Wednesday, December 20, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (20 Disember)


Tarikh 20 Disember merupakan hari ke 354 (hari ke 355 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 11 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (20 Disember)

Berikut adalah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku hari ini sepanjang sejarah tamadun manusia.

Peristiwa

1522 - Pengepungan Rhodes: Sulaiman al-Qanuni menerima penyerahan kalah Kesateria Rhodes, yang kemudian dibenarkan pergi.

1803 - Sebagai sebahagian Pembelian Louisiana, kedaulatan New Orleans dipindahkan daripada Perancis kepada Amerika Syarikat.

1860 - Carolina Selatan menjadi negeri pertama berpisah dengan Amerika Syarikat, membawa kepada pembentukan Negeri-Negeri Gabungan Amerika dan kemudian Perang Saudara Amerika.

1917 - Polis rahsia Soviet yang pertama, Cheka, diasaskan atas dekri Vladimir Lenin.

1951 - Experimental Breeder Reactor I berhampiran Arco, Idaho, A.S. menjadi loji kuasa nuklear pertama menghasilkan elektrik apabila berjaya menghidupkan empat mentol lampu 200-watt.

1955 - Cardiff diisytiharkan sebagai ibu negeri Wales.

1989 – Angkatan A.S. menyerang Panama bagi menggulingkan kerajaan Manuel Noriega.

1995 - Selaras dengan Perjanjian Dayton yang mengakhiri Perang Bosnia, pasukan IFOR yang diketuai NATO memulakan tugas menjaga keamanan di Bosnia dan Herzegovina.

1999 - Portugal memindahkan kedaulatan Macau, yang telah ditadbirnya sejak pertengahan abad ke-16, kepada Republik Rakyat China.

Kelahiran

1894 - Robert Menzies, Perdana Menteri Australia ke-12.

1980 - Ashley Cole, pemain bola sepak England.

1980 - Martín Demichelis, pemain bola sepak Argentina.

Kematian

1977 - Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud, seorang Menteri Besar Terengganu ke-11.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (19 Disember)

sumber: wikipedia

1 comment

  1. begitu banyak peristiwa penting terjadi di dunia pada tanggal hari ini

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon