Sunday, September 10, 2017

Kurang Hubungan Intim Meningkatkan Risiko Sakit Jantung


Baru-baru ini suami saya berusia 35 tahun telah dimasukkan ke Jabatan Kecemasan hospital awam dan disahkan mengalami serangan jantung.

Hubungan Intim

Sebelum ini kami tidak tahu yang beliau mempunyai penyakit darah tinggi dan tahap kolestrole yang tinggi. Ini kerana suami saya agak ‘takut’untuk melakukan pemeriksaan.

Berat badannya tidak berapa gemuk, 88kg dan tinggi 180cm.

Boleh doktor komen sedikit bagaimana serangan jantung boleh berlaku pada dirinya. Terima kasih.

JAWAPAN

Saya harap puan bersikap terbuka kerana mungkin apa yang hendak saya jelaskan ini agak sulit.

Saya sedari ramai lelaki yang agak sukar untuk diperiksa kesihatan mereka, dan hanya akan dating ke hospital untuk pemeriksaan apabila keadaan dirinya bertambah teruk.

Namun saya boleh berikan tips pada para isteri apabila suami sudah menghampiri 40an dan 40 tahun ke atas, apabila mula kurang berminat dengan hubungan sulit bersama isteri, berkemungkinan besar ada dua perkara.

Pertama:

Ada perkara atau hal lain yang lebih menarik perhatiannya, atau membebankan fikirannya sama ada hobi baru, teman wanita baru atau beban kerja yang besar.

Kedua:

Suami mula mengalami masalah kesihatan yang serius, sehingga dia tidak mampu menyediakan diri untuk berada di ranjang.

Maksud yang lebih jelas ialah dia mengalami masalah ketegangan zakar atau bahasa yang lebih mudah iaitu mati pucuk.

Jadi berapa kalikah kadar yang normal seorang lelaki yang sihat mahukan hubungan intim bersama suaminya?

Purata kekerapan hubungan intim bagi lelaki berumur 40an ialah dua kali seminggu atau paling kurang pun sekali seminggu atau secara amnya 4 kali sebulan.

Dalam satu artikel yang diterbitkan dalam Journal of Sexual Medicine mengatakan bahawa satu pertiga lelaki yang mempunyai maslah kegemukan dan masalah ketegangan zakar mempunyai masalah kesihatan yang lain seperti masalah diabetes, tekanan darah yang tinggi dan tahap kolestrole yang tinggi.

Saya sering memberitahu rakan-rakan saya iaitu kegemukan dan masalah ketegangan yang tidak dirawat akan dijangka mengalami serangan sakit jantung antara 5 hingga 10 tahun akan datang.

Dalam kajian di Iran mendapati bahawa lelaki yang mengalami masalah ED mempunyai risiko untuk mendapat serangan sakit jantung sebanyak 125 peratus berbanding dengan lelaki yang normal. (rujuk: Journal Sexual Magazine, 6:3425-3432, 2009)

Jadi jika suami puan-puan tidak minat terhadap hubungan intim dengan puan, ia mungkin suami sedang mengalami masalah kesihatan yang kronik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: drzubaidi

1 comment

  1. Kalau macam ni terpaksalah cari jodoh awal2 ni >.<

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon