Monday, November 07, 2016

Diana Danielle Akui Hampir Bercerai Dengan Farid Kamil, Rumah Tangga Bermasalah


Sebelum ini, Diana Danielle dan Farid Kamil dianggap sebagai antara pasangan selebriti paling romantis dan cukup bahagia, apatah lagi dengan kehadiran dua orang cahaya mata yang cukup comel.

Diana dan Farid

Namun, kehadiran Diana bersama seorang peguam di Mahkamah Rendah Syariah sekitar minggu lepas mencetuskan tanda tanya ramai mengenai status rumah tangga mereka.

Menerusi ruangan Hip di akhbar Berita Harian, Diana akui mempunyai masalah rumah tangga dan sedang berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan yang dibina.

“Tindakan saya itu tidak tepat kerana tidak terlebih dulu bersemuka dan berbincang dari hati ke hati dengan suami. Saya hanya memikirkan hati sendiri yang terluka, tanpa menyedari saya juga pernah melukakan hati suami.”

"Tidak dinafikan, Farid terkejut dengan tindakan saya. Bagi saya, apa yang berlaku itu menjadi amaran buat Farid yang tidak pernah menyangka saya berani bertindak sejauh itu,” katanya.

Tambah Diana, dia juga ada silapnya apabila sering menyangka Farid sengaja ingin mengambil kesempatan terhadapnya dan menyerahkan segala urusan anak-anak kepada Diana.

"Biasalah lelaki, tanggungjawab terhadap anak-anak kadangkala dilepaskan sepenuhnya ke bahu isteri. Saya tidak fikir, suami juga bekerja keras menyara keluarga. Tidak adil untuk saya letakkan 100 peratus kesalahan di atas bahunya. Apabila jadi begini, saya sedar ini yang dikatakan dugaan berumah tangga."

Diana walau bagaimanapun enggan mendedahkan sebab mengapa dia mendapatkan nasihat peguam syariah pada minggu lalu.

“Perkara itu memang benar (mendapatkan nasihat peguam), tetapi untuk apa, ia terlalu peribadi untuk dinyatakan.”

“Usia perkahwinan kami masih terlalu muda. Empat tahun berkahwin belum cukup untuk saya dan suami mengenali satu sama lain secara mendalam.

"Kadang kala perselisihan yang berlaku menyebabkan saya terlebih emosi,” ujar pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu.

Diana dan Farid mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata comel, Muhammad, 3, dan Nur Aurora, 1 tahun.

Hakikatnya, Diana dan Farid cukup menyayangi antara satu sama lain dan perkahwinan mereka.

"Saya tahu Farid sayangkan saya dan rumah tangga kami. Begitu juga saya. Jika ditakdirkan kami berpisah, saya tidak fikir saya akan berkahwin lain. Saya juga “cinta mati” kepada Farid. Saya harap jodoh kami berpanjangan hingga ke akhir hayat."

Diana dan Farid

Menerusi muat naik posting terbaharu di laman Instagram Diana, aktres itu ada memasukkan gambar terbaharu suaminya bermesra bersama anak perempuan mereka dengan kapsyen manis berbunyi, “Her babah is her everything.”

Sedangkan lidah lagi tergigit apa pula suami isteri.

Harap Diana dan Farid bersabar dalam setiap dugaan didalam rumah tangga dan tidak mudah mengalah. Ingatlah kembali saat indah semasa anda bercinta dan cuba untuk menyelesaikan setiap perkara dalam keadaan tenang.

Sebenarnya, dugaan-dugaan dalam rumah tangga bukan sekadar menguji kesetiaan dan kasih sayang, tetapi ia mungkin juga dapat menambahkan lagi rasa cinta apabila dapat mengenali pasangan dengan lebih baik.

Apa-apa pun, kita mendoakan rumah tangga Diana dan Farid dapat kekal sehingga jannah.

BACA INI JUGA: 'Ingatkan Indahnya Bercinta Selepas Kahwin, Rupanya Mimpi Ngeri'

Sumber: BH

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon