Monday, December 04, 2017

Tun Mahathir Kagumi Keberanian Fathia Latiff Persoal RCI Forex


Selepas pelakon Fathia Latiff memuat naik status di laman Twitternya yang mempersoalkan siasatan yang dijalankan terhadap Tun Mahathir berkenaan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tentang kerugian Bank Negara dalam urus niaga tukaran wang asing (Forex), Pengerusi Bersatu itu mengucapkan terima kasihnya kepada aktres tersebut.

Tun Mahathir Kagumi Keberanian Fathia Latiff Persoal RCI Forex

Menerusi rakaman video berdurasi 28 saat di laman twitternya, Dr Mahathir memuji pelakon drama Ariana Rose ini yang berani membuat kenyataan seperti itu.

“Puan Fathia, saya ucap terima kasihlah, kerana mempertahankan saya. InsyaALLAH kita akan dapat kemenangan akhirnya.

“Saya kagum dengan keberanian Puan Fathia membuat kenyataan seperti itu kerana kita tahu apa Najib (Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak) akan buat. Terima kasih,” ujarnya.

Berikutan itu, Fathia membalas ucapan tersebut dengan menyatakan kesediahnnya apabila bekas perdana menteri itu tidak dihargai.

“Saya lebih kagum dengan Tun (Dr Mahathir), mempertahankan maruah negara walaupun ramai yang sudah lupa pada sumbangan Tun (Dr Mahathir) yang tiada nilai dengan wang ringgit.

“Saya juga sedih dengan segelintir manusia yang tak menghargainya. Tetapi tidak mengapa, orang yang tidak buta hati masih dapat menilai,InsyaALLAH,” tulisnya.

Terdahulu, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, yang dipetik menerusi status Twitternya turut mempersoalkan mengapa selepas berpuluh-puluh tahun baru isu itu dibangkitkan semula.

“Selepas berpuluh-puluh tahun Tun (Dr Mahathir) berkhidmat pada negara baru nak dakwa? Inikah dinamakan 'bijak'?" soalnya.

Tidak hanya itu, menerusi statusnya Fathia berkata, jika ‘ingin membuka cerita lama’, siasatan patut juga dibuat terhadap dakwaan ‘sejumlah wang yang dimasukkan ke akaun peribadi individu tertentu’.

"Siasatan perlu dibuat dan 'keputusannya' didedahkan kepada umum kerana masih ada persoalan yang tidak dijawab sepenuhnya. Setuju?" soalnya.

Ekoran daripada status berkenaan, banyak komen yang diterima aktres berkenaan, ada yang menyokong dan ada yang menganggap ia sebagai status kurang bijak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kerugian Forex Bank Negara Rupanya Penyelamat Krisis Ekonomi 1997-1998

sumber: sinarharian

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon