Friday, September 08, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (8 September)


Tarikh 8 September merupakan hari ke 251 (hari ke 252 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 114 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Star Trek The Original Series
Star Trek: The Original Series.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Republik Macedonia (1991), Hari Kemenangan di Malta dan Pakistan, Hari Kebangsaan di Andorra dan Hari Celik Huruf Antarabangsa.

Peristiwa

1331 - Stefan Uroš IV Dušan daripada Dinasti Nemanjić dimahkotakan sebagai Raja Serbia.

1504 - David, arca batu marmar yang dihasilkan Michelangelo, dipamerkan di Florence.

1888 - Liga bola sepak profesional tertua di dunia The Football League bermula di England dengan 12 pasukan.

1900 - Taufan Galveston, salah satu taufan paling berbahaya di Atlantik, melanda Galveston, Texas, mengorbankan 6,000 orang.

1941 - Perang Dunia Kedua: Angkatan tentera Jerman memulakan Pengepungan Leningrad.

1966 - Star Trek: The Original Series, siri televisyen Star Trek pertama, muncul di NBC.

1974 - Skandal Watergate: Presiden A.S. Gerald Ford memberikan pengampunan penuh, namun berkontroversi, kepada bekas presiden Richard Nixon yang baru meletak jawatan bagi sebarang jenayah yang beliau lakukan ketika masih menjawat.

1978 - Revolusi Iran: Sekurang-kurangnya 88 penunjuk perasaan di Teheran terbunuh dalam peristiwa Jumaat Hitam.

2007 - Tumpuan persidangan APEC di Sydney ialah pemanasan global.

2011 - Rusia membuka bahagian pertama paip gas Sakhalin–Khabarovsk-Vladivostok sepanjang 1,800-kilometer.

2011 - Tanya siasat awam terhadap kematian Baha Mousa mendapati askar British bersalah "berlaku ganas berat dan tidak sepatutnya".

Kelahiran

1779 - Mustafa IV, Sultan Empayar Uthmaniyyah.

1892 - Huseyn Shaheed Suhrawardy, Perdana Menteri Pakistan ke-5

Kematian

2009 - Mohamed Yaacob, seorang Menteri Besar Kelantan ke-16.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (7 September)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon