Monday, July 24, 2017

Kisah Sedih Panggilan Terakhir Puteri Diana


Putera William dan Putera Harry berkongsi satu perkara yang membuatkan mereka kesal hingga hari ini pada hari ibu mereka, Puteri Diana meninggal dunia, dunia lapor Metro.co.uk.

Puteri Diana

Kisah tersebut dikongsi dalam sebuah dokumentari mengenai 'Princess of Wales' itu di mana kedua-dua putera tersebut kesal apabila panggilan telefon terakhir dari ibu mereka hanya berlangsung selama beberapa saat.

William berkata, beliau dan adiknya, Harry ketika itu berada di rumah peribadi Ratu di Balmoral dan sedang bermain bersama saudara mereka.

"Harry dan saya cepat-cepat ingin tamatkan perbualan dan berkata 'jumpa nanti', jika saya tahu apa yang akan jadi selepas itu, tentu saya tidak akan begitu tergesa-gesa meletakkan telefon.

"Panggilan telefon itu menghantui saya hingga ke saat ini," katanya kepada ITV.

Apabila ditanya adakah dia mengingati apa diperkatakan Puteri Diana kepadanya, beliau hanya mengatakan 'ya' tetapi tidak menceritakan apa-apa.

Sementara itu, Harry turut menceritakan perbualan terakhir beliau dengan ibunya.

"Dia menelefon daripada Paris, saya tidak begitu ingat apa yang saya katakan kepadanya namun apa yang saya ingat ialah menyesali seumur hidup betapa pendeknya perbualan telefon tersebut.

"Bila lihat kembali memori tersebut, ia sangat susah dan saya harus hadapinya sepanjang hidup saya.

"Tidak mengetahui bila kali terakhir saya akan bercakap dengan ibu dan bagaimana perbualan tersebut boleh berubah sekiranya saya tahu saya akan kehilangannya malam itu," katanya.

William hanya berusia 15 tahun, manakala Harry pula 12 tahun apabila Puteri Diana meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Paris pada 31 Ogos 1997.

BACA INI JUGA: Gambar Puteri Diana Masa Remaja Terjual RM54,800

sumber: sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon