Friday, October 13, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (13 Oktober)


Tanggal 13 Oktober merupakan hari ke 286 (hari ke 287 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 79 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Galaksi Whirlpool
Galaksi Whirlpool.

Hari ini juga merupakan sambutan Sambutan Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semulajadi.

Peristiwa

54 - Claudius diracun oleh isterinya Agrippina yang Lebih Muda, menjadikan anaknya Nero sebagai Maharaja Rom seterusnya.

1307 - Beribu anggota Kesatria Templar ditahan serentak oleh ejen Raja Philippe IV dari Perancis dan kemudian diseksa untuk "mengaku" bidaah.

1773 - Ahli astronomi Perancis Charles Messier menemui Galaksi Pusaran (Whirlpool), suatu galaksi pilin reka bentuk besar saling bertindak yang terletak di buruj Canes Venatici.

1792 - Perletakan batu pertama untuk Rumah Putih.

1843 - B'nai B'rith, pertubuhan perkhidmatan tertua Yahudi yang masih beroperasi, ditubuhkan di Bandar Raya New York.

1884 - Balai Cerap Diraja di Greenwich, London, dipilih sebagai meridian longitud Waktu Sejagat, mempopularkan Waktu Min Greenwich.

1943 - Perang Dunia Kedua: Kerajaan baru Itali pimpinan Jeneral Pietro Badoglio memilih untuk menyertai Pihak Berikat dan mengisytiharkan perang terhadap Kuasa Paksi.

1994 - Pelayar web Mosaic Netscape 0.9, kemudiannya dipanggil Netscape Navigator dilancarkan.

2006 - Vladimir Kramnik mengalahkan Veselin Topalov untuk menjadi juara catur dunia disatukan dalam masa 13 tahun.

2006 - Menteri Luar Korea Selatan, Ban Ki-moon disahkan sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bermula 2007.

2007 - Sheikh Muszaphar Shukor selamat tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa dengan kapal angkasa Soyuz TMA-11 dan menjadi angkasawan Islam pertama yang menyambut Hari Raya Aidilfitri di angkasa lepas.

2009 - Di bawah skim One Laptop Per Child, Uruguay menjadi negara pertama membekalkan setiap pelajar sekolah rendah dengan sebuah komputer riba (gambar).

2010 - Kesemua 33 pelombong di bawah Gurun Atacama berhampiran Copiapó, Chile berjaya diselamatkan selepas terperangkap selama 69 hari.

2011 - Raja Bhutan Jigme Khesar Namgyel Wangchuck berkahwin dengan orang kebanyakan, Jetsun Pema.

2011 - Banjir berterusan di Thailand mengorbankan sekurang-kurangnya 283 orang.

2016 - Raja (Rama X) Maha Vajiralongkorn, anakanda Raja Bhumibol Adulyadej, Thailand menaiki takhta selepas kemangkatan ayahandanya pada 13 Oktober 2016.

2016 - Pemuzik terkenal, Bob Dylan diumumkan penerima Anugerah Nobel Literature Prize 2016 yang menjadikannya sebagai orang pertama menerima anugerah tersebut.

Kelahiran

1925 - Margaret Thatcher, Perdana Menteri United Kingdom.

1986 - Gabriel Agbonlahor, pemain bola sepak Aston Villa F.C.

Kematian

2016 - Kemangkatan Raja Thailand, (Rama IX) Bhumibol Adulyadej pada usia 88 tahun di Hospital Siriraj, Bangkok, Thailand (9 Jun 1946 - 13 Oktober 2016). Memerintah Thailand selama 70 tahun.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (12 Oktober)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon