Tuesday, February 12, 2019

6 Jenis Buah Yang Disebut Dalam Al-Quran


Buah-buahan merupakan salah satu nikmat alam yang kerap dapat kita nikmati, khasnya di Malaysia yang cukup kaya dengan hasil tanaman.

Walaupun begitu, hanya ada beberapa jenis buah yang terpilih untuk disebutkan dalam al-Quran. Apakah buah-buahan itu dan di mana buah itu disebutkan?

1. Buah Anggur

Buah Anggur

Anggur agak mahal di negara kita kerana diimport masuk dari luar namun tanaman anggur sebenarnya sudah bermula sejak zaman Nabi Nuh as. lagi.

Disebutkan sebanyak 8 kali dalam al-Quran, kesemuanya menceritakan mengenai tanaman anggur atau ladang anggur yang mampu memberikan kesan baik pada manusia, sejak usianya kecil sehinggalah dia tua.

Rujukan - surah An-Nahl ayat 11.

2. Buah tin

Buah tin

Bukan setakat disebut di dalam Quran, malahan mempunyai surah sendiri dalam al-Quran (At-Tin) dan itu satu-satunya ayat yang menyebutnya.

Juga dipanggil 'fig', buah tin dikatakan mempunyai banyak khasiat yang tidak ada dalam buah-buahan lain.

Jika anda google "nature most nearly perfect fruit' carian anda akan menemukan anda kepada banyak kajian tentang khasiat-khasiat yang tersimpan dalam buah tin.

3. Buah Zaitun

Buah Zaitun

Disebut sebanyak 7 kali di dalam al-Quran di dalam surah al-An'am, surah an-Nahl, surah al-Mu'minun, surah an-Nur, surah 'Abasa dan surah at-Tiin, membuatkan buah zaitun mempunyai pengaruh yang besar dalam hidup seorang Muslim.

Pengambilannya tidak meninggikan kadar kolestrol dalam darah serta mampu dimakan begitu saja minyaknya tanpa perlu dimasak.

4. Buah Delima

Buah Delima

Buah delima atau pomegranate ini disebut 3 kali dalam al-Quran, dalam dua buah surah iaitu surah al-An'am serta surah Ar-Rahman.

Mempunyai rupa yang cantik dengan biji-biji seperti 'delima' yang boleh dikunyah terus, buah delima terkenal dari segi sains sebagai ejen anti-oksidan serta keupayaannya melawan kanser.

5. Buah pisang

Buah pisang hanya disebutkan satu kali dalam al-Quran dalam surah al-Waqiah ayat 29.

Mempunyai kandungan fiber yang tinggi, serta membantu sistem pencernaan dan jantung, pisang agak versatil untuk digabungkan ke dalam diet kita.

Boleh diambil begitu saja, dimasak, digoreng atau digabungkan dengan ais krim untuk dijadikan banana split.

6. Buah kurma

Disebut secara jelas khasiatnya dalam surah Mariam yang menceritakan tentang kelahiran Nabi Isa a.s. dan ibunya, Mariam yang memulihkan dirinya dengan memakan buah kurma yang digugurkan dari pokok tempat dia berteduh.

Selain itu, hadis menggalakkan orang Islam mengamalkan buka puasa dengan kurma juga menjadi sebab identiti seorang Muslim dengan buah kurma amat rapat.

Buah kurma disebut sebanyak 26 kali dalam al-Quran.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon