Sunday, October 22, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (22 Oktober)


Tarikh 22 Oktober merupakan hari ke 295 (hari ke 296 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 70 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Microsoft Windows 7

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kesedaran Kegagapan Antarabangsa.

Peristiwa

1383 - Raja Fernando I dari Portugal mangkat tanpa meninggalkan pewaris lelaki bagi takhta Portugal, menyebabkan terjadinya tempoh perang saudara dan anarki.

1836 - Sam Houston menjadi presiden pertama Republik Texas.

1924 - Pertubuhan bukan keuntungan Toastmasters International diasaskan di Santa Ana, California.

1962 - Krisis Peluru Berpandu Cuba: Presiden A.S. John F. Kennedy mengumumkan di televisyen bahawa senjata nuklear Soviet telah ditemui di Cuba dan dia telah mengarahkan "kuarantin" laut terhadap negara pulau tersebut.

1964 - Ahli falsafah Perancis Jean-Paul Sartre dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan, tetapi menolaknya, menjadi orang pertama berbuat demikian.

1999 - Pegawai Perancis Vichy Maurice Papon dipenjarakan kerana jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan semasa Perang Dunia Kedua.

2008 - ISRO berjaya melancarkan Chandrayaan-1, misi penjelajahan bulan tanpa manusia pertama India.

2009 - Sistem pengendalian Microsoft Windows 7 mula dijual kepada ramai.

2011 - Putera Mahkota Arab Saudi, Sultan bin Abdul Aziz Al-Saud meninggal dunia di New York.

Kelahiran

1844 - Louis Riel, seorang pemberontak di Kanada.

1915 - Yitzhak Shamir, Perdana Menteri Israel ke-7.

1929 - Lev Yashin, pemain bola sepak Soviet Union dan Dynamo Moscow.

1949 - Arsène Wenger, seorang pengurus Arsenal F.C.

Kematian

1916 - Herbert Kilpin, bekas pemain bola sepak A.C. Milan.

1964 - Khawaja Nazimuddin, Perdana Menteri Pakistan ke-2.

2016 - Peter James Danker (1922-2016), Mantan Setiausaha Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Johor, Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (21 Oktober)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon