Saturday, December 30, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 Disember)


Tarikh 30 Disember merupakan hari ke 364 (hari ke 365 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 1 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 Disember)
Jose Rizal.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Jose Rizal di Filipina (1896).

Peristiwa

1853 - Amerika Syarikat membeli kira-kira 29,600 bt2 (77,000 km2) tanah yang terletak di selatan Sungai Gila dan barat Rio Grande daripada Mexico pada harga AS$10 juta.

1880 - Paul Kruger menjadi Presiden Republik Transvaal.

1896 - Revolusi Filipina: Pejuang kebangsaan José Rizal dihukum tembak mati di Manila selepas Sepanyol mensabitkan memberontak, menghasut dan berkomplot.

1903 - Kebakaran Teater Iroquois mengorbankan 602 nyawa di Chicago dalam kebakaran bangunan tunggal paling teruk di Amerika Syarikat.

1927 - Laluan Ginza, landasan bawah tanah yang tertua di Timur Jauh, dibuka di Tokyo, Jepun.

1947 - Raja Mihai I dipaksa turun takhta apabila Kerajaan Romania menjadi Romania Komunis dan kemudian dibuang negeri.

1965 - Ferdinand Marcos menjadi Presiden Filipina.

2006 - Bekas Presiden Iraq Saddam Hussein digantung selepas didapati bersalah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan oleh Tribunal Khas Iraq.

2011 - Samoa dan Tokelau bertukar ke bahagian barat Garisan Tarikh Antarabangsa, melangkaui terus 30 Disember.

2014 - Pihak berkuasa mengesahkan penemuan serpihan dan mayat daripada Penerbangan 8501 Indonesia AirAsia, yang terhempas dalam perjalanan ke Singapura dengan 162 orang penumpang.

Kelahiran

1986 - Ellie Goulding, penyanyi, penulis lagu dan pemuzik berketurunan Inggeris.

Kematian

2006 - Saddam Hussein, Presiden Iraq ke-5.

2009 - Abdurrahman Wahid, Presiden Indonesia ke-4.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (29 Disember)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon