Thursday, October 12, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (12 Oktober)


Tarikh 12 Oktober merupakan hari ke 285 (hari ke 286 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 80 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Samsung Galaxy Note 7

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Hispanik di Sepanyol dan kebanyakan Amerika Latin (1492), Hari Penentangan Orang Asli di Venezuela, Peringatan Columbus di beberapa negara Amerika, Hari Wanita Kami Aparecida dan Hari Kanak-Kanak di Brazil dan Hari Kemerdekaan di Guinea Khatulistiwa (1968).

Peristiwa

1398 - Duchy Agung Lithuania dan Kesateria Teuton memeterai Perjanjian Salynas, cubaan ketiga selepas Perjanjian Königsberg dan Perjanjian Lyck menyerahkan Samogitia kepada Kesatria.

1492 - Christopher Columbus mendarat di Caribbean, tetapi menyangka dia telah sampai ke Hindia Timur.

1810 - Oktoberfest pertama diadakan di Munich bagi meraikan perkahwinan Putera Ludwig I dari Bavaria.

1859 - "Maharaja Amerika Syarikat dan Pelindung Mexico" Joshua A. Norton "mengarahkan" Kongres Amerika Syarikat dibubarkan.

1928 - Pengudara perubatan paru-paru besi digunakan buat kali pertama dalam perawatan mangsa polio, di Boston, A.S.

1984 - Tentera Republik Ireland Sementara (IRA) gagal dalam percubaannya membunuh Perdana Menteri British Margaret Thatcher dan kabinetnya dalam pengeboman hotel Brighton.

1999 - Satu rampasan kuasa oleh Jeneral Pervez Musharraf menyingkirkan kerajaan Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif.

2000 - Dua pengebom berani mati menyerang kapal pembinasa Tentera Laut A.S. USS Cole semasa berlabuh di Aden, Yaman, membunuh 17 anak kapalnya dan mencederakan 39 lagi.

2002 - Satu siri bom kereta meletup di pulau Bali, Indonesia, mengorbankan 202 orang dan mencederakan 209 yang lain.

2007 - Hadiah Keamanan Nobel dianugerahkan kepada Al Gore dan Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca.

2007 - Turki memanggil pulang duta ke Amerika Syarikat selepas Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Perwakilan AS meluluskan resolusi mengecam penghapusan etnik Armenia semasa zaman Empayar Turki Uthmaniyyah.

2016 - Syarikat dari Korea Selatan, Samsung Electronics Co. Ltd. menghentikan jualan telefon pintar terbarunya seluruh dunia iaitu Samsung Galaxy Note 7 selepas mengalami masalah kualiti bateri sehingga menyebabkan telefon pintar tersebut meletup atau terbakar ketika di cas serta memanggil semula 2.5 juta unit keatas semua pengedar global seluruh dunia.

Kematian

2007 - Soe Win, Perdana Menteri Myanmar ke-10.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (11 Oktober)

sumber: wikipedia

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon