Friday, October 13, 2017

Sambutan Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semulajadi


Sambutan Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semulajadi, International Day for Natural Disaster Reduction disambut pada 13 Oktober setiap tahun yang mula di wartakan pada 21 Disember 2009.

Hari Pembasmian Kemusnahan

Hari Antarabangsa Untuk Mengurangkan Kemusnahan (IDDR) adalah lanjutan dari resolusi UN pada 22 Disember 1989 yang menetapkan setiap hari Rabu kedua bulan Oktober diisytihar sebagai Hari Antarabangsa Untuk Mengurangkan Kemusnahan Alam Semulajadi atau International Day for Natural Disaster Reduction, dimana skopnya lebih kepada mempromosi pembasmian, pencegahan dan kesedaran tentang kemusnahan alam semulajadi.

Apabila ianya ditukar kepada Hari Antarabangsa Untuk Mengurangkan Kemusnahan (IDDR), maka skopnya menjadi lebih meluas di mana ianya tidak lagi terhad hanya kepada alam semulajadi.

Objektif sambutan Hari Antarabangsa Untuk Mengurangkan Kemusnahan adalah untuk memberi penerangan kepada setiap individu, komuniti dan pemerintah agar mengambil bahagian, peduli dan tindakan tentang betapa pentingnya pembasmian, pencegahan dan kesedaran tentang sesuatu kemusnahan sama ada berkaitan alam, kehidupan, moral dan sebagainya.

Semoga Hari Antarabangsa Untuk Mengurangkan Kemusnahan - International Day for Disaster Reduction (IDDR) ini dapat memberi sedikit informasi dalam melakukan tindakan pembasmian, pencegahan dan kesedaran tentang sesuatu kemusnahan yang berlaku disekeliling kita.

Setiap kemusnahan pasti akan memberi kesan negatif sama ada jangka pendek mahu pun jangka panjang. Ianya penting untuk diambil tahu, peduli dan lakukan tindakan demi kehidupan kita dan generasi masa hadapan yang lebih sejahtera, selamat serta harmoni.

Selamat menyambut Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semulajadi (IDDR).

BACA INI JUGA:

sumber: relaksminda

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon