Sunday, October 08, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (8 Oktober)


Tarikh 8 Oktober merupakan hari ke 281 (hari ke 282 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 84 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Pertempuran Angamos
Pertempuran Angamos.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Tentera Laut di Peru (1821) dan Hari Kemerdekaan di Croatia (1991).

Peristiwa

1600 – San Marino, republik tertua yang masih wujud, menerima perlembagaan bertulisnya.

1871 – Dua kebakaran bersejarah, Kebakaran Chicago Besar dan Kebakaran Peshtigo Wisconsin terjadi di Barat Tengah A.S.

1879 – Perang di Pasifik: Tentera Laut Chile menewaskan Tentera Laut Peru dalam Pertempuran Angamos.

1895 – Maharani terakhir Korea, Ratu Min dibunuh.

1932 – Tentera Udara India diasaskan sebagai angkatan udara bantuan Empayar India.

1962 – Skandal Spiegel: Majalah akhbar Der Spiegel mendedahkan keadaan teruk angkatan tentera Jerman Barat (Bundeswehr). Ia dituduh khianat tidak lama kemudian.

1967 – Ketua revolusi Marxisme dan gerila Che Guevara ditangkap berhampiran La Higuera, Bolivia.

1985 РMuzikal Les Mis̩rables, berdasarkan novel oleh Victor Hugo, mula dipentaskan di Barbican Centre London, kini menjadi muzikal West End paling lama bertahan dalam sejarah.

1998 – Lapangan Terbang Gardermoen, hab domestik dan antarabangsa utama Norway, mula beroperasi sementara Lapangan Terbang Oslo, Fornebu ditutup.

2001 – Jabatan Keselamatan Tanah Air Amerika Syarikat ditubuhkan.

2005 - Satu gempa bumi besar terjadi di Kashmir yang mengorbankan lebih 74,500 nyawa di Pakistan, India dan Afghanistan.

2007 – Atlet wanita Amerika Syarikat Marion Jones dipaksa memulangkan 5 pingat emas Olimpik kerana kesalahan menggunakan steroid.

2008 – Kerajaan British mengumumkan pakej penyelamatan kewangan seminggu selepas Amerika Syarikat meluluskan undang-undang bagi menstabilkan ekonominya akibat krisis gadai janji subprima.

2010 – Aktivis hak asasi manusia China yang dipenjarakan Liu Xiaobo diisytiharkan penerima Hadiah Keamanan Nobel.

2016 - Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dimashyurkan sebagai Raja Muda Selangor, Malaysia selepas dilantik pada 3 Mei 2002.

Kelahiran

1949 – Sigourney Weaver, pelakon A.S.

Kematian

1869 - Franklin Pierce, Presiden Amerika Syarikat ke-14.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (7 Oktober)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon