Friday, October 06, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (6 Oktober)


Tarikh 6 Oktober merupakan hari ke 279 (hari ke 280 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 86 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Gelang Phoebe Zuhal
Gelang Phoebe Zuhal.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Jerman-Amerika di Amerika Syarikat.

Peristiwa

105 SM – Orang Cimbri dan Teuton menang besar ke atas Republik Rom dalam Pertempuran Arausio.

1683 – Pendatang Jerman ke Koloni Pennsylvania mengasaskan Germantown, petempatan Jerman kekal pertama di Amerika Utara.

1927 - Filem bercakap pertama yang berjaya, The Jazz Singer yang dibintangi Al Jolson mula ditayangkan.

1973 – Negara-negara Arab iaitu Mesir dan Syria melancarkan serangan yang mencetuskan Perang Yom Kippur.

1976 – Perdana Menteri Hua Guofeng mengarahkan penahanan Geng Berempat dan sekutu mereka, menamatkan Revolusi Kebudayaan di Republik Rakyat China.

1981 – Presiden Mesir Muhammad Anwar al-Sadat dibunuh semasa menghadiri perarakan di Kaherah untuk memperingati penyeberangan Garis Bar Lev pada permulaan Perang Arab-Israel 1973.

1995 – Sebuah rencana dalam jurnal Nature melaporkan penemuan sebuah planet yang mengorbit 51 Pegasi sebagai planet luar suria pertama mengorbit bintang jujukan-utama.

2007 – Pervez Musharraf berjaya dipilih semula sebagai Presiden Pakistan oleh pihak Parlimen. Namun perlantikannya ditangguhkan sementara menunggu keputusan Mahkamah Tertinggi terhadap kesahihan pilihan itu di sisi undang-undang.

2009 - Penemuan gelang Phoebe Zuhal (gambar bayangan artis), yang mempunyai jejari 200 kali ganda planet itu, diumumkan.

2015 - Pengolahan citra dilancarkan.

Kelahiran

1960 - Yves Leterme, Perdana Menteri Belgium ke-48.

1988 - Stephen Darby, pemain bola sepak Liverpool F.C.

Kematian

1876 - John Young, Baron Lisgar Pertama, Gabenor Jeneral Kanada Ke-2.

1981 - Anwar Sadat, Presiden Mesir ke-3.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (5 Oktober)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon