Friday, March 15, 2019

17 Jenis Sedekah Selain Wang Dan Harta


Benar sekali firman Allah, sedekah pasti berganti dan gantiannya pula sangat luas. Ada pahala, ada syurga, ada limpahan rezeki, ada kesihatan, ada keberkatan hidup, ada nama yang harum pada manusia dan ada pula rasa cinta para malaikat kepada kita.

Jenis jenis Sedekah

Apabila kita dicintai para malaikat, hidup kita semakin indah dan berkat kerana doa mereka. Jadikanlah sedekah sebagai amalan hidup kita.

17 JENIS SEDEKAH SELAIN WANG DAN HARTA:

1. DOA

Mendoakan yang terbaik untuk seseorang, pada bila-bila masa, tak kira di mana dan dalam keadaan apa pun adalah sedekah.

2. BERKONGSI ILMU

Memberi atau berkongsi ilmu dan kemahiran kepada sesiapa pun, sehingga membawa manfaat dan kebaikan adalah sedekah yang rahmatnya berkekalan selagi ilmu itu terus dimanfaatkan.

3. Memberi NASIHAT

Memberi nasihat yang baik-baik kepada seseorang yang akan membantu menyelesaikan masalah atau akan membawa manfaat dan kebaikan adalah salah satu jenis sedekah.

4. Memberi SENYUMAN

Memberi senyuman kepada seseorang dengan niat yang ikhlas untuk membawa keriangan, kesukaan, kelegaan dan kesejahteraan juga adalah sedekah.

5. Menghulurkan BANTUAN

Memberi bantuan kewangan, harta, tenaga dan apa saja yang boleh meringankan beban seseorang yang menghadapi sebarang masalah atau yang memudahkan urusan, adalah sedekah yang besar ertinya kepada orang yang kita bantu itu.

6. Memberi MASA

Memberi lebih masa dan ruang yang cukup kepada seseorang untuk menyelesaikan sebarang masalah yang mereka hadapi tanpa memberikan sebarang tekanan adalah satu bentuk sedekah yang sangat bernilai.

7. Memberi TARBIYAH

Membimbing dan mendidik anak-anak sendiri atau pun kanak-kanak lain supaya beradab dan mempunyai tingkah laku dan akhlak yang baik dan mulia adalah sedekah yang mempunyai jangka hayat yang panjang.

8. BERSABAR

Memberi dan menunjukkan sikap sabar kepada seseorang, untuk menyelesaikan masalah mereka walau dalam keadaan apa pun tanpa mengenakan sebarang tekanan yang tidak wajar adalah sedekah yang besar ertinya kepada orang itu.

9. Saling MENGINGATKAN

Memberi peringatan atau mengingatkan seseorang agar jangan menyeleweng dan sentiasa berada di atas landasan yang benar dan diredai Allah, adalah satu bentuk sedekah yang tinggi nilainya.

10. Larangan JANGAN BUAT JAHAT

Melarang sesorang agar tidak melakukan sebarang kejahatan atau kerosakan yang boleh mengundang kemurkaan Allah adalah satu bentuk dakwah yang membawa nilai sedekah yang besar ertinya

11. BERCAKAP DENGAN LEMBUT

Bercakaplah dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang dan hormat. Cantik nilai sedekahnya. Jangan terjerit-jerit sehingga menunjukkan kemarahan yang tidak perlu dan wajar.

12. MEMAAFKAN

Bersikap memaafkan di atas kesalahan atau kesilapan orang lain adalah sedekah, walau dalam aspek apa pun. Lagi besar kesalahan yang dimaafkan lagi besar nilai sedekahnya. Jangan bersikap dendam.

13. MENGHORMATI Yang Lain

Memberi hormat dan menghormati orang lain dengan ikhlas adalah sedekah yang akan membawa kegembiraan kepada orang yang kita hormati itu. Berat melakukannya tetapi hebat nilainya.

14. Merasa SAMA-SAMA GEMBIRA

Sama-sama merasa gembira dan menunjukkan kegembiraan di atas kejayaan orang lain adalah sedekah. Lagi banyak kegembiraan dan kesukaan akan mengikis rasa cemburu dan iri hati.

15. ZIARAH ORANG SAKIT

Menziarahi orang sakit dengan iringan doa dan wajah ceria yang ikhlas adalah ubat kepada pesakit di samping merupakan sedekah yang sangat bermanfaat kepada orang sakit yang kita ziarahi itu.

16. MEMBERSIHKAN LALUAN

Membersihkan laluan dan jalan yang sering digunakan oleh orang ramai dari sebarang halangan dan rintangan adalah sedekah yang tinggi nilanya kerana ia mengelakkan dari berlakunya kemalangan, kesusahan dan kerosakan.

17. MENYARA ISTERI DAN KELUARGA

Walaupun menyara isteri dan keluarga adalah satu tanggungjawab tetapi ia juga membawa nilai sedekah yang hebat agar seluruh keluarga dapat hidup dalam suasana aman, tenteram dan mensyukuri nikmat Allah.

BERSEDEKAHLAH sebanyak-banyaknya sebagai bekal terbaik ke akhirat.

INGATLAH, betapa orang yang sudah MATI jika dihidupkan SEMULA memilih untuk melakukan ibadah SEDEKAH berbanding ibadah yang lain.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon