Wednesday, November 08, 2017

Karolina Bojar Pengadil Paling Cantik Dari Poland


Seorang pengadil cantik yang dilabel pengguna media sosial sebagai pengadil bola sepak tercantik di dunia, Karolina Bojar, meminta agar orang ramai tidak taksub memperkatakan kecantikannya semata-mata.

Karolina Bojar Pengadil Paling Cantik Dari Poland

Sebaliknya, Karolina Bojar, seorang warganegara Poland berkata, pembabitan wanita sebagai pengadil sukan yang didominasi kaum lelaki itu perlu dilihat dari sudut positif.

"Wanita mempunyai daya tarikan tersendiri yang boleh memberi ketenangan kepada lelaki.

"Ia satu perkara positif dalam bola sepak kerana ada masanya, bola sepak boleh menjadi sukan yang agresif dan penuh tekanan," katanya ketika ditemubual sebuah stesen televisyen di negaranya.

"Saya suka menjadi pengadil kerana ia satu cabaran yang besar untuk seorang wanita seperti saya.

Karolina Bojar Pengadil Paling Cantik Dari Poland

"Selain itu, saya suka perasaan adrenalin dalam perlawanan bola sepak," tambahnya.

Wajah dan nama Karolina Bojar mula tular minggu lalu selepas gambar-gambarnya ketika menjadi penjaga garisan sebuah perlawanan bola sepak disebarkan di media sosial.

Kecantikan gadis berusia 20 tahun itu pantas menarik perhatian, namun ia bukan sesuatu yang digemari pelajar jurusan undang-undang di sebuah universiti di Krakow itu.

Karolina Bojar Pengadil Paling Cantik Dari Poland

Ditanya bagaimana dia mengendalikan perlawanan, menurut Karolina, dia cuba membina hubungan yang baik dengan pemain untuk memastikan adanya rasa saling menghormati antara mereka.

"Saya cuba berkomunikasi sebaik mungkin dengan mereka dan tidak akan merendahkan mereka. Setakat ini ia berkesan untuk mencipta situasi yang lebih terkawal di atas padang," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon