Tuesday, October 10, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (10 Oktober)


Tarikh 10 Oktober merupakan hari ke 283 (hari ke 284 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 82 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Puyi (1922)
Puyi, Maharaja terakhir Dinasti Qing.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia, Hari Kebangsaan di Fiji (1970) dan Hari Sepuluh-Sepuluh di Republik China.

Peristiwa

680 – Saidina Husain bin Ali bin Abi Talib terbunuh dalam Pertempuran Karbala.

732 – Charles Martel dan orang Frank menewaskan Abdul Rahman al-Ghafiqi dan Muslim Andalus dalam Pertempuran Tours, berhampiran Tours dan Poitiers.

1845 – Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat dibuka di Annapolis, Maryland, dengan 50 pelajar kadet kanan.

1846 – Bulan Triton ditemui.

1911 – Revolusi Xinhai bermula dengan Pemberontakan Wuchang, menandakan permulaan runtuhnya Dinasti Qing (gambar maharaja terakhir) dan penubuhan Republik China.

1928 – Jeneral Chiang Kai-shek dinamakan sebagai Pengerusi Majlis Ketenteraan Negara, memberikannya kepimpinan Republik China.

1943 – Perang Dunia Kedua: Polis tentera Jepun Kempeitai menahan dan menyeksa 57 orang awam kerana disyaki terlibat dalam serangan ke atas Pelabuhan Singapura dalam Operasi Jaywick.

1964 – Sukan Olimpik Tokyo 1964 dirasmikan.

1973 - Naib Presiden Amerika Syarikat Spiro Agnew meletakkan jawatan selepas didakwa mengelak cukai.

1979 – Permainan arked Pac-Man dipasarkan buat pertama kali di Amerika Utara oleh Namco.

1987 – Selepas dua rampasan kuasa di Fiji oleh Sitiveni Rabuka, kerajaan tentera membatalkan perlembagaan dan mengisytiharkan Fiji sebagai republik.

2010 – Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama diadakan di Kuala Lumpur.

2010 – Antillen Belanda dibubarkan, dengan CuraƧao dan Sint Maarten menjadi negara konstituen Kerajaan Belanda, manakala Bonaire, Saba dan Sint Eustatius menjadi perbandaran khas Belanda.

Kelahiran

1819 - Charles Monck, Gabenor Jeneral Kanada Pertama.

1923 - Mohd Asri bin Haji Muda, seorang Menteri Besar Kelantan ke-14.

1946 - Naoto Kan, seorang Perdana Menteri Jepun.

1950 - Ahmad Bashah Md Hanipah, seorang Menteri Besar Kedah ke-12.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (9 Oktober)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon