Thursday, October 05, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (5 Oktober)


Tanggal 5 Oktober merupakan hari ke 278 (hari ke 279 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 87 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Steve Jobs

Hari ini juga merupakan Hari Republik di Portugal (1910) dan Hari Guru Sedunia.

Peristiwa

610 - Heraclius ditabalkan Maharaja Byzantine, selepas beliau sendiri memenggal maharaja sebelumnya Phocas.

1864 - Ibu negeri India British Calcutta hampir sama sekali musnah akibat siklon yang mengorbankan 60,000 nyawa.

1877 - Selepas bertempur lebih tiga bulan dengan Tentera Darat Amerika Syarikat, Ketua Joseph dan kelompoknya Nez Perce menyerah kalah.

1908 - Putera Ferdinand menjadi Tsar pertama Bulgaria sejak serangan Empayar Uthmaniyyah pada abad ke-14.

1930 - Kapal udara British R101 terhempas di Perancis dalam perjalanan sulungnya ke India, mengorbankan 48 penumpang dan anak kapal.

1948 - Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN) ditubuhkan di sebuah kongres tajaan pengarah UNESCO Julian Huxley di Fontainebleau, Perancis.

1978 - Aku Penghiburmu, yang merupakan album LP pertama oleh penyanyi Malaysia Sudirman Haji Arshad telah dikeluarkan.

1986 - Akhbar British The Sunday Times menerbitkan tulisan Mordechai Vanunu yang mendedahkan kewujudan senjata nuklear Israel di muka depannya.

2006 - Korea Utara berjaya menjalankan ujian senjata nuklear pertamanya dengan mengadakan satu letupan bawah tanah yang disifatkannya sebagai “lonjakan besar ke hadapan dalam bidang pertahanan.”

2010 - Faisal Shahzad dihukum penjara seumur hidup kerana cubaan pengeboman kereta di Times Square, Bandar Raya New York.

Kelahiran

1829 - Chester A. Arthur, Presiden Amerika Syarikat ke-21.

Kematian

2011 – Steve Jobs, usahawan dan inovator, ketua, pengasas bersama, CEO dan Pengerusi bagi Lembaga Apple Inc. (l. 1955).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (4 Oktober)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon