Wednesday, July 04, 2018

10 Jalan Raya Paling Berbahaya Di Dunia

10 jalan raya yang disenaraikan ini adalah antara laluan yang paling kerap menyebabkan kematian di dunia.

Masyarakat yang tinggal di kawasan ini, malangnya, terpaksa bergantung kepada jalan-jalan merbahaya ini setiap hari.

Jadi, anggaplah diri kita ini sangat bernasib baik kerana tidak perlu meredah “laluan-laluan maut” ini.

1. Jalan Yungas Utara, Bolivia

10 Jalan Raya Paling Berbahaya Di Dunia

Dikenali juga sebagai “jalan maut” dalam kalangan penduduk Yungas di Bolivia dan dianggarkan seramai 200–300 orang pemandu yang menemui ajal mereka di sini setiap tahun.

Adalah sesuatu yang “normal” untuk melihat kenderaan-kenderaan jatuh terjunam dari lereng bukit ini.

Bahaya menggunakan jalan ini tiada tandingannya di dunia.

2. Jalan Jalalabad–Kabul, Afghanistan

10 Jalan Raya Paling Berbahaya Di Dunia

Jalan 65 kilometer yang menghubungkan wilayah Jalalabad dan Kabul ini telah meragut banyak nyawa.

Laluan sempit dan silang menyilang selain cara pemanduan berbahaya penduduk setempat membuatkan pemanduan di sini sangat mencabar.

3. Lebuhraya James Dalton, Alaska

10 Jalan Raya Paling Berbahaya Di Dunia

Lebuhraya ini bermula dari lebuhraya Elliot di utara wilayah Fairbanks dan berakhir di sebuah medan minyak di teluk Prudhue berhampiran lautan Artik.

Walaupun ianya kelihatan indah dan tenang, jalan ini dipenuhi dengan lubang-lubang jalan yang berbahaya, batu-batu kecil yang diterbangkan angin dan paling teruk, ianya terletak di tengah-tengah kawasan terpencil.

4. Lebuhraya Karakoram, Pakistan

10 Jalan Raya Paling Berbahaya Di Dunia

Dinamakan sebagai “Lebuhraya Persahabatan” oleh kerajaan-kerajaan yang membinanya, lebuhraya ini merupakan lebuhraya antarabangsa yang tertinggi yang pernah diturapkan.

Jalan ini menghubungkan negara China dan Pakistan.

Kekerapan tanah runtuh dan banjir yang berlaku di sini menyebabkan jalan ini disenaraikan antara jalan yang paling berbahaya di dunia.

5. Terowong Guoliang, China

10 Jalan Raya Paling Berbahaya Di Dunia

Terowong Guoliang ini dibina sendiri oleh penduduk pekan Guoliang. Sebelum jalan ini dibina, perhubungan masyarakat di sini dengan dunia luar terputus langsung.

Walaupun tidak banyak kenderaan yang menyelusuri jalan ini, ianya sangat berbahaya untuk digunakan.

6. Laluan Zoji, India

10 Jalan Raya Paling Berbahaya Di Dunia

Laluan Zoji ialah laluan pergunungan tinggi yang menghubungkan wilayah Ladakh dan Kashmir.

Ketinggian laluan ini dianggarkan pada 3 528 meter dan merupakan laluan kedua tertinggi selepas laluan Fotu.

Jalan ini merupakan satu-satunya jalan penghubung yang menghubungkan wilayah Ladakh dengan masyarakat dunia.

7. Jalan Skippers Canyon, New Zealand

10 Jalan Raya Paling Berbahaya Di Dunia

Jalan sempit di lereng lembah yang tinggi ini benar-benar menakutkan. Mujurlah jalan ini tidak dibuka kepada orang awam.

Untuk memandu di jalan ini, anda memerlukan permit khas.

Sekiranya permohonan anda lulus, bersiap sedialah untuk salah satu perjalanan yang paling mencabar di dalam hidup anda.

8. Laluan Los Caracoles, Chile

10 Jalan Raya Paling Berbahaya Di Dunia

Laluan ini merentasi gunung Andreas yang terletak di antara Chile dan Argentina. Jalan yang dipenuhi cerun tinggi dan selekoh tajam ini tidak dilengkapi pagar keselamatan.

Keadaan jalan yang dilitupi salji sepanjang tahun juga tidak banyak membantu memudahkan pemandu-pemandu yang menggunakan jalan ini.

9. Laluan Stelvio, Itali

10 Jalan Raya Paling Berbahaya Di Dunia

Pada ketinggian 9,045 kaki, laluan Stelvio adalah laluan pergunungan yang kedua tertinggi selepas laluan Col de l’Iseran (9088 kaki).

Laluan yang sarat dengan selekoh tajam yang berbahaya dan penghadang jalan rendah ini seolah-olah direka oleh seorang kanak-kanak yang menconteng di kertas.

10. Lebuhraya Sichuan-Tibet, China

10 Jalan Raya Paling Berbahaya Di Dunia

Lebih kurang 7,500 kematian di catatkan setiap 100,000 pemandu yang menggunakan lebuhraya ini.

Tanah runtuh dan runtuhan batu sering berlaku di jalan raya yang menghubungkan wilayah Chengdu dan Tibet ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: erabaru

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

2 comments

Seriau tengok. Tak leh bayang nak drive kat jalan macam tu. huhu

Kat Malaysia, pun banyak jalan maut sebenarnya, kerana kematian akibat kemalangan yangg direkodkan setiap hari dan meningkat setiap tahun. Percaya atau tidak ada 56 Jalan MAUT diMalaysia yang famous.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon