Thursday, December 21, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (21 Disember)


Tanggal 21 Disember merupakan hari ke 355 (hari ke 356 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 10 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (21 Disember)
Taman Negara Rondane.

Hari ini juga merupakan sambutan Solstis musim sejuk di Hemisfera Utara, Solstis musim panas di Hemisfera Selatan serta Dongzhi, Yalda dan Yule.

Peristiwa

69 - Vespasian menjadi Maharaja Rom yang keempat dalam Tahun Empat Maharaja.

1913 - Wartawan British Arthur Wynne menerbitkan teka silang kata yang pertama di akhbar New York World.

1937 - Filem cetera animasi pertama, Snow White and the Seven Dwarfs yang berdasarkan cerita pari-pari Puteri Salji oleh Grimm Bersaudara mengadakan tayangan perdananya, di Los Angeles.

1962 - Taman negara Norway yang pertama, Taman Negara Rondane diasaskan.

1968 - Penerbangan manusia pertama ke Bulan (dan jasad cakerawala lain), Apollo 8 dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida, A.S.

1979 - Perjanjian Rumah Lancaster dimeterai, menamatkan pemerintahan orang putih di bawah Ian Smith secara berkesan di Rhodesia.

1988 - Sebutir bom memusnahkan Penerbangan 103 Pan Am ketika pesawat itu berada di ruang udara Lockerbie, Scotland, membunuh 270 orang termasuk 11 di atas tanah.

2010 - Milo Đukanović meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Montenegro.

2011 - Soyuz TMA-03M dilancarkan dari Baikonur, membawa tiga anak kapal ke Stesen Angkasa Antarabangsa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (20 Disember)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon