Tuesday, January 09, 2018

Video Penampakan Wanita Misteri Di Funfair Port Dickson

Loading...

Satu kejadian ‘mistik’ yang dikatakan berlaku di suatu funfair di Port Dickson yang ternyata membuat netizen bingung dengan kelibat seorang kanak-kanak perempuan berambut panjang yang dikatakan tiba-tiba wujud di dalam permainan keretapi di funfair terbabit.

Penampakan Wanita Misteri Di Funfair Port Dickson

Ya, tiada apa yang pelik dengan video terbabit. Tapi lihat pula gambar yang diambil selepas itu.

Pemuat naik video @iqinnordin, menulis di Twitter, “Kejadian ni jadi dekat funfair Port Dickson. Tengok betul-betul dlm video ni depan budak perempuan baju pink yang melambai tu kosong kan? Dia sorang je dalam (gerabak) train tu”.

"Sekiranya anda perasan, ada kelihatan seorang kanak-kanak berbaju pink memulas stering di dalam video terbabit. Fokus kepada kerusi dihadapannya."

Menjawab soalan-soalan mereka yang musykil dengan kejadian Iqin menulis, “Bagi yg tertanya dalam video dia tengah main steering.

"Gambar tu diambil selepas keretapi tu pusing balik. Pusingan bila tengah jalan diorang takkan berhentikan selagi tak habis pusing.

"Berapa kali pusing tu tak pasti. Untuk kepastian, tengok budak belakang baju merah tu budak yang sama. Harap maklum.”

Yang pasti, sudah tentu ada yang percaya, dan tidak kurang juga yang tidak percaya.

Saksikan videonya dibawah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Hantu Terakam Ketika Selfie 4 Beranak Dalam Panggung Wayang!?


sumber: orangnogori

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

1 comments so far

Ada la tu yg tumpang bermain.. wallahualam..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon