Friday, December 22, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (22 Disember)


Tarikh 22 Disember merupakan hari ke 356 (hari ke 357 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 9 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (22 Disember)
CC, kucing klon pertama.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Ibu di Indonesia.

Peristiwa

1808 - Penggubah Jerman Ludwig van Beethoven mempersembahkan gubahannya Simfoni Kelima di Theater an der Wien di Vienna.

1864 - Perang Saudara Amerika: Perarakan ke Laut Jeneral Kesatuan William Tecumseh Sherman berakhir dengan penawanan Savannah, Georgia.

1885 - Itō Hirobumi, seorang samurai dari Chōshū, menjadi Perdana Menteri Jepun yang pertama.

1963 - Seramai 128 orang maut apabila kapal samudera TSMS Lakonia terbakar di laut 290 km di utara Madeira.

1974 - Grande Comore, Anjouan dan Mohéli mengundi untuk menjadi negara bebas Comoros.

1989 - Revolusi Romania: Selepas seminggu tunjuk perasaan berdarah, Ion Iliescu mengambil alih sebagai Presiden Romania, menamatkan kediktatoran komunis Nicolae Ceauşescu.

2001 - Burhanuddin Rabbani daripada Perikatan Utara menyerahkan kuasanya di Afghanistan kepada kerajaan sementara yang diketuai Hamid Karzai.

2001 - CC, kucing pertama yang diklon, dilahirkan.

2008 - Perdana Menteri Belgium Yves Leterme dan kerajaannya meletak jawatan di tengah-tengah kontroversi mengenai penjualan syarikat perkhidmatan kewangan Fortis.

2011 - Satu siri pengeboman terlaras di Baghdad membunuh sekurang-kurangnya 65 orang.

Kelahiran

1925 - Harun bin Idris, seorang Menteri Besar Selangor ke-8.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (21 Disember)

sumber: wikipedia

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon