Tuesday, December 26, 2017

'Roh' Puteri Diana Beri Amaran Kepada Bakal Isteri Putera Harry


Pasangan kembar psikik dari Amerika Syarikat, Terry dan Linda Jamison yang terkenal dengan ramalan masa depan tampil dengan satu berita menggemparkan.

'Roh' Puteri Diana Beri Amaran Kepada Bakal Isteri Putera Harry

Terbaharu, pasangan ini menyampaikan 'amaran' daripada mendiang Puteri Diana kepada bakal isteri Putera Harry, Meghan Markle.

Terry dan Linda mengakui tubuh mereka mudah dirasuk oleh semangat tertentu yang mengawal tangan mereka untuk menyampaikan pesanan kepada orang yang masih hidup.

Menurut Daily Star Online yang dipetik Mirror.uk, Diana ingin menyampaikan pesanan kepada Meghan bahawa dia akan menderita dengan perkahwinan monogami.

Pasangan kembar yang digelar "Nostradamus dengan kasut tumit tinggi" ini berkata roh Diana khuatir Putera Harry bakal mengikut jejak bapanya.

Ini kerana Diana sendiri pernah menderita akibat hubungan segi tiga antara dia, Putera Charles dan Camilla Parker yang akhirnya membawa kepada penceraiannya dengan pewaris takhta Britain itu pada Ogos 1996.

'Roh' Puteri Diana Beri Amaran Kepada Bakal Isteri Putera Harry

Putera Charles kemudiannya berkahwin dengan Camilla pada 9 Ogos 2005 dan menerima gelaran Duchess of Cornwall.

Selain itu pasangan kembar itu juga mendakwa roh Diana bimbang dengan perhatian yang diberikan oleh pihak media kepada Meghan kelak.

Putera Harry dan Meghan Markle bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada Mei 2018.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kisah Sedih Panggilan Terakhir Puteri Diana

sumber: astroawani

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon