS 4.5.

Di Malaysia, Vivo Y93 dijual pada harga RM599 sebuah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: amanz

Monday, April 08, 2019

Realme 3 Mula Dijual Di Malaysia, 3GB RAM, Bateri 4230mAh

Realme 3 Mula Dijual Di Malaysia, 3GB RAM, Bateri 4230mAh

Berbekalkan slogan ‘Proud To Be Young’, telefon pintar Realme dikhaskan buat mereka yang mahu mendapatkan telefon pintar dengan harga berbaloi tetapi berdasarkan spesifikasi yang menarik dan jenama yang semakin diminati di Malaysia ini telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan mereka, Realme 3.

Realme 3 review
Realme 3.

Dari segi spesifikasi, Realme 3 hadir dengan processor Mediatek MT6771 Helio P60 beserta 3GB RAM. Ruang storan pula 32GB.

Penawaran skrin 6.22-inci pastinya memberi kepuasan berganda buat para pengguna.

Menariknya, model ini hadir dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 4230mAh serta dibantu dengan teknologi penjimatan bateri.

Dalam erti kata lain, anda berpeluang menggunakan Realme 3 tanpa risau mengenai bateri untuk kegunaan seharian.

Material yang digunakan pada model ini iaitu Gradient Unibody secara tidak langsung berjaya membuatkan model ini sedap dipegang serta tampak premium.

Dari segi kamera, Realme disertakan dua lensa pada bahagian belakang merangkumi 13-megapixel dan 2-megapixel.

Dari segi harga, Realme 3 mula ditawarkan pada harga serendah RM599 sahaja dan ditawarkan melalui tiga warna menarik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Saturday, March 16, 2019

Samsung Galaxy S10 Diiktiraf Smartphone Dengan Skrin Terbaik 2019

Samsung Galaxy S10 Diiktiraf Smartphone Dengan Skrin Terbaik 2019

Sekiranya Huawei Mate 20 Pro merupakan raja bagi kamera terbaik mengikut DxOMark, Samsung nampaknya terus konsisten dalam menawarkan skrin terbaik bagi telefon pintar berdasarkan model yang ditawarkan.

Samsung Galaxy S10 Skrin
Samsung Galaxy S10 Skrin.

Kali ini, model Samsung Galaxy S10 dan S10+ berjaya menjadi telefon pintar dengan skrin terbaik mengalahkan Samsung Galaxy Note 9 berdasarkan laporan daripada DisplayMate.

Penawaran skrin AMOLED Quad HD+ sekali gus berjaya memberi paparan terbaik buat para pengguna.

Selain daripada skrin yang memukau, Samsung Galaxy S10 dan S10+ turut dilengkapi dengan spesifikasi yang terbaik khusus buat anda yang sedang mencari telefon pintar Android dengan penggunaan processor Exynos 9820 serta RAM 8 GB.

Samsung Galaxy S10 sudah mula ditawarkan di Malaysia dengan harga RM3,299 manakala S10+ hadir dengan harga RM3,699.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Tuesday, March 05, 2019

5 Smartphone Dengan Bateri Paling Tahan Di Bawah Harga RM800!

5 Smartphone Dengan Bateri Paling Tahan Di Bawah Harga RM800!

Dengan penggunaan intensif pengguna dari hari ke hari, pengeluar smartphone mula menawarkan kapasiti bateri besar pada peranti, dalam membolehkan ia memberi masa penggunaan yang lama.

Dengan adanya cip yang efisien dan kapasiti bateri besar ini, ia membolehkan telefon dengan padanan ini menawarkan masa nyalaan skrin yang lama (iaitu sekitar 7-9 jam) untuk menggalas tugasan harian anda.

Untuk itu, kami menyenaraikan 5 telefon dengan ketahanan bateri lama yang anda boleh dapat di bawah RM800.

Sebelum itu, telefon yang dipilih di dalam senarai ini adalah berdasarkan:
  • Cip yang digunakan mestilah mempunyai binaan 14nm dan ke bawah.
  • Mempunyai kapasiti bateri minimum 4,000 mAh.

1. ASUS ZenFone Max Pro (M1)
Harga: RM599-699 (3GB RAM + 32GB)

ASUS ZenFone Max Pro (M1)

ASUS ZenFone Max Pro (M1) telah berjaya menjadi buah mulut orang ramai atas penawaran kapasiti baterinya setinggi 5000 mAh.

Bukan itu sahaja, ia turut menjalankan Android asli, dijana dengan cip yang sama seperti Xiaomi Redmi Note 5 iaitu cip Snapdragon 636.

Ia juga menawarkan skrin sebesar 5.99-inci, mempunyai ruang sim dan microSD secara berasingan, selain turut dilengkapi dengan sokongan dwi-kamera 13MP + 5MP.

Cuma kekurangan pada peranti ini, ia tidak didatangkan dengan sokongan WiFi dual-band dan tidak menampilkan fungsi IR blaster seperti Xiaomi Redmi Note 5.

Spesifikasi:
  • 5.99” IPS LCD FHD+ 18:9
  • Qualcomm Snapdragon 636
  • 8 x Kryo 260 1.8 GHz
  • 3GB RAM / 32GB + microSD
  • 13MP f/2.2 + 5MP f/2.4 / 8MP f/2.2
  • Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n
  • 5000 mAh, microUSB, pengecasan 10W
  • Android 8.1 / Android asli

2. Xiaomi Redmi Note 5
Harga: RM579-699 (3GB RAM + 32GB)

Xiaomi Redmi Note 5

Xiaomi Redmi Note 5 meneruskan legasi siri Redmi Note, dengan penawaran skrin bersama bersama penawaran peranti seimbang.

Ia membawakan skrin pada saiz 5.99-inci, hadir dengan sokongan dwi-kamera 12MP f/1.9 + 5MP, mempunyai WiFi dual-band , dan mengekalkan fungsi IR blaster.

Ia dijana dengan cip Snapdragon 636 (dengan prestasi hampir dua kali ganda lebih pantas berbanding Snapdragon 625) bersama kapasiti bateri 4000 mAh.

Cuma apa yang mengisi kekurangan pada peranti ini, kapasiti bateri peranti ini dilihat kurang 1000 mAh berbanding pesaingnya, iaitu peranti yang telah disenaraikan di bawah ini.

Spesifikasi:
  • 5.99” IPS LCD FHD+ 18:9
  • Qualcomm Snapdragon 636
  • 8 x Kryo 260 1.8 GHz
  • 3GB RAM / 32GB + microSD
  • 12MP f/1.9 + 5MP f/2.0 / 13MP f/2.0
  • Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac
  • 4000 mAh, microUSB, pengecasan 10W
  • Android 8.1 / MIUI 9.6

3. Xiaomi Mi A2 Lite
Harga: RM569-729 (3GB RAM + 32GB)

Xiaomi Mi A2 Lite

Xiaomi Mi A2 Lite adalah penawaran yang lebih berpatutan berbanding Xiaomi Mi A2.

Perkara yang menarik mengenai peranti ini, ia menjalankan program Android One, dengan penawaran antaramuka Android asli dan kebolehan untuk menerima kemaskini Android yang lebih terkini.

Ia juga tampil dengan rekaan skrin bertakuk, sokongan dwi-kamera dengan AI, fungsi IR blaster dan kapasiti bateri 4000 mAh.

Cuma kekurangan pada peranti ini, harga peranti ini walaupun dilihat masih berpatutan, ia sebenarnya membolehkan anda mendapatkan peranti dengan cip yang lebih pantas.

Spesifikasi:
  • 5.84” IPS LCD FHD+ 19:9
  • Qualcomm Snapdragon 625
  • 8 x Cortex-A53 2.0 GHz
  • 3GB RAM / 32GB + microSD
  • 12MP f/2.2 + 5MP f/2.2 / 5MP f/2.0
  • Bluetooth 4.2, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n
  • 4000 mAh, microUSB, pengecasan 10W
  • Android 8.1 / Android One

4. Xiaomi Redmi 5 Plus
Harga: RM540-679 (3GB RAM + 32GB)

Xiaomi Redmi 5 Plus

Xiaomi Redmi 5 Plus adalah variasi dengan skrin besar kepada Xiaomi Redmi 5.

Ia menawarkan skrin penuh pada saiz 5.99-inci, cip Snapdragon 625 yang lebih pantas, dan mempunyai sokongan

IR blaster untuk kebolehan menjadikan peranti sebagai alat kawalan jauh.

Ia turut dilengkapi dengan kamera 12MP f/2.2, kamera hadapan 5MP, berserta penawaran kapasiti bateri 4000 mAh.

Cuma perkara yang menjadi kekurangan pada peranti ini, ia tidak menampilkan sokongan Portrait Mode yang mungkin didorang daripada ketiadaan fungsi AI mahupun sokongan dwi-kamera.

Sekiranya anda tidak kisah dengan pembatalan waranti, anda boleh mendapatkan fungsi Portrait Mode ini dengan root, aktifkan Camera2API dan memasang aplikasi Google Camera Pixel 2 yang telah diolah.

Spesifikasi:
  • 5.99” IPS LCD FHD+ 18:9
  • Qualcomm Snapdragon 625
  • 8 x Cortex-A53 2.0 GHz
  • 3GB RAM / 32GB + microSD
  • 12MP f/2.2 / 5MP
  • Bluetooth 4.2, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n
  • 4000 mAh, microUSB, pengecasan 10W
  • Android 8.1 / MIUI 9.6

5. OPPO A3s
Harga: RM479-599 (2GB RAM + 16GB)

OPPO A3s

OPPO A3s antara peranti dengan harga terendah yang anda boleh dapat di dalam senarai ini.

Ia berjaya menarik perhatian pengguna atas rekaan takuk seumpama peranti yang dijual lebih mahal dan menawarkan kapasiti bateri tinggi iaitu 4230 mAh.

Ia juga membawakan sokongan dwi-kamera 13MP + 2MP, kamera hadapan 8MP, mempunyai sokongan imbasan wajah, dan dijana dengan cip Snapdragon 450 yang efisien.

Cuma kekurangan pada peranti ini, ia mempunyai penawaran RAM dan storan terendah dalam senarai ini, jadi ia kurang disyorkan bagi yang gemar memainkan permainan pada peranti.

Ia juga tidak menampilkan pengimbas cap jari (sebagai alternatif kepada fungsi imbasan wajah), disamping memerlukan masa pengecasan yang lama atas ketidakhadiran fungsi pengecasan pantas.

Spesifikasi:
  • 6.2” IPS LCD HD+ 19:9
  • Qualcomm Snapdragon 450
  • 8 x Cortex-A53 1.8 GHz
  • 2GB RAM / 16GB + microSD
  • 13MP f/2.2 + 2MP / 8MP f/2.2
  • Bluetooth 4.2, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n
  • 4230 mAh, microUSB, pengecas 5W
  • Android 8.1 / ColorOS 5.1

Jadi, itulah senarai telefon yang mampu menawarkan ketahanan bateri yang lama dan boleh didapati melalui kedai fizikal rasmi atau menerusi laman-laman jualan utama di Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: amanz

Friday, March 01, 2019

5 Tablet Dan Telefon Game Yang Mengalami Kegagalan

5 Tablet Dan Telefon Game Yang Mengalami Kegagalan

Bagi kaki game pasti teringinkan tablet atau smartphone terbaik untuk bermain game berkumpulan bersama rakan-rakan untuk mengisi masa terluang, apatah lagi bagi mereka yang sanggup bersengkang mata sehingga ke pagi.

Bagaimanapun, tahukah anda ada beberapa produk terkenal yang dikeluarkan oleh syarikat terkenal menemui kegagalan apabila tidak mendapat sambutan selain terpaksa ditamatkan dalam tempoh yang agak cepat.

Kami senaraikan lima telefon dan tablet ‘gaming’ yang dianggap gagal.

1. NOKIA N-GAGE

NOKIA N-GAGE

Sebut saja 'gaming phone' ketika awal tahun 2000, pastinya model N-Gage bermain di fikiran anda. Tampil dengan konsep seakan 'gamepad', rekaan model ini menampakkan fungsi permainan yang sangat realistik ketika itu.

Butang kekuncinya hampir meliputi keseluruhan skrin dan ‘earpiece’ terpaksa diletakkan pada sisi tepi.

Disebabkan itu pengguna terpaksa menjawab panggilan dengan cara boleh dikatakan luar daripada kebiasaan.

Mula dilancarkan pada Oktober 2003, telefon pintar ini kemudian dilancarkan sekali lagi pada tahun 2004 sebelum generasi kedua N-Gage iaitu N-Gage QD memasuki pasaran.

Terdapat beberapa faktor telefon ini menemui kegagalan dan antaranya adalah kekurangan dari segi keupayaannya untuk melakukan dua tugas serentak atau ‘multitasking’.

Pengguna terpaksa mengeluarkan bateri terlebih dahulu sebelum memasukkan kad permainan yang disediakan khusus untuk model ini.

Ini bermakna anda perlu mematikan telefon, kemudian keluarkan bateri dan masukkan slot kad permainan sebelum menghidupkan kembali telefon.

Bayangkan jika anda terpaksa berbuat demikian pada tahun 2017!

Disebabkan inilah, N-Gage QD dikeluarkan sebagai menutup kekurangan yang ada pada N-Gage klasik ini.

Sejak itu tiada lagi model Nokia yang memfokuskan pada aspek permainan sebaliknya lebih menumpukan pada fungsi kamera dan muzik.

2. XPERIA PLAY

XPERIA PLAY

Sony Playstation sememangnya dambaan semua ‘kaki gamers’ di luar sana. Pelbagai pilihan jenis permainan dengan penggunaan grafik yang tinggi menjadikan ia pilihan utama sehingga kini.

Namun, setiap hala tuju itu tidak semestinya berjaya dan penghasilan telefon pintar pertama dibawah jenama Play antara kegagalan Sony ketika itu.

Mula dilancarkan pada March 2011, Xperia Play antara variasi telefon pintar dibawah siri Xperia yang agak popular sekitar tahun terbabit.

Bagi aspek rekaan, telefon ini menampilkan ciri ‘sliding’ yang mana pengguna hanya perlu menolak skrin ke atas bagi membuka bahagian kawalan pad.

Dua bulatan pada kiri dan kanan tidak tumpah sama seperti ‘joystick’ pada Playstation. Boleh dikatakan sesiapa yang menggunakan peranti ini pasti nampak ‘cool’ habis.

Kelemahan pada peranti ini terletak pada dua faktor iaitu kurangnya optimasi kawalan pad dan juga sistem operasi digunakan.

Kawalan pad yang bahagian bawah mungkin tampak seperti Playstation, tetapi tidak banyak permainan yang menyokong kawalan ini.

Kemunculan telefon pintar yang memfokuskan kawalan sentuh, penggunaan kawalan fizikal dianggap sia-sia.

Permainan Angry Bird dan Fruit Ninja yang sedang popular ketika itu menyebabkan pengguna lebih selesa menggunakan kawalan sentuh sepenuhnya.

Selain itu sistem operasi Android ketika itu masih ‘hijau’ dan terkenal dengan masalah lengah masa atau ‘lagging' menjadikan ia masih belum layak memasuki pasaran.

Akhirnya, pengguna beralih kepada konsol permainan yang lebih lancar dan mempunyai grafik berdefinasi tinggi. 'Sayonara' Xperia Play!

3. LG OPTIMUS 2X

LG OPTIMUS 2X

LG Optimus 2X dinobat sebagai telefon pertama yang mempunya cip pemprosesan dua teras apabila dilancarkan pada tahun Disember 2010.

Selain itu, ia juga menjadi peranti pertama yang menggunakan Nvidia Tegra 2 yang dihasilkan Nvidia.

Jika anda kaki 'gamers’, anda pasti kenal kerana syarikat inilah yang mempelopori industri grafik kad sehingga sekarang.

Bagi aspek pemasaran pula, telefon ini dicanang sebagai gajet yang bakal memberi pengalaman ‘gaming’ yang hebat.

‘Telefon yang hebat memerlukan cip pemprosesan hebat,’ kata jurucakap Nvidia.

Biarpun pada ketika itu spesifikasinya boleh dikatakan hebat tetapi ia tetap dianggap gagal kerana kelemahan strategi pemasaran daripada LG.

Sehingga kini LG masih berdepan dengan masalah sama dan buktinya tidak banyak model telefon pintar LG dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

4. SAMSUNG GALAXY R

SAMSUNG GALAXY R

Mungkin ada yang tidak sedar terhadap kewujudan telefon pintar ini kerana tempoh pasarannya tidak terlalu lama.

Malah, telefon ini hanya boleh didapati menerusi pihak ketiga kerana ia tidak dibawa masuk secara rasmi ke Malaysia.

Disebalik kesukaran itu, Galaxy R masih menjadi rebutan pengguna khususnya kaki 'gamers’ kerana cip pemprosesan yang digunakan telefon ini.

Menggunakan Nvidia Tegra 2 sebagai cip pemprosesan, Galaxy R dilabel sebagai telefon khusus untuk permainan video.

Bagaimanapun, selepas menggunakan peranti ini, ramai mendakwa ia hanya sebagai ‘marketing’ semata-mata.

Selain itu, masalah pada 'hardware' juga menyebabkan pengeluaran telefon ini terpaksa dihentikan.

Terdapat pengguna yang mendakwa Galaxy R mereka secara tiba-tiba tidak dapat dihidupkan biarpun beberapa kali cuba dilakukan. Masalah itu lebih teruk apabila ia mula dipasarkan di India.

Samsung akhirnya menyerah kalah dan terpaksa menghentikan pasaran terbabit secara global selepas dilancarkan pada September 2011.

5. SHIELD TABLET

SHIELD TABLET

Selain telefon pintar, tablet juga antara produk yang cuba memfokuskan aspek permainan video sebagai asas jualan mereka. Shield Tablet adalah keluaran Nvidia yang dihasilkan pada tahun 2014.

Berbanding Shield Portable yang lebih menyerupai konsol permainan, tablet ini tampak lebih profesional dan kompak.

Skrin sebesar 8 inci juga membolehkan pengalaman bermain lebih menyeluruh berbanding telefon pintar dan konsol permaianan.

Tablet ini dijana oleh sistem operasi Android dan dikuasakan oleh cip pemprosesan Nvidia Tegra K1.

Nvidia menyatakan cip digunakan ini lebih berkuasa berbanding Xbox 360 dan juga PS3. Kenyataan dikeluarkan itu kemudian memakan diri apabila beberapa masalah muncul pada tablet ini.

Malah, Nvidia terpaksa memanggil kesemua tablet yang dijual antara Julai 2014 sehingga Julai 2015 akibat masalah panas yang terlampau.

Pada November 2015, tablet ini diberi penjenamaan semula dengan nama Shield Tablet K1 namun harganya jatuh menjunam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: rojakdaily