Tuesday, July 02, 2019

Miley Cyrus Buat Kontroversi Lagi, Kali Ini Tayang Payudara!

Miley Cyrus Buat Kontroversi Lagi, Kali Ini Tayang Payudara!

Penyanyi popular, Miley Cyrus sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan payudaranya dan mempamer aksi mengghairahkan ketika membuat persembahan di satu festival muzik.

Miley Cyrus Tayang Payudara
Miley Cyrus.

Miley Cyrus, 26, kali pertama membuat persembahan di Pyramid Stage ketika Festival Glastonbury di Worthy Farm, Somerset, London.

Namun, penyanyi kontroversi itu memastikan persembahannya di festival muzik terkenal itu terus diingati.

Ketika persembahan, Miley Cyrus yang memakai baju putih jarang membuatkan penonton terkejut apabila sengaja menarik bajunya sekali gus mendedahkan separuh payudaranya.

Tidak cukup dengan itu, Miley Cyrus yang popular dengan siri drama Hannah Montana itu turut membuat beberapa aksi mengghairahkan termasuk meletakkan mikrofon di kemaluannya.

Miley Cyrus sebelum ini pernah beberapa kali mencetuskan kontroversi dengan membuat persembahan berunsur lucah ketika di pentas.

Penyanyi itu juga berdepan ketagihan dadah dan dimasukkan ke pusat pemulihan.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Monday, July 01, 2019

Taylor Swift Dan Justin Bieber Bergaduh Gara-gara Scooter Braun

Taylor Swift Dan Justin Bieber Bergaduh Gara-gara Scooter Braun

Drama Taylor Swift bermula lagi! Kali ini melibatkan bekas pengurus muzik, Scooter Braun dan Justin Bieber, selepas penyanyi lagu Me! itu meluahkan kesedihan apabila keseluruhan katalog lagu-lagunya sepanjang berada di bawah label Big Machine Record akan menjadi milik Scooter.

Justin-bieber vs Taylor-swift

Berkongsi di laman Tumblr miliknya, Taylor berasa sedih kerana keringatnya sepanjang menjadi anak seni akan menjadi milik orang lain.

Untuk pengetahuan peminat, Taylor memulakan kariernya sebagai anak seni di bawah label tersebut hinggalah pada November tahun 2018 lalu apabila dia menamatkan kontrak dan masuk pula label Universal Music.

Justin Bieber Marah

Susulan itu, penyanyi, Justin Bieber yang juga turut diurus oleh Scooter mengecam tindakan Taylor yang dilihat tidak matang apabila mengunakan media sebagai platform untuk mendapatkan simpati orang ramai.

“Selama ini Scooter banyak membantu kamu, jadi untuk kamu menggunakan media sosial untuk menyerang dia adalah tidak adil.

“Apa yang kamu dapat dengan berkongsi perkara ini? Pada saya, kamu macam meminta simpati orang ramai dan dengan berkongsi perkara seperti ini, peminat kamu akan memberikan sokongan pada kamu seterusnya menyerang Scooter.

“Satu perkara yang saya tahu, baik saya dan juga Scooter sayangkan kamu. Jadi, saya rasa Scooter boleh berbincang secara baik dengan kamu mengenai isu ini,” kata penyanyi What Do You Mean itu.

Isteri Scooter Turut Pertahan Suami

Dalam pada itu, isteri kepada Scooter iaitu Yael Cohen turut mempertahankan suaminya itu menerusi laman Instagram.

“Scooter sudah pernah bagi peluang untuk kamu menjadi pemilik lagu-lagu kamu tapi kamu yang tak ambil peluang itu. Dan apa maksud kamu yang suami saya seorang pembuli?

“Sepanjang hidupnya, dia sering mempertahankan dan membantu orang lain yang dia percaya,” tulisnya.

Peminat Pertahankan Taylor Swift

Bagaimanapun, para peminat penyanyi itu yang digelar Swifties, mempertahankan penyanyi kesayangan mereka dan mengecam tindakan Scooter.

Malah, tanda pagar #WeStandWithTaylor turut trending di laman Twitter.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Tuesday, June 25, 2019

'Bukan Semua Janda Nak Suami Orang'

'Bukan Semua Janda Nak Suami Orang'

Pelakon Fatin Afeefa, menyeru masyarakat supaya mengubah persepsi terhadap wanita yang memegang status janda, kerana dia melihat ramai janda dikecam kerana dikatakan ingin merebut suami orang.

Fatin Afeefa Janda
Fatin Afeefa.

“Kita kalau dah janda orang akan selalu cari salah dan selalunya saya nampak mereka (masyarakat) akan berkata kami terdesak mahukan suami orang.

“Ketepikan semuanya kerana netizen yang mengecam ini selalunya hanya mahukan perhatian,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur.

Mengakui pada awal status itu menggangu dirinya, pelakon yang terkenal menerusi telefilem Tentang Bulan berkata janda harus lebih kuat menempuh cabaran hidup.

“Dulu saya jujur tidak selesa bila orang panggil janda, tetapi sekarang saya bangga.

“Selepas cerai, fokus kita (janda) harus lebih kepada anak-anak dan itulah yang saya sedang lakukan,” katanya.

Pemilik nama penuh Fatin Nur Afifah Shamsudin menambah, janda seharusnya menerima teguran dengan ikhlas dan tidak terlalu memikirkan komen warganet.

“Orang kerap panggil saya, Mak Jan, Mak Jan dulu. Saya marahlah tetapi sekarang bila kena panggil saya pun sama gelak dengan mereka (warganet).

“Lagi kita tidak ambil kisah, mereka (warganet) pun lama-lama akan berhenti juga nak kutuk kita,” katanya.

Ditanya mengenai perkembangan nyanyian, Fatin berkata dia akan mengeluarkan lagu terbaru pada bulan hadapan.

“Single (lagu) saya akan keluar pada Julai ini, persiapan semua dah siap tinggal nak umum tarikh bila untuk keluarkan sahaja.

“Saya pun ternanti nanti bagaimana dengan penerimaan orang terhadap lagu itu nanti," katanya.

Tambahnya lagi, fokusnya kini untuk mengembangkan bidang nyanyian serta berlakon kerana ia merupakan dua perkara yang memang diminatinya.

“Saya akan tetap bernyanyi dan berlakon, dua-dua saya nak buat.

“Dulu saya dah rugi banyak masa kerana berhenti sekejap dari industri, tetapi kini saya kembali dan akan meletakkan fokus sepenuhnya untuk kerjaya saya,” katanya.

Kata Fatin, dia enggan memikiran komen warganet yang mengatakan dia tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

“Ramai juga kata, dah berlakon kenapa sibuk nak menyanyi, tetapi orang tidak tahu saya bermula di industri dengan nyanyian dahulu baru berlakon.

“Biasalah bila orang berkata, saya pun pilih untuk tidak endah sahajalah,” katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Saturday, June 15, 2019

'Saya Bukan Melayu Tapi Lahir Dan Besar di Malaysia', Amelia Henderson Bidas Pengkritik Rasis

'Saya Bukan Melayu Tapi Lahir Dan Besar di Malaysia', Amelia Henderson Bidas Pengkritik Rasis

Kegembiraan pelakon Amelia Henderson setelah memenangi anugerah Star Model 2019 di majlis Anugerah Festival Model Asia ke-14 (AMFA) 2019 sedikit tercalar oleh komen rasis netizen yang mempersoalkan kelayakannya memenangi kategori itu.

Amelia Henderson Lahir di malaysia

Individu yang menggunakan akaun Instagram yang ditetapkan kepada persendirian mendakwa wanita berdarah kacukan itu tidak layak merangkul anugerah berkenaan kerana bukan daripada keturunan Melayu.

Enggan berdiam diri, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson, 24, membalas komen rasis netizen yang mempersoalkan anugerah yang diterima.

"Saya sedih melihat komen yang datang daripada rakyat Malaysia sendiri. Sudah 2019, untuk menjadi sebuah negara yang kuat, kita perlu faham bahawa kita mempunyai pelbagai etnik.

"Ya, saya bukan Melayu tapi saya dilahirkan di Klang, Selangor, Malaysia. Ibu saya orang Malaysia dan bapa saya orang luar tapi saya dibesarkan di negara saya.

"Saya belajar di negara ini, saya bekerja di negara saya. Malaysia adalah negara saya sama seperti anda," kata Amelia.

Amelia yang berusia 24 tahun menerima Anugerah Star Model 2019 dalam kategori Malaysia pada hari ketiga acara tersebut.

Majlis penyampaian anugerah itu diadakan di Dewan Olimpik di Seoul, Korea Selatan dan dihadiri ramai selebriti Korea.

Amelia Henderson Rasis

Dalam pada itu, segelintir netizen turut 'menyerang' individu tersebut dan mempertahankan pelakon drama Cinta Non Grata berkenaan.

Selain itu, Amelia turut meluahkan perasaan bangga apabila dapat mewakili Malaysia dan berjaya dengan hasil usahanya sendiri.

"Tiada apa yang membuatkan saya lebih bangga apabila dapat mewakili negara saya. Saya bukan boneka yang dibayar untuk menyampaikan mesej.

"Saya berupaya melakukan sendiri. Saya juga rakyat Malaysia seperti anda," ujar Amelia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Monday, June 10, 2019

Rihanna Penyanyi Wanita Paling Kaya Di Dunia 2019

Rihanna Penyanyi Wanita Paling Kaya Di Dunia 2019

Rihanna, 31 tahun, muncul sebagai penyanyi wanita dengan pendapatan paling tinggi di dunia, kini bernilai AS$600 juta, jauh meninggalkan Madonna sebanyak AS$30 juta, Celine Dion AS$150 juta dan Beyoncé AS$200 juta.

Rihanna Paling Kaya

Walaupun Rihanna terkenal dengan lagu-lagu hit seperti Umbrella, Diamonds dan What's My Name, muzik bukanlah satu-satunya sumber kekayaannya.

Menurut Forbes, majoriti pendapatannya diperoleh daripada perkongsiannya dengan LVMH, syarikat barangan mewah Perancis yang turut memiliki Christian Dior, Givenchy dan Louis Vuitton.

Bulan April 2019 lalu, bintang kelahiran Barbados itu melancarkan label fesyennya, Fenty, menjadikannya wanita kulit hitam pertama yang memiliki jenama asli bersama LVMH.

Selain Fenty, pemilik nama sebenar Robyn Rihanna Fenty ini turut memiliki jenama pakaian dalam, Savage X Fenty, yang dilancarkan tahun 2018 lalu dan jenama kosmetiknya, Fenty Beauty, yang ditubuhkan pada tahun 2017.

Fenty Beauty menjana pendapatan kira-kira AS$570 juta (RM2.37 bilion) dalam tempoh 15 bulan pertama, dengan anggaran perolehan keuntungan setakat ini mencecah AS$3 bilion.

Rihanna bercuti bersama jutawan Arab Saudi

Rihanna and Hassan Jameel

Sementara itu, Rihanna dilaporkan bercuti bersama-sama teman lelakinya, Hassan Jameel dan keluarga di Itali.

Pasangan tersebut dilihat menaiki bot dan menikmati makan tengah hari di Restoran Lo Scoglio di bandar Nerano, Pantai Amalfi, di pusat peranginan Capri, memetik laporan Arab News.

Pengasas jenama Fenty Beauty dengan nilai kekayaan sekitar AS$600 juta (RM2.4 bilion) itu memakai dress mini ‘off shoulder’ dan kelihatan santai dan gembira dengan Hassan.

Hubungan percintaan Rihanna dan Hassan mula mencuri perhatian selepas foto kemesraan mereka berdua tersebar sekitar Julai 2017.

Hassan Jameel merupakan seorang usahawan muda dan juga pewaris kekayaan keluarganya Abdul Latif Jameel Company, syarikat memegang hak pengedaran kenderaan jenama Toyota di Arab Saudi, merupakan antara keluarga terkaya di Arab.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Wednesday, June 05, 2019

4 Cerita Terbaharu Harry Potter J.K. Rowling Akan Menemui Peminat

4 Cerita Terbaharu Harry Potter J.K. Rowling Akan Menemui Peminat

Ini pastinya berita baik buat peminat setia siri Harry Potter yang telah lama menantikan siri baharu setelah hampir 12 tahun menyepi kerana J.K. Rowling bakal mengeluarkan 4 cerita terbaharu yang memfokuskan kepada cerita rakyat tradisional dan magik dalam siri Harry Potter.

Harry Potter Terbaharu

Namun, mungkin akan ada peminat yang kecewa kerana 4 buku Harry Potter ini tidak akan mengisahkan pengembaraan terbaru Harry, Ron dan Harmione.

Untuk pengetahuan anda, keempat-empat cerita ini merupakan e-book malah, hanya dua cerita pertama akan dikeluarkan dahulu pada 27 Jun 2019 ini.

Tajuk untuk 4 cerita yang akan dikeluarkan adalah; Harry Potter: A Journey Through Charms and Defence Against the Dark Arts, Harry Potter: A Journey Through Potions and Herbology, Harry Potter: A Journey Through Divination and Astronomy dan Harry Potter: A Journey Through Care of Magical Creatures.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Wednesday, May 15, 2019

Bella Astillah Dan Aliff Aziz Berpisah?

Bella Astillah Dan Aliff Aziz Berpisah?

Susulan kontroversi berhubung gambar mirip suaminya bersama seorang wanita tular, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz nekad mengambil keputusan untuk hidup bersendirian, yang melalui perkongsian di akaun Instagram miliknya, Bella berkata, walaupun berat dugaan yang akan ditempuhnya, keputusan itu terpaksa direlakan.

Perpisahan Bella dan Aliff Aziz

“Saya mengambil kira banyak aspek termasuk mental dan fizikal sebelum membuat keputusan untuk meneruskan kehidupan tanpa Aliff,” katanya.

Menurut pemilik nama penuh Dayang Ara Nabellah Awang Astillah itu, dia juga bertindak demikian demi memperbaiki kehidupannya bersama satu-satunya anak mereka, Ayden Adrean, yang berusia hampir dua tahun.

“Dalam masa sama saya mahu memperbaiki kehidupan bersama anak,” tulisnya.

Terdahulu, satu imej memaparkan seorang lelaki mirip suaminya dengan tidak berbaju bersama seorang wanita berpakaian seksi mula tersebar di media sosial.

Turut tular, sebuah rakaman klip video live Instagram - juga didakwa memaparkan lelaki menyerupai Aliff - bersama wanita tersebut.

Sebelum ini, krisis rumah tangga Aliff mengundang perhatian ramai pada 2017 selepas dia didapati keluar berhibur dengan pelakon Afifah Nasir di sebuah pusat karaoke.

Pada Februari 2019 lalu, nama penyanyi lagu Cinta Dusta itu kembali hangat selepas isterinya membuat pendedahan melalui media sosial berhubung sikapnya yang dikatakan curang.

Pada ketika itu, Aliff didakwa berlaku curang dengan seorang lagi aktres, Octavia Manrose.

Aliff Aziz-Oktovia Manrose-Afifah Nasir

Meskipun dilanda kemelut, Bella, tetap berterima kasih kepada pihak yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan kekuatan buatnya.

Pun begitu, Bella menyedari masih terdapat segelintir pihak menggelarnya sebagai seorang yang kurang bijak kerana cuba menyelamatkan bahtera perkahwinan yang kian runtuh.

Pada masa sama, Bella memohon agar semua pihak memberikannya ruang untuk mengharungi situasi tersebut dengan sebaiknya.

“Saya amat hargai jika orang ramai berhenti menghantar pesanan atau menghubungi untuk bertanyakan hal rumah tangga kami,” katanya.

Rata-rata pengikut Bella mendoakan agar Bella terus kuat mengharungi ujian lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini