Monday, July 30, 2018

Ketua Agama Kena Belasah Selepas Gagal Hidupkan Orang Mati


Seorang ketua agama ditahan selepas dia gagal menghidupkan semula orang yang telah meninggal dunia di Addis Ababa, Ethiopia.

Ketua Agama Kena Belasah Selepas Gagal Hidupkan Orang Mati
Rakaman tersebut menjadi tular di media sosial.

Getayawkal Ayele didakwa cuba melakukan perbuatan itu kepada mayat Belay Biftu dengan berbaring di atasnya dan menyeru namanya beberapa kali.

Menurut polis, usaha lelaki itu gagal dan ia telah mencetuskan kemarahan keluarga Biftu dan mereka bertindak memukulnya.

"Dia 'diselamatkan' oleh pihak berkuasa yang tiba di lokasi kejadian dan memberkasnya," kata jurucakapnya.

Difahamkan, insiden itu turut dirakamkan dan menjadi tular di media sosial.

Penduduk di bandar Galilee di wilayah Oromia memberitahu, Ayele bertemu dengan keluarga Biftu dan menceritakan kisah Lazarus yang dibangkitkan dari kubur oleh Jesus.

Jadi, mereka bersetuju untuk menggali semula kubur Biftu untuk menghidupkannya semula.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon