Saturday, September 23, 2017

Inilah 95 Peratus Punca Stres Wanita!

Inilah 95 Peratus Punca Stres Wanita!

Menurut kajian, lebih 95 peratus punca stres wanita adalah disebabkan oleh terlebih berfikir tentang perkara yang tidak mungkin terjadi. Sementara itu, 'Quidnunc' adalah istilah untuk orang yang selalu ingin tahu gosip terbaru.

Stres

Ia mempunyai maksud yang sama dengan ayat busy body tetapi berlawanan dengan perkataan kepochi.

Sekalipun berbeza maksud, sindrom busy body dan kepochi sering menjangkiti kaum wanita.

Dan tahukah anda seorang wanita akan bertutur 20,000 perkataan berbanding lelaki sebanyak 7,000 patah perkataan.

Hebat wanita kan!

Stres, perceraian punca jadi pelupa

Terlalu kerap berada dalam keadaan tertekan, perceraian, kehilangan pekerjaan dan sibuk dengan komitmen kerja serta keluarga boleh meningkatkan wanita pertengahan umur hilang ingatan apabila menginjak usia warga emas.

Menerusi kajian diterbitkan dalam Jurnal Antarabangsa Psikiatri Geriatri, mendapati individu terjejas teruk adalah disebabkan tekanan hidup sehingga berpotensi mengingati beberapa perkataan.

Golongan pertengahan umur lebih berisiko mengalami situasi ini dan dalam tempoh 10 tahun berikutannya mereka menjadi pelupa.

Kebanyakan kes dilihat berlaku kepada wanita dan bukan lelaki. Penyelidik melihat ia disebabkan hormon tekanan yang mempunyai kesan lebih kuat kepada otak wanita.

Mengikut kajian dalam Jurnal Antarabangsa Psikiatri Geriatri, mendapati lebih daripada 900 lelaki dan wanita ditanya sama ada pernah mengalami pengalaman hidup teruk seperti perceraian, kematian orang disayangi, sakit atau bersara pada tahun sebelumnya.

Mereka kemudian diuji untuk tempoh 10 tahun kemudian, membaca senarai 20 perkataan dan diminta untuk mengingat seberapa banyak yang boleh dalam masa 20 minit.

Hasil kajian mendapati, wanita mengingati perkataan lebih sedikit berbanding lelaki.

Penulis utama kajian dari Johns Hopkins University di Baltimore, Dr Cynthia Munro, berkata, apabila berada dalam keadaan tertekan manusia mengeluarkan dan meningkatkan hormon stres seperti kortisol dan apabila tekanan hilang dan horman kembali kepada garis asal.

Bagaimanapun, apabila tekanan berulang, hormon stres ini meningkat dan tubuh akan meningkatkan maklum balas hormon berkali ganda dan ia memerlukan masa lebih lama untuk pulih.

“Jika tahap hormon tekanan meningkat dan kekal tinggi, ia tidak baik untuk otak di bahagian ingatan,” katanya.

Dr Munro berkata, seseorang itu tidak dapat menghilangkan tekanan, tetapi mungkin menyesuaikan cara bertindak balas terhadap tekanan yang dihadapi.

Kajian sebelum ini dijalankan penyelidik di Universiti Gothenburg, Sweden pada 2010 pula, mendapati risiko hilang ingatan ini lebih dua kali ganda berlaku pada wanita pertengahan umur yang pernah mengalami beberapa dekad tekanan dari kerja, kesihatan, keluarga atau masalah lain.

Fakta:

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerusi data 2015 mendedahkan, dari segi gender wanita mencatatkan kadar kelaziman gangguan mental kemurungan paling tinggi iaitu 5.1 peratus; berbanding lelaki 3.6 peratus.

Kadar kelaziman gangguan mental kemurungan adalah tinggi dalam lingkungan umur dewasa tua iaitu di antara 55 tahun hingga 74 tahun (7.5 peratus wanita, 5.5 peratus lelaki)

Wanita dalam lingkungan usia di antara 17 hingga 22 tahun, cenderung mengalami kesihatan mental disebabkan mereka lebih suka memendam perasaan berbanding lelaki yang bersifat terbuka.

Kajian Persatuan Pengamal Psikiatri Amerika Syarikat mendapati stres kemurungan wanita berpunca pada pasca kehamilan, akil baligh dan menopaus kerana berlakunya ketidakseimbangan dan perubahan hormon.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, August 04, 2017

35 Tanda-Tanda Ini Wanita Umur 40-an Mesti Awasi Sekarang

35 Tanda-Tanda Ini Wanita Umur 40-an Mesti Awasi Sekarang

Saya berusia 43 tahun dan mempunyai masalah haid yang tidak teratur sejak kebelakangan ini. Saya merupakan seorang wanita yang aktif dan berkarier, yang mana tanda ini amat saya khuatiri andainya ia tanda awal menopaus.

Penyakit Wanita 40-an

Saya pohon agar Nona boleh jelaskan tanda-tanda, usia putus haid dan apa yang boleh dilakukan?

JAWAPAN

Terima kasih di atas soalan Puan. Lazimnya, menopaus yang mempunyai tanda-tanda seperti perasaan panas badan, perubahan mood, sakit sendi dan lain-lain merupakan satu proses yang tidak dapat dielakkan oleh wanita.

Secara mudah, menopaus dianggap berlaku apabila haid tidak datang selama 12 bulan berturut-turut. Umur putus haid pada jangkaan ialah sekitar 45-53 tahun.

Namun ketika di usia 35 tahun, putus haid sebenarnya sudah mula berlaku berikutan penurunan hormon wanita (estrogen) sebanyak 35% dan ada kalanya proses menopaus boleh berlaku seawal usia 40 tahun.

Ini mungkin berkait rapat dengan penyakit auto-imun seperti tiroid dan diabetes. Ia juga mungkin terjadi kepada wanita yang menjalani kemoterapi dan pembedahan membuang rahim atau ovari.

Tanda-tanda menopaus
  • Mudah lupa dan daya ingatan tidak sekuat dahulu.
  • Berdebar atau palpitasi (degupan jantung yang kencang atau seperti melompat).
  • Kerengsaan.
  • Perubahan mood yang mendadak.
  • Sukar untuk tidur.
  • Haid yang tidak teratur.
  • Keinginan seks yang menurun.
  • Kekeringan faraj.
  • Letih yang mendadak.
  • Kemurungan.
  • Perasaan tidak larat dan tidak mahu buat apa-apa.
  • Tinnitus atau bunyi pada telinga.
  • Perasaan panas dan berpeluh malam.
  • Susah untuk tahan kencing atau kerap kencing.
  • Kulit yang kering dan gatal.
  • Sendi dan otot yang sengal.
  • Perasaan otot yang menegang.
  • Sengal payudara.
  • Sakit kepala.
  • Loya dan masalah penghadaman.
  • Perut kembung.
  • Perasaan bimbang yang tidak menentu.
  • Keadaan penyakit tiba-tiba semakin teruk.
  • Peningkatan masalah alahan.
  • Perubahan pada berat badan. Selalunya meningkat tapi adakalanya menurun.
  • Rambut menipis. Bulu pada muka (di bahagian misai dan janggut) semakin lebat.
  • Pening dan ringan kepala. Masalah keseimbangan badan.
  • Perubahan bau badan.
  • Rasa seolah-olah denyutan/sentapan elektrik di bawah kulit dan di kepala.
  • Rasa seperti berdenyut di kaki dan tangan.
  • Masalah gusi berdarah.
  • Lidah dan lelangit terasa panas, perubahan pada rasa dan bau mulut.
  • Reput tulang (osteoporosis) selepas beberapa tahun.
  • Perubahan pada kuku (mudah retak dan menjadi lembut).
  • Sukar untuk fokus.

Penting juga diingatkan bahawa tanda-tanda di atas mungkin merupakan simptom kepada penyakit-penyakit lain seperti masalah tiroid, kencing manis, kemurungan dan banyak lagi.

Walaupun Puan mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur dan daripada segi umur dijangka menuju ke arah peringkat putus haid, namun adalah penting agar Puan menjalani pemeriksaan yang teliti bagi menentukan tahap kesihatan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: nona

Monday, April 17, 2017

Walaupun Seharian Ulit Baby Sebenarnya Ramai Ibu Yang Rasa Sunyi

Walaupun Seharian Ulit Baby Sebenarnya Ramai Ibu Yang Rasa Sunyi

Ramai ibu yang melalui perkara ini sebenarnya namun hanya menganggap ia sebagai satu perkara remeh yang tak perlu dibesarkan.

Isteri dan baby

Selalu terjadi pada isteri yang baru bergelar ibu terutama jika tidak bekerja. Mereka ini walau punya bayi hakikatnya berasa sangat sunyi.

Ketika suami keluar bekerja ibu ini akan seharian mengulit bayi. Si ibu ini hanya bercakap dengan manusia kecil yang tidak akan bercakap kembali. Sedangkan lumrah wanita suka berbicara dan meluah perasaan.

Inilah masalah yang dikongsi oleh selebriti Hanis Zalikha yang sebenarnya turut dialami oleh ramai ibu lain sebenarnya.

***

Tadi Mommynis ada post video tentang Motherhood & Loneliness. Ia menceritakan pasal kesunyian & kesepian menjadi seorang mak.

Ada seorang mak tu cakap dia rasa sunyi (and sesat sorang-sorang), bila berada di kalangan ibu kerana semua ibu-ibu ni cerita pasal bestnya jadi mak, betapa seronok jaga anak.

So dia sunyi sebab dia rasa macam -- "semalam aku tidur 2 jam je, aku rasa cam sampah, apa korang cakap ni?!"

Seharian tiada proper conversation

Pastu dia sambung lagi, sepanjang hari dia akan bercakap dengan manusia kecil ni yang takkan bercakap balik dengan kita.

And topik-topik nak cakap pun topik terpilih. Jadi rasa sunyi sungguh-sungguh berkepit dengan baby. Sampai dia tersedar yang seharian suntuk dia takde proper conversation dengan sesiapa.

Hal-hal yang dia cakap tu i takleh relate sangat sebab keadaan kami tak sama. So I kata, eh mana ada sunyi apeni.

Tapi bila second person pula cerita dia rasa macam banduan kat rumah sendiri, tapi banduan atas pilihan sendiri.

Sebab dia yang pilih nak duduk rumah dengan anak untuk keselamatan dan keselesaan. Namun hari terasa panjang. Tengok jam and tunggu je suami balik.

Tetiba ayat last tuh is so me. Tengok jam tunggu suami balik LOLOL!!! Maksudnya ada juga rasa sepi yang i tak perasan.

Suami bila ada anak, kena banyak duduk rumah

Sejak ada baby ni memang suka gila tengok suami melangkah masuk rumah like amagad my bestfriend is baaaack. (Ini untuk hari-hari yang i work from home and he has a shooting, work outside).

Bila jadi mak ni, kita lagi memerlukan suami kita. Mommynis harap ibu-ibu yang merasainya tolong communicate dengan orang sekeliling sebab hidup harus positif dan cari jalan penyelesaian. Loneliness is a real thing, so talk to someone.

Kalau pasangan pula, suami kena faham, bila ada anak, lagilah dia kena banyak duduk rumah, bukan sebaliknya.

Memang ada suami yang ingat dah ada anak, lagi diorang boleh kat luar lama-lama sebab anak akan teman isteri. NO. Suamilah peneman isteri untuk besarkan anak-anak.

Untuk suami yang kerja jauh, pastikan your wife dah ada support system yang bagus keliling dia, kalau tak, sunyi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: haniszalikha

Monday, March 27, 2017

Isteri Tak Pandai Masak, Kena 'Terer' 3 Bab Ini!

Isteri Tak Pandai Masak, Kena 'Terer' 3 Bab Ini!

Apabila isteri tak pandai memasak, ia semacam satu kekurangan sebab orang tua selalu pesan inilah perkara yang mampu menambat hati suami.

Isteri

Tapi, tak mengapalah kalau dah tahu diri tak pandai memasak, jadi isteri kenalah ada kelebihan lain untuk menutup kekurangan diri.

Antaranya macam kemahiran di bawah ni.

1. Pandai jaga anak dan urus rumah tangga

Kalau di rumah, anak terjaga, bersih, makan cukup, cukup susu, mandi tepat masa. Ada masa terluang ajar anak membaca dan mengaji pula.

Rumah juga sentiasa bersih, kemas walaupun ada anak kecil. Bila suami masuk rasa tenang saja. Tak berserabut dengan mainan dan surat khabar di lantai atau kain baju tak berlipat atas sofa.

Kalau dah ada sebahagian ciri ibu mithali, takkan suami komplen lagi kan.

2. Penampilan menarik

Isteri cantik dan pandai jaga badan suami mana tak sayang. Dah tentu asyik nak melekat saja.

Tapi bukanlah makna isteri harus sentiasa mekap mampan, cukuplah sekadar nampak elok, kemas dan manis di mata suami walau pun duduk di rumah. Jangan berhias waktu nak pergi kerja saja.

3. Layanan batin mantap

Ini boleh jadi kelebihan yang paling boleh mengaburi suami dengan kekurangan yang ada. Tak pandai masak tapi layanan di kamar untuk suami mantap!

Tak pernah menolak malah mempelawa pula. Bila suami puas bab ini rasanya anda sudah menawan hatinya.

Apapun seharusnya seiring dengan peningkatan usia kita kena baiki kekurangan. Walau tak minat, tiada masa tapi berusahalah untuk belajar memasak.

Takkan sampai tua, nak makan kedai kot!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: vanillakismis

Sunday, March 19, 2017

11 Cara Wanita Tabah Berdepan Masalah Dan Masih Boleh Senyum

11 Cara Wanita Tabah Berdepan Masalah Dan Masih Boleh Senyum

Wanita jadi kuat dan tabah bila mereka diuji, bukan sekali tapi berkali-kali dan dalam perjuangan berdepan dugaan itulah yang menjadikan hati dan semangat mereka sekuat besi walaupun kudratnya tidak gagah.

Wanita Tabah

Menjadi wanita tabah itu bukan mudah. Mereka tabah selepas belajar dari pengalaman dan kesilapan. Itulah yang menjadikan mereka kuat.

Kita mungkin pernah melalui dugaan dan kepayahan tapi wanita tabah akan melakukan 10 perkara ini bila berdepan dengan masalah. Adakah kita melakukan perkara yang sama.

Jika ya, anda memang seorang wanita yang tabah!

1. Bila ada masalah dia masih tenang tak gelabah.

2. Takkan lari dari tanggungjawab walau pun berat dan penat.

3. Bila buat salah, berani mengaku dan memperbaikinya, bukan salahkan orang lain.

4. Ucap perkara positif walaupun sedang berdepan perkara negatif.

5. Walau situasi sukar tapi dia masih fikir secara rasional bukan emosional.

6. Menangis tapi cukup sekali kemudian move on.

7. Bila sedih, dia motivasikan diri sendiri.

8. Tak peduli kata-kata haters atau sindiran, dia buat apa yang dirasakan betul.

9. Tak mengadu domba walau ada banyak masalah.

10. Dia sanggup berpura-pura gembira depan orang yang dia sayangi.

11. Paling utama, dia tak menyalahkan takdir dan ingat Tuhan baik ketika berdepan dugaan dan selepas berjaya melepasinya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: vanillakismis

Tuesday, March 14, 2017

7 Perkara Rahsia Isteri Tidak Akan Beritahu Suami

7 Perkara Rahsia Isteri Tidak Akan Beritahu Suami

Ada banyak perkara sebenarnya yang seorang isteri tidak akan beritahu kepada suami, tetapi seorang suami perlu memahaminya.

Rahsia Isteri

Lelaki pasti sering mendengar kata-kata seperti, "Saya tak fahamlah perempuan ni!" atau "Perempuan sangat complicated".

Kaum hawa bukanlah berkelakuan seperti itu tanpa apa-apa sebab. Semua emosi yang diluahkan bersebab, hanya kadang-kala sukar untuk diluahkan.

Ada 7 perkara rahsia yang isteri anda tidak akan beritahu, tetapi sebagai seorang suami kita perlu memahaminya.

1. Isteri perlukan kasih sayang anda

Kaum hawa segan nak cakap walaupun pada suaminya sendiri, dia sentiasa memerlukan kasih sayang anda. Dia ingin anda tunjukkan yang anda kisah dengan apa yang berlaku disekelilingnya.

2. Isteri bosan

Hari-hari rutin yang sama, manusia mana yang tidak akan naik bosan? Bangun pagi sediakan sarapan, siapkan anak dan hantar ke sekolah. Hujung minggu kemas rumah. 365 hari perkara yang sama dilakukannya.

Buatlah kejutan atau sesuatu yang special buatnya. Mungkin ada satu hari, si isteri bangun sahaja dari tidur, sarapan telah pun disiapkan dan baju telah dijemur, pasti mengukir senyuman di bibirnya.

3. Isteri mahu dipuji

Siapa tidak rasa gembira bila dipuji? Selepas semua pengorbanannya untuk keluarga dan anak, isteri anda yang dulu cantik berseri, makin hari makin penat dan tidak bermaya wajahnya.

Pujilah dia atas jasa yang telah dia lakukan. Ada juga kes si isteri tukar gaya rambutnya semata-mata untuk memberi kelainan pada suami tersayang.

Bila suami pulang dari pejabat, penat melaram buka pintu ambilkan beg, tetapi si suami terus masuk bilik baring tidak sedar pun akan effort yang si isteri lakukan.

Kaum Adam, alertlah. Walaupun perkara itu kecil, ianya sangat bermakna buat isteri.

4. Isteri Cemburu

Ini memang tidak dapat dielakkan. Janganlah anda bandingkan isteri anda dengan perempuan lain, tidak kisahlah selebriti mahupun ibu anda.

Isteri ingin menjadi satu-satunya wanita yang anda lihat di mata hati anda. Dia ingin rasa dia lah isteri paling istimewa kerana mengahwini anda. Jadi jagalah kata-kata anda, janganlah mengores hatinya.

5. Isteri mahu anda menjadi ketua agamanya

Si isteri mahukan seseorang yang boleh memimpinnya ke arah menjadi seorang muslim yang lebih baik, dia perlukan teguran yang membina.

Lagi-lagi kalau nasihat itu datangnya dari suaminya sendiri lagi lembut hatinya untuk menerima teguran tersebut.

6. Isteri sebenarnya tidak suka membebel

Mesti ramai jejaka yang tertawa bila baca point ni dan merasakan admin ni berat sebelah. Tidak. Si isteri tidak gemar untuk bebel kepada anda, tetapi ada kalanya anda membuatkan si isteri tidak senang hati bila tidak dibebelnya.

Contoh, anda pasti dah biasa duduk rumah bujang, salin baju tinggal sahaja di lantai, nanti-nanti kemaslah bila ada waktu lapang. Ataupun selesai makan terus letak sahaja pinggan mangkuk di singki sampai kering sisa makanan.

Wahai abang-abang diluar sana, anda telah berumah tangga, perlulah mengambil responsibilities sebagai seorang suami.

Isteri anda dah penat kemas rumah, pastikan rumah kelihatan bersih dan tersusun. Benda paling kecil anda boleh tolong ialah senangkan lah sedikit kerjanya.

Baju tu letaklah ke dalam laundry basket, pinggan tu si isteri tidak minta pun basuh semua, hanya basuh yang part anda pun dah cukup bagus dah untuk isteri.

7. Isteri hanya inginkan sebuah keluarga yang stabil dan bahagia bersama suaminya yang tercinta

Bila si isteri setuju untuk mengahwini anda, mereka bukan lah ingatkan perkara ini main-main seperti masa kita kecil dahulu main pondok-pondok.

Isteri memang sudah bersedia untuk mengambil tanggungjawab sebagai seorang isteri dan bakal ibu. Anda sebagai suami haruslah bekerja sama dengan isteri anda untuk membina mahligai cinta yang paling kukuh dan bahagia.

Diharapkan artikel ini dapat menambahkan kebahagiaan dan membantu si suami dan juga bakal suami di luar sana untuk lebih memahami pasangan masing-masing.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: ikahwin

Wednesday, August 24, 2016

9 Punca Kenapa Wanita Curang Terhadap Suami

9 Punca Kenapa Wanita Curang Terhadap Suami

Rumahtangga yang dibina atas dasar cinta akhirnya musnah kerana kecurangannya. Namun, pernah anda terfikir kenapa si dia curang? Apakah selama ini anda tidak mampu memberikan kebahagian kepada dia?

Curang

Terdapat kajian yang menyatakan wanita Malaysia menduduki tangga ketiga sebagai wanita yang paling curang di dunia. Bahayanya!

9 Sebab Wanita Curang

1. Masalah Kewangan

Apabila sesebuah keluarga itu berhadapan dengan masalah kewangan, proses komunikasi di antara suami isteri akan bertambah rumit. Isteri akan terasa terbeban sehingga menyebabkan tekanan perasaan berlaku sehingga memilih untuk menduakan suaminya.

2. Balas Dendam

Kaum wanita sebenarnya lebih kuat memendam perasaan mereka berbanding lelaki. Jika suami pernah berlaku curang, rasa sakit hati, marah, kecewa yang dipendam hasil dari kecurangan yang dilakukan suami akan menjadi dendam.

Untuk menghilangkan segala perasaan yang dipendam, wanita yang pernah dicurangi biasanya lebih berkemungkinan membalas semula apa yang telah dilakukan terhadap dirinya.

3. Hilang Persefahaman

Jika tiada persefahaman, kerap bergaduh untuk hal yang remeh dan gemar melukakan hatinya, wanita akan mula berasa bosan dan mula berniat untuk mencari yang lain.

4. Terlalu Sibuk Dengan Kerjaya

Bagi isteri yang bergelar suri rumah sepenuh masa pula akan berasa tertekan dengan tindakan suaminya yang terlalu sibuk dengan kerjanya. Jadi tidak hairanlah, jika isteri yang sanggup mencari peneman di laman sosial di kala kesunyian.

5. Naluri Liar

Seperti lelaki, kaum wanita juga sebenarnya mempunyai naluri liarnya sendiri. Walaupun naluri liar tersebut tersembunyi dibalik kelembutan dan sopan santun wanita namun jika keadaan tidak seperti yang dimahukan, naluri tersebut pasti akan memberontak dan menunjukkan kehebatannya. Iyalah, jika lelaki boleh, kenapa tidak wanita. Fikirkan ya.

6. Suami Mementingkan Diri

Jangan terlalu pentingkan diri sehingga hati isteri anda terluka. Cuba belajar untuk menghargai dirinya.

7. Terlalu Ego

Cubalah buang sedikit perasaan ego dan sesekali anda pula beralah demi menjaga hati orang tersayang. Tak bawa ke mana sebuah hubungan itu jika ego terlalu tinggi.

8. Tidak Puas Seks

Rata-rata lelaki sebenarnya mengambil remeh tentang ini. Wanita sebenarnya ingin merasa dirinya diperlukan dan dihargai oleh pasangan. Janganlah pada awal perkahwinan sahaja ada rasa ‘geram’ dekat isteri, tetapi bila dah lama isteri mahu bermanja pun marah. Sebab itu wanita curang.

9. Kemesraan Semakin Hambar

Wanita mempunyai naluri yang suka dimanja dan dipuji walaupun tak ditunjukkan secara zahir. Sikap suami yang dirasakan kurang melayani dirinya membuatkan wanita mudah tergoda dengan kemesraan dari luar, misalnya dari rakan sekerja ataupun kenalan barunya.

8 Tips Elak Wanita Jadi Curang

Berpenampilan Menarik

Setelah menjalani alam rumahtangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunye diabaikan. Keinginan utk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu bila berada diluar seperti ditempat kerja, penampialn kita selalunay berbeza.

Menghargai Pasangan

Hargailah isteri, kerana penghargaan akan dibalas dengan kesetiaan. Ucaplah terima kasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala berilah hadiah buat isteri sebagai tanda anda menghargai apa yang dilakukan.

Waktu Hanya Berdua

Ada pasangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh namun waktu romantis hanya untuk anda berdua cukup penting untuk membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.

Dapatkan Nasihat Kaunselor

Jangan ragu untuk mendapat khidmat daripada kaunselor sekiranya hubungan anda menghadapi masalah yang sukar diatasi.

Jika bukan anda berdua yang bersikap proaktif dalam menjaga keutuhan rumahtangga, siapa lagi yang anda perlu harapkan?

Kehidupan Seks Yang Sihat

Memenuhi keperluan seks pasangan sangat penting untuk menjaga perkahwinan. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri.

Jika anda menghadapi masalah yang berkaitan dengannya, berusahalah untuk mengatasinya secepat mungkin.

Bersahabat Dengan Teman-Teman Pasangan

Sekiranya isteri anda curang, anda lebih cepat mengetahuinya dan tindakan segera boleh cepat diambil sebelum segalanya terlambat. Jadikan teman-temannya sebagai teman anda sendiri.

Berwaspada

Jika anda mengesan isteri anda berlaku curang, jangan ragu untuk menyiasatnya. Kecurangan akan berlaku lebih lama jika dia berasa jauh dari jangkauan anda. Jangan biarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda.

Kesimpulan

Curang bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik.Sama ada bagi suami mahupun isteri. Bawalah berbincang bersama dan nilai semula diri masing-masing.

Yang paling penting saling memahami dan saling bertolak ansur. Pastinya rumahtangga anda kekal bahagian hingga ke akhir hayat.

BACA INI JUGA:

sumber: wom