Saturday, October 21, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (21 Oktober)


Tanggal 21 Oktober merupakan hari ke 294 (hari ke 295 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 71 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Lee Chong Wei
Lee Chong Wei.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Orang Cina Seberang Laut di Taiwan.

Peristiwa

1096 – Angkatan Seljuk Kilij Arslan memusnahkan tentera Perang Salib Rakyat yang sedang mara ke Nicaea.

1520 – Kepulauan Saint Pierre dan Miquelon ditemui penjelajah Portugis João Álvares Fagundes, yang menamakannya "Kepulauan 11,000 Anak Dara".

1600 – Tokugawa Ieyasu menewaskan pemimpin suku Jepun pesaing di Pertempuran Sekigahara di Sekigahara, Gifu kini, membuka jalan bagi beliau menubuhkan Keshogunan Tokugawa.

1805 – Perang Napoleon: Lord Nelson memimpin armada British menewaskan Pierre-Charles Villeneuve dan gabungan tentera laut Perancis dan Sepanyol dalam Pertempuran Trafalgar.

1824 – Tukang batu, penurap bata dan pereka Inggeris Joseph Aspdin mematen simen Portland.

1854 – Florence Nightingale dan 38 kakitangan jururawat dihantar ke Perang Krimea di Turki bagi merawat askar British.

1944 – Perang Dunia Kedua: HMAS Australia menjadi sasaran dalam serangan kamikaze yang pertama; menyebabkan 30 anak kapal, termasuk pegawai pemerintahnya terbunuh.

1969 – Siad Barre menjadi presiden selepas satu rampasan kuasa tentera di Somalia.

1983 – Di Persidangan Am Timbang dan Ukur ke-17, panjang meter ditakrifkan semula sebagai jarak yang dilalui cahaya dalam hampagas selama 1/299,792,458 saat.

2007 – Kimi Räikkönen memenangi Kejuaraan Pemandu Dunia Formula Satu 2007.

2007 – Angkasawan pertama Malaysia, Sheikh Muszaphar Shukor selamat kembali ke Bumi dari ISS dengan kapal angkasa Soyuz TMA-10.

2010 – Kerajaan Myanmar mengumumkan penggunaan bendera kebangsaan baru.

Kelahiran

1940 - Pele, bekas pemain bola sepak Brazil.

1949 - Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel ke-10.

1981 - Nemanja Vidic, pemain bola sepak Manchester United F.C.

1982 - Lee Chong Wei, pemain badminton Malaysia.

Kematian

1794 - Kapten Francis Light, pengasas Pulau Pinang, mati akibat penyakit malaria.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (20 Oktober)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon