Friday, December 29, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (29 Disember)


Tanggal 29 Disember merupakan hari ke 363 (hari ke 364 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 2 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (29 Disember)

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Mongolia (1911).

Peristiwa

1170 - Ketua Biskop Canterbury Thomas Becket dibunuh di gerejanya sendiri oleh empat orang kesateria Henry II dari England.

1845 - Republik Texas diilhak oleh Amerika Syarikat, dan menjadi negeri Texas.

1890 - Angkatan Tentera Darat Amerika Syarikat membunuh lebih 150 orang anggota Negara Sioux Agung di pembunuhan beramai-ramai Wounded Knee.

1911 - Sun Yat-sen dipilih sebagai Presiden sementara Republik China di Taiwan.

1937 - Perlembagaan Ireland yang baharu mula berkuatkuasa, menggantikan Negara Bebas Ireland dengan negara yang kini dipanggil Republik Ireland.

1972 - Penerbangan 401 Eastern Air Lines terhempas ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, Florida, mengorbankan 101 orang.

1993 - Patung gangsa Buddha duduk di luar tertinggi di dunia Buddha Tian Tan siap dibina.

2008 - Tuanku Muhriz ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12.

2010 - Malaysia memenangi Piala Suzuki AFF 2010 setelah menewaskan Indonesia untuk kejuaraan pertamanya.

2011 - Kim Jong-un secara rasmi diisytiharkan sebagai Pemimpin Agung Korea Utara baharu.

Kelahiran

1808 - Andrew Johnson, Presiden Amerika Syarikat ke-17.

1937 - Mohd Khalil Yaakob, Menteri Besar Pahang ke-13.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (28 Disember)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon