Tuesday, August 09, 2016

Hantu Terakam Ketika Selfie 4 Beranak Dalam Panggung Wayang!?


Seorang wanita dari Wirral, United Kingdom percaya gambar selfie dengan tiga anaknya di sebuah panggung wayang baru-baru ini telah ‘diganggu’ dengan kehadiran hantu.

Emma Johnson

Menurut Emma Johnson; 35, foto itu diambilnya bersama tiga anaknya, Ava; 8, George; 6, dan Harper, tujuh bulan, ketika menonton wayang filem Finding Dory.


“Saya ambil gambar selfie sebab ini merupakan kali pertama Harper mengikut kami ke panggung, tapi sebelum tangkap gambar, saya nak pastikan tiada orang terselit masuk sekali dalam frame gambar itu.

“Saya terserempak dengan kawan yang duduk di barisan belakang dan dia menyakinkan saya tiada orang yang duduk di baris belakang-belakang kami.

“Bila sampai rumah, baru saya periksa kembali foto tersebut dan nampak kelibat budak perempuan dengan patung beruang dalam gambar tu. Saya rasa tak masuk akal ia merupakan gambar hantu sebab mana mungkin ada hantu patung beruang.

“Tapi ahli keluarga saya skeptikal dengan perkara itu dan ia membuatkan saya lebih berminat untuk mencungkil mengenai hal ini.

“Sampai sekarang saya tak beritahu anak-anak dan bila mereka tengok foto itu, saya tipu cakap itu adalah gimik iklan filem Ghostbusters namun anak sulung saya tak tertipu dengan helah saya dan dia sudah mula ketakutan,” kata Emma.

Sejurus itu, Emma terus memuat naik gambar itu di laman sosial namun ramai yang tidak percayakannya malah ada pihak mendakwa dia sengaja mengedit foto tersebut.

“Sebaik saya kongsikan gambar itu, ramai tuduh cakap saya Photoshop, tapi saya ni satu apa tak tahu mengenai hal edit mengedit gambar.

“Saya hanya nak kongsikan sebab mungkin itu gambar hantu betul, sebab panggung wayang yang kami kunjungi itu dekat dengan laut, mungkin sebelum ini ada kisah seorang budak perempuan yang mati lemas dan rohnya mungkin berkeliaran, namun tiada siapa yang mengesahkan ada hal sedemikian pernah berlaku,” ujarnya lagi.

Sementara itu, jurucakap sinema itu pula berkata, setakat ditubuhkan, mereka tidak pernah lagi mengalami insiden mistik namun tidak memandang ringan dakwaan Emma dan akan meminta staf untuk ‘memantau’ sekiranya terdapat mana-mana ‘hantu’ yang berkeliaran di situ selepas ini.

BACA INI JUGA: Detik Seram Terselfie Dengan Makhluk Berambut Panjang!

Emma Johnson [2]

Sumber: Mynewshub.cc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon