Wednesday, September 13, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (13 September)


Tanggal 13 September merupakan hari ke 256 (hari ke 257 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 109 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Halimah Yacob
Halimah Yacob.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Venda (1979) dan Hari Perayaan Santo John Chrysostom (Kristian Barat).

Peristiwa

533 – Flavius Belisarius dan legionnya menewaskan Gelimer dan orang Vandal dalam Pertempuran Ad Decimum berdekatan Carthage, dan memulakan semula "Penaklukan Barat" di bawah pemerintahan Maharaja Rom Timur Justinian I.

1229 – Anak lelaki ketiga Genghis Khan, Ögedei Khan diisytiharkan sebagai Khagan Empayar Mongol.

1814 – Perang 1812: Kubu McHenry di Baltimore diserang British, memberi ilham kepada Francis Scott Key untuk menulis lirik The Star-Spangled Banner, yang kemudian menjadi lagu kebangsaan Amerika Syarikat.

1847 – Perang Amerika-Mexico: Enam orang remaja yang dikenali sebagai Wira Los Niños bertempur bermati-matian untuk mempertahankan sebuah akademi tentera di Castillo de Chapultepec, Bandar Raya Mexico semasa Pertempuran Chapultepec.

1956 – IBM mempamerkan 305 RAMAC, komputer komersil pertama yang menggunakan storan cakera magnet.

1987 – Bahan beradioaktif diambil daripada sebuah hospital terbiar di Goiânia, Brazil, mencemarkan beratus-ratus orang.

1993 – Selepas satu siri rundingan rahsia di Norway, pemimpin PLO Yasser Arafat dan Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin secara rasmi menandatangani Perjanjian Damai Oslo.

2007 – Google Lunar X Prize diperkenalkan oleh Peter Diamandis.

2013 – Empat defendan dewasa dalam kes rogol Delhi 2012 dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

2017 - Halimah Yacob, dipilih sebagai Presiden Singapura ke-9 selepas disahkan menang tanpa bertanding dalam Pilihan raya Presiden Singapura 2017.

Kelahiran

1947 - Abdul Ajib Ahmad, seorang Menteri Besar Johor ke-12.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (12 September)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon