Thursday, December 28, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (28 Disember)


Tarikh 28 Disember merupakan hari ke 362 (hari ke 363 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 3 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (28 Disember)
Osceola.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Pengisytiharan di Australia Selatan (1836) dan Hari Suci Orang-Orang Tak Berdosa di Iberoamerika (Kristian Barat).

Peristiwa

1065 - Westminster Abbey di London yang dibina oleh Edward si Pengaku antara tahun 1045 dan 1050 ditahbiskan.

1835 - Osceola mengetuai pahlawan-pahlawan Seminole di Florida menentang tentera Amerika Syarikat dalam Perang Seminole Kedua.

1879 - Jambatan Tay di Dundee, Scotland runtuh dalam ribut ketika dilalui sebuah kereta api, membunuh semua penumpangnya.

1895 - Sejarah filem: Di Paris, Lumière bersaudara menunjukkan wayang gambar dengan sinematograf mereka kepada penonton berbayar buat pertama kali.

1999 - Presiden pertama Turkmenistan Saparmurat Niyazov diisytiharkan sebagai Presiden Seumur Hidup oleh Majlis Turkmenistan.

2010 - Kebangkitan dunia Arab: Bantahan Algeria 2010–2012 bermula.

Kelahiran

1856 - Woodrow Wilson, Presiden Amerika Syarikat ke-28.

Kematian

1947 - Victor Emmanuel III dari Itali, seorang Raja Itali.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (27 Disember)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon