Friday, May 10, 2019

Mahu Tukar 2 Tayar Baharu, Pasang di Depan atau Belakang?

Mahu Tukar 2 Tayar Baharu, Pasang di Depan atau Belakang?

Jika tukar dua tayar kereta, anda akan pasang pada roda depan atau belakang? Logiknya, kita pasti memilih untuk letak di depan kerana beranggapan beban berat lebih bertumpu di depan (untuk kereta jenis pacuan roda depan - FWD). Lagipun bunga tayar belakang lebih lambat haus. Betul?

Tayar baru depan atau belakang

Kami temui satu video tentang sama ada dua tayar baharu 'perlu dipasangkan di bahagian depan atau belakang'.

Sekadar Trend atau Fakta Mekanikal?

Berdasarkan video berdurasi 1 minit 52 saat di bawah, jelas menunjukkan jika tayar baharu dipasang di depan, kenderaan anda akan mudah hilang kawalan atau oversteer, terutama ketika memandu atas jalan basah.

Jadi, anda dinasihatkan agar menukar keempat-empat tayar dan jika mahu juga tukar dua tayar atas faktor bajet, pastikan tayar baharu dipasangkan pada roda belakang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:



sumber: pandulaju

Thursday, May 09, 2019

6 Fakta Kenapa Perlu Tinted Kereta Yang Ramai Tidak Tahu

6 Fakta Kenapa Perlu Tinted Kereta Yang Ramai Tidak Tahu

Janganlah hanya memasang tinted hitam di kereta anda bagi tujuan kecantikan semata-mata untuk menginginkan warna yang gelap tetapi tidak memikirkan soal kesihatan dan keselamatan. Dari segi kesihatan anda perlu menambahkan fungsi yang menghalang sinaran UV manakala untuk fungsi keselamatan anda perlu menambahkan fungsi yang membuatkan cermin anda sukar retak atau lambat pecah jika berlaku kecelakaan.

Fungsi Tinted Kereta
Gambar hiasan.

Jadi, kami ingin berkongsi tentang pemasangan tinted yang betul, berkualiti dan baik untuk keselamatan dan kesihatan anda.

Berikut adalah 6 sebab kenapa anda perlu memasang tinted gelap pada kereta.

1. Pemanduan yang lebih baik

Dengan pemasangan tinted hitam atau gelap pada cermin kereta akan dapat melindungi pemandu dan penumpang dari silau sinaran cahaya matahari yang sangat terik terutamanya di Malaysia.

Tinted hitam juga amat penting terutamanya buat pemandu yang mempunyai masalah rabun silau.

2. Perlindungan privasi

Pemasangan tinted gelap juga dianggap untuk perlindungan privasi, sekiranya mempunyai barangan berharga yang tanpa anda sedari tertinggal di dalam kereta.

Pencuri tidak akan menyedari adanya barang berharga di dalam kenderaan kerana keadaan cermin gelap yang agak sukar dilihat.

3. Mencegah dari sinaran UV

Di dalam beberapa tahun penggunaan, cat kereta juga akan menjadi pudar dan retak, disebabkan oleh tindak balas cahaya matahari yang mempunyai sinaran UV yang amat berbahaya yang mampu masuk ke dalam kereta yang tidak dipasang tinted.

Namun, anda juga perlu tahu bahawa pemasangan tinted gelap tidak dapat menghalang sinaran UV, kerana ia hanya untuk aksesori kecantikan dan keselamatan.

Anda perlu menambah fungsi yang bertujuan menghalang sinaran UV bagi pemasangan tinted.

4. Ketahanan cermin lebih baik

Sekiranya kereta terlibat dengan kemalangan melakukan pemasangan tinted yang baik pada cermin hadapan keretanya, cermin tersebut tidak akan pecah berkecai tetapi cermin hanya retak dan ia akan minimumkan kecederaan kepada pemandu dan penumpang.

Jadi, amat penting untuk anda memasang tinted beserta fungsi keselamatan bagi meminimumkan kecederaan.

5. Suasana redup dalam kereta

Pemasangan tinted yang betul mampu mengurangkan haba masuk ke dalam kereta seterusnya tidak akan membuat anda berasa sangat panas.

6. Mengekalkan kesihatan pemandu

Pemasangan tinted gelap yang berkualiti juga akan mampu menangkis sinaran UV daripada masuk terus ke dalam kereta kerana sinaran ini amat berbahaya kepada kesihatan.

Contoh Pilihan Tinted Kereta Terbaik

American Standard Window Film iaitu ASWF's Dimension XVX70 adalah tinted gelap yang menggunakan teknologi Seramik. Ianya mempunyai spesifikasi seperti di bawah dengan tambahan ciri keselamatan.

Window Film Performance Data:
  • Light Transmission 35%
  • Solar Energy Rejected 53%
  • Infra Rejection 85%
  • U/V Rejected 99%
  • Visible Light Reflectance
  • Interior 13%
  • Exterior 13%

Harga? Anda bolehlah berkunjung dan tanya sendiri di bengkel yang ada membuat pemasangan.

Fakta Tinted Kereta

Mungkin ada di antara pemilik kereta menganggap semua tinted adalah sama. Asalkan cermin gelap, pasti kepanasan dapat dikurangkan.

Faktanya, bukan semua filem cermin gelap sama. Jika anda menggunakan filem penapis haba berkualiti rendah, efek warna akan cepat luntur selain tidak tahan lama.

Apa salahnya melabur sedikit untuk mendapatkan filem cermin lebih berkualiti. Filem penapis haba dengan ketebalan 4 mil atau 6 mil sudah cukup.

Cara Penjagaan Tinted Kereta Yang Betul

Bagaimana cara menjaga filem penapis haba supaya tahan lebih lama? Jawapannya, kewujudan pelbagai teknologi terkini, kebanyakan pengeluar sudah berani memberikan jaminan antara 5 hingga 10 tahun dan anda tidak digalakkan mengguna bahan cucian kuat ketika mencuci kenderaan.

Mencuci tingkap kereta dengan air biasa sudah mencukupi. Apa yang penting, kain pengelap kereta mesti bebas habuk kerana ia berpotensi menyebabkan kesan calar pada filem.

Jadi, anda mesti mengelak dari menggunakan kain pengelap yang terlalu kotor.

Kadangkala, calar tinted berpunca dari proses penggunaan dan keadaan sesebuah kenderaan akibat geseran pada getah disebabkan proses menaik dan menurunkan tingkap kuasa.

Ia bukan disebabkan kecacatan tinted seperti warna luntur, paparan cermin menjadi kabur atau terdapat buih.

Bagi anda yang sedang tercari-cari tinted terbaik penapis haba, kami harap artikel ini dapat membantu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: ienaeliena

Saturday, March 16, 2019

6 Penyebab Kereta Anda Bergegar

6 Penyebab Kereta Anda Bergegar

Situasi kereta bergegar ialah antara beberapa masalah biasa yang kerap dialami pemandu. Apa yang berlaku bukan saja mengganggu pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kereta yang sedang dipandu.

Punca kereta bergegar
Punca kereta bergegar.

Jika mahu ambil mudah, hantar saja kereta ke bengkel untuk dibaiki. Untunglah kalau masalah dihadapi itu dapat diselesaikan, tetapi bagaimana pula kalau situasi serupa berlaku semula? Sudahlah sakit hati, wang poket pula terbang melayang.

Kali ini kami ingin berkongsi beberapa sebab utama yang menyebabkan kereta anda bergegar dan anda tidak perlu menjadi pakar untuk melakukannya.

Namun, ia bukanlah satu-satunya punca utama yang menyebabkan gegaran ke atas kereta. Jika masih ragu-ragu, idea terbaik masih lagi di tangan mekanik profesional.

Tip diberikan ini mampu membantu anda melakukan diagnosis awal yang mungkin menjimatkan wang dan masa. Teruskan membaca!

1. MASALAH ENJIN

Kadangkala gegaran berpunca daripada bahagian enjin disebabkan tidak cukup suapan udara, bahan api atau percikan api yang diperlukan untuk membolehkannya bergerak lancar.

Simptom yang menunjukkan gegaran berpunca akibat masalah enjin dapat dikesan menerusi:
  • Kereta bergegar dan berketar (jerking) semasa memecut.
  • Kereta bergegar ketika melalui jalur derum (rumble strip) atau garisan kuning atas jalan yang digunakan untuk memperlahankan halaju kenderaan dalam kelajuan tertentu.
  • Kereta dapat dihidupkan dan dipandu dengan baik buat seketika sebelum gegaran berlaku.

Penyelesaiannya, cuba ganti palam pencucuh (spark plug) lama kepada baru. Jika masih elok, periksa wayar palam pencucuh sama ada ia disambung dengan baik atau perlu diganti.

Penapis udara kotor atau penapis bahan api tersumbat boleh menyekat kemasukan udara atau bahan api mencukupi ke dalam enjin. Pastikan kedua-duanya diganti mengikut saranan standard pengeluar.

2. MASALAH GANDAR (AXLE)

Sesebuah kenderaan memiliki banyak bahagian berputar yang memerlukan unjuran atau toleran tertentu bagi membolehkannya beroperasi dengan baik.

Kerosakan gandar mudah terjadi akibat kemalangan yang menyebabkan kereta menghadapi masalah gegaran, terutama apabila memecut laju.

Pemeriksaan ke atas aci pacu (driveshaft) perlu dilakukan. Bagi kenderaan pacuan roda belakang (RWD), sebahagian besar bahagian berputar memindahkan kuasa enjin kereta ke gandar belakang dan roda. Jika bengkok, gegaran akan berlaku.

Kehausan sendi halaju malar (constant velocity joint-CV) juga termasuk dalam kategori sama.

Jika 'but' getah yang menutup hujung gandar pacu kekal kukuh, pengapit (clamp) adalah selamat dan tiada bendalir bocor, sekali gus tiada masalah. Tetapi, jika 'but' sudah koyak, habuk dan kotoran jalan akan masuk dan merosakkan sendi.

Bagi kenderaan pacuan roda depan (FWD), kerosakan sendi CV bermakna anda perlu memberi gandar pacu baru. Ini kerana gandar tidak seimbang mampu menyebabkan kereta anda bergegar.

3. BREK ROSAK

Apakah gegaran berlaku apabila anda menekan brek? Jika ya, ada kemungkinan besar masalah tersebut berpunca daripada rotor brek atau rotor.

Rotor adalah komponen berbentuk cakera berwarna perak berkilat yang dipasang bersama sistem brek cakera.

Komponen berkenaan boleh bengkok atau 'lari' daripada bentuk asal disebabkan jangka hayat dan gaya pemanduan kereta. Kekerapan membrek mengakibatkan kepanasan ke atas rotor dan kerosakan berlaku apabila terjadi kepanasan melampau. Kerosakan rotor juga berpunca disebabkan permukaan jalan tidak rata.

Apabila rotor rosak, kaliper dan pad brek gagal mencengkam rotor dengan baik, sekali gus menyebabkan gegaran.

Idea terbaik adalah jumpa pakar brek yang akan memberitahu keadaan rotor atau brek dram kereta anda.

4. RODA GOYANG

Kadangkala gegaran kereta dapat dirasai secara terus dari roda stereng. Alasan paling munasabah difikirkan adalah isu penjajaran (alignment), tetapi pakar berfikir sebaliknya.

Satu daripada roda lain mungkin mengalami masalah goyang (wobbly) yang menjurus kepada beberapa isu lain.

Langkah pertama adalah memastikan setiap roda diketatkan pada hab dengan bolt lug yang betul malah, masalah gegaran mungkin dapat diselesaikan dengan menggantikan bering roda.

Bering roda bagi kenderaan moden hari ini diibaratkan bagai nyawa sesebuah kereta. Jika kereta anda dipandu bukan dalam kondisi normal seperti meredah laluan off-road, pemanduan ekstrem dan jarak jauh, kenderaan anda berisiko mengalami masalah bering.

Seperkara lagi perlu dilihat adalah 'runout' atau habis. Terma ini menjelaskan berapa banyak roda membelok daripada putaran lingkar sempurna apabila dipandu.

Mekanik roda menggunakan instrumen ketepatan untuk mengenal pasti jika 'runout' berlaku ke atas mana-mana roda yang melebihi setengah inci, tetapi bukan sepanjang masa. Penyelesaian terbaik adalah menukar roda baru.

Masalah lain bagi roda bergoyang adalah hujung rod-ikatan (tie-road) atau sendi bebola (ball join) yang menyebabkan gangguan gegaran ketika memandu laju.

Roda adalah punca biasa yang perlu diberikan perhatian jika mahu mengesan punca kereta bergegar.

5. MASALAH TAYAR

Tayar adalah masalah nombor satu apabila berlaku gegaran kereta kerana ia adalah komponen utama pergerakan sesebuah kenderaan.

Ada banyak senarai masalah tayar yang menyumbang kepada masalah gegaran, ketaran dan golengan sesebuah kereta.

Namun, di bawah adalah masalah besar yang kerap berlaku:
  • Kereta bergegar pada kelajuan tertentu - imbangan (balancing) tayar diperlukan.
  • Bunga tayar terpisah - tayar perlu ditukar.
  • Tayar tidak rata - penjajaran (aligntment) tayar diperlukan.
  • Tayar terkeluar dari pusingan dan bergolek tidak sama - tayar perlu ditukar.

Kadangkala, gegaran bukan berpunca daripada tayar, tetapi roda atau rim. Beri perhatian kepada jalan berlubang dan sedang dibaiki kerana kedua-duanya mampu merosakkan roda anda.

6. MOUNTING ENJIN HAUS

Cagakan atau mounting enjin ialah komponen yang berfungsi menyokong enjin kenderaan pada casis dalam pelbagai saiz dan bentuk mengikut kepelbagaian keperluan. Tetapi fungsinya kekal sama, iaitu memegang atau mendakap enjin dan menyerap gegaran.

Material mounting enjin dihasilkan daripada logam dan getah. Bahagian logam mampu menahan tekanan dan tork yang dihasilkan enjin, manakala getah berfungsi menyerap gegaran.

Ini kerana enjin menghasilkan banyak gegaran dalam operasi biasa dan sekiranya motor bermasalah, simptom gegaran akan jadi semakin ketara.

Biasanya mounting motor bermasalah akan menghasilkan beberapa simptom yang boleh dikesan pemilik.

Berikut 3 tanda amaran yang boleh anda tahu:

1. Impak bising datang dari ruangan enjin

Ini simptom paling mudah dikesan apabila anda terdengar bising dari ruang enjin.

Mounting motor yang haus, rosak atau pecah boleh menyebabkan bunyi dentang, ketukan dan efek bunyi lain akibat berat enjin yang beranjak berlebihan dari titik sentuhan.

2. Gegaran melampau

Simptom lain mounting enjin sudah rosak dan teruk ialah gegaran melampau. Jika getah atau bahagian peredam gegaran pada mounting sudah haus atau pecah, ia akan mengurangkan keupayaan mounting untuk menyerap gegaran enjin.

Gegaran yang tidak diredam akan menyebabkan seluruh kenderaan bergegar, sekali gus membuatkan suasana dalam kereta menjadi tidak selesa.

Anda akan rasa gegaran kuat pada papan pemuka dan stereng ketika enjin dalam keadaan melahu atau melalui permukaan jalan tidak rata.

3. Enjin bergerak

Satu lagi simptom mounting enjin teruk atau rosak ialah pergerakan enjin dalam ruang enjin. Jika mounting enjin dalam kondisi baik, ia sepatutnya dapat memegang atau mengikat enjin dalam ruang enjin.

Bagaimanapun, jika komponen sudah haus atau rosak, ia boleh menyebabkan enjin bergerak ke depan, belakang atau tepi dalam ruang enjin. Pergerakan enjin mungkin berlaku ketika memecut dan mungkin juga disertai bunyi bising.

Akibat jumlah gegaran yang dijana enjin sebagai sebahagian operasi tetap, mounting motor ialah komponen penting untuk mana-mana kenderaan.

Jika gagal, ia bukan saja membuatkan keadaan tidak selesa untuk penumpang, tetapi juga menimbulkan stres tambahan yang boleh merosakkan komponen enjin lain.

Jika anda mengesyaki mounting motor anda bermasalah, segeralah hantar ke bengkel untuk diperiksa mekanik sama ada mounting enjin perlu ditukar baharu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Monday, February 18, 2019

GTS 300 HPE Model ‘Terhebat’ Vespa

GTS 300 HPE Model ‘Terhebat’ Vespa

Piaggio telah mengumumkan butiran terperinci untuk model Vespa 2019 iaitu Vespa GTS 300 HPE, model dengan enjin paling berkuasa buatan Piaggio yang mampu menghasilkan kuasa 23.5bhp. Model vespa ini juga dihasilkan dalam pelbagai warna iaitu biru, kuning, hijau dan kelabu.

Model terhebat Vespa

Model GTS untuk tahun 2019 kini mempunyai lima model yang terdiri daripada Vespa GTS, GTS Touring, GTS Super, GTS SuperSport dan Vespa GTS SuperTech dengan rangkaian terbaru yang mempunyai ciri-ciri kedudukan tunggangan yang lebih baik dan peningkatan teknologi yang terkini.

Selain itu, model ini juga tersedia dengan enjin HPE silinder tunggal ‘i-get’ 278 cc serta peningkatan kuasa sehingga 12 peratus berbanding motosikal yang berkapasiti lebih besar.

Ianya turut menerima penggayaan yang terkini pada bahagian badan motosikal termasuk bahagian handle, krom baru dan motif sarang lebah pada bahagian sisinya, dalam usaha untuk memastikan Vespa klasik kelihatan moden.

Tiada harga ditetapkan tetapi sebagai perbandingan, model GTS Super 300 ABS dijual pada harga RM29,000.

Kemungkinan besar ianya bakal dipasarkan sekitar harga ini bergantung kepada model yang anda pilih.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Thursday, December 20, 2018

Kenapa Enjin Diukur Dengan Kekuatan Unit 'Kuasa Kuda'?

Kenapa Enjin Diukur Dengan Kekuatan Unit 'Kuasa Kuda'?

Bagi peminat jentera-jentera pantas, antara perkara yang mereka akan kerap sebutkan adalah berkenaan istilah kuasa kuda atau 'horsepower', dengan singkatan yang biasa kita gunakan adalah 'hp. dan pernahkah anda terfikir mengapa 'kuasa kuda' digunakan sebagai unit ukuran standard kuasa enjin?

Enjin kuasa kuda

Jika anda membayangkan pasti ada kaitan dengan kuda, ya memang betul telahan anda itu. Persoalannya, mengapa kuda yang digunakan?

Sejarah awal kuasa kuda

Pada awal abad ke 18, kejayaan mencipta enjin stim membolehkan orang ramai mula menggantikan kuda yang sebelum itu digunakan sebagai pemacu atau penggerak peralatan, seperti alatan pertanian dan pengangkutan.

Pelbagai soalan timbul dari kalangan masyarakat berkenaan kemampuan enjin stim berbanding kuda, yang ketika itu sudah serasi dengan kerja-kerja mereka.

Benarkah enjin stim dapat menggantikan kerja kuda dan berapakah kemampuan enjin stim berbanding kudrat kuda yang sudah terbukti mampu membantu mereka?

Pelbagai usaha cuba dibuat bagi membantu menjelaskan isu ini kepada orang ramai. Hampir 50 tahun penggunaan enjin stim jenis terawal yang digelarkan enjin stim Newcomen digunakan tanpa ada satu pihak pun berjaya menyelesaikan masalah ini.

Seorang usahawan dan pencipta Scotland bernama James Watt berjaya memperkenalkan penambahbaikan terhadap enjin Newcomen dengan enjinnya sendiri, enjin stim Watt yang diperkenalkan pada tahun 1776.

Berdepan masalah serupa kerana kesukaran mahu memasarkan produknya dengan penerangan tentang kemampuan sebenarnya yang mudah difahami, James melakukan beberapa siri eksperimen untuk cuba menjawab ketidak fahaman orang ramai.

Konsep pengiraan kuasa kuda

Wujud satu kisah yang menceritakan mengapa James mencipta unit kuasa kuda. Selepas memperkenalkan enjin stim versi beliau kepada awam, datang seorang pelanggan berminat mahu menggunakan enjin tersebut di premis perniagaannya pada tahun 1782.

Ahli perniagaan itu adalah seorang pembuat arak, mahu memastikan mesin James mampu mengatasi kemampuan kuda-kuda yang dia gunakan setiap hari untuk mengisar gandum.

Bagi memastikan kebenarannya, James dipinjamkan dengan kuda terkuat dimiliki ahli perniagaan itu untuk melakukan perbandingan.

Dengan kuda tersebut, James mendapat anggaran seekor kuda mampu memusing roda pengisar gandum sebanyak 144 kali dalam satu jam.

Mengambil kira diamater roda itu, James melakukan pengiraan dan mendapat formula terawal yang menyamakan satu kuasa kuda bersamaan dengan 33,000 ft-lbf/min (foot pound force per minute).

Ini bermakna pengiraan James menganggap seekor kuda yang baik mampu mengangkat 33,000 pound (14,968 kg) dalam jarak 1 kaki dalam tempoh 1 minit. Dari situlah konsep 1 kuasa kuda mula digunakan.

James akhirnya mengambil keputusan membina mesin yang mempunyai kemampuan melebihi ukuran satu kuasa kuda yang dianggarkan itu, bagi membuktikan kekuatan enjin stimnya.

James Watt bukan orang pertama

Walaupun sehingga kini nama James Watt disebut sebagai individu yang memperkenalkan konsep kuasa kuda pada dunia, idea yang sama sebenarnya sudahpun cuba dibuktikan oleh beberapa individu lain sebelum James.

Thomas Savery, seorang jurutera dan pencipta Inggeris pernah menulis pada tahun 1702 berkenaan ideanya membandingkan kekuatan enjin stim ciptaannya dengan kemampuan beberapa ekor kuda, dengan menyamakan kapasiti enjinnya mampu menggantikan lapan, sepuluh atau lima belas ekor kuda serentak.

Jurutera sezaman beliau seperti John Smeaton pernah cuba melakukan pengiraan kemampuan seekor kuda dan mendapat hasil 22,916 ft-lbf/min, John Desaguliers mencadangkan 44,000 ft-lbf/min dan Thomas Tredgold 27,500 ft-lbf/min.

Pengiraan yang dilakukan oleh James Watt tidak banyak jauh bezanya dengan apa yang ditemui mereka, dengan nilai asal 32,400 ft-lbf/min dibundarkan kepada 33,000 bagi mewujudkan standard yang lebih mudah difahami semua.

Berikutan pengaruhnya kepada dunia penciptaan zamannya serta populariti enjin stim ciptaannya yang banyak memperbaiki kelemahan enjin stim generasi terdahulu, cadangan James Watt diterima dan konsep satu unit kuasa kuda yang dicadangkan beliau, terus digunakan untuk mengukur kekuatan sesebuah enjin sehingga kini.

KUASA KUDA BUKAN PENENTU KELAJUAN KERETA

Mesin Kuasa Kuda

Pertama, mari kita fahami dahulu beberapa definisi pantas mengenai tork (Nm) dan kuasa kuda (hp).

Dalam spesifikasi automotif, TORK ialah daya kilasan atau pusingan, manakala KUASA KUDA pula ialah seberapa pantas daya kilasan itu digunakan. Contohnya, memasang dan membuka nat tayar kereta menggunakan pemutar tayar (wheelbrace) dan pistol detar (rattle gun).

Faktanya, kedua-dua alatan itu menghasilkan tork yang sama untuk memasang dan membuka nat tayar tetapi, pistol detar dikatakan lebih berkuasa kerana kemampuan melakukan tugas memasang dan membuka nat tayar dengan pantas.

Banyak tork pada kelajuan putaran perlahan memberikan anda sejumlah kuasa yang menyamai kurang tork pada kelajuan putaran tinggi. Agak rumit bukan?

Isunya, pemahaman ukuran kuasa dan tork sebenarnya mudah sahaja, tetapi diberikan perhatian lebih setiap kali kita membuat perbandingan sesama kereta di pasaran.

Walhal, itu cuma menyentuh beberapa isu rumit di atas dan ada banyak perkara lain yang perlu diambil kira selain pengajaran fizik. Contohnya, ramai orang berminat dengan kuasa disebabkan pecutan.

Sebenarnya, apa perlu anda tahu ialah berat kenderaan yang memberikan kesan besar kepada seberapa pantas sesuatu kelajuan itu dihimpun.

Penggearan juga menjadi faktor besar, di mana keluk kuasa dan tork enjin berbeza daripada output puncak yang menjadi judul utama dan angka yang kerap dipetik pengeluar.

BAGAIMANA MENILAI PRESTASI?

Kiraan Kuasa Kuda

Jika anda berminat dengan pecutan, lihatlah pada angka 0-100kmj dan bukan kuasa atau kuasa kuda (hp). Ia seperti membaca nilai nutrisi yang anda dapat ketika makan sekeping sandwic dan bukan menganalisis sama ada gandum itu baru dituai atau tidak, yang digunakan untuk menghasilkan roti sandwic tersebut.

Maknanya, baru atau lama gandum yang dituai sebenarnya tidaklah penting berbanding nilai nutrisi dalam sandwic. Samalah seperti pecutan sesebuah kereta yang tiada kena mengena dengan kuasa kuda semata-mata.

Atau anda mungkin berminat dengan kuasa disebabkan kelajuan maksimum? Sudah tentu kuasa menjadi faktor utama, tetapi aerodinamik juga memainkan peranan besar.

Apabila anda menggandakan kelajuan, anda sedang meningkatkan empat kali seretan (drag) dan apabila meningkatkan kelajuan sebanyak tiga kali ganda, anda sebenarnya sudah melakukan enam kali seretan!

Bukankah kereta berkuasa 402hp sepatutnya mempunyai dua kali ganda kelajuan maksimum kereta 201hp? Tetapi rata-rata kelajuan maksimum ditulis lebih kurang sama sahaja bukan?

Menariknya, berat jarang menjadi isu besar apabila menilai perihal kelajuan maksimum walaupun kereta kita agak perlahan untuk mencapai tahap kelajuan maksimum.

Apa yang dipedulikan ialah kelajuan maksimum itu dapat dicapai juga akhirnya. Lambat atau perlahan sudah tidak penting. Sedangkan dalam dunia nyata, kereta berat dengan kelajuan maksimum tertinggi mungkin lebih perlahan berbanding kereta yang mampu memecut pantas dengan kelajuan maksimum rendah. Dalam pemahaman lain, kereta berkelajuan maksimum 200kmj boleh saja lebih perlahan berbanding kereta berkelajuan maksimum 160kmj.

Jadi, kuasa bukanlah jawapan muktamad bagi pecutan atau kelajuan maksimum. Hakikatnya, pecutan adalah tentang tork.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Thursday, October 18, 2018

Proton SUV X70, Spesifikasi Dan Harga Di Malaysia

Proton SUV X70, Spesifikasi Dan Harga Di Malaysia

[Kemaskini 12 Feb 2020] Kerjasama diantara Proton bersama-sama dengan syarikat dari China, Geely, telah mula menampakkan impak dan hasil, melalui SUV X70, model pertama percubaan Proton dan Geely menembusi segmen SUV untuk memberikan tambahan pilihan kepada pembeli kereta di Malaysia.

Proton X70

Buat pertama kali, tiada lagi nama perkataan seperti Proton Wira, Proton Persona, Proton Iriz, Proton Saga, proton Perdana.

Proton X70 Color

Proton telah memilih nama kod sebagai model kereta mereka yang terbaharu, dengan harapan ia lebih mudah diterima dan diingati bukan sahaja di pasaran Malaysia juga pasaran dunia.

Proton X70 Color

Model terbaharu yang dikenali sebagai Proton X70, adalah model seperti Boyue, di China.

REVIEW PROTON SUV X70

Varian

Proton X70 Color
Proton X70 Color
Proton X70 Color

SUV X70 akan ditawarkan dalam empat varian iaitu Standard 2WD, Executive 2WD, Executive AWD dan Premium 2WD, semua menggunakan enjin sama iaitu unit petrol empat silinder 1.8 liter TGDi turbo dengan kuasa 181 hp dan 285 Nm tork.

Proton X70 SPEC

Kelengkapan pada X70 ini boleh jadi berbeza di antara semua varian ini namun yang paling tinggi boleh datang dengan barangan seperti bumbung panoramik, pengesan titik buta, kamera 360 darjah, rim 18 inci, sistem masuk tanpa kunci dan butang pemula enjin, lampu LED projector, balutan kulit Nappa, butang pengawal audio dan cruise control di stereng, autonomous emergency braking, lane departure warning dan adaptive cruise control.

Harga Proton SUV X70

Proton X70 Meter
Proton X70 Meter
Proton X70 Meter

Proton SUV X70 dijangka bakal dijual pada harga sekitar RM90,000 sehingga RM127,000 dan sudah pastinya untuk model mahal iaitu Premium akan diberikan kemasan Nappa leather.

Spesifikasi Model Proton X70;
  • Enjin 1.8 liter TGDI (Turbo Gasoline Direct Injection).
  • 181 hp dan tork 285 pada ketika 1500 rpm.
  • Kota enam gear automatik.
  • Fuel consumption atau pengguna minyak 12.8 L.
  • Penyegar udara pintar.
  • Ada port USB di bahagian cermin untuk anda meletak dan memasang dashcam.

Proton-X70-Dashcam

X70 CKD DILANCAR TAHUN 2020, HARGA BERMULA RM94,800

Proton akhirnya melancarkan SUV pemasangan tempatan (CKD), Proton X70 ke pasaran domestik, dengan model baharu menyaksikan penurunan harga antara RM1,000 hingga RM5,000 mengikut varian.

Proton X70 ditawarkan dengan empat varian iaitu Standard 2WD yang ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM94,800, manakala varian Executive 2WD (RM106,800), Premium 2WD (RM119,800) dan Premium X 2WD (RM122,800).

Selain itu, model SUV dengan penarafan kenderaan cekap tenaga (EEV) dan ASEAN NCAP ini hadir dengan jaminan lima tahun perbatuan tanpa had, pakej data lima tahun berkapasiti 1-gigabait (GB) sebulan dan lima kali caj servis buruh percuma.

X70 CKD DILANCAR

Model SUV paling laris pengeluar kereta nasional itu dihasilkan di kilang milik PROTON di Tanjung Malim.

Antara kelainan yang ditampilkan menerusi model CKD, Proton X70 adalah penggunaan baru logo baharu Proton dan enjin 1.8 TGDi dengan transmisi baru iaitu Transmisi Klac Berkembar (DCT) 7-kelajuan dengan mod manual.

Proton X70 ditawarkan dengan warna ‘Snow White’, ‘Armour Silver’, ‘Jet Grey’, Ruby Red’, ‘ Cinnamon Brown’ dan ‘Space Grey’.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, November 27, 2017

Proton Bakal Cipta Kereta Terbang!

Proton Bakal Cipta Kereta Terbang!

Kita mungkin semakin hampir untuk melihat kereta terbang di ruang udara Malaysia jika Proton berjaya menghasilkan kereta terbang ini menjelang tahun 2019, apabila Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd, Li Chunrong berkata Proton akan menghasilkan 3 model kereta canggih untuk pasaran Malaysia seawal 2019.

Proton Bakal Cipta Kereta Terbang!

3 model berkenaan adalah kereta pemanduan automatik, kereta berkuasa elektrik sepenuhnya dan satu model kereta terbang.

Selain itu, Proton juga akan menaikkan kualiti 6 model yang sedia ada untuk meningkatkan daya saing Proton dengan jenama-jenama kereta lain yang ada di pasaran Malaysia.

24 Mei 2017 lalu, DRB-Hicom mengumumkan penjualan 49.9% sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), gergasi automotif China yang sebelum ini turut mengambil alih jenama Volvo dari Sweden.

Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) mengambil alih saham Proton sebanyak 49.9% pertengahan tahun 2017 dan syarikat gergasi China ini juga turut membeli jenama kereta terkenal dari Sweden, Volvo.

Kereta terbang ini bukan satu cerita dongeng dan kemungkinan besar ianya dapat dihasilkan pada tahun 2019.

Geely juga telah membeli syarikat kereta terbang start-up Amerika Syarikat, Terrafugia dengan satu nilai yang tidak dinyatakan.

Terrafugia yang ditubuhkan pada tahun 2006 mempunyai teknologi untuk menghasilkan kereta terbang.

Dengan adanya kepakaran dan tenaga kerja di Proton, ianya dapat mempercepatkan lagi proses untuk menghasilkan kereta ini; sekurang-kurangnya satu prototype yang berfungsi sepenuhnya untuk terbang.

Dengan peningkatan jumlah kereta di Malaysia, kereta terbang mungkin jawapan yang dicari untuk mengurangkan masalah kesesakkan jalan raya ini.

Selepas ini tidak perlu lagi guna drone untuk rakam gambar dari udara. Pandu sendiri sahaja kereta untuk rakam gambar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Monday, November 13, 2017

Koenigsegg Agera RS Kereta Paling Pantas Di Dunia Sehingga 2017

Koenigsegg Agera RS Kereta Paling Pantas Di Dunia Sehingga 2017

Kalau sebut tentang kereta terpantas di dunia, Bugatti Veyron pastinya kereta pertama yang bermain di fikiran. Rekod dunia untuk kereta terpantas adalah 429km/j, walhal sebenarnya kepantasan Bugatti Veyron pernah dikalahkan oleh Hennessey Venom GT pada tahun 2014 dengan kelajuan 436km/j.

Koenigsegg Agera RS Kereta Paling Pantas Di Dunia Sehingga 2017
Koenigsegg Agera RS.

Malangnya, rekod itu tidak sah kerana hanya 16 kereta Venom GT ini dijual kepada umum. Minimum jumlah kereta yang perlu dihasilkan adalah 30 unit untuk secara sah memegang rekod dunia.

Namun, rekod Bugatti Veyron telah dikalahkan oleh supercar dari negara Sweden.

Koenigsegg Agera RS baru-baru ini mencatat kelajuan 437km/j dan 444.6km/j menjadikannya kereta terpantas ketika ini! 4 kali ganda kelajuan maximum di lebuh raya PLUS.

Kejayaan kereta dengan nilai jualan RM8.3 juta ringgit ini turut dirakam di ruangan dalam kereta yang anda boleh lihat videonya di bawah.

Kereta ini dipandu oleh Niklas Lilja dan dipandu di lebuhraya Nevada berdekatan Las Vegas.

Ada yang berpendapat Agera RS ini boleh pergi lebih laju dan mencecah kelajuan 300mph (482km/j)!

Masalah tayar menjadi faktor utama kenapa mereka tidak mampu lebih laju.

Sehingga terdapat tayar yang lebih baik di pasaran yang dapat menahan haba, rekod terpantas kereta ini akan kekal pada kelajuan 444.6km/jkm/j.

Koenigsegg Agera RS Kereta Paling Pantas Di Dunia Sehingga 2017
Bugatti Veyron.

Bukti bergambar sudah ada dan kini pihak Koenigsegg perlu menjual lebih 30 unit untuk menjadikan Agera RS kereta terpantas di dunia.

Mungkinkah kereta ini akan berada di dalam radar Sultan Brunei dan Sultan Johor?

Sultan Brunei dan Sultan Johor terkenal dengan koleksi supercar yang awesome dan TMJ sendiri punyai Bugatti Veyron.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 'Supercar', 'Hypercar' Paling Mahal Di Dunia



sumber: thevocket

Sunday, November 12, 2017

5 Langkah Mengurangkan Kos ‘Repair’ Kereta Ditenggelami Banjir

5 Langkah Mengurangkan Kos ‘Repair’ Kereta Ditenggelami Banjir

Apa kesannya apabila kereta anda telah ditenggelami banjir? Mungkin beribu duit melayang semata-mata untuk servis kenderaan anda.

5 Langkah Mengurangkan Kos ‘Repair’ Kereta Ditenggelami Banjir

Diharap tips ini dapat menyelamat atau paling kurang membantu mengurangkan kerosakan kepada kenderaan anda:

Langkah 1

Pastikan anda periksa terlebih dahulu kenderaan selepas banjir surut. Sekiranya keseluruhan kereta anda ditenggelami banjir termasuk di ruang kabin dan enjin, jangan sesekali hidupkan enjin!

Perkara yang anda patut lakukan ialah cabut bateri kereta dan panggil towing atau mekanik bengkel untuk tarik kereta anda ke bengkel.

Langkah 2

Selepas kereta ditarik ke bengkel, anda perlu membuka penutup alat elektronik. Keluarkan minyak enjin, minyak gear dan spark plug. Diingatkan juga anda perlu keluarkan petrol yang telah bercampur dengan air.

Langkah 3

Sekiranya minyak enjin, minyak gear dan spark plug telah bercampur dengan air, anda perlu tukar minyak enjin baru dengan ulangan 2-3 kali. Beli minyak enjin yang murah sudah lah.

Minyak gear juga perlu diisi dengan yang baru dengan ulangan 3-4 kali supaya tidak bercampur lagi dengan air. Selalunya minyak gear yang bercampur air akan kelihatan seperti air bandung!

Langkah 4

Pastikan oil filter juga ditukar baru sekiranya telah dimasuki air. Untuk bahagian komponen yang lain, jangan lupa tukarkan juga spark plug, minyak brek, power steering, air filter dan fius yang baru.

Langkah 5

Selepas itu, barulah anda cuci kereta secara semburan air deras ke semua bahagian terutama enjin dan brek. Jangan sesekali sembur ke arah lubang penapis udara dan penutup minyak pelincir!

Ingatlah sekiranya enjin kereta anda berjaya dihidupkan, anda memang bernasib baik. Anda tak payah keluarkan duit yang banyak berbanding perlu menghabiskan beribu ringgit untuk overhaul kereta, wiring, bahagian elektronik dan lain-lain lagi.

Semoga perkongsian ini dapat membantu sekiranya anda berhadapan dengan keadaan kereta dan kenderaan yang ditenggelami banjir.

Selamat mencuba!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Saturday, November 11, 2017

2 Perkara Penting Anda Patut Tahu Jika Kereta Terlibat Dalam Kemalangan

2 Perkara Penting Anda Patut Tahu Jika Kereta Terlibat Dalam Kemalangan

Tahukah anda jika kemalangan dan longkai (penarik kereta) datang dan longkai akan suruh tandatangan dokumen supaya mereka dapat komisen 10%?

2 Perkara Penting Jika Kereta Kemalangan

Janganlah sesekali anda tandatangan dokumen tu dan tak perlu risau longkai akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu la ini la.

Jadi apa tindakan anda?

Pertama jangan tandatangan dokumen tu. Kedua cakap kat dia saya cuma nak towing sahaja. Biasanya caj dalam RM200 je.

Tarik kereta anda ke balai yang sepatutnya untuk buat laporan polis (ikut kawasan la).

Lepas buat laporan suruh longkai tu hantar ke bengkel panel yang buat repair. Haaa yang kena ada pengalaman kalau tak ada pun tak apa just call insurance dan minta alamat panel yang buat repair kemalangan.

Lepas tu, hehehe ni bahagian yang best. Tibalah giliran anda pula untuk claim 10 peratus dari tokey bengkel.

Caranya esok adjuster insurance akan datang bengkel dan kira jumlah kerosakan. Katalah kereta mahal BMW ke Mercedes ke total repair RM100,000 so anda boleh claim RM10K dekat tokey bengkel sebab anda dah bagi job kat tokey bengkel.

Sebab tu la longkai bergaduh berebut kereta sebab nak dapat duit komisen dari bengkel kereta.

Dan juga hati-hati ada bengkel kuat kencing sebab dia dapat claim dari insurance tapi dia tak tukar barang tu, dia just repair je.

Dan juga hati-hati kalau longkai kata hantar kat bengkel saya. Heheheh. Tu longkai penipu sebab longkai tak ada bengkel. Dia just pancing je.

Ini pengalaman aku la. Dulu aku kemalangan kereta hancur total claim RM120,000.

Jadi tokey bengkel tu terpaksa la bagi aku RM12k komisen dan juga lost of use 3 bulan sebab ambil masa lama untuk repair dan longkai hanya dapat duit towing je RM180. Hahahah memang panas longkai tu sebab tak berjaya nak makan aku.

Dan juga call insurance dan suruh dia emel detail barang yang sepatutnya tukar. Lepas tu cek satu-satu lepas siap repair.

Kalau kurang satu korang minta duit kat tokey bengkel tu. Kalau tak korang gertak nak buat repot polis sebab dia tipu. Dulu tokey bengkel kena gertak dengan aku terus dia bayar kat aku. Hahahah.

TAHUKAH ANDA?

Korang tau tak kalau korang kemalangan, selain boleh claim repair, korang jugak boleh claim Loss Of Use. Dia orang bagi pampasan RM30-RM50 sehari.

Katalah kereta korang duk dalam bengkel 30 hari, insuran akan bagi RM30 sehari.

Jadi, korang akan dapat RM900 selama kereta dibaiki. Tapi disebabkan rakyat Malaysia kurang perihatin akan hak pengguna, majoriti tak tahu pasal pampasan Loss of Use.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Tuesday, November 07, 2017

Honda Jazz Hybrid Kereta Terbaik 2017

Honda Jazz Hybrid Kereta Terbaik 2017

Honda Jazz Hybrid diumumkan sebagai ‘Kereta Terbaik Tahun 2017’ pada majlis Anugerah Kereta Terbaik Tahunan Malaysia 2017 (COTY).

Honda Jazz Hybrid

Honda dan Mercedes-Benz adalah pemenang terbesar acara berkenaan, masing-masing merangkul lima anugerah dalam pelbagai kategori.

Pemenang COTY 2017, bersama-sama beberapa model lain akan dipamerkan untuk pelawat melihat dan mengalaminya di Malaysia Autoshow 2017.

Pemenang ini juga termasuk jenama kereta utama lain seperti BMW, Honda, Hyundai, Jaguar, Kia, Mazda, Perodua, Porsche, Proton, Subaru dan Toyota.

Manakala Tan Chong Group diiktiraf di atas peranannya dalam memperjuangkan mobiliti mampan.

COTY Malaysia ke-16 juga mengiktiraf individu yang memberi sumbangan cemerlang kepada industri automotif negara.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Honda Jazz Hybrid?

Adakah sistem penyejukan untuk bateri hybrid ini mencukupi kerana cuaca di negara kita agak ekstrem.

Menurut jurutera Honda, sistem pengurusan bateri pada kedua model ini adalah dari jenis yang terkini.

Berbanding dengan sistem hybrid IMA pada Jazz Hybrid lama, sistem baharu ini mengawal lebih banyak parameter.

Objektif utama ialah agar pemandu tidak perlu risau dan boleh terus fokus kepada pemanduan.

Pemandu tidak ada kawalan bila enjin akan dihidupkan atau dimatikan ketika pemanduan. Sekiranya komputer merasakan bateri panas, enjin dihidupkan dan kuasa yang digunakan dari bateri direndahkan.

Suhu kabin juga memainkan peranan. Ruang bateri di belakang tempat duduk belakang mempunyai corong kemasukan udara pada sebelah kanan tempat duduk itu.

Bila kabin sejuk kerana pendingin hawa digunakan, komputer seperti memberikan lebih banyak masa untuk tenaga dari bateri digunakan.

Dalam ertikata lain, memang pengguna tidak perlu risau sangat akan keadaan suhu bateri kerana ia diambil alih oleh sistem komputer yang selalunya jauh lebih boleh diharap dari pemandu sendiri.

Adakah pertambahan berat bateri mengganggu pengendalian kenderaan? Bagaimana jika ia dibandingkan dengan varian bukan hybrid?

Benar, kerana ia mempunyai bateri dan komponen elektrik lain, Jazz Hybrid ialah 67 kg lebih berat dari Honda Jazz varian E.

City Hybrid pula ialah 69 kg lebih berat dari City enjin petrol biasa.

Namun begitu, pengukuhan kerangka dan penalaan sistem gantungan dilakukan agar kedua variasi Hybrid itu lebih sporty berbanding dengan model lazim.

Bagi City, ruang antara tempat letak barang dan tempat duduk belakang diberikan struktur pengukuhan agar lebih tegap.

Untuk Jazz, sebatang rod prestasi atau performance rod dipasang bersambung dengan kedua topang roda belakang.

Penyerap hentak atau absorber untuk City Hybrid dan Jazz Hybrid juga mempunyai diameter yang lebih besar.

Hasilnya, ia memang jauh lebih stabil di jalanraya, baik lurus ataupun berbengkang-bengkok seperti di laluan Gombak-Karak.

Honda menggunakan sistem transmisi dwi-klac atau dual clutch i-DCD?

Soalan ini unik kerana ia membuktikan bahawa dari segi teknologi, Eropah lebih dipandang tinggi berbanding Jepun.

Jawapan untuk soalan itu ialah, transmisi dwi-klac i-DCD dari Honda ini langsung tidak ada masalah tersengguk-sengguk, baik semasa perlahan, laju ataupun bila dipandu secara agresif dan tuakaran gear dilakukan secara manual melalui paddleshifter (hanya City datang dengan fungsi itu).

Malah, ia sangat lancar mirip kepada CVT dari segi bunyi dan penghalusan tukaran gear.

Adakah varian hybrid ini sangat jimat berbanding dengan model biasa yang menggunakan enjin petrol?

Ya, memang sangat menjimatkan kerana jika tidak, tidak perlu Honda bersusah-payah menghamburkan berbilion $ untuk kerja-kerja penyelidikan.

Mari kita bandingkan penggunaan bahan api antara varian hybrid dan petrol
  • Honda Jazz Sport Hybrid 2017 - 25 km setiap liter
  • Honda Jazz 1.5L petrol 2017 - 17.2 km setiap liter
  • Honda Jazz Hybrid IMA lama - 21.3 km setiap liter.

Untuk Honda City pula;
  • Honda City Sport Hybrid 2017 - 25.6 km setiap liter
  • Honda City 1.5L i-VTEC petrol 2017 - 17.5 km setiap liter

Jimat bukan?

Adakah varian Hybrid ini memerlukan penyelenggaraan berbeza dari model berenjin petrol?

Honda Malaysia berkata tidak ada penyelenggaraan istimewa untuk model hybrid mereka.

Ini ialah kerana sistem hybrid itu adalah jenis tertutup dan tidak perlu sebarang servis atau penukaran komponen.

Kerana itu, kos penyelenggaraan City/Jazz Sport Hybrid ini sangat mampu milik - RM2,867.96 untuk lima tahun.

City/Jazz Sport Hybrid juga tidak perlu menggunakan bateri penghidup (starter battery) yang berharga RM1,000. Ia menggunakan bateri 12V biasa di hadapan untuk menghidupkan enjin.

Adakah Honda Jazz/City Sport Hybrid ini masih boleh dipandu sekiranya bateri hybrid dibuang?

Tidak, kerana sistem hybrid ini bersekali dengan enjin petrol yang dibekalkan. Sekiranya satu tidak boleh berfungsi, kereta itu tidak dapat dipandu.

Ini adalah sama seperti semua kereta hybrid yang lain.

Ada yang berkata harga sebuah bateri hybrid ini ialah RM20,000. Benarkah?

Ini ialah isu yang normal untuk mereka yang kurang fasih akan sistem hybrid dan yang masih merasakan bunian adalah punca segala kekusutan dunia.

Memang ada bateri hybrid yang mahal, tetapi ia adalah dari jenama kenderaan premium. Antara sebab ia mahal ialah kurangnya usaha dari pengilang dan pengedar untuk menurunkan harga kerana pemilik kenderaan jenama premium dikira mampu untuk menggantikannya.

Untuk jenama mampu milik seperti Toyota, Honda, Nissan, Hyundai dan selainnya, masalah kemampuan harga alat ganti itu sangat penting.

Kerana itu, harga bateri hybrid untuk Hyundai Inoiq contohnya, hampir kepada RM9,800, lebih murah dari bateri kereta hybrid jenama premium.

Untuk Honda Jazz/City Sport Hybrid baharu ini, bateri lithium-ion baharu itu jauh lebih murah - bermula RM5,513.

Yang penting, kenderaan hybrid tidak menggunakan bateri seperti bateri 12V yang perlu diganti sertiap dua tahun, atau bateri Energizer 4-butir yang dipasang di bawah kereta mainan milik anak pada ibu tunggal di rumah sebelah admin itu.

Sudah lebih dari 256,565 unit Honda Jazz Hybrid dijual di seluruh dunia (Jepun sejak 2013) dan cuma kurang dari 0.03 peratus yang pernah meminta gantian bateri hybrid melalui skim waranti.

Ini bermakna, hampir tiada kes di mana bateri itu perlu digantikan langsung!

Dan satu lagi, bateri hybrid lithium-ion ini mempunyaio jaminan LAPAN tahun tanpa had perbatuan oleh Honda.

Masih risau?

Apakah kelajuan enjin atau RPM bila Honda Jazz/City Sport Hybrid dipandu pada kelajuan 110 kmsj?

Ini soalan menarik. Ia ada dua jawapan:

Bila bateri mempunyai lebih dari 3-bar kuasa, kelajuan enjin pada 110 kmsj ialah 0 RPM. Ini ialah kerana tenaga dari bateri digunakan dan enjin dimatikan dan minyak petrol langsung tidak diperlukan.

Bila bateri berada di bawah paras 3-bar, enjin digunakan dan pada 110 kmsj, kelajuan enjin ialah di bawah sedikit dari paras 2,000 RPM.

Di mana Honda sorokkan bateri untuk hybrid ini?

Untuk kedua-dua model hybrid ini, Honda berjaya memastikan pek bateri lithium ion yang digunakan itu kompak dan mudah disimpan.

Untuk Honda Jazz Sport Hybrid, bateri diletakkan di dalam tempat letak barang, dan kerana itu, tayar simpanan terpaksa dibuang dan digantikan dengan kit tayar pancit Honda. Ruang but juga terpaksa dikecilkan sedikit kepada 314 liter dari 363 liter untuk varian enjin petrol.

Kit itu mengandungi pam elektrik 12V dan cecair yang dimasukkan ke dalam tayar menggunakan pam bagi menutup lubang-lubang kecil.

Bagi Honda City Sport Hybrid, bateri juga di dalam ruang letak barang tetapi kerana City lebih besar, tidak ada kehilangan ruang bagasi untuk tempat letak barangnya - 536 liter. Seperti Jazz Sport Hybrid, ia tidak ada tayar simpanan juga.

Adakah Honda Jazz/City Sport Hybrid mempunyai kelebihan dari segi pecutan (pick-up)?

Sememangya dengan dua sumber tenaga (enjin 1,496 cc DOHC-i-VTEC) dan motor elektrik), kuasa terjana jauh lebih tinggi dari enjin 1,497 cc SOHC i-VTEC petrol biasa.

Honda Jazz/City Sport Hybrid
  • Tenaga maksimum: 137 PS @ 1,313 - 2,000 RPM
  • Tork maksimum: 170 Nm

Honda Jazz/City 1.5 Petrol
  • Tenaga maksimum: 120 PS @ 6,600 RPM
  • Tork maksimum: 145 Nm

Oleh kerana itu, pecutan dan halaju maksimum Honda Jazz/City Sport Hybrid sememangnya lebih baik.

Honda Malaysia tidak memberi sebarang maklumat akan kadar pecutan dan halaju maksimum kedua-dua buah kenderaan itu tetapi cukuplah untuk dikatakan yang varian hybrid ini mampu memecut sehebat jentera 1.8L dan halaju maksimum pula ialah di atas 200 kmsj (Honda City Sport Hybrid).

Di antara Honda City Sport Hybrid dan Honda City 1.5L Petrol V-Grade (spek tertinggi), yang mana lebih berbaloi?

Dari segi spesifikasi, Honda City petrol V-Grade ada kelebihan lampu hadapan LED, stereng dan tombol gear dibalut kulit, kemasan kabin dan tempat duduk kulit, sistem audio dengan lapan pembesar suara, tayar simpanan dan beg udara curtain berbanding dengan City Sport Hybrid yang tidak ada semua itu.

Namun begitu, Honda Jazz/City Sport Hybrid mempunyai kelebihan yang melebihi setakat aksesori-aksesori kedai Brother's - walaupun harganya cuma RM40.00 lebih mahal dari City 1.5L Petrol V-Grade.

Contohnya, enjin dengan Double Overheard Camshaft, bateri Lithium Ion, motor elektrik, transmisi Dwi Klac dengan 7-kelajuan (7-speed DCT), tenaga maksimum yang lebih tinggi, kawalan pengendalian yang lebih sporti dan penggunaan bahan api yang jauh lebih rendah.

Jadi, jika anda mahukan lampu LED dan bunyi audio lebih lengkap, sila dapatkan Honda City 1.5L Petrol V-Grade.

Jika anda mahukan sebuah sedan segmen B yang tangkas, menjimatkan bahan api dan mempunyai transmisi yang lebih baik, Honda City Sport Hybrid memang pilihan tepat.

Cuma, varian hybrid tidak ada beg udara curtain dan tayar simpanan.

Sementara itu, walau betapa high-tech Honda City dan Honda Jazz itu, baik hybrid atau petrol, semua tidak ada fungsi lampu hadapan automatik.

Janggal juga bila lampu hadapan terpaksa dibuka dan ditutup secara manual kerana trak pikap pun sudah ada fungsi auto-headlight.

Jika kereta hybrid ini sering diparkir di tempat panas, adakah akan ada efek kepada bateri?

Menurut Taiki Yanase, Ketua Jurutera Honda R&D di Tochigi, Jepun, tidak ada efek.

Sistem pengurusan bateri berkomputer itu akan memastikan ia cukup sejuk sebelum bateri digunakan.

Ada pelbagai cara untuk memastikan suhu bateri itu turun. Antaranya udara dari dalam kabin yang disedut, udara luar ketika bergerak dan sebagainya.

Lagipun, jika bateri hybrid tak tahan panas, pastinya berpuluh kereta-kereta elektrik di Malaysia yang langsung tiada enjin dan mempunyai bateri-bateri yang lebih besar dan banyak itu sudah terbakar di sana sini.

Adakah sela masa servis untuk Honda Jazz/City Sport Hybrid ini seperti Honda Civic Turbo di mana sela masa servis ditentukan oleh komputer?

Tidak. Ia perlu diservis setiap 10,000 km seperti Honda City biasa.

Benarkah sistem hybrid ini berfungsi pada kelajuan-kelajuan rendah sahaja?

Sistem Sport Hybrid i-DCD Honda ini jauh lebih canggih dari sistem hybrid i-MA terdahulu.

Kali ini, enjin boleh digunakan untuk mengecas bateri sahaja atau enjin boleh berfungsi untuk menggerakkan kereta dan juga dalam masa yang sama, mengecaj bateri.

Bateri Lithium Ion baharu ini pula dikawal oleh sistem komputer yang sangat cekap dan efisien.

Hasilnya, bateri sangat mudah untuk dicaj dalam masa yang singkat, pada bila-bila masa semasa memandu.

Sistem itu boleh mengecaj bateri sambil memandu pada kelajuan 80 ke 90 kmsj. Dan bila memandu pada kelajuan itu, dan bateri sudah melebihi taraf tiga bar, kereta ini mampu bergerak dengan menggunakan bateri sahaja.

Pada kelajuan 110 kmsj, sistem bateri akan membantu bila ada pendakian. Ini mengurangkan beban tenaga dari enjin, lantas menjimatkan penggunaan bahan api.

Apa pun, penggunaan bahan api paling banyak terpakai semasa pemanduan di bandar atau urban dan sistem hybrid direka untuk situasi begitu.

Semua kereta dengan aerodinamik yang baik mampu memberikan penggunaan bahan api yang rendah bila dipandu secara lancar di lebuhraya.

Adakah Honda varian hybrid ini mudah dicuri oleh penggemar kereta curi dan pencuri?

Ia mempunyai sistem penggera yang sama dengan City biasa tetapi mengikut rekod, kereta hybrid ini tidak begitu digemari oleh penggemar kereta curi atau pencuri.

Adakah transmisi Dwi Klac DCT Honda Hybrid ini memerlukan penjagaan yang lebih mahal?

Menurut Honda Malaysia, unit DCT pada Honda varian hybrid kali ini menggunakan pelincir transmisi ATF yang sama digunakan untuk transmisi automatik torque converter yang lain.

Harganya ialah RM33 seliter dan ATF itu perlu ditukar setiap 160,000 km. Ini bermakna ia lebih menjimatkan dari transmisi automatik biasa!

Sambil kita bercerita tentang kos penjagaan, enjin i-DCD 4-silinder ini menggunakan empat palam pencucuh (spark plug) dan ditukar pada setiap 100,000 km.

Honda kali ini benar-benar mahukan sebuah kenderaan yang mempunyai kos penyelengaraan yang rendah.

Jadi sekiranya anda tercari-cari sebuah kenderaan hybrid yang mampu milik, dengan penjagaan yang juga bersifat mampu milik, dilengkapi dengan teknologi terkini tanpa kita perlu sebarang cara atau teknik pemanduan yang berbeza dan sambil itu kita mampu berseronok kerana ia lebih berkuasa dan mempunyai pengendalian yang sporti, memang Honda Jazz/City Sport Hybrid ialah jawapannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Proton Iriz Kereta Kompak Terbaik 2017

sumber: sinarharian | careta

Monday, November 06, 2017

16 Langkah Penting Tuntutan Insuran Jika Kereta Anda Kemalangan

16 Langkah Penting Tuntutan Insuran Jika Kereta Anda Kemalangan

Bagi mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya (untuk kes yang melibatkan kerosakan kereta sahaja dan tiada sebarang kecederaan fizikal) berikut kami senaraikan 16 langkah-langkah penting yang perlu diambil dalam membuat laporan polis dan tuntutan insurans.

Cara tuntutan kemalangan kereta

1. Sejurus selepas kemalangan berlaku, berhentikan kenderaan anda di bahu jalan dan pastikan kenderaan anda tidak menghalang lalu lintas.

2. Keluar dari kenderaan untuk memeriksa kerosakan kenderaan anda dan mengambil details pihak yang melanggar atau kenderaan yang anda langar.

3. Ambil gambar kenderaan yang melanggar @ dilanggar, nombor plat kenderaan yang melanggar @ dilanggar, roadtax kenderaan yang melanggar @ dilanggar.

4. Dapatkan details pemandu kenderaan yang yang melanggar @ dilanggar.

Sebaiknya minta ic mereka dan snap gambar ic mereka. Sekiranya mereka enggan untuk memberikan kerjasama, nyatakan kepada mereka di bawah seksyen 52 (1) Akta Pengakutan Jalan 1987, anda mempunyai hak di sisi undang-undang sebagai orang yang dilanggar untuk mendapatkan details pihak yang melanggar.

Seksyen 52 (1) Akta Pengakutan Jalan 1987 menyatakan seperti berikut:

Kewajipan berhenti jika berlaku kemalangan

52. (1) “Jika dalam apa-apa hal, disebabkan adanya suatu kenderaan motor di sesuatu jalan, suatu kemalangan berlaku, pemandu kenderaan motor itu hendaklah berhenti dan, jika dikehendaki berbuat demikian oleh mana-mana orang yang mempunyai alasan yang munasabah bagi menghendaki sedemikian, memberikan nama dan alamatnya dan juga nama dan alamat pemunya dan nombor pendaftaran kenderaan motor itu”.

5. Dapatkan nombor telefon pemandu kenderaan yang yang melanggar @ dilanggar.

Untuk memastikan pemandu tersebut tidak memberikan nombor telefon palsu, minta pemandu tersebut keluarkan hp mereka dan suruh pemandu tersebut “missed call” hp anda.

Yang ni ramai sudah banyak kali “terkena”. Bila minta no hp, pemandu kenderaan yang melanggar akan bagi entah apa-apa nombor yang bila kita call balik selepas kemalangan tersebut, nombor hp yang diberikan itu tidak wujud atau tidak dapat dihubungi.

6. Sekiranya kenderaan anda masih selamat untuk dipandu, segeralah memandu kenderaan anda ke balai polis trafik yang berhampiran untuk membuat laporan polis.

Sekiranya kenderaan anda sudah tidak selamat untuk dipandu, telefon hotline syarikat insurans kereta anda bagi mendapatkan khidmat tow truck dari pihak insurans.

JANGAN sesekali tergopoh gapah dengan memberikan keizinan kepada ulat-ulat tow truck yang datang ke tempat kemalangan dan menawarkan khidmat towing ke bengkel mereka.

7. Pegawai Penyiasat/Penolong Pegawai Penyiasat / Ketua Polis Balai atau mana-mana Sarjan di Balai yang menerima repot polis anda akan menjalankan siasatan awal bagi kes kemalangan jalan raya tersebut.

Pegawai Penyiasat (IO) kes akan merakam percakapan anda dan saksi, mengambil gambar kenderaan terlibat dan mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan serta menjalankan siasatan di tempat kejadian dan menyediakan rajah kasar sekiranya kejadian berlaku di kawasan pentadbiran balai yang menerima repot.

8. Pegawai Penyiasat akan mengeluarkan keputusan kes dalam masa 15 hari selepas kemalangan. Salinan report akan dibekalkan serta merta atau tidak melebihi 3 hari bekerja manakala bagi rajah kasar dan gambar kemalangan adalah tidak melebihi 15 hari.

9. Selepas keputusan kes, lakaran rajah kasar dan gambar kemalangan dikelurakan oleh pihak polis, anda boleh datang semula ke balai polis tempat anda membuat laporan tersebut untuk membeli salinan keputusan kes, lakaran rajah kasar dan gambar kemalangan bagi kegunaan tuntutan insurans untuk kos membaiki kerosakan kereta anda.

10. Tuntutan kerosakan kereta terhadap pihak insurans yang melanggar kenderaan anda hendaklah dibuat secepat mungkin.

Dalam kes saya, saya menghantar kereta saya ke Pusat Service Perodua untuk dibaiki pada bulan October iaitu kira-kira 5 bulan selepas dari tarikh kemalangan berlaku.

Sekiranya ada delay dalam membuat tuntutan insurans, anda perlu membuat surat kepada pihak insurans untuk memaklumkan sebab kelewatan dalam membuat tuntutan kerosakan kereta.

Seperti dalam kes saya, saya menghantar surat kepada pihak insurans memaklumkan kelewatan dalam membuat tuntutan kerosakan kereta adalah disebabkan saya cuti bersalin.

11. Sebaiknya hantar kereta anda untuk dibaiki di service centre.

Jika kereta anda yang dilanggar model Honda, hantar ke Service Centre Honda bagi memastikan kerosakan kereta anda dibaiki dengan sempurna dan segala spare parts digantikan dengan spare parts yang asli model keluaran kereta anda.

12. Apabila anda menghantar kereta anda untuk dibaiki di Service Centre, bagi mempercepatkan proses tuntutan insurans dan membaiki kerosakan kereta anda, pihak Service Centre lazimnya akan membuat tuntutan kos kerosakan kereta ke atas insurans kereta anda.

Kemudianya, pihak insurans kereta anda yang akan membuat tuntutan ke atas insurans pihak kenderaan yang melanggar anda.

Jangan risau, NCD insurans kereta anda tidak akan terjejas!

13. Selain daripada kos membaiki kerosakan kereta, anda juga layak untuk menuntut Loss of Use daripada pihak insurans.

Tuntutan bagi Loss of Use adalah tuntutan yang dibuat oleh pihak yang dilanggar terhadap syarikat insurans pihak yang melanggar bagi kos kenderaan gantian selama mana kenderaan anda yang dilanggar berada di bengkel bagi urusan repair.

Loss of Use juga bertujuan untuk memberikan wang pampasan kepada anda bagi kos pengangkutan yang terpaksa anda bayar selama mana kenderaan anda tidak boleh digunakan.

14. Ada sesetengah bengkel yang menyediakan kereta gantian untuk anda gunakan.

Namun, bukan semua bengkel ada khidmat itu.

Service Centre contohnya tidak menyediakan khidmat kenderaan gantian untuk anda. Jadi, anda boleh membuat tuntutan Loss of Use daripada pihak insurans kenderaan yang melanggar kenderaan anda.

15. Setelah kereta anda siap dibaiki oleh pihak Service Centre, anda hanya perlu memaklumkan kepada pihak Service Centre yang anda ingin membuat tuntutan untuk Loss of Use.

Pihak Service Centre akan menyediakan laporan lengkap beserta dengan salinan dokumen yang diperlukan untuk tuntutan anda.

Kebiasaanya laporan dan dokumen untuk tuntutan Loss of Use ini akan dikeluarkan dalam masa 3-5 hari bekerja setelah kereta anda siap dibaiki.

16. Hantar dokumen dan laporan tersebut ke syarikat insurans kenderaan yang melanggar kenderaan anda untuk diproses.

Dapatkan details officer in charge untuk tuntutan Loss of Use anda dan buat follow up dari semasa ke semasa.

Lazimnya pihak insurans akan mengambil masa 2 minggu hari bekerja untuk memproses tuntutan Loss of Use anda sebelum membuat pembayaran kepada anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Risiko Sambung Bayar Kereta Yang Ramai Tidak Tahu!

sumber: thevocket

Monday, October 09, 2017

Proton Iriz Kereta Kompak Terbaik 2017

Proton Iriz Kereta Kompak Terbaik 2017

Proton Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) menerima satu lagi pengiktirafan bagi model kereta Proton Iriz apabila muncul sebagai Kereta Kompak Terbaik pada Anugerah Pilihan Pengarang Carsifu 2017.

Proton Iriz

Sejak pertama kali diperkenalkan di pasaran pada September 2014, Proton telah menjual lebih 45,616 unit Proton Iriz, sekaligus menjadikannya antara model Proton yang paling popular, menurut kenyataan Proton Holdings Bhd.

Iriz juga memenangi pelbagai anugerah termasuk anugerah Kereta Kompak Tahunan dan Anugerah Pilihan Rakyat ​​​​​​​di Anugerah Kereta Tahunan 2014 NST di samping anugerah Reka Bentuk Perindustrian Terbaik 2015 oleh Perbadanan Harta Intelek.

Model itu juga muncul sebagai Kereta 5-Bintang ASEAN NCAP (Program Penilaian Kereta Baharu) Paling Mampu Milik di Malaysia pada Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2016 serta Kereta Bajet Terbaik di Anugerah Tahunan Kereta ASEAN 2016.

Sementara itu, sepanjang Oktober 2017, Proton memperluaskan Kempen 5-Nilai Hebat yang menawarkan servis percuma selama lima tahun atau 100,000 kilometer (yang mana terdahulu) termasuk alat​​​​​​​ganti, minyak enjin dan kos pekerja.

Selain itu ia juga memberi jaminan lima tahun atau 150,000 kilometer (mana-mana yang terdahulu) serta model Proton terpilih yang memiliki penarafan keselamatan lima bintang oleh ASEAN NCAP.

Spesifikasi Proton Iriz

Berikut adalah spesifikasi yang ditawarkan bagi setiap variant Proton Iriz baru.

Proton Iriz 1.3 Standard
  • 1.3 litre VVT engine, 94 hp/120 Nm
  • ABS, EBD, Brake Assist
  • Electronic Stability Control, Hill Hold Assist
  • Isofix mounts on rear seats
  • Seat belt reminder for all seats
  • Dual front airbags
  • Reverse sensors
  • 14-inch alloy wheels
  • Silver “Proton Wings” grille
  • Fabric seats
  • Three-point rear seatbelts, 60:40 split-folding
  • 2-DIN audio system with Bluetooth, AUX, USB
  • Unpainted exhaust

Proton Iriz 1.3 Executive (spesifikasi tambahan)
  • Bodykit (body colour)
  • Rear spoiler (small, rounder design)
  • Body coloured door handles, wing mirror caps
  • Rear wiper
  • Black painted exhaust
  • Ash Grey centre console frame, Galvano Silver gear lever base
  • USB chargers (1.5 Amp, 2.1 Amp)

Proton Iriz 1.6 Executive (spesifikasi tambahan)
  • 1.6 litre VVT engine, 107 hp/150 Nm
  • Android-based touch screen infotainment system with GPS navigation
  • Reverse camera
  • 15-inch alloy wheels
  • Dual-tone bodykit
  • Rear spoiler (bigger, square design)
  • Front fog lamps
  • Black B-pillar and window frames
  • Fabric trim for door cards
  • Patterned fabric seats
  • Steering audio controls
  • Piano black trim on steering
  • Chrome grille
  • Portable WiFi huddle

Proton Iriz 1.6 Premium (spesifikasi tambahan)
  • Six airbags (dual front, side, curtain)
  • Leather seats
  • Leather on door cards
  • Leather-wrapped steering wheel
  • Extendable sunshades
  • Chrome trim on AC vents, Ash Grey instrument cluster housing
  • Keyless entry and push start
  • Auto-fold wing mirrors
  • Daytime Running Light

Proton Iriz baru boleh didapati dalam 7 warna iaitu Citrus Green, Silver Moon Dust, Tranquility Black, Fire Red, Genetic Silver, Atlantic Blue dan Proton White.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Kelebihan Proton Ertiga Dan Kenapa Anda Patut Memilih MPV Ini!

sumber: sinarharian | relaksminda

Saturday, March 11, 2017

9 Motosikal 250cc Pilihan Terbaik Di Malaysia

9 Motosikal 250cc Pilihan Terbaik Di Malaysia

Kuasa? Kelajuan maksimum? Atau keterujaan? Penampilan lumba (racing) dengan fairing penuh? Bentuk kompak dan tiada ruang untuk menyimpan barang? Pecutan maksimum? Daya maneuver yang tinggi dan kestabilan?

Jika ciri-ciri di atas anda mahukan, maka apa yang sesuai untuk anda adalah di dalam kategori SUPERBIKE.

CC adalah 250. Direka khas untuk kelajuan yang tinggi dengan posisi menunggang, frame, adjustable suspension dan fairing yang mampu untuk mengurangkan rintangan angin.

Motorsikal-motorsikal ini memerlukan gaya tunggangan yang agresif!

Berikut adalah 9 Motosikal 250cc Pilihan Rakyat Malaysia

1. Yamaha YZF R25

Yamaha YZF R25

Harga: RM 20,206.00
CC Enjin: 249
Jenis Enjin: 4 lejang 8 injab
Susunan Silinder: 2 silinder
Kapasiti Tangki Minyak: 14 liter
Kuasa Kuda: 26.5 kW @ 12,000 RPM
Tork: 22.6 Nm @ 10,000 RPM

2. Honda CBR 250

Honda CBR 250

Harga: RM 21,728.00
CC Enjin: 249
Jenis Enjin: 4 lejang 4 injab
Susunan Silinder: 1 silinder
Kapasiti Tangki Minyak: 13 liter
Kuasa Kuda: 20.2 KW @ 8,500 RPM
Tork: 23.3 Nm @ 7,500 RPM

3. Kawasaki Ninja 250 FI

Kawasaki Ninja 250 FI

Harga: RM 22,000.00
CC Enjin: 249
Jenis Enjin: 4 lejang 8 injab
Susunan Silinder: 2 silinder
Kapasiti Tangki Minyak: 17 liter
Kuasa Kuda: 23.5 kW @ 11,000 RPM
Tork: 21.0 Nm @ 10,000 RPM

4. Kawasaki Ninja 250 SL

Kawasaki Ninja 250 SL

Harga: RM 17,349.00
CC Enjin: 249
Jenis Enjin: 4 lejang 4 injab
Susunan Silinder: 1 silinder
Kapasiti Tangki Minyak: 11 liter
Kuasa Kuda: 20.6 kW @ 9,700 RPM
Tork: 22.6 Nm @ 8,200 RPM

5. Kawasaki Z 250

Kawasaki Z 250

Harga: RM 21,329.00
CC Enjin: 249
Jenis Enjin: 4 lejang 8 injab
Susunan Silinder: 2 silinder
Kapasiti Tangki Minyak: 17 liter
Kuasa Kuda: 23.5 kW @ 11,000 RPM
Tork: 21.0 Nm @ 10,000 RPM

6. Kawasaki Z 250 SL

Kawasaki Z 250 SL

Harga: RM 15,389.00
CC Enjin: 249
Jenis Enjin: 4 lejang 4 injab
Susunan Silinder: 1 silinder
Kapasiti Tangki Minyak: 11 liter
Kuasa Kuda: 20.6 kW @ 9,700 RPM
Tork: 22.6 Nm @ 8,200 RPM

7. KTM RC 250

KTM RC 250

Harga: RM 18,800.00
CC Enjin: 248.8
Jenis Enjin: 4 lejang 4 injab
Susunan Silinder: 1 silinder
Kapasiti Tangki Minyak: 10 liter
Kuasa Kuda: 23.1 kW @ 9,000 RPM
Tork: 24.0 Nm @ 7,250 RPM

8. KTM Duke 250

KTM Duke 250

Harga: RM 17,800.00
CC Enjin: 248.8
Jenis Enjin: 4 lejang 4 injab
Susunan Silinder: 1 silinder
Kapasiti Tangki Minyak: 10 liter
Kuasa Kuda: 23.1 kW @ 9,000 RPM
Tork: 24.0 Nm @ 7,250 RPM

9. SYM T2 250i

SYM T2 250i

Harga: RM 16,800.00
CC Enjin: 249
Jenis Enjin: 4 lejang 4 injab
Susunan Silinder: 1 silinder
Kapasiti Tangki Minyak: 14 liter
Kuasa Kuda: 18.6 kW @ 7500 rpm
Tork: 23.0 Nm @ 6,000 RPM

Semoga memudahkan pilihan buat peminat motosikal berkuasa besar.

BACA INI JUGA: Motosikal Enjin Diesel Sudah Dicipta Tapi Kenapa Tidak Dikomersilkan?

Sumber: vox.mk