Friday, January 12, 2018

Farid Kamil Tampar Polis Dalam Keadaan Khayal Dadah!


Pelakon dan pengarah, Farid Kamil yang baru sahaja menerima gelaran Datuk pada Disember 2017 lalu menggemparkan dunia hiburan Malaysia apabila dia bertindak di luar dugaan dengan menampar seorang anggota polis ketika berada di kaunter Cawangan Trafik, Balai Polis Kota Damansara.

Farid Kamil Tampar Polis Dalam Keadaan Khayal Dadah!

Selain mencederakan polis berusia 24 tahun itu, suami kepada pelakon jelita, Diana Danielle, 27, berkelakuan ganas dengan menendang dua orang awam di lokasi sama.

Berita penahanan Farid Kamil mengundang pertanyaan netizen yang terkejut dengan tindakan bodoh pelakon tersebut.

Kebanyakan pengikut di laman Instagramnya mempersoalkan tindakan pelakon filem Tombiruo itu dan tertanya-tanya situasi sebenar yang berlaku.

"Farid, Kenapa buat macam tu? Jagalah pangkat dan darjat," komen borndouble7.

"Masih tak faham apa kaitan dia tunjuk 300 artis hutang dan tiba-tiba tampar polis dan orang awam tu? Boleh terangkan?" soal afaa_zatiaku pula.

"Betul ke hang kene tangkap sebab mengamuk pukul polis. Cuba cerita sikit apa puncanya. Janganlah buat perangai ‘datuk’ ni," kata syafiqtahrim.

Farid hadir ke balai polis tersebut bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya bagaimanapun, ketika ditanya mengenai tujuan laporan ingin dibuat, Farid menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi '300 artis hutang Ah Long'.

Sementara itu, Diana Danielle pula mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen di laman Instagram dan enggan mengulas lanjut.

Menerusi sebuah portal berita, Diana turut meminta media memberi ruang kepada mereka untuk menyelesaikan perkara ini terlebih dahulu.

Farid Kamil Sah Positif Dadah

Farid kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din turut mengesahkan Farid Kamil positif dadah jenis ganja selepas menjalani saringan air kencing yang dijalankan selepas dia ditahan.

Farid Kamil juga telah ditahan reman pada Jumaat bagi membantu siasatan, yang mana Majistret Zakir Asyraf Zubir membenarkan permohonan itu dan memerintahkan Farid, 37, direman selama empat hari bermula Jumaat (12/1/2018) hingga Isnin.

Farid yang hadir ke mahkamah kira-kira pukul 10 pagi menaiki kenderaan polis kelihatan tidak terurus dengan pakaian lokap berwarna ungu.

Turut hadir di mahkamah adalah adik yang juga pengurus Farid iaitu Fadzil Zahari.

Difahamkan, isteri Farid iaitu Diana Danielle tidak dapat hadir bersama disebabkan sedang menjalani penggambaraan.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar | mstar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon