Wednesday, October 11, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (11 Oktober)


Tanggal 11 Oktober merupakan hari ke 284 (hari ke 285 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 81 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Ahmad Jais
Ahmad Jais.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Peringatan Jeneral Pulaski di Amerika Syarikat.

Peristiwa

1142 – Perjanjian perdamaian antara Dinasti Jin dan Dinasti Song Selatan diratifikasikan secara rasmi apabila utusan Jin melawat istana Song.

1797 – Perang Revolusi Perancis: Armada British menawan 11 kapal Tentera Laut Diraja Belanda dalam Pertempuran Camperdown.

1865 – Pemberontakan Teluk Morant yang dipimpin Paul Bogle dan George William Gordon bermula di Jamaica, namun kemudian disekat dengan kejam oleh Gabenor Edward John Eyre.

1899 – Perang Boer Kedua meletus di Afrika Selatan antara United Kingdom dan orang Boer.

1954 – Ho Chí Minh dan Viet Minh mengambil alih kuasa di Vietnam Utara, sejajar dengan Persetiaan Geneva, yang mengakhiri Indochina Perancis.

1962 – Paus John XXIII memanggil Mesyuarat Vatikan Kedua, mesyuarat menyatupadukan mazhab Kristian Roman Katolik yang pertama sejak 92 tahun.

1968 – NASA melancarkan Apollo 7, misi pertama yang dikendalikan manusia dalam Program Apollo.

1987 – Perang Saudara Sri Lanka: Pasukan Penjaga Keamanan India memulakan Operasi Pawan bagi mengambil alih kawalan Jaffna daripada Harimau Tamil sejajar dengan Persetiaan India-Sri Lanka.

2006 – Amerika Syarikat dikejutkan lagi dengan rempuhan bangunan sebagaimana 9/11.

2009 – Pilihan raya kecil Bagan Pinang, Malaysia diadakan berikutan kematian ADUNnya Azman Mohammad Noor.

2011 – Bekas Perdana Menteri Ukraine Yulia Tymoshenko disabitkan tujuh tahun penjara selepas didapati bersalah menyalahgunakan jawatan pada 2009.

2013 – Pertubuhan Larangan Senjata Kimia dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel.

Kematian

2010 - Penyanyi opera Australia Joan Sutherland.

2011 - Penyanyi pop yeh-yeh Malaysia Ahmad Jais.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (10 Oktober)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon