Saturday, October 07, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (7 Oktober)


Tanggal 7 Oktober merupakan hari ke 280 (hari ke 281 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 85 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Perang Terhadap Keganasan

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Perayaan St. Osyth.

Peristiwa

3761 SM – Permulaan zaman Takwim Ibrani moden (takwim Julius prolepsis).

1571 – Empayar Uthmaniyyah tewas kepada Barat Kristian buat kali pertama, apabila armada pimpinan Don John dari Austria mengalahkan tentera laut Turki berhampiran Teluk Corinth.

1919 – Sistem penerbangan tertua yang masih menggunakan nama asalnya, Koninklijke Luchtvaart Maatschappij N.V. diasaskan di Belanda.

1933 - Lima syarikat penerbangan Perancis bergabung bagi membentuk Air France.

1949 – Republik Demokratik Jerman diisytiharkan di Berlin Timur.

1958 – Akibat ketidakstabilan politik, Presiden Pakistan Iskander Mirza menggantung perlembagaan, mengisytiharkan darurat dan membatalkan pilihan raya yang dijadualkan pada Januari 1959.

1985 – Kapal samudera Mediterranean MS Achille Lauro dirampas oleh militan Barisan Pembebasan Palestin semasa berlayar dari Iskandariah ke Pelabuhan Said.

2001 – Perang Terhadap Keganasan: Serangan Amerika Syarikat ke Afghanistan bermula pada 16:30 UTC dengan kempen pengeboman udara terhadap pasukan Taliban dan al-Qaidah.

2011 – Ellen Johnson Sirleaf, Leymah Gbowee dan Tawakel Karman berkongsi Hadiah Keamanan Nobel untuk usaha memajukan hak wanita.

2012 – Hugo Chávez terpilih semula sebagai Presiden Venezuela bagi penggal keempat.

2012 – Kamui Kobayashi mendapat podium pertamanya dalam Formula Satu beliau di Grand Prix Jepun 2012.

2013 – Mulatu Teshome terpilih sebagai Presiden Habsyah yang baharu.

Kelahiran

1949 - Bernard Giluk Dompok, Ketua Menteri Sabah ke-11.

1952 - Vladimir Putin, Presiden Rusia ke-2.

1996 - Stefanny Eveline, ahli Teenebelle.

Kematian

Tuan Guru Haji Muhammad @ Tok Ayah, Mad Lundang Paku (130 tahun) merupakan ulama' tertua di negeri Kelantan, Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (6 Oktober)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon