Sunday, September 30, 2018

5 Negara Dengan Kadar Pembunuhan Tertinggi Di Dunia


Selain daripada bencana alam dan penyakit maut, pembunuhan sesama manusia merupakan antara penyebab kematian manusia tertinggi.

Beberapa buah negara masih mempunyai kadar pembunuhan yang sangat tinggi. Kami ingin kongsikan 5 buah negara dengan kadar pembunuhan paling tinggi di dunia.

1. Honduras

5 Negara Dengan Kadar Pembunuhan Tertinggi Di Dunia

Menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC), Honduras yang mempunyai populasi 8.25 juta penduduk, adalah negara dengan kadar pembunuhan tertinggi di dunia setakat ini.

Kadar purata 90.4 pembunuhan bagi setiap 100,000 penduduk negara ini. Angka ini bermakna, setiap 1 dalam 1,000 penduduk Honduras, berisiko untuk dibunuh.

Dan disebabkan Honduras adalah destinasi pelancongan yang sangat popular, pelancong sering menjadi sasaran pelbagai jenayah kejam dan ganas.

Jadi, jika Honduras berada dalam senarai lokasi pelancongan, mungkin anda patut batalkan saja.

2. Venezuela

5 Negara Dengan Kadar Pembunuhan Tertinggi Di Dunia

Terletak di pantai utara Amerika Selatan, Venezuela bukan sahaja terkenal sebagai salah satu pengeksport utama minyak di dunia, tetapi juga sebagai negara dengan pembunuhan yang sangat berleluasa.

Pada tahun 2017, hanya 19% daripada penduduk tempatan berasa selamat ketika berjalan bersendirian pada waktu malam.

Mereka mempunyai sebab kuat untuk berasa begini, iaitu setiap tahun lebih daripada 5 dalam 10,000 orang telah terbunuh di Venezuela dan angka ini semakin bertambah dalam 10 tahun yang lepas.

3. Belize

5 Negara Dengan Kadar Pembunuhan Tertinggi Di Dunia

Dengan keluasan 22,800 kilometer persegi dan populasi sekitar 340,000 orang, Belize adalah negara yang mempunyai kepadatan penduduk tertinggi di Amerika Tengah.

Walaupun keindahan semula jadi dan hidupan liarnya adalah sangat menakjubkan, namun negara ini jauh daripada status negara yang selamat untuk didiami.

Kadar pembunuhan yang tinggi iaitu hampir 4.5 pembunuhan bagi setiap 10,000 menjadikan Belize sebagai antara negara paling berbahaya di dunia.

Pembunuhan sangat kerap berlaku di Belize City di mana pada tahun 2007, separuh daripada jumlah pembunuhan pada tahun itu berlaku di daerah ini.

4. El Salvador

5 Negara Dengan Kadar Pembunuhan Tertinggi Di Dunia

Teruk terjejas akibat perang saudara yang sangat panjang dan dahsyat dari tahun 1979 hingga 1992, El Salvador adalah negara Amerika Tengah dan rumah kepada kira-kira 6.4 juta orang.

Kadar pembunuhan yang sangat tinggi di negara ini dibuktikan oleh jenayah berkaitan dengan gangster dan golongan bawah umur yang sangat kerap berlaku.

Pada tahun 2004, setinggi 60% daripada pembunuhan yang berlaku di Salvador dilakukan oleh kumpulan-kumpulan gangster tempatan yang bersaing untuk mendapatkan kuasa dan kawasan.

5. Guatemala

5 Negara Dengan Kadar Pembunuhan Tertinggi Di Dunia

Guatemala adalah negara yang mempunyai penduduk tertinggi di Amerika Tengah, iaitu seramai 16 juta orang.

Purata kira-kira 100 pembunuhan berlaku setiap bulan. Hampir 40 pembununuhan berlaku dalam setiap 100,000 orang penduduk.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon